PETRONAS MY DREAM GETAWAY CONTEST!

Salam Syawal – ini adalah sponsored post 🙂

IMG_3093

sesuaikan hijau jacket aku tu ngan the green Petronas

Bila dengar RM1.5million worth of hadiah, up for grab. Gigil tak? Rasa macam, eh aku nak gakkkkkkkkkkkkkk, ko nak gakkkkkkk, semua orang nak the millions2 tu.

The other day, PETRONAS rewarded the first 100 monthly winner of its ‘My Dream Getaway’ Contest, dengan setiap daripada mereka mendapat RM500 travel voucher untuk pergi holiday. Kiranya kalau ko pi London, ko kena ler top up lagi sket je kan, riban2 gak tuh hahahaha. So kalau pi Jakarta, mungkin tak perlu top up. Begitu. Untunglah ko kakak abang yang menang nih!

Apapun, tu baru 100 pemenang. Mereka adalah dari July dan August winners. Masih ada lagi 915 pemenang yang layak untuk berpeluang memenangi hadiah lain yer. Hah, mari rerapat. Camne depa untunglah dapat menang tu kan, mesti ada caranya depa joined the contest.

IMG_3090
Korang pergi PETRONAS stations atau Kedai Mesra Petronas. Itu soalnya.

Kemudian, korang purchase any ‘featured combo’ items yang dari serendah RM3 (dan menang RM500) bestnyaaaaaaaa ok pastu kalau di kedai Mini Mesra pulak, minimum purchasenya ialah RM10. Get your receipts stamped, kat situ jugak.

Lalu, fill up your personal details dalam form tuh, jawab simple question depa bagi dan dropkan the form tu dalam contest box provided dalam store PETRONAS tuh.

Simple dok?

Sambil isi minyak RM50, eh eh tak yah isi minyak pun, beli je featured combo dah boleh menang RM500!!

Tapi kena cepat yer coz kan, the contest masih lagi ongoing and akan soon to  end by 31st August 2013. Selain dari monthly rewards, chances untuk menang the main prizes pun sangat besar amountnya.

IMG_3091

First 5 Grand Prizes termasuklah:
RM35,000 travel voucher, RM20,000 cash prize and RM15,000 worth of Mesra points each; five 2nd prize rewards of RM30,000 travel voucher, RM15,000 cash prize and RM10,000 worth of Mesra points each and finally, five 3rd prize rewards of RM25,000 travel voucher, RM10,000 cash prize and RM8,000 worth of Mesra points each.

On top of that, all the 15 main prize winners will each take home a Nikon DSLR camera worth RM5,000 and a PETRONAS Gift Card worth RM3,000.

Jangan reribut, PETRONAS juga offering the rewards programme untuk 700 consolation winners dengan travel vouchers worth of RM1,000, Samsung camera worth RM1,000, PETRONAS Gift Cards worth RM500 and Mesra points worth RM200.

To find out more details about the contest or sign up as a Mesra card member to enjoy more privileges, logon to www.mymesra.com.my

Khidmat pesanan masyarakat Petronas is brought by Redmummy.com

Comment: 5

Salam Raya Salam Syawal!

IMG_0558

 

IMG_0422

Sket hari je lagi untuk Syawal.

Red Family mengucapkan Salam Syawal, Salam Aidilfitri, Eid Mubarak untuk semua pembaca penggemar peminat dan penyokong setia di redmummy.com . We are not planning for any raya open house, but welcoming sesiapa sahaja yang nak datang ke rumah berSyawal dan semestinya jugak salam bermaafan secara amnya untuk semua di sini.

This was last year’s theme, yellow gold menyala. This year is opposite of the colour.

Raya raya raya!!!

RD, RM, Abang, Kakak and RB 🙂

Comment: 19

IB’s buka puasa, wajib setiap tahun!

IMG_2115

kena beli Alphard lah pasnih

padat kat belakang hah! kat depan tu RD and abah aku. So car seat kena cabut, kita bersempit kejap dok belakang.

