RedBoy/Zeeshan

The after…

This was months ago, to be exact – a few days before I was admitted. But aku nak gak publish dalam ni for our reference, hari yang kita followed up datang untuk check up Zeeshan’s bone fracture.  Hari nih laki aku bawak tapi aku joined waktu lunch, just menebeng. Yang bestnya mak aku ada bekalkan nasi tapi bila nak suapkan dia, asyik melari pusing clinic so nasi tu masuk le kat mulut aku kan.

Abis tu, dah berkembang ngan lauk pindang, takkan nak tengok je nasi tu. sian nasi tu. Sok dia tanya, apasal tak makan aku, ha….so aku kena le makan nenasi tuh. Sampai licin hakak makang :)

IMG_5344

IMG_5347

bapak ko kat belakang tu memang takde perasaan sikit, asyiklah dengan chess online dia. Tak pernah lekang. Aku pun pencinta chess gak, kemaruk chess too, masuk tournament merata2, tapi takde le 24jam nak melekat ngan chess. grrrr

Ada jenis laki yang suka ngan social medias, ada yang suka dok ngan main game game game. Itu memang banyak aku jumpa. Ada pulak jenis laki yang hp pun jarang nak pandang, nak tunggu jawab pun berejam2, ada yang dah baca pun tak berjawab.  Dan laki aku adalah salah sorang yang hp sentiasa kat tangan, kalau dia mengadap lama muka seriuos tu hah, ngah main chess ler tu. Kalau tak pun dok scrolling fb/ig segala…but if at home or outside memang main chess je le kerjanya. Tu tak yah nak cite dia punya w/a group, mak datuk. Aku rimas ngan group2 nih, banyak yang aku dah left :) .

Aku pun main gak chess online nih, but biasanya waktu malam. Lagi2 dah nak waktu tidur tu, hah belasah dulu main 30 rounds sket. We both memang chess player, jadi apa nak dikato…

IMG_5304

so this time since aku ada joined depa, aku dapat masuk le tengok dia buat scanning, first round dulu tu ngan apaknya. Boleh sorang je lah parent yang masuk dalam nih….depa nak check ada lagi tak fracture kat tulang2 bahu dia tuh

IMG_5309

so far dah seminggu selepas dia punya tulang tu macam retak, so dah bercantum semula.  Arm sling pun pakai tak de le seminggu, 2,3 hari jer. rimas dia…

Lepas je kejadian bone fracture dia nih, takde dah dia berani nak jalan lari macam Arlo and Spot. Serik dahlah kot, he tau dah benda tu kalau dia buat surely akan buat terkehel lagik tulang2nya…yelah accident boleh terjadi di mana2. Itupun asal aku nampak dia lari laju dalam rumah or bergusti ngan abangnya, mesti my 7 petir petala langit suara keluar.

 IMG_8998

 

This one pulak, was just recently, aku balik kerja amik dia dari skul (hbag aku pun kat tangga lagi tu hah), aku pusing je dia dah buat cenggini. Eh kau ni, belajar kat sekolah ke or ikut abang kau nih! Laju je abang snap gambar nih, lama yek dia buat pesen terbalik melekat kaki kat badan nih.

Cuba kita yang tua bangka ni buat, specially yang gems gems mok mok ni, angkat kaki nak melekat kat dinding tu pun hazab kan, bebudak macam depa ni tulang badan lembut senang je aksi cenggini.

apapun, aku memang paling tak berkenan le depa buat macam nih. If you remember abang pun sama je ngan adiknya (actually adik banyak ikut abang), dulu masa kat rumah VA pun macam tu gak dia punya lipat pepusing badan segala, melekat macam spiderman je kat dinding nun. Gitu ler my boys. Always be boys.

Comment: 4

Spot Zeeshan – Bone Fracture

IMG_4872

 once a while Zeeshan akan jadi Imam, alhamdulillah bacaaan  dalam solat ada improvement setiap hari, tapi kena solat sesama ngan dia, baca doa sesama ngan dia lah. Cuma doa2 dia dalam omputih, doa maknya dalam bm hahahaa….terer btol hafalan dia doa pun dalam omputih ye nak.

dan of cos, being anak lelaki yang super lasak, walaupun lasak2nya pun masih boleh  dikawal, asalkan jangan biarkan dia berdua sangat dengan abangnya kang depa punya gusti, whuiii naik sesak napas aku tengok.

