Hai hai…sesengih sket :)

IMG_1500

the old or cheap can be carried in style….

black jacket, first time aku pakai setelah 5 bulan beli! gedegang punya lama. dress merah kelabu tu pun  lama gak, 3 taun ada kot. wedges merah emm setaun lebih. hbag merah menyala Marc by MJ pun not so new. itu wedges aaa….sedap tol pakai! tapi bila kat sini aku rasa semacamlah pulak hok kiri, tapak lapik utk kaki tu dah loose kooooooooooooooooo! anytime leh tercabut. tapi aku tau ada harapan untuk kembali pulih kalau aku gam gajahkan. eh dress aku tu dah last pakai, skang buat baju dok umah jer….(Sirman punya idea!)

ada barang aku beli mahal, ada barang aku tak kisah pakai murah. worth wedges tu in RM pun x sampai 50 rasanya, memang cheaper n some more beli kat Jakarta.  sket2, sipar jalan aku dah makin nazak lah. yang wedges merah aritu tercabut tapak heelnya pun masa kat Kuching, aku tak buang lagi, kalau orang tak tau, mmg tak perasan pun dah tercabut yor. redah gak pakai kengkadang. sipar merah lain pun dah tercabut gak dalamnya kiri kanan but masih lagi sedap dipakai. iskk aku sayang betullah nak buang selagi boleh sarung n tak obvious memang aku takkan buang.

ada kasut yang beratus2 pun aku beli pun worth it, but ada jugak yang murahhhhhh sangat berharga untuk aku pakai sekejap sahaja, lama tau service depa ni…

IMG23001

Sirman dok borak ngan Jai, sakannnnnnnnnnn! diorg dari borak kat tengah Adidas tuh, aku tarik depa ke tepi to CnK coz nak masuk lah konon, ha ko pagar dah tutup! halohai, punya sangat ingatkan dapatlah sebat wedges ke kasut ke sipar ker…idokleh teman dapat. bape kali datang MV lately ni, memang tak boleh nak menyoping  sangatlah coz timing lari jer.

untuk taun nih, ini adalah selipar and wedges ketiga yang sudah sangat uzur….wpun bertaun2 ek…puas hati gak, takde lah arini beli, 2,3 bulan baru dia putus nyawa. kibod murah yang aku cite aritupun, aku dah dpt yang baru…best best!

membelilah dengan berhemah, pilihan product yang berkualiti di tangan anda. wahh very the bunyik khidmat.

Comment: 11

Tak suka gila ngan 3D movie!

IMG23025

tak suker tak suker tengok wayang 3D!!! aku yang paling tak sukerrrrrrrrr, pastu Gegirl pun sama….! aku cuba nak book online tak dpt, book via fon pun tak dpt, so sirman pi beli tickets. we tengok Shrek, anak2 mintak. dah agreed pun nak tengok wayang biasa jer, tapi a bit later lah start than 3D, waktu depa pi q beli tickets, aku kena lari buat job kejap. lam 15min jer…

bila aku pi kat depa, sirman cakap tengok Shrek via 3D, oh nooooooo! he tried pi tukar, tapi x boleh. alahai sirman, napa le ko lupa bini ko tak boleh tengok benda2 3D nih. satu benda je aku boleh buat kalau 3D if kaitan ngan adv, if sesuka je memang aku tak sanggup.

first time aku tengok 3D was watching the cartoon show, kat Disney HK, aku ingat lagi Tim was so excited to watch it, so kita ramai2 tengok, suku way, aku konggggggggg tidur! pala aku pening giler lah tengok ngan 3D. i never like it. and Sirman tak tanya aku pun tup2 terus beli. ha kan…

aku pakai waktu ni jer, amik gambo b4 movie starts pastu aku bukak and tengok terus dari mata sendiri wpun blur2 ada badan 2 cam bayang2 kan, katanya pun 3D. dahlah tikets 3D ni mahal. hishh Sirman. anak2 memanglah suker…but Gegirl pun tengok kejap jer pastu dia bukak coz cermin mata 3D tu sangat lah bukan size dia. rimas dia heh. abang and Sirman je yang suka bonar ngan menatang 3D nih…