IMG_2117

Tahun ni sekali je lah kita berbuka di IB. Tahun lepas berkali2. aku dah adjust weekends buka puasa aku properly.  Buka kali ni bawak parents aku pulak.

IMG_2121

ada small bazar lah jual kat lobby IB but ada 2,3 lai baju yang aku minat, tak dapat nak tengok smoothly coz mengejarkan RB sesambil tuh. sampai dia langgarnya patung seller tuh. berpuluh kali aku mintak maaf kat penjual tu, sib baik le tak kena marah. Tak sengaja bang. sesenyum je dia, wpun aku kejar RB, dia pun kejar aku gak dok pujuk aku beli kain baju dia but silap satu je, warna yang aku nak takde. kalau tidak, rezeki sesama kita bang.

IMG_2121

IMG_2127

tapi kan sebenarnya

sejak awal ramadhan aritu sampai la ni, aku asyik beli baju raya online. Bukan bosan dengan sponsors but…..penyakit shopping aku ni tak kira physically, online pun aku belasah. tu yang addicted sangat.

dan penyudahnya, ada le 20lai baju raya kurung caftan kebaya jubah aku pi beli. dan ada le lam 3,4 lai jugak yang aku sedekah jariahkan dek membolos!

IMG_2132

sit still!!

pat patt amik gambar

sebelum si adik lariiiiiiiiiiiiiiiii

IMG_2133

sket lagi satu lagi snapppppppp

IMG_2145

gagal! maknya duduk je dia dah tak boleh nak sit still dah, terus lari turun buat exploring! grrrr….

IMG_2160

buka puasa kali ni, dapat meja yang depan sket, memang aku requested pun coz parents aku bukannya boleh jalan jejauh kan, abah aku pun bertongkat, memang dia tak de le nak ulang alik ke buffet area but mak ajah memang akan berulang. so molek le sangat

IMG_2165

eh dah habis gambar? lahai…..

kali ni kita tak stayed lama, macam kat Tropicana aritu memang lama le jugakkan, coz masa ni ada blackout so kepanasannya ngan satu lagi issue ialah RB tak nak dok lama kat baby chair tu, didokong pun tak nak, dia nak berlarian serata IB. Agak kecapitan kami bergilir2 amik turn ikut dia yang asyik berlari, ialah tempat2 camni luas sukalah dia mengexplored tapi makpak abang kakak le yang pancit kan…

Usainya kita pulang, hantar mak abah balik, kitorg pun balik. aku sambung masak for sahur le, kedeboom tidur. laki aku stayed up, tapi sebab lauk pauk aku dah masak, dah berhidang dia tlg panaskan je and kejut us for bangun sahur.

So pikiran anak2nya, eh daddy masak sahur???

kahkah….beranganlah korang apak ko nak masak heh. Dia dok oversea 3 bulan kang ha tau lah dia google resepi ayam masak merah dia nanti!

aku dah takde mood nak update blog ni heh, orang ngah sibuk cuti beraya. KL dah makin lengang. orang nak baca blog pun dah takde bernafsu apatah lagi yang nak menulis ni pun.

Kita mulakan cuti blogging jap ler yek? Setuju ler tu….

 

Comment: 12

ChurpChurp Buka Puasa!

IMG_2665

Melepek si adik dikerjakan muka kakaknya! nak jugak semua bergambo masuk lam dalam nih. Skang aku dah tak yah duduk belakang, assistants 2 orang dah boleh handle adiknya, kali ni kita letak car seat tu kat tetengah, tapi RB macam tak seronok coz tak dapat tengok tepi tingkap sangat. but ko dapat tengok depan dik. Kakak pun tak seronok coz dia x dpt tetengah, bila dia dok tepi, dia rasa macam mak abah tak nampak dia. alasan rasmi: sempitlah car seat ni kat tetengah mami. alah ko kak…macam mak tak tau.

