Dec
15
2014
Monday, 9:00 am
Sebelum ada yang mindednya dok komplen kata boycot boycot Coke etcs, baca ler sini dulu yek, jangan main tembak jer pasal boycott tapi tak tau apa2 contents pulak.
Sebagai world’s most inclusive brands, Coca-Cola berbangga to serve their beverages di mana-mana yang dibenarkan untuk beroperasi dan ini merangkumi lebih daripada 200 negara di seluruh dunia, di mana 14 buah negara adalah di Timur Tengah. Tahukah korang yang perniagaan Coca-Cola sudah beroperasi di Palestin sejak tahun 1998 lagi?
Hari ini, Coca-Cola menggaji 400 pekerja di tiga kilang pembotolan Palestin di Ramallah, Tulkarem dan Jericho dan tujuh buah pusat pengedaran. Sekaligus menyokong 4,000 isi rumah Palestin melalui perniagaan runcit dan supply-chain mereka. Coca-Cola merupakan majikan ketiga terbesar dan pelabur kelima terbesar di Palestin.
Pada bulan Disember 2013, Coca-Cola telah meningkatkan pelaburan di Palestin dan akan membuka kilang pembotolan baru di Gaza pada tahun 2015. Ini merupakan satu pelaburan sebanyak USD20m dan bakal mewujudkan 120 pekerjaan langsung di samping menyokong lagi 1,200 pekerjaan tidak langsung di seluruh rangkaian mereka.
Juga tak dilupa usaha-usaha ataupun inisiatif kemasyarakatan antara. Lainnya program bola sepak selepas sekolah, dengan kerjasama PACES, menawarkan 10,000 pelajar Palestin dengan bimbingan bola sepak, latihan kemahiran hidup dan kurikulum kesihatan dan pemakanan. Juga memberi akses kepada makmal komputer untuk kali pertama kepada 20,000 pelajar sekolah Palestin di kampung-kampung luar bandar melalui “Lana Al Ghad” projek. Macam akak cakap, inisiatif murni Coca-Cola ini memang patut dicontohi.
Cos issue boycot bebaru ni, ramai yang menganggap, Coca-Cola menyalurkan hasil to Israel, no it s not, itu mana punya facts datang. Even at their website, facebook pun dah bilang that they help out the Palestines too, bukan the other way round.
So I flew to Kota Kinabalu, Sabah and sambung naik van 2 jam ke Beaufort to attend the Coca-Cola Malaysia’s event sempena SURI Graduation Ceremony. First time dengar SURI graduation ceremony ingakan majlis graduation suri rumah, tapi SURI ni adalah akronim dari Sertai Usahawan Realisasikan Impian iaitu program perintis Coca-Cola 5by20.
5by20 pula secara langsungnya diterjemah sebagai 5menjelang20 iaitu komitmen global The Coca-Cola Company untuk menaiktaraf keupayaan 5 juta usahawan wanita di seluruh dunia menjelang 2020. Memang murni dan bermanfaat sekali usaha Coca-Cola ini.
Berbalik cerita SURI pulak, juga inisiatif yang sangat bagus dari Coca-Cola. Â I got to meet and interview few of their peserta, most of them memang seronok diberi peluang menyertai SURI.
You imagine dulu depa tak tau pasal akaun, pastuh bila berniaga atau buat kerja rumah takde campur tangan suami (kira husband dok let go the wife to berniaga and buat kerja rumah), yet melalui SURI, mereka diajar untuk membuat kerja rumah bersama2, coz suami isteri pun bekerja kan. Tujuan SURI antara lainnya  mahu membantu keluarga2 miskin supaya lebih selesa kehidupan mereka dan teratur serta sistematik.
Ada yang dahulunya sebelum menyertai SURI, pendapatan berniaga hanyala RM50 sahaja tapi setelah 3 bulan bersama SURI, mereka dapat melipatgandakan perniagaan mereka between RM100 – RM200 sehari. Perniagaan yang mereka jalankan mostly ialah perniagaan makanan.
