myemail.my – Yet another FREE email?

48hours sponsored post.

What??? Another FREE email? Berapa banyak FREE email nak pakai ni?

Kan baru-baru ni kecoh yang kerajaan Malaysia dengan kerjasama satu syarikat swasta kini giat membangunkan satu email system untuk kita rakyat Malaysia. Khabar-khabar angin ada kedengaran yang email ni kena bayarlah, wajib registerlah dan bermacam-macam rumors lain yang membuat kita tertanya-tanya…

So few days back Tricubes Berhad, syarikat yang bertanggung-jawab menyediakan platform email untuk rakyat Malaysia ini telah membuat media briefing untuk menerangkan dengan lebih lanjut dan jelas apakah sebenarnya myemail.my ini.

First time aku dengar company Tricubes Berhad ni. Rupa-rupanya company ni dah bertapak lama dah sejak 1997 lagi dan telah tersenarai di BSKL. Focus utama dan expertise mereka adalah di dalam area Enterprise Mobility, Identity Authenthication dan juga Secure Access & Automation. Antara key projek mereka termasuklah Hong Kong Special Administrative Region Government, Orly, Paris Airport, Mobile Banking Pin Issuance dan Malaysian Government Multi-Purpose Card. So bukanlah company tangkap muat jer ni.

So back to myemail.my, apa keistimewaan email ni? Myemail ialah perkhidmatan email yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Sebagai warganegara Malaysia kita berhak mendapat akaun myemail ini. Pendaftarannya pula mudah dan kelulusan adalah dalam tempoh 24 jam. Ada kelulusan ya, bukan register terus dapat guna ya.

Apa yang bagusnya tentang akaun myemail ni ialah korang boleh mendapatkan berita terkini atau acara-acara kerajaan terus ke inbox korang. You’ll be the first to know if there is any government initiative, perkhidmatan ataupun dasar kerajaan yang baru.

Tapi apa yang pentingnya, myemail ini adalah percuma, selamat dan convenient serta ditentusahkan. Ini adalah kerana kelulusan akaun myemail ni adalah diluluskan oleh pihak JPN sendiri.

Selain dapat unlimited email storage, korang juga dapat 25GB free storage untuk simpanan dokumen ataupun photo disamping dapat menggunakan online Microsoft Office application secara percuma. eBilling pula memudahkan kita untuk membayar bill juga untuk mendapatkan statement dan notis terus dari inbox. Imagine berapa banyak kerajaan dapat jimat kalau semua bil, notis ataupun statement dihantar secara online…

Lebih menarik lagi, myemail secara exclusive berkerjasama dengan few partners memberi potongan ataupun diskaun yang hebat produk-produk mereka. Contohnya JackCow yang menawarkan perkhidmatan discounted coupons, akan memberi lagi 8% rebate khas untuk myemail users.

 

Orait, aku dah register dah. Korang bila lagi? Tengok acknowledgement yang mengatakan application aku tu akan diverified oleh JPN sendiri.

 

Dang!!! Kena reject la pulak… Aku rasa aku letak nama Redmummy kot hiks…

So remember, Nama dan IC kena sama exactly seperti di MyKad! Tak boleh pakai nama-nama nick semua ni. That’s myemail.my 🙂

Khidmat pesanan masyarakat myemail.my is brought by Redmummy.com

 

Comment: 29

Confinement Lady??

 

IMG_7348

Just coz i didnt tell you pasal apa my future plan, doesnt mean i tak pernah nak carik orang2 melayu kita, tu aku tak citer camne lagi banyak songeh orang2 melayu nih. yang mana nak dijemput dihantar, mana yang demand tak nak tu tak nak nih, korang cakap memang senang tapi aku tak citekan betapa payah mengadanya depa. Yang aku tuntut dari agent tu dari hak kita, so like i said kalau dah dilopongkan tang nih tapi dicover tang sana, ha gitulah sejarahnya.

