RedMummy

Accident and The Parking…

IMG08514

wah semalam very the bad luck day lah weii! jem tun razak toksah cakap lah kan..tetiba je over jem plak, aku leh lambai ayu kat rhb, ko tak nampak akak ko ke you?

pastuh nak masuk parking klcc, hambik!!! 2 keter bersepai. teksi ngan volvo. van tu bukan, van tu ngah control the accident. ni kompem yang dari left side ngan yang nak masuk parking. aku budget yang volvo tu either nak pi kanan or nak pi terus masuk parking klcc, yang cab pulak dari arah left nak terus ke depan or turn right.

sebab apa tau….

sebabbbbbbbbbbbbbbbbb, aku sendiri ari2 hampir nak accident camni gak. korang bayangkan yer, lane yang mengadap parking klcc tu ada like 6 lanes, 2 for the left, 2 for pi straight masuk parking klcc, 2 lak pi area ctbank/masjid klcc. so ada lah kadang2 yang rude drivers nih, ko dok lane kiri ko nak pi potong  orang yang nak masuk parking, ko nak ke kanan…wah banyak kali dah ye aku jumpa.

yang bingai dari kiri nye jalan tu plak, lampu dah merah, melaju lagik tu terus or nak turn right pi menghala tun razak /tbg aji. so kitorg yang ijau nih menderu terus nak masuk parking klcc and yang nak ke kanan ke masjid klcc/ctbank, kompem lah langgar ko yang degil nak berenti masa lampu merah.

oh saya sudah menghadapi situasi ini bertaun2 yer…so kalo aku depan sekali memang aku akan slow down a bit coz kalo aku laju cam dedulu kuor je hijau, surely aku kena buat emergency break coz ada 2 jenis manusia ganyang tak geti biadab di jalanraya.

dan hasilnya…?

IMG08515

pastuh, itu satu cite, smlm gak lam klcc parking dah ada new system of parking. so korang yang soping kat klcc nanti leh lah pakai touch n go for parking and ada lah kad parking yang baru. new system skang depa pakai. those yang kat season parking kena amik card baru before 1st april, aku pun hegeh2 last day ari selasa aritu baru nak turun amik kad baru. then pagi smlm gak adalah ramai pulak mangkuk2 yang tak renew card.

ko tak renew card satu  hal, ko janganlah gatal masuk seasons parking kan, ko pi lah parking kat memana pi settle parking pass ko dulu. boleh sorang minah myvi putih ni, dia 2 keter depan ngan aku, dia tak renew parking pass dia lagik, selambalahhhhhh jugak pi masuk the 2nd barrier for season parking.

udah jem panjang kat situ. ater, dia nak masuk tak leh, parking dia tak jalan, pasal parking pass lama kan, and nak reverse pun x leh coz keter panjang ketapi belakang dia nak masuk parking. so udah jadi party honk lam tuh. agak few min gak lah baru security datang, aku kompem guard tu marah2 dia lah, ater dah cakap suh tukar parking pass lama dah, sib ko lah kan ko tak tau ke hapa tp dah tentulah dari 1st barrier lagik kad ko tak leh jalan lagi mau gigih degil masuk 2nd barrier.

so guard tu bagilah dia masuk coz nak reverse memang ada yang kuor middle finger kan, terus orang lain masuk pecut, huh dia plak parking dekat2 ngan 2nd barrier tuh, sorang2 yang lam keter stare kat minah tu buat aniya orang pi keje tol lah kau pepagik! termasuk aku lah…

ngan ms chocho hahahahahaha, kami sesama kebtulan separking.

wuiii!

bloody wed tol lah smlm…

Comment: 7

The Helper…

IMG08512

pagi yang hening, itu idung kena sinaran mentari aaa….light make up gak

IMG08517

dan thari nya aku jadik gini, emm nak kena gunting rambuttttttttt!

so now back to business,

aku nak buat citer serious sket lah…

IMG08516

gambar ni saja aku gelapkan!

ada VVVIP, ha bape banyak V aku letak tuh, makan kat food court, with those 3 maids. depa the VVVVIP laki bini ke adik badik ke makan, so the kids maid jaga. kids tu dok bantai2 je maid aku tengok takde lah yang adult parents ni nak tegur. pastu depa dah abih makan, barulah maid tu pi amik food depa.