Jadi di satu tengahari Sabtu yang lalu laluuuu, waktu aku dengan rutin menyiang 50 ekor ikan sotong ayam maknek semua macam biasa in the bathroom, aku dengar dia punya menangis. Biasa ler kalau dia menangis tu, orang tak kacau dia pun dia leh menangis, diva sangatkan.

So ada abang kakak nya lah memujuk.

Bila aku dah siap kerja menyiang bagai, dia pun ngadu ler tangan shoulder kat sebelah kanan necknya tu sakit. Dia cakap ‘board buat’. White board untuk belajar mengaji tu yang buat which aku assumed dia langgar ler kan. apa hallah pulak board tu boleh bangun berjalan langgar ko pulak ker.

But his movement memang very limited, mengadu sakit sangat.

Esoknya swimming, dalam sakit boleh lagi berkuak lentang bagai cuma dia refused to swim at adults area. Lusanya pulak riding bicycle, pun bahagia jer. Tapi 2 malam tu memang mengadu sakit sangat, tidurpun tak nak belah kanan sangat, coz sakit. So hati aku sudah tak sedap ler, bila nampak pulak ada kesan naik ke atas macam lebam but no biru2 kaler tu cuma lebam kat shouldernya.

Esoknya lepas school bapaknya bawak pi our usual clinic.

Doctor Ram confirms kan yang itu bone fracture!!

IMG_4924IMG_4925IMG_4927IMG_4926IMG_4928

omeng, terus dia suh pi bawak specialist. Laki aku pun apa lagi, EL ler hari tu, terus bawak ke Prince Court, record Zeeshan banyak di situ jadi walaupun service lembab kat PCMC tu, pasrah je lah.

after few hours of waiting, doctor sent for Xray. Meanwhile aku kat opis dok godek cctv, carik balik camne dia boleh jatuh hari tuh. Untunglah alhamdulillah aku ada cctv, boleh check back. So 3 angles aku tengok on the cctv, memang dia jatuh near kat board tu, but bukanlah dia panjat.

So Zeeshan ni perangai dia for months dok suka benar jalan macam watak Spot dalam The Good Dinasours. Ada Arlo and Spot, so if korang ingat macamana jalan si Spot, guna 2 tangan and 2 kaki tu, hah camtu lah Zeeshan setiap hari. Not just at home but also at school. Cikgunya pun mengaku memang selalu almost everyday Zeeshan suka jalan macam Spot tuh.

Jadi kat rumah, sebelum kejadian tu dia dok berulang alik satu rumah dengan gaya Spotnya. But malang tak berbau, dia dok melaju jalan cara Spot, but dia sudah tergelincir terpusing badannya dan terhentak kat lantai, near by kat white board rumah. Which dia claimed board ‘buat’. So masa tu lah tulangnya sudah terkehel.

Masyaallah anak aku heih.

Jadi kena ler pakai arm sling nih, But dia pakai 3,4 hari jer,lepas tu tak nak dah dia pakai. Itupun hari pertama pakai kat school the next day lepas pi spital, dia dok merayu tak nak pakai. Yelah, katanya the sling tu macam handbag. I dont like, got flowers. Dia malu.

IMG_4955 (2)

Jadi being mak, aku ada stickers aeroplane bagai nih, aku tampal sesama ngan dia kat arm sling dia ni, tak de le nampak flowery sangat kat corak kain nih.

So the lusanya jumpa lagi specialist, I joined them from work kejap kat PCMC,  memang betul bone kat shoulder tu sudah naik ke atas, he gives 1 week untuk lurus balik ke or sort of lah. By right memang boleh surut. As of now, masih belum surut, ada lagi meet up ngan specialist this week.

Gitu ler ye nakalnya anak kecil aku nih. But ini bukanlah nakal melampau, ini cuma accident, yakni masa dia ngah seronok in character. Abang kakak masa adiknya jatuh pun tak perasan, depa dok mata kat tv.

