RedBoy/Zeeshan

Our little dinosaur….

 

IMG_9498

jarangggggggg yek aku nak amik gambar ootd bagai kat cermin umah. But that day exceptional case coz aku nak ajak Zeeshan bergambar ria sebelum kita pergi sekolah. Tapi dia tak nak, so biarlah mak kau jer…

IMG_9500

tapi tetiba dia mencelah hahaha

dapat le snap ni satu jer. Perut apak kau, kasi cover sikit.

Ini costume yang hampir 3 minggu ke sebulan aku ordered online dan sangatlah aku teruja untuk beli coz anak aku ngah stage suka dinosaurs.

Ayat teruja fuiyoo.

IMG_9507

Kek Zeeshan, dengan flash – dari cikgunya

tema hari tu ialah dinasours

IMG_9508

ini dengan takde flash. ada 4 ekor dinosaurs, rerumput pokok hah complete. Aku tempah dari kawan aku yang dah bertaun jadi bakers kami anak beranak. Dengan dia senangnya, kalau malam ni esok ko nak kek, insyallah laju jer. Ini pun kawan aku terus hantar ke sekolah, so sebenarnya aku tak tengok pun kek ni actual, aku pun tengok dari gambar2 jer. Tapi dapatlah makan, sedapppppppppppppp bangat dong.

IMG_9549

The goodie bags bagai….tapi goodie bags untuk aunties short pulak dalam gambar ni, depa dah amik kot. Eh entry ni boleh keluar coz depa dah selamat pun buat event ni last week. tu pasal aku selamba je kuorkan entry goodie bags few days ago. Ni pun aku tengok dari gambar je gak. Aku tak join the event pun. Tu pasal gambar2 ni sizes macam cinonit je kan

IMG_9542

waaa ini dia my little dinosaur dengan keknya. Ada video happy2 bday bagai, Allah selamatkan kamu, tapi aku hidok le macam biasa kan tak rajin nak update sini. Janji mak dah simpan save untuk kenangan. Walaupun mak kau takde di tempat kejadian. Set2 topi merah mask merah tu pun kita provide, paper plates cawan pun kita provide gak yakni the memerah.

IMG_9533

tapi ni memang win ler, siap ada sessi YB bagi adiah kat rakyat jelata tu!

he gave the goodie bags to each one of his schoolmates. Girl ni is one of his fav frens, nama ni je sokmo aku dengar dia sebut, with another girl

IMG_9538

kita supplied ngan nasi lemak, kuih muih and bihun goreng. Laku bihun rupanya ni, anak aku susah betul nak makan bihun. tengok dia je yg makan kek. Mee goreng or spageti dia nak ler, payah bonar le nak makan heh. Tapi at least ada food yang dia dah boleh nak makan bila pergi sekolah ni, abis tu dok reramai makan bagai kan, hah jadi seronok le.

Contohnya abang, anak sulong aku tu, ada yang dari kecik payah betullah dia nak makan tapi bila dia besar, specially dah teeenager ni, lagi le banyak dia cuba  makan coz kawan2 dok ajar. Dia tengok kawan makan so dia terpengaruh, hah baru tau sedapkan.

Aritu pun aku ajar dia makan apa yek, muka food tu buruk, aku paksa, semua rasa, korang kena rasa jugak, baru judge sedap ke tak, sesuai ngan tekak or not, hah apa lagik, bila dah ngap, terus berngap2! see ini ler contohnya, tapi nak suh bebudak kecik cam Zeeshan ni mencuba, agaklah payah.

IMG_9540

pengantin bersuap2 lagi….tapi kek ni memang sedap ler

IMG_9561

thanks Dee and aunties lain yang look after Zeeshan. Lawo cikgu Zeeshan nih :) . This week anak korang dah cuti kan, tapi anak aku this week masih lagi sekolah, final one. coz depa started lambat masa awal taun tu yang cuti pun extended 1 week baru start.

 

IMG_9467

ini malam sebelum his birthday, abang kakak dok teased je dia. sian Zeeshan, tapi dia nak le maknya amik gambar dia ngan costume ni. so dia ajak aku pi kat living area, pun abang kakak dok mengintai gak. eii menyakat je le korang nih. Ini dia dok kibas2 ekornya ler. hahahaaa, ada ke abang aku cakap (from the photo), buaya idup worr! oi Dinosaur le.

IMG_9468

ada pulak yang cakap macam dragon. abangnya ler, so dia dok jejerit nak nangis, no noooooooo ni dinosaur!!

IMG_9475

hah ni dari sisi kepalanya pulak. Suka betul dia dapat nih, tak larat dah mak nak beli lagi costume ko dik.

Masa pergi birthday dia tu, dia pakai baju lain ler kat dalamnya, and half costume tu aku ikatkan lah.

