Aug 1 2013 Thursday, 10:00 am
Tolonglah wahai suami-suami…dan isteripun!
pagi tu adik pergi buat check up, pi cucuk actually. the setahun setengah punya cucuklah, tupun dah lambat sebulan. 2,3 kali tukar dates, coz wkdays memang payahlah kan makpak nak bawak, aku bolehlah bawak, kena amik half day ke pastu usung sama maid aku so bila part kena kejar2 anak pepanjat ni dia boleh buat, but pun aku pass kat bapaknyalah. Since Selangor pun cuti for the Nuzul Quran jadi bapaknya lah sorang2 pergi bawak RB…
Settled kat Prince Court, depa 2 datang menonong ke KLCC….
ngam2 my lunch break, aku turun. laki aku pun malas benarnya nak singgah, dia nak kejarkan Solat Jumaat ngan kalau boleh nak pi lah jemput hero heroin 2 orang kat sekolah gak. But kejap jelah depa mai KLCC pun, coz bukannya boleh lunch, pi beli toys Zeeshan jer…
btw cucuk setahun setangah ni ada ke ubat jarumnya tu yang buat anak kita sleepy ha?
biasalah laki aku yang bawak anak, soalan dia satu 2 je dia tanya doctor, kalo aku ada 200 soalan aku bagi doctor pun. Coz waktu ngah tunggu ubat, ngah hyperactive berlari sana sini main, dia datang kat apaknya mintak air, terus tertidur. Takde salam takde apa, macam dah cannot tahan anymore mata mengantuknya tuh. Knowing him, tak pernah le sampai gitu melalok sangat.
tu yang aku jangkakan mesti macam ada ubat ngantuk hapa dalam jarum cucuk dia tuh? sampai KLCC pun tidur gak tuh, bila aku amik je aku pujuk2 dia bangun….mamai2 le dia tengok maknya.
dan bila tengok masuk Mothercare dan Toys R Us dari jauh dah dia berlari hokeyyyyyyyy….
mulut bukan main lagi bebelllllllll, budak belum lagi fasih bercakap lagi, but paham le bahasanya, kejakunan kerakusan tengok toys memacam, sumer nak dia amik!
So dah habis shopping toys kat Mothercare, ada sale kan, maju sambung ke Toys R Us pulak. rambang betul mata dia amik capai letak amik capai letak, macam makpaknya jutawan toys lah kan.
Settled lelaju, depa pun balik….
petang tu aku balik tengok, abang dok gigih tolong pasangkan scooter adiknya. Sebenarnya aku minat ngan scooter for toddler ni lah, sehari sebelum tu aku beli yang penalnya aku ingatkan the RM170 tu dah complete set. Rupanya, itu hanya part of the toddler’s punya scooter! Kena beli yang the other set, RM300, duh! So tu yang beli lagi. But scooter ni bolehlah pakai sampai umur 3+ or even 4,5 tahun. Kakak abang pun ada, beli ni pun sebab RB asyik le cuba naik kakaknya punya, so kita beli size dia. cuma tu lah kalau tau semahal gini hishh….tertipu aku ingatkan yg murah tu dah cukup setnya!
penyudahnya dia belum lagi nak naik, takut2, tak pandai lagi nak balance kan badan tuh.
Dia dok mengerjakan roda scooter tu lagi ada ler. Takpelah, benda ni long term punya set so timbang kati hahahahaha buat penyedap hati. jangan ko tak main sok sok, siap ko nak.
tinggal sket dah toys dia. Ada sket aku bagi2 orang dah….ada first few times dulu jual gak but pastu malas dah. Bagi je le kat orang yang dah tentu ada baby….
ok ni aksi tidur sahur dia. Sebelum tu dia kat tetengah, kita bersahur. aku masuk bilik after sahur tengok dia dah jadi gini….hish sket je lagi nak terkulai jatuh ko ni dik! Malam tu pun dia tidur lena dek mungkin penangan ubat jarum tu ke hek?
dalam mamai, dia bangun bila aku salinkan diapers dia, dia bangun dia turun, dia tidur kat bawah atas carpet tu pulak. kahkahkah….memang tak ler kan aku nak biarkan dia tidur situ. Angkut balik, peluk2 erat tidur sama.
but kan, ada kejadian kat Mothercare ni buat aku bikin panas betul kat bapaknya.
Dia kalau sorang ngah buat keje, sorang kena escort anak. Tu our agreement. tak boleh dedua buat kerja, tengok2 barang. no tak leh. Unless ada abang kakak yang boleh escort si kecik tuh. So aku dok carik barang, aku pi kat bhgn baby, bapaknya tup2 ikut belakang aku. terkejut le aku, i thot dia ngan RB.
Mana Zeeshan?
Ada tu main kat belakang?
Hah??? awak niiiiiiiiiiiiiiiiiii, belakang mana? Mana ada dia kat belakang awakkkkkkkkkkkkk
dengar aku macam bunyik dah suspens, staff Mothercare sorang tu nyampuk...”Anak Puan dah berlari kat luar tu, dah jauh perginya’
Astaga!!
Eiii aku berlari pi kejar RB. Tak ke geram betul, RD tu dari anak pertama sampai dah ada yang kecik ni, dia selambaaaaaaaaaaaaa jer. Dah cakap banyak kali, anak depan kita, biar kita di belakang. bukan anak belakang kita. Pun ha tengok, sampai terlepas budak kecik ni keluar. Takutlah pikir yang beburuk.
Tolonglah suami, bukan laki aku jer, ramai suami kat luar tu yang menononggggggggg je jalan, tinggal anak kat belakanglah, macam budak tu dah umur 21tahun ko biarkan dia berjalan sorang2 kat belakang, macam kita ni ada mata kat belakang!
Kang bebel, menjawab ‘anak ai dah tiga’
tapi tu lah, dah tiga pun dok tinggal anak kat belakang lagi. ha camner??
RM Recent Comments