RedBoy/Zeeshan

Brainy Bunch Sports Day @ Uniten, Bangi

IMG_4762

muka memasing at 730am di UNITEN, Bangi. Pagi tu, compared rumah yang kat Cheras kan. So memang dari 630pagi on Sunday yek kita dah bersiap bagai segala. Itupun aku dok cepat cepat cepat semuaa…..Maid aku nak basuh gelas minum pagi pun aku tak bagi, biar biar bik, tinggalkan je semua,  kita dah lambat nih!

biasa ler mak mak. Kecoh kena lebih.

Alhamdulillah selamat sampai on time.

IMG_4770

Dalam sibuk kulu kilir sana sini, aku sempat siasat semua orang ada warna purple. Semua ok all set, aku pun pakai baju kerja gak hahhaaha, ungu nya pasal. Bapak korang jer, memula kata ada pastuh bila dah jumpa tak nak pakai, besau le katanya. Mengadaaaaa. So dia terselit kaler biru. Hoping konon bila bergambar tak nampak le sangat kaler birunya kan, padahal, obvious cik oi.

IMG_4793

10 kali snaps abang asyik buat main jer, hah tenyeh tarik muka dia sikit.

IMG_0708

even my maid pun pakai purple too! memang all out kitaorng sumer for Zeeshan. Bibik aku ni dia ingat dia tak perlu ikut ler, but of cos le aku nak dia ikut. She s very closed and kamcing sayang sangat ngan Zeeshan tuh, takkan ler dia nak dipinggirkan dari melihat aksi kecil boss kita kan.

Oh even Zeeshan’s baju bag pun was in purple.

IMG_0718

ini pertama kali kami dengan Brainy Bunch. Yelah first year Zeeshan sekolah kat sin kan, baru 4 bulan lebih pun. Ingat lagi his first week, punyalah struggle aku nak hantar pi sekolah, asyik menangisssssssssssssss jer. Kalau tak pun aku kena dok dalam kelas kejap and lari menyelinap. But after one week, tetiba dah jadi addicted ngan school. Hebatlah BB, memang buat anak2 kecil addicted to school.

And he is very sayang to his Aunty Dee. Sayang yang sesangat. Jangan le ko berenti Dee oiiii.

IMG_4810

Yey RB in purple!

Asalnya cikgunya (Aunty) nak bagi dia jadi mascot tapi aku cakap boleh tu boleh tapi akak tak rasa le dia nak pakai lelama pakaian/outfit mascot tuh, knowing him. Mesti tak sampai 5 min dia cabut.

Benar seperti dijangka. Esok lusa tulatnya project memascotkan Zeeshan tidak berjaya hahahaha. Dia tak boleh ler nak pakai tu sume lelama, memang toksey. Kira dia pakai topi grapes kat pala dia dalam stadium ni dah kira hebat lama ler, coz right after dia habis event, terus dia cabut headgearnya tuh.

IMG_4833

so the Sports Day, ada 3 campus bergabung hari nih. Ada sessi lain jugak, petangnya, weekend lain too. Banyak campus kan. So for our day, ada campus Putrajaya dan jugak Kajang, selain Zeeshan’s campus the Bandar Sri Permaisuri.  Untuk Playhouse pakai baju purple. Depa purple ni cos depa yang below 3 years old. Macam Zeeshan he ikut tahun patutnya to 4 years old but since dia Dec baby, baru je turns 3 taun kan, so dok dalam Playhouselah.

IMG_0723

Masa marching nih, dia dok tengok je mana ke mak bapak aku. Udahlah masa kita sampai dia langsung tak nak lepas tangan aku, tak nak ikut Aunty. So aku pass batton kat bapaknya, and aku anak beranak sume pi cari seats. RD pun main lelari jugak, yelah kang nak melekat jer, bila masa pulak ko nak bersukan dik oi.

Si mascots 2 orang tuh, grapes and epal :) .

IMG_0735

bila dah nak bermula jer majlis, mulalah most of mak bapak terus ke depan nak tengok close up anak memasing. nak turun bawah pun boleh jugak. Ada nampak abang yang di belakang seat tuh? ado ado? hehehehe bibik pun lagi ler siap ke main jejerit adik adik adikkkkk

IMG_0740

ini Zeeshan tengah berjoget satu dewan pun sama. Wah bershuffle shuffle ko kan, kat rumah tak nampak pulak ko berjoget gini dik. Ke main ko simpan rahsia yek. Berpusing ler, shuffle kaki tuh, ada video, scroll je nanti

mengekek2 kitaong gelak tengok :)

IMG_0745

game pertama untuk group Playhouse, pilih fruits kat tengah tu and puzzlekan ngan yang dalam hop tuh. Bebudak ni jalan pun kena ada guidance kalau tak depa punya mata dok melekaaaaaaaaa ke kiri ke kanan. But dah been trained kan so either tau ke tak, ada ramai yang akan tolong hehehehehe. Syokness tengok nih.