IMG23024

Pasal Shrek, aaa ok jer. takde lah besttttttttttt sangat, mbe mood aku pun dah spoilt coz 3D kan. memanglah ada gelak2 bangat, si Donkey (suara Eddy Murphy) waktu tu best betullah. lawok tol dia. the kucing, puss in boots dah jd gemuk, pun alahai comei kooo dia, teringat terus kat Reddy. tp kids mmg suka gila, Sirman lg la gelak tak ingat hahahaa

cuma dalam wayang ni ada suasana agak tegang gak lah coz ada orang yang bawak babynya tengok. very the baby leh dengo suara baby tu nangis satu wayang ko bengang. ramai tol yang dengus2 bagi signal kat makpaknya mintak bawak kuor babynya pun dia buat dek jer. nangis kuat tu ko….

i mean kita memanglah berhak nak bawak anak tengok wayang but show is almost midnite satu, baby kecik tu. satu lagi almost sepanjang show, baby dia menangis tapi tak nak gak dia bawak kuor but dok suh diam2 bagi susu lah kot segala. sian jer aku dengan makpak and baby tu gak coz ppl are like blaming them for spoiling orang lain watching the movie.

IMG_1522

aku ada nampak Amir Ukays n anak2nya tengok wayang gak but donno which show, Shrek lah kot. and ada sorang yang from group XPDC, anak dia lam setaun lebih, tetiba datang meluru kat aku coz aku dok pegang Baby Alive Gegirl. hahahaha cute je dia. sungguh2 dia mintak nakkan baby alive tuh. Gegirl dah jeling2 takut nau maknya adiahkan baby dia kat budak tuh…

cantik manis yang sangat2 nampak muda beli mati2 aku ingatkan anak dara rupanya anak dah 3, is also my reader. gile kitorg depan ladies pun leh posing!

eh yang group XPDC tu kan, aku tanya Sirman ‘itu bukan King ke’ (king is our old fren)

bukanlah, tu guitarist  XPDC…

nampak nau dulu tau lagu C.I.N.T.A jer kan, tapi membersnya dah lupa. eh napa Mael pukul rotan mengajar anak sampai kena lokap? kalau baca general gitu kan, aku rasa macam susahlah makpak nak melentur anak… unless rotannya bersifat mendera yang buat si anak patah berselirat2 urat kat badan kan….wallahualam.

sib baiklah aku dok gak lam cinema tu wpun sakit mata pala aku ngan 3Dnya, ingat dah nak cabut kuor jalan2 soping ngan Gegirl but tengok jam pun kedai dah nak tutup, rentikanlah. menahan je lah dok tengok Shrek. budak2, ke orang tua boleh je tengok citer tu, depan aku dok 2 couple ke main peluk2 lg suker tengok…gelak bahak2, ha cam Sirman, gelak berlawan2 ngan abang.

Comment: 23

Reddy is soon to be a mummyyyyyyyyyyyyy!!!!

alhamdulillah…syukur sangat2. with the big boom bang, sket je lagi nak 6 angka yey!!!! with lots of events yang sangat2 happening back to back, rezeki itu Allah tentukan wpun ada yang cuba nak caras kerja blogging saya. dan paling best, aku rasa macam nak menangis je bila Reddy is confirmed pregnant!!! macam aku plak yang preggy, the feeling is sooooooooo  great! emm how to say ek. happy? dah tentu. aku rasa macam satu lagi kurniaan Allah yang paling indah akan lahir tak lama lagi.

ok serious aku bzzzzzzzzzzzzz tapi coz one saturday aku ada slot, malam je ada event kejap, so kitorg anak beranak lari pi vet.

x yah lah nak tunggu entry ni kata dia pregnant ke hapa, kat tajuk je dah awal2 aku cakap. at first kan masa jumpa doctor ni dia cakap tak tentu pun pregnant coz kot2 false alarm. sbb kucing ni kadang2 buncit je lebih, over sangat makan. so satu cara jer nak check kena buat ultra sound.

IMG00079

doctor pakai yang telinga2 u tu check perut dia tak boleh ek?

ohooo cannot lar, itu for human je boleh, utk kucing kita kena scan jugak and i kena cukur sket bulu dia ye, kalau tidak tak boleh nak letak gel and x leh lah scan.

ha cukur bulu dia???

fur dia nanti tumbuh balik, memang cepat jangan risau

ok cukur molek2 yek, jangan kena nipple dia coz dah bengkak sangat nih…

masa cukur tu dia ok lah behave, coz aku ada peluk dia, pastu part nak scan, staff doctor tolong pegang pala but dia meresah. so aku kena switch coz ngan aku baru dia diam, kena pandai pujuk lah kan, dah aku mak angkatnya mestilah tau camne nak amik hati dia. kitorg punya excited, anak2 lagi lah, tak berkelip mata tengok tv scanner tuh…Reddy kena menelentang, macam kita mak2 yong bila doctor scan perut kan…

yeahlah shes pregnant!! full term already!!

haaa? mana2 heart beat baby dia? bape ekor? bila due? soon?

amik acik tanya tubi2…excited kooooooooo. abang n gegirl lagilah skima muka suker bangat.

