May
27
2013
Monday, 10:00 am
Setelah berjam2 memilih sorting gambar yang beribu2 itu, oklah aku bolehlah go for the first entry of our Milan trip. But for the flights, airports maknek kita sort dalam sponsored posts entry, so maybe in between Milan’s entry akan kuor post tuh. Nuffnang and Qatar Airways tengah review yer.
Why Milan?
Dah kata antara 1 of destinations yang aku nak pergi. Been told bout this trip few months already but aku tak boleh nak booking hapa hotel keter segala selagi tak dpt etix, dapat jer terus bayau and booking maknek. But not just that, i hold semua shopping bags, coz aku nak pi beli sendiri kat Milan. Lama sangatttttttttttttttttt tak beli handbags baru. Bertabah sangat, last aku beli was like Oct last year. So memang patutlah kan aku pun dah memang ada kumpul duit nak menyopping.
Sampai di Milan Airport, ada masalah on our baby stroller/pram.Pram issue as of this stage, sedang diuruskan oleh Qatar Airways. Very speedy process depa buat. Untuk driver + car, aku mintak my apartment/flat’s owner yang uruskan. Dia ler yang sediakan kereta, a big van of Merz, sana memang pakai merz je lah kan, or tak pun big van BMW. Jarak dari airport to the flat dalam minus plus sejam.
It was around Euro100 per trip. Balik pun pakai service yang sama but it was Euro90 plak. Kalau luggage hangpa tak banyak, sedan car should be enough, but we have 4 luggages, 2 hand carry, 1 stroller. Memang van ler yang sampai.
Kisah flat ni lagi senang, aku tau my girlfren nih dah pernah pi Milan, so aku memang tak boleh ler nak pikir tempat nak duduk, selain hotel, aku prefer dok service apartment, boleh masak, luas pun yer jugak. ini hall….tv tu pasang buat RB meleka but dia punya leka 5min jer lah kan, paham tak paham bahasa Italy belakang citer, pastu habis dia selongkar rumah orang nih. segala yang kat bawah2 nya barang semua aku naikkan ke atas biar dia tak sampai nak capai.
Apartment ni jenis macam 1 studio apartment lah, tempat tidur di atas, ada tangga. very the tak baby friendly hahahaha ko gila nak tidur atas tuh buatnya aku laki bini tak sedor, ada jugak RB turun. Then pagar katil atas tu, certain sides takde pagar langsung. dengan tangga yang bahayanya. Memang tak sanggup ler nak tidur atas tuh.
Bawah tu pulak segala gym’s equipment. Aku tanya Micky, the owner, veryyyyyyyyyyyyyyyyyyy nice Italian lady, sapa yang bergym2 tuh, dia cakap sajer dia beli untuk guests pakai hahahaha. sabar jer ler. Unit rumah Micky pulak just next to us, so apa2 leh jerit jer but kuasa le kan hahaha ingat ko dok kat kampung kolumpo. ada 2 kali je aku cari dia pasal payah benau nak pasang dapur gas masaknya.
Jadi bapaknya turunkan tilam ke bawah, habis cuba kita pagar tangga tuh, pun kadang2 terlepas jugak dia naik, but sampai 2,3 steps jer lah pastu dah kena tarik balik turun. Budak tak pernah jumpa rumah bertangga kan, meronta2 hatinya nak naik ke atas tuh. Bahaya wuii. Memang patutlah sangat pun pindahkan tilam tu kay, coz first nite tidur, RB jetlag, jam 5 pagi waktu Milan dia dah bangun and turun tilam, walaupun bergelap sungguh jugak dia nak explore.
Oh speaking bout weather, tengah spring. ada ler panas but most of the time hujan. Final 2 days aku kat Milan, hujan sepanjang hari, dahlah tu sejuk masuk tulang belikat. 3 pcs aku ngan RB menyarung! Tidur malam pun sejuk, rumah Europian mana ada aircond, tapi sejuk luar tu sampai ke dalam.
Bawak le baju tidur ke main nipis, pengakhirannya aku pakai baju tidur yang Qatar Airways bagi, hari lain pulak pakai tshirt RD, sejuk seii, RB pun dok tidur carik selimut.