Kami menonton dari atas. ada sebabnya.

IMG_4842

Selepas 2nd game, lompat pagar yang tak sampai lutut tu pun heheheheh, terus duduk terjelepok. Alaolo comelnya anak2 riang ria ni semua. Dengar je arahan tau, kalau ada family dia memang dia tak boleh nak dok diam gini. Tau le pulak ko kan school’s rules.

Ini kakak turun bawah, tengok close up lagi dekat.

IMG_4855

Kami masih lagi di atas coz sebabnya kalau turun ke bawah, dia akan surely distracted. Bila distract mesti dia nak keluar dari group kawan2 dia and nak kat makpaknya. Kompem sangat. Jadi biarlah kami dok aman kat atas nih. Aku tengok ramai parents turun, habis huru hara anak2 kat bawah dok nak melekat kat makpak. Sian ler pulak makpak tengok anak nenangis, ngan bapak siap bersukan tolong anak sama pun ada.

Jadi aku tau pangai anak aku, demi untuk mengamankan keadaan, biarlah kami tengok dari atas jer pun.

IMG_4862

nak le pulak ko pakai tanjak ni yek dik

IMG_4878

yey dah menang! dah dapat medal! dah habis sukan!

IMG_4880

selfie dulu ngan kakaknya!

IMG_4893

Next pulak turn untuk the star program

Zeeshan dah memang kat kami ler masa nih, belasah nasi lemak. Lapau dak kecik tuh.

IMG_4901

Ini budak sebelum acara bermula dok melentok2 kat bahu aku nak membuta. Abang, sekrang turn adik kau. dulu turn ko, turn kakak kau. Jadi bersedia jer lah yeah. Sok sok nanti, ko tua plak, turn anak ko plak bang.

IMG_4908

hah kemudian ada acara for parents, the fathers and mothers. Wakil untuk BSP mak mak, banyak kali depa panggil suh datang, aku tengok je dari atas, malas nak join. Nak tengok RD main dalam group bapak baru best. Memandangkan Zeeshan yang dok melekat kacau bapaknya nak perform, jadi kenalah jugak aku turun. Dah boleh sangat turun tanah.

IMG_4915

Depa main satu game je pun, cecmapur 3 campus dalam 3 lanes tuh. Mothers pun sama. Group laki aku dapat number 3, dapat hamper dan dibahagi2 but ada yang bapak2 tak amik. so ikut ler sapa yang mendapat.

IMG_0755

Kembar baju sama.

Dari atas lagi awal2 pagi aku ngan Kakak dok bilang RD yang ada orang pakai baju Netherlands, sekali kau hahahaha rupanya kawan opis lama dia!

IMG_4919

Kakak geram je mak tak nak masuk apa2 game. Takpelah kakak, bagi chance kat mak2 lain, kang asyik ler mak kau mak kau mak kau jer yang all out plakkang

IMG_4961

Zeeshan dah tak sabar nak callo bette!

IMG_4966

ada jualan kat dalam stadium tu gak, so aku beli satu benda jer, madu halia, dari Pakistan. untuk batuk. Moga batuk malam aku berkurangan. Bukan malam jer, siang punya tidur pun kalau asal nak tidur je dia batuk2, ada aircond punya tidur lagi le batuk.

IMG_5129

Tahniah Zeeshan!!

Anyway, ada aku dengar citer pasal komplen parents sana sini about BBIM, yes of cos. mana2 sekolah ada pro cons. I have confranted with the teacher personally, but tak yah citer sini ler. Just my bual2 biasa about the BBIM issue recently kat outlet lain.

Dulu pun anak2 aku ada problem gak kat kindy depa, but i resolved it peacefully. Salah satu tu aku tarik bawak anak aku keluar (that was abang when he was about 4yo). Kemudian ada jugak aku confrant kindy kakak for something yang aku tak happy.

Kira mana pun pergi, tak semua sekolah kindergarten tu perfect, mesti ada yang sangkut jugak. Asalkan tak heavy issue, insyallah.

