Bukan salah Mak lah….

you know sekarang ni kita setiap minggu sangat ler huru hara. Aku ngan RD ler. So sama macam weekend baru ni, pagi aku ikut laki aku pi melawat kawasan, he usually hari2 pergi tapi aku either Sabtu Ahad je lah boleh pi visit. So bawak Zeeshan sama, abang kakak pulak di tuition, tu lepas hantar depa baru kita pergi.

Kemudian habis sejam, kita lari pulak pi tengok school Zeeshan. By right aku kena pergi lagi recce 2 sekolah dia, tapi macam aku nak settle down je ngan yang satu aku visit tu lah, the review is also not bad. Cuma aku nampak ada toilet student, takde seat. Kita yang tua ni pun kalau duduk kat WC seat tu takde lapik seat tu pun sakit tak sedap. Heharap depa dah pasang baru ler, kalau takde gak pasang sampai aku register, ha…memang jegil gak kang.

Nanti aku lari lagi pergi check the other 2 schools, if not ko pegi je lah sekolah tu ye dik. Ko asyik duk rumah main jer, tengok tv jer, hah pi sekolah jap. Bukan full day pun aku hantar, 4 jam jer.

Then kita mencicit split, laki aku drop aku, aku balik lu ngan Zeeshan, siap bagai, pas Zuhur, aku kena pi meeting, venue punyalah jauh kau. Depa balik dari tuition, kita kuor serentak, tapi anak2 and bapaknya pergi klinik and lunch pasal abang pulak masa tu macam demam. Maknya terus ke venue jauh untuk meeting.

Bapaknya hantar laporan, sempat gak tidur sebelum kol 4 for kakak’s badminton. huh sedapnya.  Mak ko gak tak dapat.

Pastu RD hantar Kakak pi badminton, dia terus ke  satu tempat ni to check on the doors, kira pi kedai pintu2 bilik/toilets lah. Habis aku meeting, about 35min perjalnan aku pulak join laki aku kat location dia. Itu dah 530 petang.

Kol 6 kita habis meeting, split lagi, laki aku amik Kakak, aku lari pi Tesco coz need to buy barang2 makan aku (orang diet tak leh suh orang lain belikan, kang lain acuan bahannya). Tapi knowing me, patut beli 3 barang, aku end up beli 100 barang kot! penuh trolley.

By the time aku sampai rumah, laki aku ngan abang kakak dah nak keluar pi tengok The Hunger Games (memang beli tix untuk depa 3 orang jer pun). So depa poi, aku kemas2 dapur ngan bibik, pepotong bagai, masak segala, 3 main lauk diet aku, siap sume letak lam tupperware and tunggu sejuk. In between main tetembak, sesepak bola ngan Zeeshan.

Jam 10 aku longlai terus atas katil. Dipijak2 dek Zeeshan gak.

Almost midnite, depa balik dari movie, muka memasing muncung tak best boring ngantuk maknek bagai bila tengok The Hunger Games. Kakak tidur dalam wayang kooo! derrrr…

so ni citer panjang aku kan. Jadi in between nih nampak siang tu macam RD yang manjang with Kakak kan? Betullah tu. Rupanya kakak dok mintak her tab dari sejak habis Kumon, pastu balik dari Klinik sebelum badminton, kemudian balik badminton sebelum pi wayang. Semuanya bapaknya bagi alasan ‘alah nantilah kakak, dah nak pi badminton, dah nak pi wayang bla bla bla’

so aku tak terlibat pun dalam dialog dan kejadian tab bapak anak ni tau.

Cuma midnitenya, bila depa balik, aku suruh Kakak tepon nenek coz that day was Nenek’s birthday (my mom) but she hasnt wish so aku suruh le dia tepon jap. Aku tak tau pun drama masalah yang dia mintak tab dari siang bawak ke malam kat bapaknya pun tau. Aku innocent gila.

Terus bila suruh tepon, dia turn and entah aku tak nampak bayang hidung. Merajukkah?

Datang Abang hantar laporan, Mummy – kakak sedang menangis teresak2 di dalam biliknya. Ler………………

Pastu Kakak ada tulis kat Board, for Mummy.