Anw, for some reasons pun memang aku tak canang apa future plan kitorg, we are not gonna rely on the maid at all, selama anak2 aku baby dulu pun aku tak pakai maid, helper datang pun  hanya waktu malam. both of my kids tak pernah dari umur baby depa dok dijaga maid mahupun nursery coz kita ada lingkungan keluarga around us. Having malaysian kerja ngan kita pun mana nak tau baik buruk orangnya, yes i used to have malaysian helper, 2 orang lagik, tapi depa pun tak jaga anak2, depa sangatttttttttt baik, cuma jodoh tak panjang, which i never tell you too, one have to quit coz suaminya pindah klang, hah ni pernah aku blogkan, yang sorang lagi pun helper kemas cuci rumah jugak tak pernah aku bagi jaga anak2.

Maid tak kisah mana2 indo ke malaysian ker, depa nih fussy tak mau jaga baby, depa tengok ada berapa orang anak majikan tuh, kalau dah besar2 ha takper, tapi ni anak2 aku yang besar 2 orang tu pun takde kat rumah pun ada lari gak, bila dah lari tu baru aku tau siang2 depa menebeng kat bawah berborak ngan maids2 lain. eii padanlah kerja rumah manjang je tak siap. bersidai je kerja ko.

So, my baby takkan dijaga maid specially yang indo2 nih, wpun aku ada cctv, till the trust yang 10% is there pun baru aku pikir panjang nak bagi dijaga depa.

Takpelah, yang bahu memikul tangan menjinjing pun aku, i m just sharing my story a bit, a bitttttttt only in the blog.

So anw, back to the tajuk asal entry nih, mencarik confinement lady. Dulu aku ada pernah shout kes nih kat FB and Twitter, dulu tu a yearrrrrrrrrrrrrr ago, for my buddy. I didnt keep the contacts dah pun, skang ni nak mintak balik kat korang, of cos for me lah bukan for orang lain.

Aku ada survey2 lain jugak to get the confinement lady, tapi of cos mana tau dari korang punya pandangan and recommendation, i may get the best confinement lady jugak.

Dulu dedua pregnancies, my mother yang look after me but now mak ajah dah tak sihat, tak kuat takkan nak suh mak aku jugak. Mak mertua aku pulak, boleh datang kejap2 je tengok, trying to convince her gak nih coz dia dok kira jauh so ni nak carik confinement lady yet aku nak fully minimima pun 30 hari lah, best if dapat 44 hari lagi cool. Dulu memang bestlah mak aku jaga, semua top to toe, except urut dan bertungku je kita pangil makcik urut. makan air jamu bagai pun mak aku yang buatkan, but now nih kenalah engage the confinement lady. Pakai bengkung bagai suami aku pakaikan sebelum dia pergi kerja (teringat lagi dia kalau pergi kerja je kawan2 opis dia cakap bau badan dia bau ‘orang dalam pantang’ ye lah dah dia pakaikan aku segala pilis jamu segala kat badan’ ahakss.

So if korang sudi share confinement lady korang, adalah sangat diterima kasih buat mu. If tak nak letak the name number in public, boleh jer email me di Contact Red.

But tell you, confinement lady skang wui hargaa…….ada company yang buat nih, dah jadi commercial tapi i prefer dari mulut ke mulut punya recommendation, priority yang jaga baby and ibu dalam pantang termasuk masak orang dalam pantang jugaklah, tak tidur rumah pun takper, tapi kena datang sendirilah kalau berjemput bagai, oh tak pek ler, aku pun dalam pantang nak kena pi amik anto orang pulak heh, tak logik.

Comment: 85

Ya Buk..bisa buk…..

Maid temanku lari!

Terdekat ngan aku pulak kawan aku nih. Tinggalkan her 5yo daughter je kat umah, waktu siang. siap dipecahkannya gobok lemari and amik passport + almost seribu gone. dah kira criminal pulak melampau maid2 nih.