At first dia malu le tak nak pakai, tapi nak tapi tak nak. But bila birthdaynya tu cikgunya pakaikan, terus dia excited dapat pulak kenkawan dok puji2 wow wow wowwwwwwww kat ko kan, of cos le kembang bagai.

IMG_9474

Jadi sapa2 lagi nak sewa costume dinasour ni (yang ada gak kata macam buaya and dragon) bolehlah datang kat akak gak hahahahaa, dah jadi macam supplier betul. Last night kita pi tengok the premier of the Good Dinosaur, pun dia bawak sama gak, tapi tak pakai ler (speaking of that move, ada banyak huru hara terjadi, insyallah aku cite kat sini).

Semoga tahun akan datang, Zeeshan akan pilih costume lain pulak ler, tema Hang Tuah pulak boleh tak, senang sikit keje mak kau.

By the way parents tak boleh nak join the birthday event kat skul, depa punya regulations. Cuma aku terkilannya kat BB outlet lain, boleh pulak parents datang. Member akak siap bawak clown lagi for her daughter’s birthday kat BB.

 

I did mentioned this la kat BB pun takde feedback yet. Takde le aku make noise napa le tak boleh parents join kan, but rerata most of the kindies boleh je parents menyelit sama untuk special occasion nih. In fact ada BB outlet lain pun boleh. Heharap, consider ler, rules undang2 ni ciptaan manusia, jadi pasti boleh diolah dan dipertimbangkan.

Kan BB? ..additional 2 orang adult jer or maybe 1 of the parents jer, and bukan sepanjang hari, max pun 30min kot.

Comment: 3

The goodie bags…

IMG_9420

selambakan goodie bags untuk Zeeshan’s birthday party. But bukanlah aku buat kat rumah or kat fire-station pun (hajat hati kan nak buat kat situ), tapi ni mengejar untuk buat kat sekolah anak aku. Kan dah nak penghujung2 sekolah pun kan

Biarlah kot ye pun awal sebulan setengah hahahaa….janji buat. Dia bebudak mana tau sangat tarikh sebenar dia bagai pun.

So balik dari the semua kedai and kejadian Lady of Beruk tu, aku terus dok dapur menyiang lebih 60 ekor ikan tu, pun aku dah cite kan. Naik mandi lepas tu and turun, suh abang kakak sumbat2 goodies dalam nih lah…

IMG_9429

Aku monitor je, dah terdampar kepenatan. Aku kalau penat, orang rehat tengok tv hapakan, aku layan chess online. hahahaa….as a chess player, adalah sangat janggal kalau sehari tak main chess tu weih.

Tapi sekejap je pun, main pun timer seminit lelaju, after few games, sambung pulak tengok depa buat goodies nih

IMG_9432

antara yang kami letak untuk students perempuan – hair set ni ler. Ada lain2 gak, aku kurangkan makanan dalam tu, coz snacks tu tak berapa healthy, might as well belikan something useful for them or to play with.

IMG_9433

For the boys pulak, ada 2 bijik kereta ni, whistle too (girls pun ada dapat) and 1-2 jajan gak. Kereta ni sonok le dapat mainnya, coz I know Zeeshan memang suka toys kan, jadi apatah lagi kanak2 lain, kawan2 sebaya lebih kurang dia, sure happy dapat ni jugak.  Zeeshan as birthday boy tak dapat le goodie bags nih but untuk dia aku dah asing2 kan sesiap.

Masa kita buat ni semua, Zeeshan dah tidur, yelah satu hari suntuk keluar, balik tu flat ler.

IMG_9431

Dalam 5 paperbags pulak, untuk Aunties (cikgu) yang selama hampir setahun mendidik dan menjaga Zeeshan, doesnt matter apa position depa dalam tu, but the 5 tetap dapat. Untuk 4 orang aunties tu aku bagi ni, the cosmetic mirror dan jugak organizer.

IMG_9435

Untuk sorang lagi aunty tu, special sket coz dia kira cikgu utama gitu, dapat the same cosmetic mirror nih tapi the organizer pulak, a bit larger and besau sket ler.

IMG_9443

ni mirrornya, aku pun beli sama gak hahahaha. Last kopek jer ngam2 ada 6 kotak.