Kalau ada hal anak aku ngan BBIM Bandar Sri Permaisuri, i will blog it and say it loud.

They donno pun anak aku tu anak Redmummy :) . Just yet. Moga bebaik sajalah, so far depa so good. Insyallah.

Comment: 5

Wheel on the bus….

IMG_1448

waaa ada budak dapat naik buslah!

rezeki Zeeshan sangat pagi tu. aku kan memang duty tetiap pagi hantar dia ke sekolahnya. Hari tu aku parked kat tepi makcik nasi lemak (my 15 years of nasi lemak, selalu aku pomotkan makcik ni dedulu hehehe), so aku singgah ler nak beli breakfast ke hapa, ada bas parked depan tuh. so bila turun kereta, mata dia asyiknya lahai sangat tengok bus nih.

Yelah depan mata kau!

Dedulu pun memang ler tengok bus, naik bus pun penah but dia mana ingat masa kita travel dulu ber by bus. So ini hari ini punya kejadian, langsung aku tanya nak naik bus ke Shan?

Nak nak yes.

So kita amik gambar tetepi dulu…driver bas tengah beli nasi lemak. Pintu tak tutup, aku mintak izin la naikkan anak aku jap, lagipun rush hour ler, nak pi sekolah, aku pun nak pi kerja, i m just taking my 3min time for Zeeshan yang galid ngan bus. Naik pintu tengah and turun pintu depan.

Amik gambar bagai. Last2 abang driver nak gerak, tapi tak jadi, matikan engine and suh Zeeshan posing depan bus,lagi cantik katanya hiks…suka le budak tu. Even dah bas jalan pun dia dok berbabai babaiiiiiiiiiiiiiiii!!

Malamnya dia tuntut nak lagi naik bas. Esok paginya nak masuk kereta, dia tak nak ok! dia cakap nak naik bus. huwaaa, mak ko nak pi kerja dik, mana mak nak carik bus pagi ni antau ko plak.

So esoknya Sabtu, sebelum aku bz 10jam, aku ajak RD and anaknya pergi transit station bus. Bukan station ler, the transit, kat Masjid Najihin rumah aku tuh. Mintak izin ngan abang2 driver bus, ada le 2,3 bijik bus kat situ.

IMG_1470

vavavavava adik dapat naik bus! pucuk dicita betul.

pagi2 bangun tidur, miii nak bus plssssssssssssssssss.

pelis dia panjang hokey!

jadi ok takpe, jom jom, apak ko tak nak cari bus, meh ikut mak kau kita pergi carik bus yek nak.

 

IMG_1478

Depan belakang depan belakang lari berjalan, panjat sana sini dia dalam bus nih. Bus ni engine berpasang, so ada aircond tapi tak berjalan ler bus nih. Steady je dik. Memang happy lah dia sangat dalam bus nih.

IMG_1482

abang driver ajak Zeeshan duduk kat driver bus, dia tak nak. segan almalu le pulak!

IMG_1499

mungkin lain masa kita akan naik bus pulak, dari depan rumah ke KL ke, pusing2 BSP ke, just untuk Zeeshan hah. Kalau LRT dah 2,3 kali dia naik. dia ni kan pencinta vehicles, so sangatlah sedaya upaya aku akan cuba bagi dia naik maknek nih bagai.

i have his 2 videos, tengok bettapa suka happy gembiranya lah hai anak aku ni dapat naik bus.

IMG_1500

inilah transit kecik bas #rapidkl di Bandar Sri Permaisuri.

terima kasih abang2 driver bus #rapidkl yang bagi kami 3 beranak (abang kakak was tuition/sek). Insyallah kami datang lagi bawak Zeeshan melawat kawasan kay :) .

Mungkin pasnih aku akan bawak Zeeshan pi check on the fire truck, kren, lorry, kepala ketapi, entahlah memana vehicles yang dia nak petik, aku cuba ler bawak. Semalam ada van lalu depan kitroang pun dia dok – hey van, babaiii!!

Sepanjang kat highway Kul Penang Kul tu, ada banyak bus, in fact kat Georgetown/Padang Kota pun banyak double decker bus, Zeeshan asyiklah, waa double decker bus, bus bus bus. Omeng peminat bus betuller ko.

Tu kalau pergi sekolah tetiap pagi, ada mood dia bawak segala kereta bus truck gak, tapi tinggalkan le dalam kereta, tak boleh le bawak ke kelas, ada gak dia ngendeng nak bawak aku tak bagi, amboi ko pergi sekolah pun nak bawak sama gak!