IMG_4967

Abang dulu masa dia umur 4 tahun gak (after adiknya baru lahir dulu), pun accident gak, macam nak terbelah dahinya. Dok lelari kat rumah atuknya, dia langgar pintu rumah. Berlarian atuknya bawak pi clinic, laki aku pun rushed balik uruskan gak coz aku pun masa tu kat rumah aku ngah berpantang beranakkan kakak.

IMG_4964 (2)

IMG_4935 (2)

Lepas kejadian tuh, tak de lah dah dia nak jalan macam Spot tuh, but sempat gak dia menjawab Ammi, Eshan walk slow slow like Spot ok? NOOOOOOOOOOOOO, no more.

Ada gak dia kadang2, lompat atas sofa atas katil, hah mulalah aku menyanyi,  Zeeshan, Doctor said, no more walking jumping like a Spot! (macam lagu, no more monkeys jumping on the bed).

Comment: 5

My curly boy…

IMG_3789

arini nak cite pasal Zeeshan, ada 2,3 entries aku dalam draft will be about him, tengok camne bila nak post, ada gak makan taun depan baru sambung. Skang kan orang dah ramai start cecuti, aku pun ni kira baik lagi ni ada letak entry, by next week nak rehat jap. New year lah kita sambung borak.

Biasanya pun macam tu, raya fitri dan year end yang blog akan merundum, orang sibuk holiday.

So ini anak aku punya job, biarlah semua orang buat vacuum ke hapa, dia akan amik  job mop lantai ni. Ko cakap sekali je, terus dia bangun amik mop. Eeshan nak mop Eeshan nak mop (he called himself Eeshan btw)

 

IMG_3798

board ni kan, tertipu betul aku. Aku beli online, memang le ada cakap size bagai tapi aku tak ngukur, cuma dalam gambar macam besar  nih. Kakak dulu pun ada beli kat Ikea tu besar, tapi dah bagi the cousins kot, donno ler, kakak pun dah umur bape kan skang. So ni kecik pun jadik ler. Bolehlah buat ko dik, buat kelas abcd and numbering kita kay.

Aritu aku main2 lukis orang lidi (aku mana geti melukis pun), eii sedih, terus Zeeshan rub, must be ugly ler tu. Kakak rajin melayan Zeeshan bila tang nih.

IMG_3839

lawa kan? laki aku whatsapp gambar ni, terus aku turun bawah. hahahahaha dia buat untuk anak2, maggi tomyam fishball. Ke main cantik plak fishball ko cecukup satu periuk punya pusingan.

 IMG_3893

Hari tu abang 2 hari pi Shah Alam for this talk. Best giler katanya. Kawan aku le yang cakap, takde bayaran pun, semua covered. Cuma letak je deposit RM100, nanti refundable balik di hari kedua habis nih. Elok gak ler pergi, takkan dok umah berjalan je kan. Sebab kak Shah Alam, was thinking suh dia pi naik ngan kereta member aku, yang anaknya pun ada sama ler. Tapi girl.

Memang tak nak le abang, dahlah depa satu family. suh gak apaknya hantar. So depa berempat ler pergi, aku kan kerja. Aku tak leh cuti sembarangan babe, aku ada plan2 cuti aku sendiri, i m not an EL or MC person, reputation kena jaga.

So hari pertama hantar tu, since kat Shah Alam, laki aku malas nak balik, dia bawak kakak and adik pi balik rumah mertua aku. Leh sambung tidoq le tuuuuu apaknya.

IMG_3912

dan of cos, jadi anak kampung le kan terus Zeeshan bila dapat ke rumah neneknya. Panjat pokok lagi, masa aku dapat whatsapp gambar ni, udahlah ko pakai seluar putih, omeng!

IMG_3914

curlynya rambut ko dik, dah memang serupa abang ko masa kekecik dulu. Ini flower, dari rumput rampai padang tepi umah mak mertua aku tu. Katanya ‘flower for ammi’ . Tapi bila sampai rumah aku tanya mana flower mummy, dia cakap eh dah bagi nenek laaaa

Rambutnya memang laki aku tak nak bagi potong, dia kata ngah cuti sekolah, biarkan curly besau macam abang masa  kekecik dulu, so leh amik gambar buat kenangan dok letak sesama macam abang hahahaaa….aku dah suruh potong pun, buat dek je apaknya.