For abang ok je lah dia, cuma dia kalau dapat duduk depan dia lagi seronok, kaki panjang kan.

bertabahlah korang yek…sok sok mak beli ketapi.

IMG_2678

dan buka puasa kali ni pula atas jemputan dari ChurpChurp.

Gila tak pergi??

mak paduka tuanku tu yer, kenalah mengadap.

IMG_2682

red eyes memasing. bodohlah ipon ni kekadang, kata boleh edit, tapi aku dah tampau2 edit tak leh gak. scene kat sini memang lampu dalam kelambu je pasang so either ko pasang flash or ko disable kan flash.

anak beranak aku sumer biruuuuuuuuuuuu

leceh le tak jumpa payah betul kemeja2 yang merah for the kids. kakak dah mula pakai baju raya hokey, last few weeks aku belikan dia lagi baju raya, dia skang suka style2 kemeja, smart katanya. rambut dia pendek, apaknya pi bawak saloon but dipendekkan sangat rambut si kakak. aku suh samakan je bukan pendekkan!

IMG_2687

Kat Bijan Restaurant. RB terlindung dek bulldozer maknya. Ramai le Churpers yang ada, yang biasa aku tengok yang tak biasa tengok pung ado gak.  my table for Alpha’s team, si Nara tak sesampai lagi. Dah tau adik aku sorang tu, kapal dia memang landing delayed sesajor.

IMG_2697

RB punya seronok dapat makan minum sendiri. habis dia sepahkan, masuk mulut 10butir nasi, tapi yg telan sebutir 2 je aku rasa. but tu lah, masa ni skang dia ngah sibuk belajar makan. sibuk juga bersepahkan. jadi korang bayangkanlah betapa bila dia makan kat rumah tu camner.

aku suapkan je kat umah tu, tak nak bagi dia sesepahkan. alasan – kang tercekik. padahal malas nak kemas balik. melekit le, nasi kalo sesepah. biar lu lah. tunggu sket lagi, anw hari2 pun hari dia belajar new things kan.

masalah aku satu lagi ialah, RB tak boleh diapit makpaknya. kena ada kakaknya sebelah RB, tu memang special request kakak. Kadang2 aku sian tengok kakak ni dibuli adiknya. Adiknya cubit tarik2 pipi kakaknya, naik belakang kakaknya, henyak2 badan kakaknya, macam2 dikerjakan kakaknya.

I kept saying lah udah2lah tu dik, jangan buat kakak. sian kakak

takpelah mami, adik kakak takper, adik orang lain tak boleh buat.

 Penyayang betul si kakak sama adiknya.

IMG_2702

ada performance by Cleiment and Kristal. siap ngan lagu raya lagi tuh…

IMG_2704

light beige and the gold

tak aci depa datang tak bawak ‘handbag’

sedap kenyang le makannyaaa

 

IMG_2717

abang di belakang, kooooooooooo mata dah macam ‘pulangkan…pulangkan…pulangkannnnnnnnnn mak aku’

couple ni, sweet. meriah je mulut Jehan. Tapi soalan dia ada yang macam tak relevant dia tanya aku.

IMG_2720galah2 sume ni dok pakai kasut tinggi hapa!

IMG_2723

ada games after the buka puasa, lepas memasing dah selesai Maghrib lah. Kakak pun joined the games

IMG_2728

Group yang menang. tahniah.

IMG_2746

group i pun menang, team up ngan nara and fazrol, eh group i kalah hahahahaaaa

IMG_2752

masyallah red eyesssssssss!

RB dah memang buat macam rumahtangga dia je Bijan nih.

aku ada menang yang contest hashtag

IMG_2753

dapat le buffet Ramadhan 1 pax kat Bijan…but ai is baik hati. i gave away to one of the Churpers

IMG_2758

 Churpers all in one package

IMG_2767

 Instragrammed

IMG_2772

i carried my YSL red clutch. the left one was the Churp Churp buka puasa event for last year 2012. On the right side is for this year’s Churp Churp buka puasa. Cara amik gambar bih kurang je sama memasing. kakak akan sentiasa di depan, RB didokong si bapak, dan Abang taun lepas tak berapa tinggi, tahun ni dah beat maknya.