Aik, aku masuk le pujuk dia, baca board tu. Apakah? Mak kau seharian kulu kilir tak tau pun pasal kes tab ni, tetiba mak ko dapat nama, bukan apak ko. grrrrrrrrrr!!

Lepas dipujuk, she tepon neneknya, she tolong buatkan susu and aku terus bagi tab. Aku bagi gak. Yelah deal memang Sabtu dia datang, by right selepas badminton, tapi bapak ko yang langgar the perjanjian tapi mak ko dapat nama. cis.

Tetiba Mummy pulak yang tak adil??? Mak ko satu hari longlai, haiyo.

Bapak ko lah….!!!

image

 

Comment: 9

Misteri RM50…

Sebelum kita dibanjiri cerita heavy dalam RM nih, i nak letak cerita pendek sikit. Allah Maha Kuasa.

Kejadian baru jer berlaku, somewhere di depan sebuah kedai makan. I ada bagi duit kopi sikit or derma or whatever you nak panggillah pada seorang hamba Allah ni (hanya sipolan dan suami ai je tau yang I bagi duit ni kat dia), an RM50 note. Lepas tu kami terus berpisah arah, he ke kiri, akak ke kanan.

5 seconds selepas i melangkah, ada RM50 note di lantai. I dah melangkau duit tu, tapi kemudian I patah balik. I amik.

Takde ke orang nampak duit tu coz waktu I passed by duit tu pun ada 2 students/or 2 adik perempuan muda pun lalu kat situ jugak.

Anyway, kemudiannya I decided to dermakan the RM50 note, bukan hak saya pun.

I donno, something yang I rasa Allah uji mak merah kot, u just gave someone a RM50, so aku nak tengok ko amik tak duit ni untuk hak sendiri. Sort of lah.

I take it as a test from our God, tengok aku punya nafsu duit, bertahan untuk simpan masuk pocket sendiri atau nak buat apa. I hope by dermakan duit tu kat Masjid/Surau will settle the case. Hopefully lah. Untuk adik lelaki yang akak donated tu, duit kopi akak bagi tu, ikhlas…atas susah payah anda.

Hok orang kata kang, RM50 mampu la ko pejam mata, kot ada 50ribu ke 5 juta ko jumpa hah, ko boleh tahan ke nafsu? kahkahkah….tak yah berangan ler.

Comment: 8

Movie – the first timer!

 let s go to Plan B, you bawak kids, I jumpa korang terus kat Viva.

Plan A was supposed to berangan nak balik rumah dulu ler kan, so bolehlah satu kereta jer.  Tapi takper, kita dah ada back up plan, maknya stuck tak leh nak on time. So pas Maghrib macam tu I left KLCC and sampai Viva just nice jer lagi 15min before the show.

IMG_2244

waaa…batallion dah tunggu kat atas

IMG_2246

Anak2 kapal aku semua pakai barang dari Sabah bah…..aku kan baru balik. Tapi masalahnya kakak pakai dress maknya hahahaha.  Bapaknya ingat untuk anak, so tu yang atas ke bawah penuh ngan army je ko kak. Murahnya je lah baju2 army ni semua. Aku beli kat depan hotel River Park, Beaufort. Seluar jegging kakak tu baru 5 ringgit, 3 lai aku borong for her. Jacket army abang is about RM12. untuk adik dan bapaknya takdak ler…oh ada tshirt Army gak aku pakai masa kat sana, ada dalam IG, 6 hinggit je pun.

 

IMG_2228

So kami ni datang Viva Mall pasal nak tengok Big Hero. Aku ada dapat 5 complimentary tickets from Nuffnang to watch the movie at any of the cinemas so we settled kat Viva jer. Lagipun masa tu laki aku slot normal hours so memang kena kejar sangatlah tengok ni cecepat kang dah abis show pulak Big Hero nih.

Untuk pertama kalinya jugak kita bawak Zeeshan tengok movie.

IMG_2250

not badlah bawak dia dalam movie, he loves Baymax. Dari tickets yang Nuffnang bagi tu pun ada jugak Baymax patung tu so dah about 2 weeks ke seminggu dapat, kira dah dia explore lah this thing. Cuma tak pernah tengok je ceritanya. Tu yang siap bawak Baymax patung tu sama tengok movie nih.