Peserta2 SURI tidak terhad untuk yang muda belia tetapi tiada had umur. I remember sorang makcik ni, she s 60 years old, tapi masih lagi berniaga, for over 40 years she meniaga, takde sistem, kira main ikut resmi hati dan ikut agak2 jer haritu nak meniaga macamana, tapi through SURI, she tambah pelbagai lagikan juga masakan dengan menggunakan Coca-Cola. Not just that, she s happy to perturunkan ilmu yang beliau dapat dari SURI to anak-anaknya yang kesemuanya 8 orang turut meniaga sama.
Ini adalah contoh resepi dari Coca-Cola yang dihasilkan oleh peserta SURI, daging burger yang dimasak menggunakan air Coca-Cola, wei sedap tau! Berperisa Coke gitu. Banyak lagi resepi dan semuanya dihasilkan oleh para peserta SURI yang dahulunya tidak berapa mahir dalam urusan perniagaan dan acukan resepi, tapi kini berkembang perniagaan dek kerna SURI.
Well I also nak mention yang SURI mendapat naungan dan sokongan penuh dari Kerajaan Malaysia, melalui Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat di Putrajaya. Â Coca-Cola sebagai peneraju, kerajaan sebagai penaung dan Jabatan Pembangunan Wanita bekejersama dengan Amanah Ikhtiar Malaysia di Kuala Lumpur dan Yayasan Usaha Maju (YUM) Sabah untuk membantu menyelaraskan lagi project SURI.
You see, semuanya ada kaitan, bukan satu jawatankuasa sahaja, but pelbagai pihak turut sama membantu untuk menjayakan bagi membantu rakyat Sabah.
Program perintis ini adalah kerjasama diantara Coca-Cola dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah dirasmikan sendiri oleh Timbalan Menterinya iaitu YB Dato’ Azizah Mohd Dun.
Oh by the way, dalam masa yang sama ianya juga ialah Festival Bagandang Beaufort. Memanglah sangat meriah dengan pelbagai aktiviti terutamanya persembahan muzik rakyat Bisaya dan persembahan The Kulintangan (gong tembaga mini tradisional) yang sangat menarik minat orang luar, begitu juga para pelancong.
Weih Anuar Zain pun ada jugak tau!
SURI, program perintis ‘5by20’ melibatkan seramai 132 orang wanita dari daerah Beaufort sendiri, Mereka terdiri daripada pemilik kedai yang sedang beroperasi di daerah Beaufort sendiri. Isi pati utama program ini semestinya memberikan latihan kemahiran asas kepada wanita ini agar dapat menjadi usahawan berjaya. Memang sangat beruntung mereka yang dipilih menyertai program ini. Dalam melancarkan proses transformasi ini, topik utama yang difokuskan pula ialah latihan kemahiran perniagaan, akses kepada kredit dan membina rangkaian kesepakatan peniaga dan mentor.
132 SURI participants attended the graduation ceremony officiated by YB Datuk Azizah Mohd Dun. Happy sungguh diorang dah graduate, semoga semuanya berjaya dalam bisnes masing-masing, insyallah…
Dalam program ini, Coca-Cola memainkan peranan yang sangat penting untuk membantu para wanita yang memiliki perniagaan sendiri ini dalam menguruskan perniagaan mereka dengan lebih cekap, dengan memanfaatkan pengalaman mereka dalam pemasaran, perdagangan dan peruncitan di negara ini. Korang tau lah kan betapa luas dan berpengalamannya Coca-Cola dalam subjek ini. Memang bertuah dapat menimba ilmu berharga sebegini dari Coca-Cola sendiri with the help from Kerajaan Malaysia kita lagi.
It s all about teamwork, Coca-Cola have the funds, Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat di Putrajaya have the networks and Amanah Ikhtiar Malaysia di Kuala Lumpur dan Yayasan Usaha Maju (YUM) Sabah came on board menggelembeng bersama-sama untuk bantu anak2 Sabah.
Mereka miskin, benar, tapi perlu dibantu, sebab itulah kita hendakkan wanita-wanita Sabah yang tidah berpengetahuan tinggi, diberi peluang juga untuk menaikkan taraf kehidupan mereka.
Subjek lain yang diajar termasuklah pemahaman dalam cara membuat pinjaman dan juga merancang strategi perniagaan, kerana semua ini melibatkan pengurusan kewangan dan kredit yang sangat penting untuk seiap usahawan. Juga tentang cara pemasaran produk-produk mereka.