IMG_3915

wah kau, segugus pelam ratus tu! kait galah pun ko bedal gak, memang apak ko selamba je suh ko explore.

eh actually kakak pun ada sama nih, siap aku suh mak mertua aku bawak pi jumpa makcik tailor yang sokmo jahitkan our kain baju raya tuh.  aku suh measure dulu badan kakak lagi, coz untuk dia ada 7 pasang nak kena buat (5 dari Cambodia, 2 dari 3,4 taun dulu punya beli dari aritu hantar tak bebuat). Pakai je raya nanti, biar ler banyak pun.

Actually laki aku beli yang dari Cambodia tu share untuk aku gak, mak anak, tapi tau la taste lelaki kan hahahahaha, ai amik satu je cukup. kihkihkih…

IMG_3922

tu dia, laki aku bawak balik sampai sebungkus plastik. Aku bawak gak pi opis esoknya, bagi kawan aku yang suka makan bebenda masam gini. Aku tak minat ler, aku kalau mempelam ke apa bolehler, yang memasam gini, ai cannot ler. Dia cicah ngan kicap gula bagai, oh memang aku tak minat, anak2 pun ikut pangai aku gak. Tapi anak2 aku tu kalau the cousins makan, or kenkawan makan, depa pun nanti terpengaruh sama gak. Budak2 kan cepat je belajar kalau bukan makpak yang ajar kan. Hah, skang blom lagi, sok sok tak tau le, kalau depa pun suka.

Ada lagi pasal Zeeshan, esok2 la yek. About kol 5pm macam tu, since dari pagi kat rumah nenek, depa pun pi Shah Alam, jemput abangnya. Pergi jem balik pun jem. Dah kol 9malam baru sampai rumah akhirnya.

Esoknya, pagi lagi sekali, ke Shah Alam again. Kali ni, laki aku tak balik Kapar lepas dropped abang, tapi 3 tempat….hah best nih. Later…

 

 

Comment: 6

Special day…

IMG_0206

bukak2 blog terjojol muka akak merah kahkahkah…dahlah ari pertama of the weekdays kan. Nak tunjuk the mascara. Tak pakai pun mascara better than sex tu. Tapi the volume, the technique, tu yang penting. Ni takde eyeliner or the whiteliner bawah tu pun. sekadar light eyeshadow tapi aku main volume abis. Nak tiru macam si Suraya (dalam Memory cinta suraya, bongok la cite tu, makin lama main semua tak relevant, tapi terjebak gak tengok).

IMG_0210

Seluar ni, dah beli berbulan bulan bulannnnnnnnnnnnnnnn, tak pernah berpakai. Huk aloh, dah banyak bonar kain baju pasalnya. Padahal hari2 aku usik kain suor merah ni. Tapi di pagi tu aku macam terlintas nak tarik keluar, bila tengok eh ….apasal tak penah pakai. Ini boleh buat pergi kerja.

Tapi seluar macam ni tak boleh tuck in ye, kalau ko nak tuck in gak kena pakai spentot yang tak nampak lining tu. Kalau tengah piod, lagi ler jangan kau berangan nak tuck in semata. Perut kalau leper tak per gak kahkahkah…

Suor merah ni from Variente, macam palazzo, tapi sidenya ada flare2 sikit.

IMG_0214

ini paling best buat aku nak blogkan sangat. Bila ko rasa ko nak sesuatu, tapi harganya terlalu mahallllllllll untuk satu benda yang ko rasa ko tak nak invest. Tapi bila ko dapat hadiah, adoi!! ko akan rasa bahagianyaaaaaaaaaaaaaaa sangat2 hahahaha…Terima kasih Allah.

Aku dapat hadiah year end gift or can be called a Christmas gift from someone special. Isterinya pilihkan kalau tak silap, terima kasih sangat couple budiman.

ada kerusi kecik merah lam gambar atas tu kan, hah untuk kependekan akak merah kau ni, kena le ada kerusi ni merata kat wardrobe. Supaya mudah untuk pencapaian kain baju :) Banyak ada kat rumah akak, almost setiap penjuru kerusi merah tu ada kembarnya hehehehehehe. Kira tips pendek tinggi gak ler ni.