IMG_2768

Thanks Churp Churp, and see you again next year for the buka puasa. raya raya too. and of cos for looking after me the Alpha Churper so well. More twits, more instagrams more FB’s status.

Puan Tuan semua – itulah antara punca pendapatan saya jugak, Churp Churp jaga, through twitter and FB and Instagram. Kalau blog memang Nuffnang jaga. They are sisters company.

Kekadang aku letih je bila dapat soalan, camne nak register, camne nak dpt duit dari Churp Churp Nuffnang sumer nih. Penat dik. Dah bertahun2. Ada kawan2 aku nak gak jadi blogger, aku suh depa tak yah ler, letih aku nak mengajar ko bagai ler. ko dok dendiam buat keje makan gaji udah.

Some people are born to be a blogger and a writer. But some, just stick of being reader. Some are not meant to be both, but menyindir jer. Tak paham ler, entry 1 ke main bermuhasabah diri, entry dua punya menyindir marah2 maki orang. pastu entry 3 kembali pada Tuhan, entry 4 ko belasah orang balik. Orang shopping Chanel Hermes Prada even kari ayam pun ko gaduhkan. Itu memang tak yah jadi blogger, tu memang kakyah nam tingkap! Sama je package depa tu ngan orang2 yang komen hentam celebrities kat Instagram.

So anw if nak tengok the full stories of the buka puasa, nah tengok sini.

Ada juga kita buat collection dan donations untuk Asrama Darul Falah (ASDAF), like the usual practice, Red Family pun join contributed sama, rumah aku kan memacam benda ada, dah memang patut sangatlah didonatedkan. Good job Churpies!

Comment: 20

Tolonglah wahai suami-suami…dan isteripun!

IMG_2590

pagi tu adik pergi buat check up, pi cucuk actually. the setahun setengah punya cucuklah, tupun dah lambat sebulan. 2,3 kali tukar dates, coz wkdays memang payahlah kan  makpak nak bawak, aku bolehlah bawak, kena amik half day ke pastu usung sama maid aku so bila part kena kejar2 anak pepanjat ni dia boleh buat, but pun aku pass kat bapaknyalah. Since Selangor pun cuti for the Nuzul Quran jadi bapaknya lah sorang2 pergi bawak RB…

Settled kat Prince Court, depa 2 datang menonong ke KLCC….

IMG_2594

ngam2 my lunch break, aku turun. laki aku pun malas benarnya nak singgah, dia nak kejarkan Solat Jumaat ngan kalau boleh nak pi lah jemput hero heroin 2 orang kat sekolah gak. But kejap jelah depa mai KLCC pun, coz bukannya boleh lunch, pi beli toys Zeeshan jer…

btw cucuk setahun setangah ni ada ke ubat jarumnya tu yang buat anak kita sleepy ha?

biasalah laki aku yang bawak anak, soalan dia satu 2 je dia tanya doctor, kalo aku ada 200 soalan aku bagi doctor pun. Coz waktu ngah tunggu ubat, ngah hyperactive berlari sana sini main, dia datang kat apaknya mintak air, terus tertidur. Takde salam takde apa, macam dah cannot tahan anymore mata mengantuknya tuh. Knowing him, tak pernah le sampai gitu melalok sangat.

tu yang aku jangkakan mesti macam ada ubat ngantuk hapa dalam jarum cucuk dia tuh? sampai KLCC pun tidur gak tuh, bila aku amik je aku pujuk2 dia bangun….mamai2 le dia tengok maknya.

IMG_2606

dan bila tengok masuk Mothercare dan Toys R Us dari jauh dah dia berlari hokeyyyyyyyy….

mulut bukan main lagi bebelllllllll, budak belum lagi fasih bercakap lagi, but paham le bahasanya, kejakunan kerakusan tengok toys memacam, sumer nak dia amik!

