8 months of Zeeshan / RB…

DSC_2974

Zeeshan aka RB dah 8 bulan insyallah. Syukur. orangnya keletah. skang nih memang pantang lepa tinggalkan sorang2 memang dia tak suka ler. dia nak ada orang teman dia main, dan sebagainya.  aku pun laki bini skang pergi kerja sudah ada tragedi menangis, susah hati betul dia tengok makpak dia pergi kerja.

dia makan pun dah bertambah. dia pun dah pandai carik susu badan. bila dia nak dia meraung macam kena dera nak minum, pastu dia minum sikit and pergi berjalan merata main, then datang balik minum pastu sambung main lagi, on and on.

Sekarang dia dah merangkak. Sebenarnya sebelum merangkak RB dah mula berjalan pegang meja/ sofa. agak tragis takut jugaklah coz aku takut dia tak balance je badan dia tup2 tetiba tersembam ke belakang. Muka tertomoih kat lantai pun dah 2,3 kali. Tu standard.

IMG_4528

pastuh kalau dalam car seat tuh, sekali letak ok lagi, tapi bila dia sedor ha mula ler bising nak suh angkat. dia kalau dok diam takper, dia punya berpusing sana sini kat seats tuh. ni kes masa raya ler. naik lenguh jugaklah kadang2 aku terpaksa gak pegang dia, for bfeed ler. yang best of cos dia dah kenal orang. and RB sangat mesra alam. he s very ramah.

Kalau dulu kat German semua orang dia yang sibuk agah tegur. till now he is like that.

Dia suka je borak2 ngan orang. main2 mata ngan orang. specially strangers.

IMG_5076

Tapi jangan ko naik suara high pitch ler. siap ler dah cembeng. alolooooo. Bila dia dah kenal orang, dia akan apply ikut orang tu punya resmi cara. Kalau ngan abang dia, memang dia akan tunggu abangnya bersilat gusti. That s abang. kalau kakaknya, very soft and he akan buli ler si kakak.

Kalau bapaknya pergi kuor rumah, wah….dia dah siap2 nak ikut sama! siap tepis2 lagi tangan aku kalau aku nak dukung dia balik.

jaga dia tang malam je payah coz dia masih bangun malam. tapi tu tadah jer lah bagi susu suakan jer. mak nya je lah yang tak cukup tidur, dah tentu. ada jugak waktu2 dia meragam. biasalah baby. bila dia baik diam ramai tangan yang mengamik dukung specially masa raya, but bila dia meraung wah laju je sume post kat aku kan. Sume mencicit cepat2 lari.

RB is also a very morning person. He wakes up early between 7am to 8am. Jadi memang takde dahlah sejarah aku nak meleka bangun lelambat, bila tuan kecil pun dah bangun pagi2 sangat kan. btw korang dok kata RB ni putih melepak, sebenarnya anak2 aku yang lain pun lahir macam ni jugak. putih sesajor. tapi bila dah sekolah berpanas bagai ha tukar le kaler warna memasing. Takpe lah, janji semua sihat syukur.

IMG_0258

Some of the photos taken from my Instagram during the raya break.

RB ni banyak peminat dalam blog ni hah, tak de letak update pasal dia, ramai yang bertanya2 jer kat twitter. Abang kakak pun ada jugak yang sayang minat kan, tapi sebab depa dah jadi orang lama di blog, so hangpa dok bising riuh nakkan cerita RB je ler yek… :

Kalau shopping aku memang menggila beli kain baju dia, compared than toys. pun beli tapi asal beli kain baju, memang letak kat counter membayar ratus2 sesajar. then aku beli pun yang size besaq…takper, leh pakai lama hahahah pastu sapa2 nak leh jual borong ler. pakai pun kejap2 ler gitu. Pangai mak suka menyopping kan.

Habit lain RB…asal bertukar bulan jer, ha siaplah dia punya meragam malam wohai! ada budak dia akan naik demam kan, yang RB dia akan ngamuk2 ler malam2 time orang tidur tu. So berpassing le batton ngan RD, if bapaknya takde, tangan aku sorang jer ler kan.  Stock EBM alhamdulillah masih lagi ada dalam chest freezer. now nak masuk September, nak habiskan bulan April and going to use the May’s pulak. Aku pun masih lagi pumping, cuma tu lah hahahaha malasnya kadang2 bila dah back to work nak pump nih. Kat umah tak yah pump dah coz ada RB but for kerja skang at least once or twice per day wajib lah pump. Semoga menyusu badan dapat sampai he is 2 years old.

Little bit of RB/Zeeshan’s story 🙂 . 8 bulan sudah.

Comment: 24

The new Barbados!