Setiap peserta ini diberi latihan selama 10 jam dalam tempoh 5 minggu. Apa yang dititikberatkan sudah semestinya kesediaan mereka untuk belajar dan juga memperkasakan jati diri dalam menghadapi cabaran dunia perniagaan. Maklumlah nak berniaga ni bukannya senang, banyak dugaan dan cabaran datang dari perbagai arah!
So ini adalah kumpulan SURI yang pertama mendapat faedah melalui latihan ini dan sasaran inisiatif 5by20 untuk melatih seramai 20,000 wanita di Malaysia dengan tumpuan diberi kepada negeri Sabah sebelum beralih ke kawasan luar bandar di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Sebagai seorang wanita, personally akak sangat terharu dengan usaha murni ini dan berbangga melihat wanita-wanita ini mampu berdaya saing dalam dunia perniagaan. You go girls!
Coca-Cola yang telah bertapak selama lebih daripada 75 tahun di Malaysia memang tidak melupakan peranan dan kewajipan mereka untuk menjayakan masyarakat Malaysia. Disamping SURI, bermacam-macam lagi usaha murni ataupun program mereka yang menjurus ke arah pembangunan masyarakat seperti mempromosikan gaya hidup sihat dengan kerjasama Majlis Olimpik Malaysia dengan penganjuran aktiviti dan menaja kejohanan sukan. Sejak 2006 Coca-Cola menjadi rakan kongsi Persatuan Pencinta Alam Malaysia untuk menyemai kesedaran pemuliharaan air di kalangan kanak-kanak sekolah seluruh negara. Juga bersama WWF Malaysia melancarkan aktiviti melindungi 3 kawasan tadahan air utama di Malaysia.
Dan berganding bahu bersama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia menigkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar dengan menjalankan aktiviti seperti pengawasan air, memperkenalkan konsep keusahawanan dan?juga menyokong program sambuatan bulan Ramadan, di mana akak sendiri pergi program tu – Sebarkan Semangat Ramadan di Kampung Bukit Kapar bersama Coca-Cola!Â
Tapi ada juga one of the rumours pasal Coca-Cola business di Palestine is that the plants are built on land seized from Palestinians! People tend to believe this because they do not know the following:
The Coca-Cola Company and its bottling partners operate worldwide in over 200 countries. While the company is a global entity, the Coca-Cola business in each country is a local franchise business. Coca-Cola beverages are produced, sold and distributed by authorized local bottling partners, who own and operate bottling plants and sales/distribution centres, employing many local citizens.
In a nutshell, it means the local businesses are not owned or run by The Coca-Cola Company. So in Palestine, the Coca-Cola franchise owner and operator is a Palestinian company whose customers are also Palestinians!
So if hangpa sebelum percaya bebulat kisah fitnah dalam social media etcs, baiklah hangpa pi tanya dulu dengan Encik Mohamed Kadri Mohamed Taib, Public Affairs and Communications Director, Coca-Cola Malaysia Tel: +6019 3320320. Number pun ada sesiap, boleh jer call sebelum buat keputusan drastik boycott etcs.
Untuk SURI, kenapa Sabah bah??? Dari Coca-Cola sendiri, actually Sabah dekat di hati kami 🙂
Untuk pengetahuan semua, The Coca-Cola Company telah melabur dalam meningkatkan kualiti hidup komuniti di Sabah ini, membantu komuniti di Pulau Mabul dan Pulau Denawan. hampir 40 buah kampung di daerah Ranau dan Kota Marudu dengan memberi akses kepada air bersih. Thumbs up to Coca-Cola 🙂
Terima kasih Coca-Cola di atas semua usaha yang berfaedah dan sememangnya bermanfaat ini. Tahniah diucapkan kepada semua peserta pertama SURI di atas kejayaan mereka dan semoga terus berjaya dalam perniagaan masing-masing. Turut sama menjayakan inisiatif murni ini ialah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Yayasan Usaha Murni (YUM) yang menyediakan pembiayaan mikro untuk para peserta wanita ini didorong kuat oleh Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat.
Negeri lain akan menyusul, bila dengar SURI, itu Coca-Cola 🙂
Comment:
7
Category: [
Ads, Coca-Cola ]
RM Recent Comments