 


Enjoy sikit video Zeeshan.
Yang mahalnya wheel on the bus is by the mother.
I sing ok, i sing!!

Comment: 5

Before and After…

IMG_9518

before

IMG_9529

and after

terus sarung pakaipun.

IMG_9554

bebudak ni makin galak pulak skang ni ngan spaghetti bagai. dalam seminggu memang 2,3 kali gaklah aku kena buat tapi sekarang abang akak dah expert buat sendiri cuma kena dok belakanglah tengok perati depa buat tuh. macam aku cakaplah, aku bagi masa kakak 2 tahun to expert on the kitchen stuff and masak memasak, pasnih once she turns 13, dah by right tau nak memasak segala bagai. So sebelum pergi sekolah dia dah boleh masak untuk satu rumah punya makan.

Ha senang dah mak kau…

IMG_9573

untuk adik bongsu sorang ni pulak, happily jer kat sekolah. Ini solat Dhuha. Kadang2 kalau mood dia rajin, dia amik sendiri sejadah and solat, as per practiced kat sekolah and tengok di rumah. Tapi jangan nak suruh geganaslah memang dia tak nak, tak suka dia bersuruh2. dia nak kena ada mood baru dia pi solat.

Di sekolah diaorang ni akan take turn untuk jadi imam, this day Zeeshan was the imam.

Good job budak kecik. We love you love you love you.

Comment: 8

3 little updates…

IMG_8639

remember konda kondi?

nah, those coming tetaun anak2 kita mungkin tak kenal konda kondi ni, tapi kalau those yang dari zaman aku, sangatlah ingat permainan rakyat kita.

So the bapak depa one day pi bawak depa korek tanah and main konda kondi nih. Si kecik pun terpaksa belajar sama jugak. Dia of coslah mengekor je, asal dapat main kat luar dah clap clap sukaaaaa.

IMG_8641

dari umur aku 5,6 tahun sampai secondary gamaknya aku masih lagi main konda kondi, bola chop bagai sume tu. Tin selipar, so many more. itu semua permainan rakyat kita.

IMG_8646

korek biasa jer nih, kita dulu ke main dalam punya korekkan? ni janji boleh lepas kayu nak songkek

IMG_8648

ini apa ke songkek kau ke main panjang dik! belasah je lah

IMG_8649

iyeeeee! u made it. kena selalu main so he would remember this game sampai dia membesau sok sok

IMG_8651

nak ajar main bola chop hemm….tak kot. sian sakit adik kau kang kahkahkah

IMG_8653

kakak too…ngan seluar tidur jerr

IMG_8655

hah ini namanya patuk ular! mesti kita ni dah ramai lupa the rules regulations of konda kondi. takpe takpe, boleh je google, semua sudah ada di internet tu kot lah korang lupa. Aku pun bukan ingat pun, nak kena main team up balik ngan all the gangs lama Alam Shah dulu.

Those days in Alam Shah :) . To be exact Quarters Sekolah Alam Shah, yang kat Cheras KL nun, kami anak2 pekerja Alam Shah.

IMG_8294

selain dari itu, depa jugak belasah main kat tasik permaisuri, berhujan. Ini tak nampak rebasnya, tapi aku kat rumah dok message bapaknya, bawak anak2 balik nowwwwwwwwwwwww, raining lah!

bolayan je bapaknya ngan message maknya.

Lagi dia suh anak2 main hujan.

IMG_8295

bola al sepak

IMG_8298

Tudung kakak ni dah sama ngan tudung gegambar atas tu yeh. Dia suka ler tudung nih, jenis sengsarung tu jer, yang ke main berlipat ikat bagai tuh, once a while je kalau jalan nak vogue, setakat pi tuition main segala, memang kakak simple girl as this jer.

IMG_8296

Zeeshan ni 4 hari tak sekolah coz ada kes HFMD kat sekolah dia so aku tak berani lah nak hantar. Ada 2 orang budak kena, jadi cikgu kata kalau anak tak sihat better dont comelah, lagipun dia kena bebatuk gak last week.

Early last week gak ada officer KKM datang visit sekolah anak aku nih, kalau ada 3rd child kena HFMD, sekolah diminta tutup seminggu 2 terus bagi clear the virus.