Bandar Kuala Lumpur-20120726-00832

aku pun tak taulah brand apa kasut nih, probably Zara, coz kita ukur jalan memang setiap hari, and all these photos are like from awal ramadhan lagik…

dah lama betul aku tak pakai high heels

Bandar Kuala Lumpur-20120726-00833

this Charles & Keith

oh dedulu inilah kasut pojaan hatiku. blom ada kat Semenanjung so asal pergi Singapore berkotak2 bawak balik! kenangan 🙂

Bandar Kuala Lumpur-20120726-00838

Lewre pun ada gak koleksi studs2 gini heh…

ni dalam Isetan pulak..

Bandar Kuala Lumpur-20120726-00839

cuba, sedap pulak bila jalan…..tapi nak ke mana akungan kasut gini hahaha

mau dipijak2 dek Abang kang. mak napa mak pakai kasut camni mak? mak rocker ke makk

Bandar Kuala Lumpur-20120726-00840

but ai tak tipu tau

sedap Lewre nih, aku pun memang pakai brand ni jugak sometimes.

Bandar Kuala Lumpur-20120726-00836

ni boleh blah lagi

Bandar Kuala Lumpur-20120726-00835

tapi ni den tak boleh blah lahhh

Red Carpet brand

aku dok tried, huk aloh tingginya…..tinggi kat belakang rasa lain, kat depan tu kan ada 3 tingkat lagik

memang ya hamattt nangis. the next weeknya kita datang balik tengok, ada lagi tragis tragedi Ogos koooooo! tak amik gambar je yet

aku banyak pergi events gak, tapi masih lagi tak mampu nak pakai cenggini. yaaaa attractive betul!

IMG-20120730-00889

dan salah satu ni pulak adalah pemilik kaki redmummy

colour hapa haku amik????????

 Handbags raya raya raya di sini sini sini! nak clearkan gobok sangat nih….

Comment: 16

Raya shopping light2 for the house….

IMG-20120811-00042

tengah susun2 gula yek? leh saya menyelit tak?

takpe akak cakap akak nak gula apa?

IMG-20120811-00041

nak gula pasir halus dan gula cube, macam takde jer

takde kak, sumer habis. ada gula pasir kasar je kak

bolehlah….

IMG-20120811-00043

laki mak, jom tengok2 atas

apa lagi tuuuu, asal raya je ada je benda nak ditambah2

heh tengok jer ler

IMG-20120811-00045

huk aloh pompuan kalau shopping, kata nak beli gelass 6 ketul jer, setroli jugak dia bawak keluar!

IMG-20120811-00046

My purple top is by ThePopLook

molek untuk dipakai pada dress yang sleeveless gitu 🙂

cerita ceriti hari raya menyusul nanti aaaa

Comment: 15

Hamboi Nuffies!

Credit to Nuffies, sapa yek…maybe Linda / Michelle and Pinky of Nuffnang, rajin betul depa buat nih heheheheh….

Selamat Hari Raya korang 🙂

Comment: 16

Anmum Better Together!

48hours sponsored post

Anak-anak aku kalau buat apa-apa mesti nak berteman. Especially Abang tu, mesti nak ajak Kakak sekali kalau nak buat something, sampaikan nak pergi ke dapur malam-malam pun ajak berteman. Kakak pulak semenjak ada RB, mesti nak berkepit dengan RB, tak kira la masa main ke time buat homework or even tengah study tu.

Aku pun memang strictly encourage Abang dan Kakak always together, lebih-lebih lagi kalau kat luar main kat taman ataupun pergi swimming. Tapi memang bagus pun macam ni, disamping they can look after each other, diorang juga can help each other on other things, especially benda-benda yang a bit susah yang tak boleh handle sensorang. But sometime bila berdua, they can even come out with benda-benda yang lebih kreative 🙂

Then korang kena tengok youtube bawah ni, dua beradik so cute came out with something lovely and make their mother so proud and happy 🙂

So macam yang aku cakap tempohari, things work better together. Even kita pun sama. Once saya pernah dipesan, kalau ada anak biar ada pair yang tak jauh beza umur, so diorang boleh membesar bersama-sama, macam Abang dan Kakak. Hmmm RB nampaknya kena ada pair jugak la ek 😛

So sama juga dengan brain development dan function untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Among others, mereka memerlukan dua benda untuk saling membantu antara satu sama lain mendapatkan hasil yang terbaik.

Mereka memerlukan DHA (Docosahexaenoic Acid) kerana ianya penting untuk pertumbuhan otak dan mata. Tetapi DHA sahaja tidak mencukupi. Mereka juga memerlukan Gangliosides to work together with DHA untuk menghubungkan sel-sel otak. Kerana lagi banyak hubungan sel-sel otak lagi cepat kanak-kanak itu belajar. So Gangliosides juga sama pentingnya seperti DHA. Basically they both work in synergy untuk membuahkan hasil yang lebih baik.

The NEW Anmum Essential formulation has levels that are even higher 80% more DHA and 25% more Gangliosides. So make the smart choice with DHA and Gangliosides, specially combined in Anmum Essential. Because, together, great things can happen 🙂

Khidmat pesanan masyarakat Anmum Essential is brought by Redmummy.com

Comment: 6