Thanks Nuffnang for the Big Hero tickets, to the client actually.

Sekarang ni nak keluar rumah dengan niat nak tengok wayang berempat kalau weekend tu kena pergi masa dia ngah tidurlah, if not dia terus pakai kasut selipar and jerit nak itottttttttttttttt. nak itotttttttttttttt. asal nak ngelak bawak, bagi alasan, nak gi work nak gi work. Kalau pagi tu dia macam percaya ler pergi work kan, tapi kalau macam pepetang, malam pun korang nak pergi work, bawak abang kakak, hah….ingat aku bodoh.

Kadang2 yang aku suh RD pi bawak abang kakak jer, aku stay home ngan Zeeshan and bibik. or kita duduk a side buat benda berhemah kahkahkah….

 

IMG_2234

rambut abang dah cukup time untuk dipotonglah.

ada bag biru Thomas Train, aku beli kat KK’s airport, for Zeeshan itu siang malam awak kulu kilir but for tonite, kakaknya jadi mangsa yang kena bawakkan. Dia ikut sukati dia ler kan kalau dia tak malas, so orang lain ler kena jadi macai.

IMG_2239

ini close up sikilah, macam robot kitorg jalan ke depan cermin lift ni nak posing coz yang paling payah nak dok diam tengok cermin tu is always Zeeshan. Dedulu Abang, nak kena tiau je bila nak snap, skang jatuh pada adiknya pulak. Huh, hangpa sume nih.  So anyway, since Zeeshan dah boleh tengok wayang (provided citer kartun2 cenggini ler) bolehlah kita mulakan operasi lagi tengok wayang for the whole team. Oh dia duduk atas pangku aku, coz yelah dah dia rendah camne le nak dapat tengok tinggi jauh screen tu.

Oh sorry gang2 Sabah coz akak tak buzz buzz meet up ke hapa, coz memang sekejap gila. Udahlah dari KK to Beaufort is about 2 hours, kat tengahari Selasa baru sampai KK, Rabu malam dah balik. Tak explore the world langsung.Next time maybe.

Ok gaklah dia dalam wayang, ada le lelompat, pi kulu kilir tapi bila dah gelap and movie start dia pun dah boleh dok diam. Dalam skala 5 aku bagi Zeeshan 4 bintang lah performance tengok wayang nih. Aku laki bini dah stand by kalau dia bergasak dalam tuh, memang kita take turnlah bawak dia keluar. He watched Big Hero sampai habis, suka betul dia.

Hebat mung, terer dah.  Also first nite dia dypers free waktu tidur, berjaya tak kencing. kol 5 pagi dia mintak susu, aku pujuk dia bangun pi toilet, dalam marah nangis pun kencing gak pastu sambung tidur. Sampai dia bangun lagi sekali at 10am pun baru le membeseh.  ehehheeh….alhamdulillah kira dah hebatlah. Petuanya aku dok pesan kat telinga dia sebelum tidur, if Shan nak shishi, you wake up mami dadi and we go toilet ok?

ok mami. sweet je dia jawab. Oh aku back up gak ngan waterproof sheet protector gak, just in case 🙂

Comment: 14

Transitions® Signature™ Lens peneman saya setiap masa!

.

IMG_5432

Sebagai ibu dan isteri dan juga berkerjaya sepenuh masa ditambah pula berblogging, aku memang ligat ke sana ke mari. Macam-macam hal kena uruskan, dari family, personal ataupun official matters or even blogging events, tak kira cuaca dan tempat nak tak nak akak kena harung buat. So keluar masuk rumah, driving, indoor or outdoor events, Transitions® Signature™ Lens menjadi peneman saya setiap masa.

IMG_9645

Personally saya sangat selesa dengan kualiti lens nya dan yang utamanya its transitions yang mengikut tahap UV yang diterima dan sekaligus menjadikan penglihatan akak lebih selesa dan nyata.