IMG00078

dah full term ko si Reddy, anytime je nak beranak. padanlah asal aku bukak cabinet baju, laju je dia cuba nak masuk. member ngah carik nest port nak beranak!

banyak giler pesanan doctors bagi, specially on her new nesting area lah. aku kena bukak balik cage nak bagi dia beranak lam tuh, x kan nak buat dia stress beranak atas perut aku lagi cam kucing lama aku dulu. aritu borak ngan adik aku, dia ingatkan aku kisah kucing2 aku dulu yang siap beranak atas atap rumah lama, between zink! ha ko camne dia masuk tuh, baru aku teringat, abang2 and abah aku panjat nak kuorkan anak2 dia. ada yang aku dah simpan baik lam kotak, dia pi jinjing gonggong gak anak2 dia alihkan tpt yang lagilah aku rasa tak selamat. tu exp lama.

so sbb skang dah modern wah gitu kan, aku kena design balik cage dia, nak letak tikar getah, nak letak kotak or apa2 bekas baru yang tinggi so that dia leh menyorok ngan anak2 dia nanti lam cage tu.

Doctor dapat detect 3-4 heartbeats plus tulang belakang kittens Reddy, and tetiba Gegirl mencelah ‘Doctor, female ke male?

hahahahahaha…kitorg tetiba gelak sesama. kooo! doctor pun x leh nak jawab, itu tunggu Reddy beranak yer, baru boleh tau jantan betina.

IMG00080

eii first of all, congratulations to Kemek coz akhirnya terjawab sudah kejantanannya. First person to get to know this news is my fren yang aku dulu dapat Reddy ni dari dia, 2nd goes to the new owner Kemek, Wanie…Kemek, ko jadi bapak Kemekkkkkkkkkk! tapi ko tak boleh jumpa anak2 ko, kang ko  ngap diorg!

actually lately ni Reddy adalah sangat melekat ngan aku. dia sampai tidur sebelah aku n rapat2 pulak tu macam mohon dijaga dia, n jap2 mintak makan….and dia asik mandom, jap2 tidur, jap2 ngangkang coz perut dah sarat. macam malam tadi aku baru nak lelap, tup2 dia ada atas perut aku, tekejut acik, dalam gelap aku usap dia, ko takkan nak beranak atas perut mak merah plak, bape byk kucing aku suka nau beranak atas perut aku heh. n aku alihkan dia ke sebelah aku, she sleeps wt me. ngah tidur gak sirman terkejut dia ada kat sebelah sirman, lor…macam merapatkan badan, nakkan suhu ke or dia mmg ngah tiba masanya akan beranak.

waaa…skang satu rumah jaga Mak Yong tahap melampau giler. my sense and korangnya cakap pun betul, yes she s pregnant!

lalalalalala…
Reddy is pregnant 🙂

Comment: 34

Abang’s new mobile…

IMG_1472

skang dah abih exam so dia mintak psp nya, ipod touch bapaknya, game computer bagailah but aku suh abihkan dulu exam sek agama. last week dah buat Syafawi, takpe n wpun sek NK dah abih siap. that nite we brought them out, memang dah janji after both dah abih exam baru leh kuor jalan2, but boleh malam tadi abang cakap..

mummy tadi kan ada ganti sek agama lah

ha? napa x cakap?

sebab abang nak pi badminton lar

iskk, surat mana? ada surat kata sekolah ganti ke?

takde

aku geram tollah kalau takde surat nih, aritu pun ada nak buat majlis apa tah, tak gak bagi surat. tau2 je abang ckp esok ada majlis ni majlis tu, kalau tang cuti je depa bagi surat. dah pesan banyak kali kat sekolah agama, mesti bagi surat, makpak lain pun bising gak. haisay….

takpelah aku bet pun sure ramai x datang for sek ganti ari sabtu petang plak tuh…coz aritu Syafawi and apa tah satu lg minggu tu, sekolah siap cakap ‘sapa2 rasa x nak datang pun takper kalau dah abih Syafawi’ main cakap mulut jer, so satu hari tu abang tak dtglah, coz dah dikabarin gitu. but akulah yang tak suker, coz aku still guna cara lama, ada surat dari sekolah baru aku caya boleh ada cuti.