My replacement maid memang tak dapat yet, agent tu hari2 kena gegar ngan laki aku, dah kena maki pun tak jalan, tak maki pun tak jalan. aku dah tak campur dah deal dia contact agent, tak larat. i will be more stressful with all the hantu2 nih sume. baik maids baik agents. Rezeki korang, bahagian koranglah coz  dapat maid yang reliable. not like our nasib.

Dah tersurat, aku dilopongkan kat sini tapi dimewahkan di situ. so redha.

For me, kami anak beranak memang rasa seronok takde maid. Selain hati tak sakit, aman tenteram je kat rumah. As a back up aku ada cleaners yang rotation buat keje kat umah tuh. Cuma for daily purposes, alahai, laki mak dah bising malas dah nak sidai2 kain baju, and basuh pinggan. letih dia malam2 kena dok buat keje2 gitu yang padanya keje2 pompuan tapi dah bininya boyot, kenalah jugak buat. Ko ingat kalau aku tak boyot dia nak buat, aku gak yang kena lipas kudung buat2 sumer tuh.

RD is a very typical man, tu yang dia malas nak basuh pinggan mangkuk bebanyak, dia suh aku pencen memasak jap. Bukannya tak nak ada maid, some more nak ada baby ni lagi ler perlukan bantuan though i wont get the maid to look after my baby, yang kakak and abangnya tu dah big, tak yah nak dimandikan jaga sangat. tapi baby ni bahaya woi….yang aku geramkan skang nih, kita akan tuntuttttttttttttttt jugak replacement maid tuh wpun aku suspect kalau dapat pun dia akan lari jugak.

You know why coz setelah disiasat memang agent hamlau tuh dah tak eran bila maids production dia ramai yang lari. huh hai. Dahlah first maid yang aku dapat tuh dia suh try seminggu, tu kena bayar 5ribu. pastuh found out maid tu cakap dia tak suka jadi maid, nak jadi Salesgirl kay, so agent amik balik and ganti yang baru si Mila yang lari tuh. Untuk dapatkan Mila dia suh bayar lagi extra RM1ribu coz katanya dari Jawa.

Bila aku check ngan Mila, bukan pun dia datang dari Jawa, datang dari Medan jugak sama ngan yang maid temporary seminggu tuh! Haprak betul. Ngam2 cukup sebulan dia pulak lari.

Total nak dapatkan maid dekat RM7ribu sahaja ngan lost plus kerugian kena bayar penalty kat Imegrisen + apa yang dia sempat curi and amik and yang aku kena bagi anto duit kat kampung dia gak. podahcit!

hah sementara aku dah teringat nih, masa Pipinnnnnnnnnnnnnn jadah tu lari dulu, kan aku cuti 3 hari kan, so aku kelam kabut roger in out contact2 yang leh dapatkan aku maid segera. Ada kawan pada kawan pada kawan kakak aku, pun datang nak tolong.

First time deal jer dah macam pentipu. Cakap konar2 baring, aku ni dah macam lawyer kalau ko janji a to b, aku tuntut cakap a to b kau, tapi kalau ko tetiba ada cde, ha sah aku argue. So lepas 2,3 hari ding dong ding dong, dia cakap ok maid dah ada, dia nak mintak deposit through online for 2k.

aku suspiciouslah jugak aku cakap aku ada seribu je dalam bank. lain sume cash in hand coz janji awal kata nak duit cash bukan suh transfer. then dia cakap oklah tfer jer 1k tuh, so aku transfer, ikut gamble je nih dahlah tak kenal tak hapa tau, main belasah jer nih, at that time laki aku pulak kat Afrika kan, so decision making mmg sume aku buat sendiri.

Then dia cakap thari nanti dia bawak maid and bayar the remaining balance which is about 4ribu lagi lah (since 1k dah deposited).  Janji tengahari tak dapat jugak, tak de bayang, bila sms tanya tak penah nak jwb, bila call baru jawab oh bz bz nanti jap gi sampai ngan maid.

Tetiba….

pukul 3.00 petang dia ada kat depan pintu rumah aku.

Aik. apsal ko datang sorang, mana maid aku?

