Jun 25 2013 Tuesday, 10:00 am
Kembali berbuka puasa di Tropicana Golf & Country Resort!
Kemerahan kau! Aku dok gila le betul beli kaler merrah, ni stock ke empat merah menyala yang aku ada in hand. This is from MAC. Ruby kalo tak silap namanya si merah nih. pi beli sendiri ye dik, jangan suruh akak. hakak ni super bz…
Bz bz pun sempat la jugak aku layan preview Buffet Ramadhan 2013 Tropicana Golf & Country Resort hiks
Pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan puasa dah kita. Semua tak sabar menunggu bulan Ramadhan ni. Ye lah selain bulan puasa ni untuk kita semua menambahkan lagi amal jariah ibadat kita semua, buffet ramadhan pun antara yang ditunggu-tunggu jugak oleh kebanyakan kita. Mungkin tak setiap hari kita buka puasa di luar, tapi for my family, weekends memang wajib buka di luar coz weekdays dah homecooked. Tu dah memang anak2 punya permintaan.
So for this year, kita kembali ke Tropicana Golf & Country Resort!
Spread yang beso dan panjang, hujung ke pangkal bagai. Aku memang sukaaaaaaa sangat ngan Tropicana punya spreadlah. Laki aku cakap, lain takde takper, tapi Tropicana kita kena cover, depa punya buka puasa spread memang so far payah nak beat! Dari A to Z semua ada kat sini, korang cakap lah nak apa, for sure ada. Sup gear box pun ada!
Dan aku berharap di tahun2 akan datang, Tropicana will never ever forget to keep inviting me to their preview buka puasa. Kalau takde, baiklah, saya akan menebeng jugak di bulan Ramadhan.
Ingat lagi last year punya buka puasa, first day ramadhan di Germany, tapi bila landed KL, sini baru 1st Ramadhan, so petang tu jugak kita bukak puasa di Tropicana yer! Booking kena awal buat coz Tropicana memang sangat full house!
Permulaan plate, oh teppanyaki beef tu memang superbbbbbbbbbbbbbbb, sama ngan udang tuh gak! So la sedappppp, and aku gatal pi campur ngan kepok, very the Jepun Kelantan sangat, but enak sekali! Aku paling gilakan beef teppanyaki. Tengok chef masak teppanyaki, tertelan2 air liur dibuatnya.
I m so looking forward to have my buka puasa at Tropicana Golf nih, aku dah aim nak bawak parents kali nih, mak mertua sekali. Wahai ipar duai biras ku, i’m taking mak to buka puasa kat sini, nak ikut keeeeeeeeeeeeeeee?
Ini plak plate kedua, rendang ayam, lemang dan murtabak, very the hari raya kay perkhhh
Korang kalau layan buffet, nasi kena skiplah, kang kenyang, rugi pulak. Aku dulu cam tu ler, melapau satu hari puasa pi amik nasi, ha pastu, tak larat nak makan lain dah…but skang dah bijak, put aside the nasi. Gatah2 jer, so kita boleh merasa kalau tak semua, suku pun not bad kan. tu pasal kena amik sesikit. Jangan tamak.
Ajar anak2 sama, ni kang kalau tidak sume nak diamik sampai tak muat meja (cam aku anak beranak dan korang gak sama ler hahahha deduluuuuu, but skang sume dah hinsap kan!)
Ada rezeki kena la panjangkan kat orang lain, baru lah bertambah-tambah rezeki. Btul dak?
Antara bloggers yang memeriahkan majlis sambil mengeyangkan perut – Lyn Yusoff, Ruby, PenMerah, Yana, AbangEnsem, Zaid, Eyriqazz, MelastikBintang, Shakiddo, Azrin akubiomed, Jocko, Kak InaKL diwakilkan anaknya, dan semestinya gambar2 yang cantik dari Lawa Photography dan partner! gambar yang tak cantik tu aku ler yg angkaranya, yang sharp molek vass, ko campak je kat Lawa Photography.
Hah camne nih, sile tekan google untuk dapatkan links depa, akak tak larat dik nak links sumer nih. But, diorang ni famouslah, takkan ler korang tak kenal dedepa sumer nih, kalau ai kenal, u sure lagi leeeeeeeeeeeeeeeeee kenal!
Lawa Photography terima kasih dengan gambar-gambar kalian
Bertemakan Rasa Kampung Buffet, kalau korang perasan bermacam-macam warung sedia ada untuk berkhidmat menyediakan pelbagai jenis masakan dan juadah untuk memenuhi selera tekak dan perut kita 🙂
Antaranya warung maidin, warung anika bubur, teh tarik counter, warung jagung rebus, warung italiano, warung itik panggang dan bermacam-macam lagi. Satay, seafood, ABC, kambing panggang, gulai kawah, you name it, mesti ada punya. Like I said, the spread memang banyak 🙂
Aku sambil menaip ni hai terliur-liur tengok gambar-gambar makanan ni semua haih… kalaulah time puasa korang tengok gambar ni semua mau nya korang amukan merah kat aku kan hehehehehe…
Terima kasih Tropicana Golf & Country Resort for the invite, dan extended to quite numbers of bloggers too.
Nak lagi aku jemput bloggers lain lagi but ai dah short handed, terkejar2 urus sana sini, sambil2 driving roger sana sini buat invite hah…sambil ngulit anak, matching mana yang boleh hadhir. Inipun luckily ai dapat bantuan RD to drive me there coz sepanjang on the road dari rumah ke Tropicana, aku dengan gadget memanjang, bukan surfing, but buat kejeeeeeeeeeee
Aku dah cakap tadi, aku memang confirm satu family, mak ayah, mertua semua aku bawak nanti 🙂 . Insyallah di weekend pertama Ramadhan, aku akan ke Tropicana Golf & Country Resort. Booking pun aku dah buat sesiap coz boleh dapat dok dalam bahagian dalam, got aircond marrr…
Kalau nak datang, I would suggest korang buat reservation awal-awal, contact 03-7804 8888 untuk tempah table. Harga kalau member resort ni RM70 dewasa dan RM35 kanak-kanak, dan kalo non-member pulak RM80 dewasa dan RM40 kanak-kanak. Pada aku quite reasonablelah harga dia untuk buka puasa ramadhan kan. Diingatkan, bukan selalu, once or twice a month masa Ramadhan tu berbuka di luar dah ok, dari ada yang hari2 pi buka kat luar, oh parah tuh.
Thank you Tropicana Golf & Country Resort and Lawa Photography‘s team for all the wonderful pictures :). So berselera dok? Apa lagi jom sesama kita buka puasa di Tropicana Golf & Country Resort nanti 🙂
RM Recent Comments