Usaha ler dia nak naik atas tuh, kita pagarkan dengan meja and kerusi putih pun alah sap sap soi jer dia tolak…
Bilik air best, laju air! but tu ler gigil2 sebelum dan selepas mandi hahahahha, weather sejuk luar tu kan.
Kitchen dia small jer, cukup ler untuk untuk masak reringan. Barang2 kat para2 yang belakang meja tinggi tu, habis aku naikkan pindah ke atas, asyik ler budak kecik tu ‘mengemas’. Tak beli groceries, lain lerr macam dok Germany, tu berminggu2. Sini cuma perlu masak nasi yang 2 kampit beras kecik aku dah bawak sesiap dari KL dan jugak all can foods, pun dari KL jugak aku dah packed up sama. RB’s food yang dah siap masak, 4 types of soups, memang freeze dari KL and sampai Milan, sambung masuk fridge and panaskan jer bila hari nak keluar rumah tuh, dan for dinner too.
RB tu being introduced with the bubur/nasi so nasi memang wajib makanan utama dia, kalau dia nampak aku pegang mangkuk nasi tu dah dia mokak ‘nak nak nak’. Senang sangat feed dia kat Milan, even on the move pun aku bawak nasi + soups dia. Tengok kat Keek aku hari tu aku ada letak, penyediaan food for RB and us.
Entrance our flat….hujung2 entrance tu penuh dengan our luggages hikss
Bathroom, sampai sudah kita org tak tau apa fungsi satu lagi emm..bowl ke hapa kat sebelah toilet tuh. kahkahkah! tak pakai pun. Sinki ada 2, aku assume for man and woman ler but takdenya aku or laki aku nak pakai yang belah kiri nun, dedua pakai belah kanan. Lain2 towels semua ada ler sediakan, completelah flat nih.
Mak Ajah dah siap bekalkan rendang ayam dan jugak sambal daging, so sampai2 pagi tu kat Milan, first day aku terus masak nasi and panaskan lauk pauk.
Esok2nya pulak sebelum keluar paginya aku akan masak dulu coz that s our breakfast. Belilah can foods dari KL, hidup merantau, makan camni jer lagi senang. cuma dia takde rice cooker so tanak atas dapur gas je lah. Baju tidur RD aku pakai sampai terbalik tuh hiks….payah pakai baju gini time tidur, anak nak breastfeeding memalam kooooooo!
Reminder to myself, pasnih beli YEOS ayam rendang or YEOS kari ayam sahaja. sotong sambal ke ikan bilis sambal jangan amik. tak berapa sedap.
Ini budak kecik yang jetlag, ada lam 1-2 hari jugak dia jetlag ngan waktu KL, tapi bila balik, sampai 3,4 hari pulak dia jetlag dengan waktu Milan pulak…. kerusi hitam belakang tu dia geram tak dapat panjat, dia jatuhkan ok! sikit jer lagi nak jatuh kena kat kaki maknya. ko kannnnnnnnnnnn budak kecik nihh
hah RB dalam tidur lenanya….tidur malam dia senang giler, waktu Milan by 8pm ke 9pm dia dah tersadai tidur. Memang ikut mata KL sangat ler tuh. It was 6 hours time difference, KL 12midnite, kat Milan 6petang. jadi memang wajarlah kalau malam2 di Milan dia dah memang tak mampu nak bukak mata.
Hari pertama sampai, dia tidur, aku pulak, jam 7pm dah sama join tidur! Penat ngantuk, travelling for over than 15hours dengan transit dengan tak tidur dalam flight sangat walaupun biz class, coz aku risau tertidur kang tak sedor kot RB terjaga ke hapa….sedap le bapaknya tidur dalam flight, takde masalah langsung hahahhaha but sokay, one of the reasons aku upgraded RB to biz class pun coz nak menjaga dia, nak dia selesa dalam flight.