Oh maid you tak boleh nak lepaslah, kena bagi lagi balance 4ribu tuh.

aik, awak ni, saya tak kenal awak, tetiba datang rumah saya mintak 4ribu?

Yelah saya nak tengok rumah majikan untuk maid nih.

Sejak bila pulak ada service or quota kena tengok rumah majikan bila amik maid?

Dalam hati aku, tau ler aku sorang2 takde laki, ni nampak sangat nak pau duit aku nih weiiiiiiiiiiiii! Memang tak leh trusted langsung.

anw berbalik pada duit 4k yang dia mintak tuh, dia cakap kalau tak percaya, hah bolehlah pegang IC dia. siap dia passkan tepon dia suh cakap ngan kawan punya kawan punya kawan kakak aku lagik.

Eh ko lupa ku ni blogger and otak aku panjang akal jugak.

Pedulik hapa aku ko suh pegang IC ko pun, nak aku release 4k kat ko yang banyak cong cangnya oh tidaklah. tetiba sanggup datang rumah nak amik duit tu yang tak menahan. Hamlaunya sangat. Ni taktik nak duit cash mana kita tau dia betul nak rolling kat maid kan, dahlah dia tetiba menebeng depan pintu rumah aku. anw aku tak bagi masuk pun ,cakap through grill jer, pehal nak bagi ko masuk pulak.

So i didnt give. but he promised to come back that night with a maid, so aku leh bayau later.

Harammmmmmmmmmmmmmmmmmm nak dapat duitnya!

Pastu start chasing duit refund dari dia, yang 1K tu coz kita tak nak pakai service dia dah lagipun dia dah banyak cong kan.  Ko, sampai laki aku yang balik dari Africa pun chase dia pun tak gak dapat2….finally kakak aku yang jadi introducer + laki aku sound bertepek dia refund gak but short RM17! ahahhahha

yalohai…

ini punya olang pun ada jugak.

So anw, harap2 aku dapat ler reliable maid/helper, Abang and Kakak dah besar boleh diorg bantu2, i m also independent wife gak, but problem is bila kita dah ada baby. Skang buat keje rumah agak terbatas coz i m boyot, tunggu kalau dah beranak pinak, takkan sumenya haku nak buat, so memang nak pakai pembantu, tapi bila ramai yang lari, tak kira ko ada anak besau pun anak kecik lagilah depa lari. Macam anak2 aku 2 orang tuh, bukan ada kat rumah pun, kat sekolah jer seharian tapi pun maid lari gak apatah lagi yang ada baby or anak kekecik.

Apalah saja yang indo2 ni nakkan lagik, sibuk datang msia nak kerja, tak boleh ke kerja yang halal and dalam keadaan legal, nak jugak jumping sana sini, pastuh dah korang lari, kita pulak kena bayar penalty kat Imegrisen. Whylah our gomen is so ikut sangat cakap negara Indo sana tuh. huh!

Tapi kenang2kan, anak2 depa kat sana pun depa tinggalkan, apatah lagi anak2 kita yang depa jaga, pedulik hapa pun diorang nak bela memolek! ni ada jiran aku dia tak tau yang maid dia dah lama kerja bertahun2 ngan dia tuh dok merempat kat bawah berborak setiap kali siang dia bekerja. Hai ….

Semoga Allah memudahkan perjalanan Red Family.

Comment: 51

A story about Reddy….

IMG01226-20111008-1931

bukan dia tidur, tapi tengah sakit tak sihat walafiat  nih. but masa entry ni kuor dia dah kebah, dah boleh makan minum. 3 hari ok dia tak nak makan minum, dok pakai syringe  tenyeh air kat mulut dia pun payah sangat. Hari pertama malamnya aku tengok dia semacam tak active pun. Esok siangnya memang kompem tak sihat, tak tau ler sakit apa tapi dia dok berselubung jer ler. pastu manja je ngan makyong.

So hari Sabtu tu apa lagik bawaklah pi vet…..