Tapi aku ada gak mirror ni kat opis, a fan of mine hadiahkan, lagi besau, Thanks adik. tak sangka ada jual kat sini rupanya. Hok nih yang aku beli tak berapa besar sangat ngan yang aku dapat dari my reader tu. but pun tetap cantik, molek. Ini aku letak kat meja PC rumah aku gak, coz kengkadang anak2 aku yang 2 orang tu suka main terjah2 terkejut dari belakang mak kau, skang tak boleh lagi dah, mak kau ada mata belakang yek :)

Siap je semua stuff nih, simpan kat bonet terus. Esok pagi nya aku dropped kat sekolah anak aku, stand by terus coz masih lagi deciding to do on Wed or Thurs. Kisahnya aku ada beli online costume dinosaur Zeeshan dari China nun jadi kena ler menunggu dengan tabahnya. By right memang akan sampai dalam sehari dua tu lah coz tracking tunjuk last Friday dah sampai KLIA, dah clear custom bagai, So patut busuk2 Mon Tues patutnya sampai rumah.

Jadi all set. Nice planning. Sebulan aku beli online costume anak aku, hahahaa….itupun kan, lepas tu dia tukar pikiran nak costume elephant pulak. Eii mak tiau ko kang, but pengakhir citer, jadi dinosaur gak.

Comment: 3

Blue bicycle…

IMG_8105

Zeeshan dah dapat birthday present form his parents. A blue bicycle. Hoyehh!! Advanced birthday lagik ko dapat dik, 2 bulan awal.

He went with his dad, pilih sendiri. Yang merah terlampau mahal sangat, amik dulu birulah, dia baru lagi nak belajar basikalpun kan. Pedal tu semua dah kacang, tapi controlling masih lagi early stage. Standard la, kira ok le kau, dari mak kau. Mak kau kena pakai tayar 2 belakang tu gak kalau nak naik beskal. LOL

IMG_8114

Being mak mak, aku panjat attic, carik the padding sets. ini hitam2 pedding set dah over 20 years kay. Zaman aku anak dara lagik. Bagus tak bagus bila aku jaga barang. quality barang dedulu memang albagus walaupun bukan branded. Jangan kau tanya le mana aku beli, dah over 20 years pun kan. Dah 3 anak aku pakai pun.

 

IMG_8504

Tapi kadang2 bapak abang kakak tak rajin nak sarungkan padding tu sumer, walaupun main kat jalan besar. Sampai berlanggar adik beradik. Alah bukan salah adik-adiknya lah, tali kasut abang tersimpul kat dalam pedal basikal dia. hishh

IMG_8507

sib baik kau yang jatuh bang, kalau adik kau, mau meraung over over punya. Dia bukan boleh luka ke jatuh sikit.

 

IMG_8510

diorg berempat pandai naik bawak basikal. Aku je yang tak berapa mahir. Bolehlah aku pedal2 tu tapi bila tang nak brake ke nak konar mau aku menggigil jer. Yet belajar bawak basikal dulu ngan basikal tua lagi. Ketagih sangat. Nak ada basikal sendiri tak mampu kan so masa tu kekecik aku selalu ikut adik angkat mak aku balik Tanjung Karang. Kat situ le aku belasah basikal tua. Sonok bahagianya. Walaupun besar basikal tu tapi celah palang tu selamba je aku dapat bawak. Mustahil ler untuk duduk, kaki aku tak sampai, nama pun budak kecik lagi masa tu.

Skang pun tak sampai gak kot hahahaa….

IMG_8512

Dan aku penah jugak citer kan masa aku sekolah rendah gak, kaki kanan aku penah masuk dalam tayar basikal tu yek, berguling2 kaki aku, eh berguling plak. Berpusing2 le, meraung melalak. Makcik aku bawak masa tu, aku dok belakang. Aternya basikal tua, dok belakang kaki kena kangkang jangan sampai kena kat tayar basikal, malangnya termasuk gak. Masa tu dari rumah arwah atuk aku ke mana tah ikut makcik aku tu.

Depan rumah nyonya cina tu, berenti, orang kampung, nyonya apek tu sume tolong le aku, makcik aku dah pucat boliau. Yelah abah aku garang hahahaha….Melaka masa ni.

Kita balik kampung sonok2 tup2 hah berdarah2 bagai.

Tak tau le camna abah mak aku marah kat makcik aku tu kehkehkeh…berbalut ler kaki. Berparut dah tentu. kat buku lali kiri.  Pasalnya pun nak belajar bawak motor pun tergendala. Dah 40, rentikanlah nak belajar semua2 tu.

IMG_8517

Masa ni aku pun nak join gak main basikal ni, cuba ler bawak naik basikal kakak, tapi laki aku dok tak payah tak payah. Coz aku pakai dress panjang masa ni hahahaha, ada gak kain termasuk dalam tayar ke dalam rantai ke ha kau. Ada yang bertanda lagi. Aku malas nak tukar seluar panjang. Hiks..jadi tak gak pass pass bawak naik basikal.

Tak ngaper ler. janji aku tau bau kereta. haaa…ada orang motor tak tau, basikal tak geti, kereta pun tak ada perasaan kau nak belajar kan. Kita tak perlu untuk tau semua perkara, satu pun cukup ler. Ayat penyedap hati. ahaks…..