Menggunakan new patented photochromic dye formulation, Chromea7™ dan ini menjadikan Transitions® Signature™ lenses lebih reaktif kepada kepada cahaya tidak langsung seperti cahaya yang dipantulkan dari bangunan, tingkap, jalan raya dan lain-lain permukaan. FYI, photochromic lenses are lenses that darken upon exposure to UV light (sunlight), and return to clear when indoors.

Dan bila tiada cahaya matahari, macam akak duduk dalam toys shop atas tu temankan Zeeshan, as you can see ia menjadi clear without any tint at all. Ini sangat penting sebab ia menjadikan penglihatan akak lebih selesa dan setiap benda dapat akak lihat its true and vividness color dan detailsnya tanpa any kelam.

IMG_1586

Bukan sahaja lebih reaktif kepada kepada cahaya tidak langsung, dengan Chromea7™ of cos menjadikan juga more reactive lebih-lebih lagi kepada UV light, sudah semestinya la kan dan lebih responsive dalam keadaan hot climates. Kadang-kadang akak kena pergi buat site visit, nak tengok progress renovation dalam keadaan panas berdenting, this lens just turns to the right shade, dan ini yang akak mahukan!

Tak kira la kat mana kita berada even kat construction site macam akak ni berhabuk bagai, akak still dapat tengok dengan terperinci. Even direct sun light ke arah muka akak, I can still see clearly kerana teknologi Chromea7™ menghalang 100% of UVA & UVB rays! It optimises the amount of light that reaches our eyes, reduce the glare and eye fatigue and strain for more effortless sight!

IMG_1537

Dan yang mengkagumkan bila it fades back to clear state even faster. Even better bila nak membaca ataupun menulis. Nampak clear tanpa ada penghalang. Specky will knows this feeling 🙂

Actually akak tengah amik note amik price, tengah buat kira-kira bajet untuk beli toilets accessories ni. Macam akak cakap, tak kira family, personal ataupun official matters or even blogging events, Transitions® Signature™ Lens suits me very well and perfectly seamless dari denting matahari di siang hari ke kelam senja di sebelah petang hingga ke gelap di malam hari!

IMG_5415

Transitions® Signature™ Lens bukan sahaja to protect or correct our vision, tetapi to enhance the way we see the world. Try it yourself and you’ll see what you’ve missed!

Khidmat pesanan masyarakat Transitions Optical is brought by Redmummy.com

Comment: 9

Samsung KidsTime – An Awesome Educational Apps!

.

Screenshot_2014-11-14-00-37-37
Korang dah download ke this awesome Samsung KidsTime apps?

Rugi kalau korang tak download lagi, especially parents semua. Nak tau kenapa rugi kalau tak download, meh sini akak cerita the awesome and cool things about this apps.

Screenshot_2014-11-14-00-37-48

Perkara utamanya mestilah kerana dalam Samsung KidsTime ni terdapat lebih dari 80 ebooks dan educational games that covers a wide amount of subjects and topics.

Screenshot_2014-11-14-01-04-04

Maklumlah kalau budak-budak memang cepat bosan dengan sesuatu benda ataupun games, but with more than 80 choices, diorang akan sentiasa berkepit dengan apps ni 🙂 Lagipun certain time bila kita pun sibuk, kita kena pastikan anak-anak kita ni sentiasa occupied and entertained.

Screenshot_2014-10-25-20-14-45

This is Zeeshan favourite game, dia kan pantang kalau pasal vehicle ni 🙂 Nak tau apa yang dia belajar dari games ni? Now whenever dia mandi dia akan amik paip and start to act like firefighter to put down the fire dan sembur air sambil menjerit “fire fire fire” So funny anak aku ni. Even this a small thing, akak rasa he has learned new things from this apps 🙂

Screenshot_2014-11-14-00-38-09

Dan bermacam-macam lagi educational games or ebooks menanti untuk diexplore.

Screenshot_2014-11-06-01-35-03

Tapi kalau sentiasa berkepit dengan apps ni pun kita as parents concern la pulak. Memang it’s a fact dari Southeast Asia study yang penggunaan terlalu lama menjadi kebimbangan ibubapa. Tapi not to worry, Samsung KidsTime apps ni membolehkan kita menghadkan masa bermain untuk setiap satu games di dalamnya. Nak 15 minit, 30 minit just drag the timer 🙂 Dengan ini kita tak risau kalau anak-anak kita main terlalu lama.