IMG_1473

tau dok dia punya nak suh makpaknya belikan dia hp. katanya kawan2 dia ada hp. wui idok le aku nak melayan heh….bukan ko kat sekolah boleh bawak hp pun. skang  diorg dah memorized number fon makpak nya. x dpt kat opis, dikejarnya kat hp, x dpt kat hp, dikejarnya kat opis number semula. baik si abang maupun si adik.

abang yang always being creative, tak dpt real hp, ok takper aku buat hp sendiri. dia buat eksyen jer, tp bukan cakap sangat pun, just pretend letak hp tu lam poket baju / suor macam bapaknya style. kejap2 adiknya pinjam hp tuh…

but gegirl best, siap dia berborak sakan punya kuat ngan kawan2 skolahnya lah, ngan cikgu ngan cousinnya. menceceh jerrr…should record it 🙂

ni depan hp tu lah, belakang ada menu lain gak. ko eja camera tu salah bang, boohhh jer. Game menu pun ado itu afdal kena ada yek. nanti bley la kita calling2 ek bang ….

tajuk entry macam poyo je lah kan abang ada hp baru, cayalah kalau aku belikan abang hp, orang akan kata ‘manjakan anak, beli gadget yang bukan2, very the show off bagai’ tapi kalau aku x belikan macam kes nih ada gak yang akan kata…‘kedekut giler punya mak pak’

actually i love his creativity, dulu pun dia buat jam ben10 dari kertas, pastu dia buatkan aku crown dari kertas keras gak, dia memang suka recycle barang rumah. even botol air 100plus and kotak tisu pun dia leh jadikan machine gun. ha ko! bebaru ni dia jumpa magnet U,  beria basuh…bila ditanya dia dah siap lah jawapan bernas dia but pastuh aku suh dia buang coz magnet tu dah berkarat. lagi bahayo, kot ye pun ko creative sangat kan….

Comment: 19

I got Big Boom Bang!!

IMG22978

Essential Kit for SK II harga dah naik singgit yek, sejak apr, aku pun tak pasan baru pi beli utk reader RM, dah jadi RM99. dulu 98 je kan. takper kalau semenanjung, S&H sama jer, RM110 yer.  kalau sabah sarawak tu yang aku kena letak RM115 coz korangnya negeri mahal sket lar postal. eh harga postal mmglah murah tapi ko kena lah kira tangan Sirman yang wrapping n pi bwk keter dia ke post office, ha tu pasal namanya S&H. aku nya keje turun pi beli jer, tu FOC.

IMG22959

haritu aku pi borong 6 lai baju kat The Gardens, one of the top is this striking pink. murah lah, ngah sale giler kan. pastu aku buat giler beli lg 2 lai kat Isetan plak. kan aku mmg nak menambah top jer…ada satu jenis baju tu, sampai 2 lai aku amik but berlainan warna.

IMG23004

after our event in Midvalley, Sirman pi ngamik budak2 nih. Khayr (my nephew) 3 kali bisik kat telinga sirman

daddy nak ikut

ha?

daddyyyyyyyyy nak ikuttttttttt!

oh dia ni mmg kadang2 panggil aku and sirman mummy daddy gak coz dengo Abang and Gegirl panggil gitu. so Sirman pun bawaklah dia naik umah VA. tapi dia punya melekat ngan pak sedaranya nih coz dia ni penakut kucing. dari jauh je dia berani, tp nak turun ke lantai mmg ya rabbi sanggup peluk Sirman sekuat hati.

IMG23002

dia nak melekat ngan Abang, but coz abang sibuk lam bilik, so Sirman yang jadi mangsa. nak amik dia pun kena didukungkan bawak ke bilik abang coz takut nak jalan, macam la si Reddy nak ngap ko. Reddy tu dah tak larat nak jalan ngan badan gemuk buncitnya (masih lagi tak sure dia pregnant or not) yeye …nanti aku bwk dia pi vet kay.

hari ni nak merendek ngan anak2, best best. tapi aku ada task kena buat plak kat klcc….

ujung minggu pun kena patah ke klcc nun…

anw alhamdulillah for the ‘BIG BOOM BANG’ ! yey!

Comment: 10