IMG_0218

they both tau aku suka merah, kebetulan kot ada set untuk chrismast gift merah2 ni, aku tengok paperbag je aku dah melonjak sukaaaaaaaaaaaa. bila bukak dalam muahahahahha ada shimmer!! yes yes yes.

Harga ni mahal, pada aku ler. Kan kedainya baru bukak kat KLCC tu, memanglah meriah baunya tapi tu ler, sekali aku masuk kedai tu rasa macam, hem nantilah, tak de rasa penting lagi nak beli ni semua. Baik beli barang2 lain.

Tapi bila dapat ni hiks….suka suka.

Ni ai boleh share sama pakai ke?

Hoh tak boleh!!!

agaklah RD pun, ko kang bau bunga2 je pulak, pakai je set bau jantan ko tu udah.

IMG_0323

dan penutupnya hari ini, minggu lepas heboh dengan nama ZEESHAN. Ialah mana taknya nama anak aku ni kan unique, dan apabila Fouziah Ghaus announced her new baby boy is Muhammad Zeeshan, ramai betul orang msg aku, tag aku. Automatically bila depa tengok nama anak Poja, terus ingat nama anak aku hah.

Aku pun wassap gak kat akak ipar Poja (she is my bff, dah blogkan banyak kali pun bila tiap kali aku datang rumah depa or even depa datang rumah aku), kakaknya pun cakap kat Poja ni sama la ngan nama anak kawan akak…..Zeeshan!

Glamour ko dik, pasnih ramai le pakai nama Zeeshan yek :) . So untuk entry ni, dengan pakai seluar merah baru, dengan dapat hadiah merah2 wangi dan jugak dengan keglamouran nama Zeeshan. Yey.

Comment: 4

Our little dinosaur….

 

IMG_9498

jarangggggggg yek aku nak amik gambar ootd bagai kat cermin umah. But that day exceptional case coz aku nak ajak Zeeshan bergambar ria sebelum kita pergi sekolah. Tapi dia tak nak, so biarlah mak kau jer…

IMG_9500

tapi tetiba dia mencelah hahaha

dapat le snap ni satu jer. Perut apak kau, kasi cover sikit.

Ini costume yang hampir 3 minggu ke sebulan aku ordered online dan sangatlah aku teruja untuk beli coz anak aku ngah stage suka dinosaurs.

Ayat teruja fuiyoo.

IMG_9507

Kek Zeeshan, dengan flash – dari cikgunya

tema hari tu ialah dinasours

IMG_9508

ini dengan takde flash. ada 4 ekor dinosaurs, rerumput pokok hah complete. Aku tempah dari kawan aku yang dah bertaun jadi bakers kami anak beranak. Dengan dia senangnya, kalau malam ni esok ko nak kek, insyallah laju jer. Ini pun kawan aku terus hantar ke sekolah, so sebenarnya aku tak tengok pun kek ni actual, aku pun tengok dari gambar2 jer. Tapi dapatlah makan, sedapppppppppppppp bangat dong.

IMG_9549

The goodie bags bagai….tapi goodie bags untuk aunties short pulak dalam gambar ni, depa dah amik kot. Eh entry ni boleh keluar coz depa dah selamat pun buat event ni last week. tu pasal aku selamba je kuorkan entry goodie bags few days ago. Ni pun aku tengok dari gambar je gak. Aku tak join the event pun. Tu pasal gambar2 ni sizes macam cinonit je kan

IMG_9542

waaa ini dia my little dinosaur dengan keknya. Ada video happy2 bday bagai, Allah selamatkan kamu, tapi aku hidok le macam biasa kan tak rajin nak update sini. Janji mak dah simpan save untuk kenangan. Walaupun mak kau takde di tempat kejadian. Set2 topi merah mask merah tu pun kita provide, paper plates cawan pun kita provide gak yakni the memerah.