Screenshot_2014-11-06-01-37-53

Di samping itu, the benefit of having Samsung KidsTime apps ni ialah terdapatnya Parent Tools. As per title said, it’s a tools for us as parents to manage this apps for our kids use.

Screenshot_2014-11-14-00-49-31

Dalam Parent Tools terdapatnya Dashboard yang mempamerkan activity dan progress path anak-anak kita. Games atau buku apa yang diorang sudah main atau baca, berapa lama diorang dah gunakan for the last few days. Cool eh 🙂

Screenshot_2014-11-14-00-50-00

Dan ini pula the details of the Progress Path untuk Zeeshan and the next recommended games and stories for him.

Screenshot_2014-11-14-00-50-54

Dan bila mana anak-anak kita misalnya dah terlalu lama main apps ni, ada terdapat App Lock untuk mengunci apps ni dari di buka. You’ve been grounded from this apps contohnya!

Personally for me as parents maximum time for them to play this kind of gadget dalam masa 15 to 30 minutes jer during weekdays. Time weekend a bit free and easy sket so boleh pakai lama sket. With all these features, akak tak risau kalo nak bagi Zeeshan main sebab kita tau yang kita boleh kawal penggunaannya, dan on top of that dia juga dapat belajar dari those educational games and also ebooks.

Screenshot_2014-11-14-00-50-36

FYI, this apps has minimum subscription fee after free trial which is only RM15.90 per month. Untuk free trial period ialah selama sebulan termasuk semua 80 games dan ebooks. Tapi percayalah, memang berbaloi kalau dibandingkan RM15.90 tu dengan bermacam-macam features dan benefits yang disediakan di dalam apps ini dan kita juga dapat menikmati games dan ebooks baru setiap bulan. Plus akan datang tak lama lagi its localised Malaysian contents dan ini menjadikan ianya lebih menghiburkan dan mudah difahami oleh anak-anak kita 🙂 Tapi kalau korang decide not to pay subscription fee after free trial still korang entitled to get 10 free games and ebooks 🙂

Screenshot_2014-11-06-01-36-39

Did I tell you that the ebook will read the story for them? Yes, since Zeeshan tak pandai baca lagi, seronok jer dia dengar cerita-cerita dalam tu 🙂 dan at the same time dia merasa seronok dan akan belajar sambil bermain secara tak langsungnya.

img1415900273788

Dan yang paling akak seronok bila dengan tiba-tiba Zeeshan pandai menyebut new words yang akak rasa akak belum ajar dia lagi, then I know he must be learning from KidsTime. Banyak works pulak tu yang dia dah tau sekarang. Dia juga kadang-kadang pandai mengajuk lagak ataupun menyamar seakan-akan all those cute animals from KidsTime.

Dan selalu juga akak perhati dia start his steps untuk ikut sama menari dan menyanyi. I find this really encouraging for him, while he had fun, he learned at the same time. Bukan sahaja Zeeshan tetapi Kakak pun sama mendapat manfaatnya di mana she got her pronouncation right for some of the english words bila mendengar ebooks tu bercerita. Lebih-lebih lagi dia selalu menjadi peserta untuk pertandingan cerita di sekolah, all those ebooks story really encourage her untuk bercerita nanti. Good for her!

Screenshot_2014-11-14-03-01-15

Akak rasa macam ibu bapa yang bertanggungjawab sebab menggunakan teknologi untuk meningkatkan pembelajaran anak-anak akak tanpa jeopardize our main concerns dan membuat right choise dengan memperkenalkan KidsTine pada anak-anak akak. Korang pun patut cuba 🙂

KidsTime is more than play, bukan sekadar permainan semata-mata, tetapi lebih dari itu kerana kualiti screentime ataupun masa bermain  yang diambil kira, ditambah pula its contents yang bermanfaat dan educational. Thanks to Samsung for this awesome and cool apps for kids! So go ahead parents, download this apps and kalau nak explore more info, check out www.samsungkidstime.com

Comment: 2