itupun sorang yang ngamik for them the 3 maids ni lah. pastuh kan depa makan light2, tetiba tuan besar tu blah, kau, lauk nasi sepinggan tak usik lagik. ai know that VVVIP, tp aku cam was2 dari mana, sekali bila tuan2 beso tu dah blah, maid yang sorang tu tu ngah tercungap2 nak masukkan makanan lam mulut dia, sian sangat tau coz tuan2 dia dah blah kan, sempat aku tanya dari mana. dia ckp lah dari mana. kompem! perkhhhhhhhhhh!

laju dia tinggalkan food dia, terus dia lari2 pi ikut tuan2 beso dia. tak silap aku yang lg 2 orang makan pun dpt 2,3 sudu jer…eii siannya. ko tu dahlah VVVVIP, ko makan kat food court, orang ramai leh buat judgment bila ko layan maid2 kamu begini. gamaknya nak jimat banjer ke or malas nak makan kat tpt mahal ke aku tak sure lah but sian sangat maid2 tuh,dibagi makan tp x ditunggu untuk depa abihkan makan.

ikan goreng ngan nasi tu pun tak sempat dia nak cuit.Ni nama2 VVVIP ke apa aku tak bley cakap yer…tu gambar tu pun sengaja aku tak sharp kan, let s just take this as a reminder to kita diri sendiri gak lah yo.

The maids ni aku rasa depa dah immune dahlah kot, but bagi pandangan aku, kesian lah diorg ni.

Fifin, red family sayang ko, will never treat you like them.

aaaa fifin nak cuti sebulan setengahhhhhhhhhhhhhhhhhh!

Comment: 22

Melasma – The Mask of Pregnancy

Please allow this entry as a sticky mode, as usual new entries at the bottom of this entry.

Huhaiii! Entry kali ni sangat mencabar ye gang bas merah sumer. Alangkan lah aku ni dah beranak 2 so bolehlah aku memahami and express this out in my own style of writings. Kalo hidak, kompemlah jangan aku yang nak paham, gamaknya apa aku tulis pun korang takkan paham gak seiii.

Ramai ibu2 mengandung ngah membaca nih? Ramai jugak ibu yang bakal mengandung and sudah beranak pinak membaca entry nih, pastu kamu akan bilang ‘oooooo, now ai know about Melasma’.

Melasma atau nama scientific nya Chloasma faciei atau lagik senang nak dipaham ‘mask of pregnancy’. Melasma mostly dihadapi oleh pregnant woman, ada macam tan or dark skin discoloration. Walaupun Melasma boleh affect anyone, melasma is particularly common in women lah kan, especially to mak yong2 cam kita nih. Ia juga boleh dihadapi pada lelaki atau wanita specially kat orang Asian yang kulitnya agak gelap, atau tidak terlalu cerah. Exactly like us.

image001

Melasma ialah spot itam/gelap yang melekap di kulit, yang disebabkan oleh production of melanin yang over berlebihan. Melanin nih korang kena google search baru boleh kasi banyak paham, so perlebihan melanin adalah kerana perubahan hormone. (ni kalo ada banyak scientific words yang korang tak paham, pls refer to Wikipedia, kang jadik panjang lebar lagik lah entry aku coz each of the scientific words aku  nak kena explain plak.)

Jadi, bila melanin kulit asal kita terkena dengan matahari, makanya ia akan menggelapkan lagi kulit kita. Wanita yang berkulit warna light brown (aku kah??) yang tinggal di daerah yang intense sun exposure are particularly susceptible to developing this condition (aku lagikkah??) oh nooooo!

Melasma ni biasanya kan kena kat pregnant women, ada perubahaan hormone during the second or third trimester.  Kebanyakan wanita pulak menghandap melasma dalam tahap yang tinggi dan buruk pada waktu-waktu genting begini. Sebab itulah golongan wanita yang sedang mengambil ubat cegah hamil atau tengah ongoing terapi penggantian hormone perlu dok berbincang dengan pakar ginekologi to choose on the therapy yang boleh menghindar melasma.

Other rare causes of Melasma include allergic reaction to medications and cosmetics. Ha so korang hati2 ye pakai kosmetik tuh, check dulu sesuai idak ngan muka, kang bertepek lak Melasma!

image002

The simtom of melasma ada tanda perang, irregular patches commonly ditemui kat upper cheek, hidung, bibir, atas bibir dan juga forehead. Ha cepat belek muka memasing. Ado idak Melasma korang?

