White for Santai!

image

Ini entry manyak lama peram darrrrrrrrrr!

Sebabnya nak tunggu sponsored post Darlie tu diapprove & publish, baru leh kuor mar…that s why rambut dalam nih and Darlie sumernya rambut masih curly2 kerinting yang sangat korang nyampahkan.

Anw, after doing our photoshoot, kita terus pergi amik early dinner di Santai Cafe, Bandar Sri Permaisuri.

image

Kalau kat Santai Cafe nih, kitorg mesti belasah ikan bakar. Wajib! Sedap tau….standard menu memang amik pari and kembung bakar, or siakap bakar. Kerang bakar lagilah wajib utk aku and gegirl.

image

Air bandung special! Tengok meja sebelah minum nih, terus kitorg order tapi yang kasi belasah si abang sorang. Budak tu kalau minum ais ketul2 sejuk nih memang dia punya idamanlah.

image

So kami makan and makan yayyy syodapppppp!

image

Gegirl mengadap kerang bakar, sorang2 kay. Aku dapatlah merasa dalam 5,6 ulas.

IMG_5542

So this is behind the scene, photoshoot for our little project…

Kain baju budak2, sendiri memasing punya, baju maknya baru beli semata2 untuk Darlie, requirements nak putih, aku tak naklah pakai baju putih kerja aku yang dah berpuluh kali masuk lam RM, so jumpa kat Zara selai, menariklah boom boom! Bapaknya tak yah, he s the man behind the scene jer.

Lebih baik menghabiskan masa dengan mengulit kerja advertorials yang menimbun, sambil mengulit jugak anak-anak yang happening dan bikin makpaknya pening tapi challenging, daripada ko asiklahhhhhhh nak mengumpatkan aku. Obviously i m better than you, tu pasal ko asik je nak korek apa lagik pasal mak merah yang korang tak puashatikan. Sampai bila2 pun ko takkan puas, you know you are so kat tapak kaki aku jer kan.

Aku tak nak bagi panjang2lah….satu das dah cukup 🙂

Nak tengok lagi hasil the model 2 orang tu tak? ok boleh boleh…mai rapat rapatttttttttt!

Comment: 14

Darlie All Shiny White…

48hours sticky sponsored post, pls scroll down for latest entries

image

Have I told you what is my 2nd favourite color? Penah ke dak… ntah la aku pun lupa tapi yang aku pernah mention aku rasa ialah color yang aku kurang minat or pilihan terakhir aku ialah putih. Sebab apa? Pada aku putih ni susah nak jaga and cepat kotor. Tapi kalau pandai jaga memang la nampak berseri2 dak.

Walaupun kurang berkenan, tapi certains benda memanglah kena putih. Bukan saja kena tapi mesti putih. Macam baju sekolah anak, kasut sekolahnya dan lain2 la. Tapi the most important thing yang wajib putih mestilah gigi kita.

image

Tapi masalahnya nak jaga gigi sentiasa putih ni bukannya senang dak? Padahal masa kecik2 gigi putih berkilau 🙂 Actually gigi bertukar warna kuning is just a natural part of getting older. Even kita berus dan floss regularly, selama bertahun-tahun still the stains tembus masuk ke dalam white thin film yang protect gigi kita tu and stay in the enamel.

Lagi satu gigi juga bertukar warna disebabkan makanan dan minuman and yang paling worst on your teeth termasuklah soda, coffee, tea etc. Tapi tu la juga yang kita sukakan 🙂

image

Semenjak dua menjak ni aku try satu produk baru dari Darlie, All Shiny White. Mengandungi advanced SWA (Speedy Whitening Agent) that gives you beautiful white teeth in just 14 hari. Gigi semakin putih dalam masa 2 minggu tu. Pastu clinically proven to mengekalkan keputihan dan kebersihan putihnya gigi kita juga.

Selain itu ia juga diperkayakan dengan deep sea mineral salt untuk menjadikan gusi yang lebih sihat plus mengandungi flouride untuk gigi dan senyuman yang menawan.

IMG_8408

Even my kids pun notis the difference about the toothpaste Darlie ni, “Mummy ubat gigi baru ni Gegirl suka la” Depa boleh nampak the difference specially bila aku senyum, wah ko hado? Seronoknya bila anak-anak asyiklah puji hari2, dok suka tengok keputihan gigi maknya, sket2 nak maknya kiss depa. Oh cinta bestnyaaaa Darlie.