Pernah aku tengok anak buah aku masa kena HFMD nih, alahai siannya sangat. A fren of mine, playhouse anaknya pun kena tutup seminggu gak, memang that s supposed to be lah. Kalau dah 2,3 orang kena, baiklah cecepat tutup and janganlah hantar anak2 kita, takpelah ponteng ler bape hari pun, either way pun kita kena ingat the health is much more important than anything else.

This week insyallah, Zeeshan sambung pergi sekolah semula.

Also to kakak, she s gonna have the Badminton Tournament peringkat Zon something le bunyiknya. Wakil sekolah kau kak, the only anak melayu dari her chinese school been selected for this. Proud of you Cik Kakak :) . All the best, memoga mami boleh amik cuti nak pi skodeng anak kat sekolah yang ada tournament tu  hiks….

 

 

Comment: 6

Zeeshan’s drama…

IMG_6899

First day kat sekolah, alangkah bahagianya si anak. Siap antau mak pak kat pintu kelas lagik, dihalaunya kita. First day yek. 2nd day pun bahagia, aku tak yah naik atas, hantar kat bawah jer. Masuk hari ketiga, Zeeshan dah start berdrama. Ada 1,2 orang budak yang menangis, so tetiba dia tengok pun dia menangis. So aku joint le sama ngan dia dalam kelas.

Aku dapat lari pun coz aku cakap aku nak gi beyak. kahkahkah….

Tapi tu lah, sok2nya cikgu cakap Kak, dia cari akak kat toilet kak.

Where is Mummy? Where is Mummy?

alahai lololooooo Zeeshan nih. Mummy works lah nak.

IMG_7618

Dah dekat seminggulah Zeeshan dok kat playhouse nih. He s supposed to go to yang 4 years old but itu kalau ikut tahun, since dia Dec baby, orang dah 4 tahun dia baru turns 3 years old, so dia gang2 ngan bebudak playhouse dululah. Maybe dah 6 bulan ke baru dia pindah atas gak.

but tu lah 2 hari je dia seronok, hari lain dia cengkam leher peluk habis badan aku tak nak lepas. Menangis sesedu.

by the way kita pilih sekolah ni coz aku takde pun survey sekolah lain, dah citer aritukan, aku datang sini tetengok and terus takde masa nak tengok sekolah lain. So heharap oklah yerk, dear school…please look after our kids.  Itu dia tengah mencengkam leher aku lah tu peluk habis. Sama le aku pun dok dalam kelasnya, tapi this one aku main lari pecut jer lepas 5min pun tak de tanda bayang dia nak lepaskan aku.

Kakak dulu pun, ada 2 weeks gak aku dok sama dalam kelas dia, belajar sama ngan dia kahkahkah. Cikgu pun suh duduk sama coz special case si Kakak tu dia punya merajuk meraung hoi! Tu kita panggil transition dia untuk masa bertenang dan masa untuk get used with the school.

By right memang kita kena tinggalkan jer anak, of cos true but untuk kes2 anak yang akan dok sedih meraung melalak tersedu2 nih kenangkan dia kena pi sek tinggal situ (for him thinking yang orang tak sayang dia ke napa dia kena pi skul) dahlah abang tak skul (abang ko sek petang dik oiii). boleh je exceptional case ko duduk le sama dalam kelas but masalahnya mak kau pun nak kena pi kerja dik.

 

IMG_7614

Nantilah sok sok mami suh apak kau tunggu kau pulak. aku tak suka bila tinggalkan anak kat sekolah dalam keadaan dia menangis sedih. Aku nak dia rasa selamat kat sekolah, fun and happy. Kalau setiap kali asyik menangis jer halohai, tak bestlah dik, mami pun tak senang kat opis nun. So untuk permulaan ni beginilah dulu, aku dok ler sama dalam kelas ngan dia for 5,10 min.

Nantilah apak kau pulak temankan kau.

Kitorg ni ada kerja memasing. bapaknya hantar kakak for both classes and jemput Zeeshan, aku hantar Zeeshan jer. n attend Kumon anak2, so kalau camni nak kena mintak bapaknya turun padang sama lah dok dalam kelas.  Tapi masalahnya bapak depa ni jenis yang alah tinggalkan jer, alah bior je dia nangis, alah buat tak tau jer. Hamboih pak kau cakap senang, bukan ko yang berada di tempat kejadian.

Sembilu tau hati ai tengok anak I peluk I kekuat tak nak bagi tinggalkan dia.

Oh nanti aku nak share episode ‘kehilangan’ Zeeshan lagi kat hangpa. Untuk kali kedua ye. hem….till then.

 

Comment: 6