IMG_2607

So dah habis shopping toys kat Mothercare, ada sale kan, maju sambung ke Toys R Us pulak. rambang betul mata dia amik capai letak amik capai letak, macam makpaknya jutawan toys lah kan.

Settled lelaju, depa pun balik….

IMG_2612

petang tu aku balik tengok, abang dok gigih tolong pasangkan scooter adiknya. Sebenarnya aku minat ngan scooter for toddler ni lah, sehari sebelum tu aku beli yang penalnya aku ingatkan the RM170 tu dah complete set. Rupanya, itu hanya part of the toddler’s punya scooter! Kena beli yang the other set, RM300, duh! So tu yang beli lagi. But scooter ni bolehlah pakai sampai umur 3+ or even 4,5 tahun. Kakak abang pun ada, beli ni pun sebab RB asyik le cuba naik kakaknya punya, so kita beli size dia. cuma tu lah kalau tau semahal gini hishh….tertipu aku ingatkan yg murah tu dah cukup setnya!

penyudahnya dia belum lagi nak naik, takut2, tak  pandai lagi nak balance kan badan tuh.

Dia dok mengerjakan roda scooter tu lagi ada ler. Takpelah, benda ni long term punya set so timbang kati hahahahaha buat penyedap hati. jangan ko tak main sok sok, siap ko nak.

IMG_2615

tinggal sket dah toys dia. Ada sket aku bagi2 orang dah….ada first few times dulu jual gak but pastu malas dah. Bagi je le kat orang yang dah tentu ada baby….

IMG_2620

ok ni aksi tidur sahur dia. Sebelum tu dia kat tetengah, kita bersahur. aku masuk bilik after sahur tengok dia dah jadi gini….hish sket je lagi nak terkulai jatuh ko ni dik! Malam tu pun dia tidur lena dek mungkin penangan ubat jarum tu ke hek?

IMG_2622

dalam mamai, dia bangun bila aku salinkan diapers dia, dia bangun dia turun, dia tidur kat bawah atas carpet tu pulak. kahkahkah….memang tak ler kan aku nak biarkan dia tidur situ.  Angkut balik, peluk2 erat tidur sama.

but kan, ada kejadian kat Mothercare ni buat aku bikin panas betul kat bapaknya.

Dia kalau sorang ngah buat keje, sorang kena escort anak. Tu our agreement. tak boleh dedua buat kerja, tengok2 barang. no tak leh. Unless ada abang kakak yang boleh escort si kecik tuh. So aku dok carik barang, aku pi kat bhgn baby, bapaknya tup2 ikut belakang aku. terkejut le aku, i thot dia ngan RB.

Mana Zeeshan?

Ada tu main kat belakang?

Hah??? awak niiiiiiiiiiiiiiiiiii, belakang mana? Mana ada dia kat belakang awakkkkkkkkkkkkk

dengar aku macam bunyik dah suspens, staff Mothercare sorang tu nyampuk...”Anak Puan dah berlari kat luar tu, dah jauh perginya’

Astaga!!

Eiii aku berlari pi kejar RB. Tak ke geram betul, RD tu dari anak pertama sampai dah ada yang kecik ni, dia selambaaaaaaaaaaaaa jer. Dah cakap banyak kali, anak depan kita, biar kita di belakang. bukan anak belakang kita. Pun ha tengok, sampai terlepas budak kecik ni keluar. Takutlah pikir yang beburuk.

Tolonglah suami, bukan laki aku jer, ramai suami kat luar tu yang menononggggggggg je jalan, tinggal anak kat belakanglah, macam budak tu dah umur 21tahun ko biarkan dia berjalan sorang2 kat belakang, macam kita ni ada mata kat belakang!

Kang bebel, menjawab ‘anak ai dah tiga’

tapi tu lah, dah tiga pun dok tinggal anak kat belakang lagi. ha camner??

Comment: 16