IMG01227-20111008-1934

Reddy kena infection, sekali 3 cucuk dia kena coz nak amik darah nak cek dek vet. Pastu 3 hari kita 4 beranak bersilat nak bagi dia ubat. bukan senang. Sirman pegang muka mulutnya, Abang pegang tangan and kaki, aku tolong masukkan ubat tu dalam rongga mulutnya and Gegirl tukang sorak!

Masa dia tak sihat nih, Mozel tak berkawan sangat ler aterrr Reddy tu bolayan jer dia borak.

Now macam dah sihat cuma mata dia macam sembab, allergic ubat kot. But sekomannya dia dah leh makan so syukurlah jugak, if tak getting better gak nanti weekend kena bawak lagi pergi vet.

Amik darah dia jer dah RM75 + check up segala ubat total is RM140. standard le ni harganya, pasir and iams dia pun in my allocation gak.

Comment: 27

4D Scan for Red Baby…

image

meh kena ajar sket those yang tak pandai tengok 4D scan, yang hitam kat pala baby tu is the cut of the photo by the doctor, kang tak paham pulak korang. baby ngah tutup mata and hisap ibu jari, jari lain tu dia tutup hidungnya…

gambar ni dari copy CD yang kita dapat from the doctor, siap ada video lagik eii suka tengok!

IMG_7294

hok ni pulak dari our camera….

masa buat 4D Scan nih, terpaksa kidnap budak2 kuor dari smart reader class depa coz buat 4D scan bukan leh buat setiap bulan, sekali dalam 1 pregnancy dah cukup. Lagipun ada weeks yang molek kita buat, paling just nice is above 25 weeks, up to 30 weeks, kalau bigger than that nanti susah nak tengok, doctor pun tak galakkan coz rugi tak nampak clear plak.

Dahlah aku nak dptkan buat 4D Scan nih kat area umah aku, once a  month jer doctor tu ada datang buat.kat Gynae aku pun boleh buat gak but at different floor tu yang remehnya nak kena pi certain days eh idok le aku kuasa.

IMG_7297

Budak2 dok riuh tanya napa adik depa tak nak bukak mata, dalam sejarah doctor tu, 2 kali jer dia pernah tengok baby bukak mata masa buat 4D scan, miracle sangat doctor tu cakap masa tu lah. At this time babynya tak nak bukak mata, dok main tendang terajang jer itupun jenuh nak tengok mukanya coz dia dok tutup mukanya ngan jari, puaslah doctor tonyoh2 baru dia gerakkan tangan jarinya and bagi kita tengok mukanya.

Banyak positions kita tengok, paling budak2 tekejut bila dengau heart beat baby ahhahaha menyeringai si kakak and abangnya. Currently masa buat 4D scan nih, baby is 27weeks ++ nak masuk 28 lah kiranya minggu nih meaning i m gonna be 7 months.

tell you kalau kat umah tu kat lam keter ke or even kuor makan kat public pun, diorg 2 org ni kalau masa tu nak pegang adiknya, dipegang jer perut aku ni sambil borak2 ngan adiknya. Budak2  memang selamba asal dapat berborak and rasa adiknya tumbuk2 and beri penerajang menggelembung kulit perut aku memang depa suka sangat.

IMG_7288

Name name name….

ni je tak dapat2 lagik.

Asal RD balik kerja, bagi pilihan nama, all 3 of us tak mau. Asal aku pilih RD tak mau. Asal kids pilih pun tak mau. hah so biarlah dulu…..

Anw buat ni kat Klinik dalam BSP, takde hari2 kena buat appointment, kebetulan October doctor tu datang sekali jer buat nih so memang rezeki aku lah. Tak yah buat bebanyak kali, sekali je cukup, dapat CD and scan copy gak, dalam CD tu semua complete rakaman ada, gambar 4D, yang scan biasa yang video pun ada eii syok sangat! Bila tengok dari 4D scan nih baru ler anak2 aku rasa seronok and paham, oh ni tangan ni muka ni jari ni hips, ni birdie!

Sekali buat 4D Scan nih is RM180.

Comment: 46