Katil atas tu aku buat letak iron and curly rambut aku hah! satu pagi tu dia ternampak aku pulak kat atas tu so dah mencicit nak panjat jugak. Oklah bagi naik but macam tak keriau aku buat rambut, dok jaga dia takut dia turun, heh palang katil atas tuh, lepas badan dia oiiiii! But rambut tu aku curlkan silap hari, kuor2 hujan sepanjang hari, kena pakai hood baju hujan ahaksss. oh sedih!
ini antara hari yang kita balik dari jenjalan dan shopping di Milan, 3 hari kita balik naik metro, hari lain naik cab coz barang banyak nau. Bawak luggage pi shopping jer untuk 2 hari hohohoooo! Hah tu baru lepas hujan, tu yang RB’s stroller pakai cover hujan, lagipun sejuk, kalau tak aku tak pakai mafla kat leher tuh!
The entrance untuk masuk dalam flat’s building, No 10 tu ye…macam le korang nak datang. kot ler korang nak dok sama sini heh. Jarak dari flat to the metro station pun tak jauh, but coz kita bawak anak, ngan stroller, aku rasa boleh tahan jugak ler kehkehkeh!
Kita budget 30min ler walking dari rumah ke metro, sebenarnya kalau jalan laju, takde berenti2 amik gambar, ke keek ke pegang hp ker, memang sekejap boleh sampai pun ke metro tuh. Metro is the lrt/mrt ler.
Our Unit kat bawah jer, so takde issue untuk naik lift ke hapa berulang kali dengan luggage pung.
cuma kena naik 3 anak tangga kecik tu our door tu hah….
Wifi sini laju, pagi bangun sebelum kuor, kita akan Skype dengan anak2 kat KL, sempat lagi tuh. Even bila depa malam walaupun kita on the move pun boleh lagi skype. Apa guna ada ipon and s3, smart phone semua di tangan, asal ada data/wifi, momantai!
Untuk cleaning service flat nih, aku engage budak kecik nih buat. dia ler sepahkan, dia ler jugak kemaskan. Macam ler ko pandai sapu tu kan! Sibuk bebenau. hiksss.
I highly recommend you the apartment, if you plan to go on trip in Milan, hotel pun ok jugak but ai takde buat research langsung on the stay coz aku dah takde masa nak check out on other sources. Big thanks so much to Kaezrin for recommending this apartment to me, kalau dia tak bagi contact Micky ni, memang aku carik kat AirBNB jer heh. Kaezrin ada jugak jual designer bags, shoes and maknek bagai, can check out her Instagram – Invalise. Thanks Ezlin, itu Chanel Boy yang merah mengancam seii…
For our stay, Euro90 per nite. but kalau bawak abang kakak, agak padatlah coz takde extra beds pulak, memang tak boleh dok sini, kena mintak Micky sediakan extra bed 1 besau lagi. Payment boleh buat via Paypal, 50% deposit sebelum sampai and dah sampai pun 50% lagi. Sampai2 nak check in terus pun boleh, ni bukan hotel so memang Micky tunggu kami pun bila kita sampai jam almost 8pagi tuh.
Bila check out, kita kemaskanlah balik apartment nih as per macam kita masuk jugak but towel2 tu put aside nanti Miky anto laundry untuk basuh. Oh laundry takde, so seminggu kain baju aku tak berbasuh! Nanti suh Miky sediakan rice cooker coz i told her ni kang kalau Malaysian datang sure nak tanak nasi seii.
Apartment ni tenang, aku rasa area kitorg duduk ni orang2 yang sesedang ler kot, ada satu unit tuh, dia ada Indonesian maid. so maid tu ler yang ajar laki aku kalau buang sampah, asingkan ikut plastik kertas bla bla bla. Yelah sampah kat rumah Malaysia ni mana ada buat gitu.
Kak Red kalau datang lagi nak duduk apartment Miky ni ker?
Ye, akan duduk kembali di sini, but if bawak the 3 kiddos tu, tak duduk sini lah, kena cari flat yang lagi bigger.
Selamat siap satu entry Milan. huh! More to come, many many moreeeeeeeeeeeeeeee….
Comment:
27
Category: [
Italy, Milan, Qatar Airways ]
RM Recent Comments