Hikss… and ni yang buat diorang lagi rajin to gosok gigi. As a mother, bila anak2 suka, kita pun lagi la gembira. No more culas2 tak gosok gigi dah,  seriously last time depa kadang2 malas nak gosok gigi. But not now 🙂

Ohh btw, Darlie All Shiny White ada 3 jenis iaitu Mineral Salt, Natural Mint & Lime Mint. Aku baru try yang natural mint jer, habis nanti nak try yang lime pulak.

image

Tapi saya actually ade good news ni. On top of you got all shiny white teeth plus the sweet smile 🙂 Darlie dengan berbesar hati ada membuat contest iaitu The White Mission Contest

Tapi sebelum tu saja nak kasi hangat sket, kita reveal dulu bakal2 hadiah yang akan dimenangi oleh korang, ye la sapa lagi nak menang, sure korang la kan 🙂

Antara hadiah dia ialah 1 x trip ke Mount Fuji untuk 2 orang, 3 x Nintendo Wii (ni aku rasa Sirman lama dah ngidam ni, kang silap2 dia yg masuk contest ni hiks), 10 x Sony NWZ-W252 MP3 Walkman dan 50 x Thumbdrives.

So dah hangat kan, apa lagi jom masuk contest, ala senang jer, ala2 main games jer 🙂

Once you go to The White Mission Contest site, klik kat Start Mining link tu. Dengan menggunakan mouse, korang kena navigate the helicopter to collect the mineral salt cube as many as you can in 3 minutes times. But hati2, korang ade 3 helicopter jer, jangan sampai terlanggar burung & sharks nanti.

Ha tengok ni aku main, sonang jer.. Pastu huk aloh, anak2 aku pun pantang ada game yang dalam Darlie’s ni pun dia orang handal gak main sama. So hangpa boleh gak suruh anak2 korang main. Amacam Gegirl lain kan coz bila main game nih, muka dia + gigi pun jadi berbeza hahahah…you look so chubby and big girl!

Jeng jeng jeng, 1st try jer dah dapat 2000 points.

Ya udah, aku nak sambung kutip points ni, ingat korang jer nak hadiah? Sirman tu tengah dok aim kan Nintendo Wii tu 🙂

image

Thank you Darlie, gigi saya dah white like my white dress, tapi gigi 2 batang yg cabut dulu baru tumbuh sikit jer  🙁 – Gegirl

Oppss lupa lak nak cakap, dah terlanjur korang main games tu, cuba klik kat link The White Bloggers. Ai dah jadi whitemummy u 🙂

Khidmat pesanan masyarakat Darlie is brought by Redmummy.com

Comment: 30

Santai Titiwangsa…

image

yooooooooo!! kat Taman Tasik Titiwangsa! itupun sekejap giler, budak2 nak sangat naik boat pedal kaki sendiri, tapi dah abih turn pulak, so kena datang lain kali….ko ingat aku sesuka je nak mai sini kalau takde job. hiks…..itu takyah citer lah. baju biru nih kali ke 2 aku pakai, birunya memang outstanding sungguh hiks….

and abang saw the kitty yang ngiau2 carik mak nyer, boleh nak bungkus bawak balik, manyaklah cantik ko. berpusing2 carik maknya, jumpa jugak….

image

ini memang drama mak and anak pompuan sesama merajuk. Gegirl merajuk dengan leleh2 ayo mato sebab tak dapat naik boat, doklah balik tiang, abangnya pujuk memang tak jalan lah. abang pujuk tak ikhlas betul, main gah gah gah jer. so aku berjanji dalam masa cuti sekolah ni akan kita bawak lah, cuba untuk bawak naik boat nih. padahal dulu dah penah pun naik kat Putrajaya. lenguh kaki ok mengayuh.

weih, entry dah back to normal kan minggu nih, minggu lepas agak kedaung coz aku bzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz! super mak bz, ngan nitik2 ayo mato lagik, dengan muka muncung retak seribu huh, drama minggu inilah sangat.  Kat Tasik Titiwangsa nih best kalau bawak roller blade, or basikal main lenjan dalam nih.

Malam ni nak all outlah dok blogging kaw kaw2, coz entry hari nih sume main pejam2 mata je buat, ater kat midnite baru balik, kol 2 pagi baru tidur, toing2 pala aku dah.

Comment: 21

The Social Network!

The Social Network with the Nuffies and the buddies, my usual frens. Movie was on Monday 22nd at GSC Midvalley. Muahsss lah citer nih! Rasa macam ko nak jadi founder of blogging or anything la (in terms of making lotsssssssss of money) made me think to work harder and harder, tambahkan lagi earnings.