So sekarang kamu sudah tahu apa itu melasma bukan, sebenarnya bila aku buat entry nih, aku baru teringat yang aku ada melihat sorang suspect yang sama seperti dalam entry melasma nih. He’s a male, a father and he works in KLCC. Sorry lah, ai wont be interviewing him for my entry purposes, tapi skin dia tu memang nampak like Melasma!

Malaysian kebanyakannya terdedah kepada 18 jam of UV radiation  di sepanjang hari. Ramai antara kita tidak perasan akan kepentingan protection against sunlight tak kiralah dalam indoors ataupun outdoors. Kerana itulah kita perlu memakai sun block setiap hari. Tu pentingnya tau gang bas merah. Aku pakai gak sunblock, tp aku pakai kat muka jer. Kat badan kaki peha tangan tu aku pakai lotion jor 🙂

Justeru, melasma hanya boleh dikawal tapi untuk membuang dan menghilangnya seratus peratus, hanya boleh dilakukan dengan long-term maintenance treatment dan juga protection against sunlight, coz kemungkinan untuk the melasma to reappear several months later selepas kamu kena semula sun exposure.

So camne korang, dari gambar2 yang aku dah letak lam entry nih, u got the idea on the melasma kan? Now pi lah check kot korang ada Melasma ke tak, n nanti aku buat lagik entry on the treatment of Melasma.


Khidmat masyarakat pesanan Melasma Part One is brought by redmummy.com

Comment: 13

Ipod Girl

IMG08466

IMG08476

IMG08477

rehat2 memalam, aku tengok dia leka main ipod bapaknya…main game apa nih ek, yang keter lelumba tulah…berpusing2 tangan dia main menda tuh. aku nak pinjam seminit pun dia tak kasik…

IMG08479

aku sendiri tak pandai pakai ipod sirman tuh, even saya pernah promotekan the Iphone Maxis arituh, tp sebab bendanya bukan hak aku, lagilah aku malas nak belajar nak pakai. unless it s mine, so aku happy to use and learn the new gadget.

sama dengan IE and Mozilla, kat umah nih sirman dok pasak telinga aku suh pakai mozilla, sampailah satu ari aku cuba gak, and gila seii, sonok gak lah laju je pakai mozilla, applicationnya mmg lah sama ngan IE tp dia lebih frenly alam than the ie tuh sendiri.

mencuba menda baru memang aku agak payah, tp once dah cuba, aku pulak yang lelebih dari orang yang promote to me.

Comment: 14

The Transformation of Make Up

IMG08306

pagi buta pi keje last week gak, ke last 2 wks…merata biru!

IMG08372

purple mood for last friday, muka dah hazab, petang marrr

IMG08430

to wedding tym, diff make up gak, quite light

IMG08435

baru kuor umah, so make up cam hawau tebal

padahal nak pi amik ayam lemon rosemarcy n terus pecut to melaka

IMG08449

sat’s make up gak kat melaka, quite heavy but rambut dah mula ngikat, paneh!

can u see gegirl’s face yang penuh make up sama tuh?

IMG08484

tuesday’s make up, very light

IMG08509

cam sedara bau2 bacang ngan TokTi tak gambar nih? hahahahahah korang sakan gelak brengset ye bila tengok gambar pucat lesi sanggul mak limah lam pantang anak 5!

aku redha…

we dont have to be so perfect in front of our readers lah. tu lepas bersental muka bagai…can see my eye bag kan? hikss

coz ai m not your damn perfect model, sumenya hiasan muka dengan make up yang ditouch up!

nengok muka korang sket….tu ha jawat batu setompok, pi kasi taram yer. pastu meh dok secalit semeja ngan aku…kita belek muka memasing plak.

ni bukan tag yer, ni sukatik hobby mak merah nak tempek gambo cenggini, bayangkan TokTi ke Era Fazira ke or sesapa lah artis terkenal kalo depa buat letak muka cenggini, kompem kena spread to the whole world, siap berantai2 email…

hangpa jangan buat gini kat aku tau, aku hanyalah blogger malaya. huhuuuuuu!

Comment: 16