Gitar Akustik…

img07336

dia sudah kemaruk sama itu konsert M Nasir, so malam arituh dia kuorkannya gitar tong akustik ni…..berlagu2 lah dia main sengsorang. gitar tong nih dari zaman muda belia dia sblm dia kenal aku lagik, harganya RM850, brand Hyundai tali gitar tu pun dah bape kali dia ganti…

img07337

aku ingat lagik masa tu kitorg ngah zaman2 bercinta, ada member dia pinjam gitar dia nih punya lama buat harta tak geti nak pulang balik and dah bape lama gak aku dengo mamat tu kencing dia cakap nak pulangkan tapi asik main lelari jer. satu ari tu dia dapat gak tangkap mamat tuh mintak balik gitar kesayangan dia nih and dang, kering kontang tali gitar tu ko. teruk tol, udahlah pinjam gitar orang, tali gitar sampai putus2 tak berganti.

sejak tu korang janganlah berangan nak pinjam gitar tong ni lagi kay, bukan dia je yang takkan bagi aku lagik takkan bagi orang pinjam gak coz nanti bila orang tak pulangkan, aku gak kena pikir rungsing sama and ikut dia pi ngamik gitar kulu kilir. huh….

kalo jual seribu ada orang nak beli idok?

meh jual meh

jual jual…gitar tong akustik sirman

satu libuuu

lua libuuuuuuuu

tiga libuuuuuuuuuuuu

sapa mauuuu……

pls contact redmummy. jangan ko contact sirman pulak 🙂

Comment: 27

2 new clients…


thanks to our new advertisers – QT Brooch & RedGlow Make Up. do visit their sites especially utk sesapa yg nak carik brooch-brooch yg unik atau nak belajar cara2 bermake up.

Please Contact Us if you need to advertise in redmummy.com

Sirman


Comment: 7

Ambank Family First

Sticky mode ye and untuk entry terbaru, pls scroll down 🙂

Ambank is currently promoting its latest program of Family First, which can help family like me to better manage my family finances.Pertamanya, ia ada tools called Budget Planner…di situ kamu perlu listdown all your expenses, semua sekali…seposen pun jangan left out. Sebelum itu jangan lupa INCOME dari nett salary kamu berdua if you both suami isteri bekerja. Kalau sorang je kerja pun letaklah jugak incomenya. Income from blogging, sebab tak tetap, kadangkala 2 ribu, kadangkala 3 ribu sebulan, adakalanya hanya 1500 sebulan, so saya rasa tidak perlulah diletak. Ngehngehngeh..boleh ke AmBank?

Setelah ditolakcampur dari Salary kepada Expenses, cuba tengok pulak apakah kamu mendapat positive result? If + maknanya kamu hidup dalam lingkungan budget yang sedia ada, tapi kang kalo negative lak, it’s time for you to fine tune your finances lah, ni kena reduce lah your spending, no no soping hebat, n sume loan yang ada kenalah ditukarkan into a lower interest.

Bila dah ada budget planner nih, meh sit down macam AmBank officer told me to do so:

1.Give yourself an allowance, jangan kedekut ngan diri sendiri.
2.Dont forget emergency money – betul kadangkala for emergency nih korang ingat kesihatan jer, mmg ada tpt keja kamu cover the medical but kita ada macam2 jenis emergency so simpan put aside lah a bit.
3.Set yourself some goals – bila ada matlamat, kita tahu nak hala tujukan duit kita ke mana etcs
4.Regular reviews – bila dah ada plan nih, kamu kena kerap meneliti budget2 yang kamu dah sendiri sediakan, n boleh gak buat necessary changes to suit your current needs. Logik?

The rest, speak to AmBank’s officer or direct your mouse www.familyfirst.com.my

You will get the Money Measure from AmBank too, kat borang2 tuh kamu kena lah direview a bit, benda ni melibatkan duit, duit kamu yang kamu put a trust to Ambank, so in order depa nak gain your trust jugak, both parties kena sit down to get to know each other. Remember lah yer…you are in the Family First’s circle…. so your saving goes to your family definitely.

Goals, Savings habit, spending and budgeting, borrowing and financing, kamu kena all out sama itu Family First. Jangan malu-malu, duduk tersipu, kita malu, kita nya poket yang kuyu 🙂

Kamu sudah sign up pada Family First AmBank? Jika sudah…
langkah ke depan
depan tu dalam bank tu lah
n ask for your Family  First ATM Card 🙂
nanti belanja saya makan roti canai telur di Q Bistro ye, belakang AmBank Sri Permaisuri jer…

Justeru saya bilang sekali lagi di sini
The Family First programme nih adalah untuk di target pada keluarga2 di Malaysia. Kamu semua adalah ahli keluarga., yang ibu bapa  haruslah kan coz kamu ada anak-anak… Yang bujang pun bisa coz u have parents and siblings

Family First adalah cash flow management solutions and savings plan yang memberi ganjaran pada kita yang digelar sebagai ‘customers’ for disciplined savings. Kiranya kalo dah ada Family First nih, kamu sangat berhak untuk tidak membeli kasut extra Eclipse pada bulan itu kerana kamu sudah berjanji dan perlu berdisiplin untuk menyimpan di AmBank Family First.

Kamu paham tak nih?