Comment: 10

No bubble please…

IMG_7301

IMG_7307

Boleh tak pasnih kalau korang nak bagi hadiah ke hapa, or nak bagi anak aku ole2, tolong jangan bagi bubble nih please. Unless kita main ni kat rumah ko ke kan, or kat luar2 rumah tu. Eh penat tau akak nak mengelap lantai.

Jadi adik, ko dok sini facing the bathroom while mak blow rambut yek.

Kalau facing bathroom takper, ha tiup la kau bubble tu bebanyak pun.

Paling best bila aku tengok bubble tu dah habis, yey!

Dedulu masa dok rumah VA, aku rajin gak bagi dia main bubble ni, tapi dulu kita ada balcony, leh blow blow and the bubble tu pergi ke luar le kan, tapi ni hahahaa….melekit tu yang tak tahannya.

Pagi2 ajak main bubble ko ni tau, petang sebelum tu pun main gak, but kat dapur, takper, sambil aku kemas dapur dia mainlah, tu tak kisah, memang ngah mengemas pun. Cuma pepagi camni, hah jangan, mak tak cukup time nak mengemop 30 saat yek.

Btw, this is the main bathroom of our Red house, not sure this has been out in my blog ke before, rasa macam belum. 2 sections, split between the WC and shower. Between that ada lagi section, before walk in wardrobe. Black concept but the heater has to be in red, nakkan contrast colour kan, aku mencariknya kaler merah tu, ko ingat senang, sampaikan tokey kedai heater merah tu datang hantar ke KLCC. So nice of her. Rezeki merah.

Comment: 8

Rahsia Mak dan yang bongsu…

 

This is not so  heavy entry, very light je pun. Tak yah post pun takper, but aku dah transfered to my draft sume gambar ni so macam, what the heck, type je lah sikit.

Ini dating ngan little boy, waktu semua di Kemboja hari tu.

We woke up lepas tidur petang wedding di Kajang tuh and siap ke Tesco. Dia le yang tidur, aku tak de hajat nak tidur but while waiting for Asar tu, aku boleh terlelap, nampak benau la satu package ngantuk ngan Zeeshan too.

IMG_6946

Dia ni kadang2 pemalas sikit nak jalan, nak suruh kita dukung but nasib baiklah dia pun mintak jugak duduk dalam trolley ni, dapat le aku nak menyopping barang rumah dengan aman tenteramnya kan. Sebelum tu, kita excitedkan dia dengan toys, at his request, apa saja. Pusing 2 sections of tempat toys tu, dia dok hemmm hemmm, no no no. Sampai kat section vehicles, terus dia i want this ammi.

Kau! bapak truck lagi. but aku rasa the quality is not that good, even i can get much more cheaper than this price kat AEON. Ini about RM40. to me it is expensive la for the low quality of this truck and motor2 dalamnya. Aku dok pujuk dia amik benda lain, gagal. Hatinya dah love at the first sight ngan menda nih.

Your rezeki la dik.

IMG_6951

pusing satu Tesco, bawak bembarang. sampai nak bayar, hadoi panjangnya q!! memang melingkar2 panjangnya. Aku datang hari Sabtu coz no plastic day ingatkan takde le orang nak nyopping sangat kan. Baik ler order beli online.

Punya panjang q sampai dia mintak bukak chipsmore, lapau ye…

IMG_6959

Wajah2 kegembiraan bila dapat bukak the truck, kita dok tunggu the food tapau. Hari tu ada kenduri wedding, so takat aku nga dia je, baiklah tak yah masak utk aritu, beli bihun sup jer buat lapik kita makan kan dik.

IMG_6967

Hujung pulang, baru dia nak turun trolley. No plastic bags day, tapi aku sentiasa bawak my own paperbag/plastic bags. Mak mak standard le, semua dalam bonet keter tu macam bag Doraemon gak.  Best is we did this together, just both of us.

Esoknya I was thinking to take him to the Viva Mall for his Viva car, tapi dia punya tidur petang lamanyaaaaaaaaaaaaaaaa, sampai aku dok kejut banyak kali tak nak gak bangun. Dah boleh bangun dah boleh menjawab2 dok cakap ‘tak nak, tak nak. dont want wake up, nak sleep lagi’. Last2 aku off kipas, aku naik atas. Tak lama lepas tu baru dia naik (at that time dia tidur bawah but sebelah aku jelah, aku angkat iron board buat ironing depan tv ahaks). Tau ko paneh takde kipas kan, haahahahaa.

Jadi pembatalan untuk car viva but we still went out that nite after Isya, but to…………….ada ler :)

Rahsia kami berdua.

Rahsia ibu dan anak. Rahsia dalam bag Doraemon :P .

Comment: 6