The Social Network Premiere Screening by Nuffnang, is awesome! The story behind the facebook. Highly recommended.

IMG_6539

True, it happens to me, everydayyyyyyyyyy….ppl love me more and ppl hate me more more and more. muahahahha!  Sukahati depa lah kan kot nak bonci kat den, sok sok jumpa tengah jalan jangan ko nak jual sesengih kat aku, I know you blogged bout me 🙂 I know you talk about me. I know lar coz people talk. Telinga mata aku kan ada around the world. hiks. ko belum tengokkan lagi aku blogkan pasal korang yek, aku diam2 jer kan. lagi aku diam ke main ko telanjangkan orang kan macam orang takde maruah ko buat. Lupa dengan kuasa merah pun boleh melaser?

So I m their enemy, aik….dulu akulah kak red ko, hahaha…but not all lah, ada yang masih in ‘relationship’ with me. Apa ke bunyik macam facebook dar….Well, saya kan Redmummy, bukan RM lah kalau takde enemies. Bluwekkkkkkkkkkk!

anw, go catch The Social Network! Tengok citer nih reminds me Tim and Ming, the founder of  Nuffnang.

Betullah tu katanya…

You don’t get to 500 million friends without making a few enemies.

Comment: 22

Coach and Estee Lauder Promo!

IMG_6529

aku rasakan, compact camera aku dah memang patut kena balingkan lah. ko tengok, dulu gambar ke main cantik, skang makin uzur mendung je gambar dibuatnya. setting sume sama jer. halahai. so Diva Darling, ko nya muka ada cacat2 sketlah blur yek.

She just got back from Sarawak, and dibawaknya aku terubuk ikan masin + kek lapis. wiwittttttttt!  korang kalau yang datang dari Sarawak tuh, if rajin, bungkuskanlah aku terubuk ikan masin yek. Apesallah tak de jual kat KL ni, tak paham tol aku.

Have a safe trip back to UK, Diva Darling!

IMG_6537

Lalu apa lagik, langsung terus kita ke Parkson and Isetan. PS job aku kena belikan Coach bag nih, tapi from Estee Lauder. kat concourse floor of KLCC tengah happening dengan promo Estee Lauder for Holiday. Xmas is cominggggggggggg!

The concept is, you buy anything of Estee product at RM200, pastuh top up lagik RM180 ko dapat satu make up set bag Coach tuh + 7 items yakni, 2 lipsticks, 1 gloss, 1 eyeliner, 2 brushes, and 1 set of eyeshadow/blush. In total you have to pay for RM380.

worth or notttttttttt??

gila tak worth it!

IMG03529-20101122-1349

hah nak menguatkan fakta, kat Singapore dah sold out kay, ada sporean datang beli sama waktu ngan aku nih, sekali 8 sets dia borong. cer korang buat math. satu set let say dia amik perfume yang harga RM210 pastuh add up ngan RM180 jadi RM390. oklah katakan RM400 round up darab ngan 8 sets = RM3,200!!

IMG03531-20101122-1354

the Coach make up casing bag nih ada in 3 colours, gold, silver, and red.

IMG_6541

n taraaaaaaaaaaaa! budak kecik tunjuk mouse pad yang dapat from the purchase….eh ni mouse pad Isetan yang kasi.

IMG_6545

as a Personal Shopper, i shouldnt mix the perangai buruk suka shopping utk diri sendiri ngan orang punya baranglah. ni lah padahnya. The bottom box belong to my gf, aku suruh SA tu wrap cecantik, the top one is mine.

IMG_6556

hah nah…..aku beli unisex perfume harga RM210, so this can pass to Sirman. aku dah banyak nau perfumes, so momantai for me, then on top of that aku tambah lagi RM180 to get the limited edition set of coach with the Estee Lauder make up set. Tapi ada 6 bijik je my items coz the gloss aku bagi Diva Darling. lipstick memang aku pakai, sebulan lebih dah leh habis sebatang tuh….ai kan makan gincu.

That s about it, shopping promo utk yang nak kahwin pun sesuai, yang nak bertunang buat hantaran pun boleh, yang nak jadikan birthday or xmas gift pun bolehhhhhhhhhhhhh………

Sib baiklah dia ada merah, kalau dia takde merah pun molek jugak, tak yahlah aku nak beli, ni tak pepasal aku terjebak sama. isk isk isk! You want me to buy for you??? can dooooooooooooooo….email me kat atas tuh ada Contact RM kan, hah i can do your Personal Shopper.

Comment: 28