IMG_9533

tapi ni memang win ler, siap ada sessi YB bagi adiah kat rakyat jelata tu!

he gave the goodie bags to each one of his schoolmates. Girl ni is one of his fav frens, nama ni je sokmo aku dengar dia sebut, with another girl

IMG_9538

kita supplied ngan nasi lemak, kuih muih and bihun goreng. Laku bihun rupanya ni, anak aku susah betul nak makan bihun. tengok dia je yg makan kek. Mee goreng or spageti dia nak ler, payah bonar le nak makan heh. Tapi at least ada food yang dia dah boleh nak makan bila pergi sekolah ni, abis tu dok reramai makan bagai kan, hah jadi seronok le.

Contohnya abang, anak sulong aku tu, ada yang dari kecik payah betullah dia nak makan tapi bila dia besar, specially dah teeenager ni, lagi le banyak dia cuba  makan coz kawan2 dok ajar. Dia tengok kawan makan so dia terpengaruh, hah baru tau sedapkan.

Aritu pun aku ajar dia makan apa yek, muka food tu buruk, aku paksa, semua rasa, korang kena rasa jugak, baru judge sedap ke tak, sesuai ngan tekak or not, hah apa lagik, bila dah ngap, terus berngap2! see ini ler contohnya, tapi nak suh bebudak kecik cam Zeeshan ni mencuba, agaklah payah.

IMG_9540

pengantin bersuap2 lagi….tapi kek ni memang sedap ler

IMG_9561

thanks Dee and aunties lain yang look after Zeeshan. Lawo cikgu Zeeshan nih :) . This week anak korang dah cuti kan, tapi anak aku this week masih lagi sekolah, final one. coz depa started lambat masa awal taun tu yang cuti pun extended 1 week baru start.

 

IMG_9467

ini malam sebelum his birthday, abang kakak dok teased je dia. sian Zeeshan, tapi dia nak le maknya amik gambar dia ngan costume ni. so dia ajak aku pi kat living area, pun abang kakak dok mengintai gak. eii menyakat je le korang nih. Ini dia dok kibas2 ekornya ler. hahahaaa, ada ke abang aku cakap (from the photo), buaya idup worr! oi Dinosaur le.

IMG_9468

ada pulak yang cakap macam dragon. abangnya ler, so dia dok jejerit nak nangis, no noooooooo ni dinosaur!!

IMG_9475

hah ni dari sisi kepalanya pulak. Suka betul dia dapat nih, tak larat dah mak nak beli lagi costume ko dik.

Masa pergi birthday dia tu, dia pakai baju lain ler kat dalamnya, and half costume tu aku ikatkan lah.

At first dia malu le tak nak pakai, tapi nak tapi tak nak. But bila birthdaynya tu cikgunya pakaikan, terus dia excited dapat pulak kenkawan dok puji2 wow wow wowwwwwwww kat ko kan, of cos le kembang bagai.

IMG_9474

Jadi sapa2 lagi nak sewa costume dinasour ni (yang ada gak kata macam buaya and dragon) bolehlah datang kat akak gak hahahahaa, dah jadi macam supplier betul. Last night kita pi tengok the premier of the Good Dinosaur, pun dia bawak sama gak, tapi tak pakai ler (speaking of that move, ada banyak huru hara terjadi, insyallah aku cite kat sini).

Semoga tahun akan datang, Zeeshan akan pilih costume lain pulak ler, tema Hang Tuah pulak boleh tak, senang sikit keje mak kau.

By the way parents tak boleh nak join the birthday event kat skul, depa punya regulations. Cuma aku terkilannya kat BB outlet lain, boleh pulak parents datang. Member akak siap bawak clown lagi for her daughter’s birthday kat BB.

 

I did mentioned this la kat BB pun takde feedback yet. Takde le aku make noise napa le tak boleh parents join kan, but rerata most of the kindies boleh je parents menyelit sama untuk special occasion nih. In fact ada BB outlet lain pun boleh. Heharap, consider ler, rules undang2 ni ciptaan manusia, jadi pasti boleh diolah dan dipertimbangkan.

Kan BB? ..additional 2 orang adult jer or maybe 1 of the parents jer, and bukan sepanjang hari, max pun 30min kot.

Comment: 3