Kamu juga bisa cuba mencuba the insurance plan, loan, credit card yang berada under AmBank – lebih convenience sebab ada consolidated statement for your inflow and outflow.
Putih mata hitam mu hehehehehe…

Saya berjalan-jalan ke bandar Sri Permaisuri dan saya melihat sebuah bank baru bertapak di dunia kami..AmBank. Saya berfikir, perlukah saya menurut rasa hati yang ingin melangkah ke dalam merah kuning AmBank.

Saya bukan orang kaya berduit. Saya cuma kaya dengan kasih sayang suami dan anak-anak. Tetapi mengingatkan saya perlukan simpanan masa depan, untuk keluarga yang mungkin akan bertambah dan berkembang, Family  First is the right choice.

Sesaat 2 kemudian, dia datang…
Saya mendengar dan mendengar
dan kemudian saya hujahi di sini;

Saya paham, saya perlu menyimpan dan pronya saya mendapat kadar pulangan yang lebih tinggi . Bagus jugak yer.

Saya harap cerita saya bersama AmBank ini sangat menyengat di hati redmummy.com’s readers. Saya tahu kamu akan tanya berpuluh2 soalan tapi saya harap kamu log on saja ke www.familyfirst.com.my

img_5130

Saya juga mahu tersenyum merah kuning bersama Ambank.


Khidmat pesanan masyarakat Ambank Family First is brought by redmummy.com

Comment: 12

Sabtu pagi yang cerdas dan cergas!

img07345

sabtu pagi yang patutnya aku leh lena sampai thari hahahaha berangan lah kan macam lah takde anak2…bermula at 630am ok! abang tu kepala dia ari2 tune bangun 630 pagi so boleh pagi sabtu aku dengo bilik air aku gedegang2 cam orang main drum. aku jenguk bilik ayo, astaga budak nih, dia dok mandi sambil main kosi kecik merah tu jadikan drum.

alang2 dah mandi bangun pagi aku bagi dia 2 options:

1. siap pakai baju semayang nak pi tuition and tidur balik pastuh kang pi tuition terus

2. siapkan homework, belajar. pagi2 lagi cerdas sket kepala kalau belajar gitu kan…

nak tengok cartoon mummy.

nope! mlm tadi dah tengok kartun lama, so pagi ni u pilih the 2 options…

dia rela lagik buat hwork dari disuruh tidur…

pas sume dah siap mandi, makanya kami pepagi pun pi bfast kat Amal Mamak, ni kat ngan sek agama abang, tpt fav sirman. aku ngan gegirl pun ikut sekali coz kami nak pi beli barang2 dapur kat JJ, once a month kan mesti beli barang2 kat sana…tp kali ni tuko timing, biar pi pepagik…

img07346

aku nak zoom tp dah x leh zoom abih dah, this is the best yang aku leh snap, tu yang macam kotak empat segi tu selombok pinggan mangkuk tak bercuci, ke main tinggi kauuu!

img07347

Kopi Janda Tongkat Ali?? so kopi ni sapa yang kena minum, yang ceweknya kah, atau yang cowoknya…

sirman tengok iklan ni ngekeh2 dia gelak, sungguh2 dia suh aku amik gambo…

img07348

dan pastuh anto abang to his tuition, inilah pertama kali aku jumpa cikgunya selama ni apaknya yang jumpa, tapi beza bapak ngan mak kalo jumpa cikgu, bapak jumpa cikgu tak sampai 5 min, tp aku dok sket nye 20min. dok tanya tuh tanya nih, check tu check ni borak2 pasal abang…

img07349

lepas dropped abang, aku sirman and gegirl cicit lari ke JJ, itu gambo atas ha kau dah ada balik stock lipas. grabbed sampai 4 kotak! harus yeah…

img07352

soping kali ni sangat pantas, dahlah pepagi pergi, pastu siap angkut2 barang masuk trolley x sampai sejam dah kuor balik dari JJ. satu aku suka soping barang umah kat JJ Maluri aku dah tau kat mana barang2 yang depa letak, sap sap soi. kedua nya kami nak pi tempat lain so nak pastikan sume on time siap sblm kelas tuition abang abih.

ni project pi JJ ni abang tak tau, kalo idak kang bengang lak dia sbb tak bawak dia.

n itu gegirl, sepanjang kat jj, dia dok melanguk je dalam trolley. pemalas tol nak berjalan….very the queen princess!

img07363

cubaan satu amik gambo anak beranak

img07366

cubaan kedua, gegirl geram coz gambo pertama bapaknya meyorok belakang dia, so dia paksa pegang leher bapaknya.

lagi satu soping kali ni sangat cerdas dan cergas coz aku tak menyinggah kat ladies department, tpt tu kalo aku singgah kompem lah hangin sirman mendadak naik, lama nau kan. n dia juga menggalakkan dan mengingatkan aku pasnih kalo mau soping jugak pepagi sabtu untuk barang umah, bukan tetiap sabtu lah, tetiap kali kena carik barang2 dapur tu kat sini ler…

barang2 biasa aku tu sabun, minyak, beras, kotex ha kotex harus ada kalo idak kang kena beli pregnancy test kit plakkan…

Comment: 21

Changeling & Benjamin Button…

ari dating malam tuh, tenang aman damai jer…

kami menonton Changeling lakonan Angelina Jolie. citer ni aku recommendlah sangat korang tengok, yang pompuan kompem melalak nye lah at the end of the movie.

kisah ni taun 1928 gitu, a mother AJolie pi keje, balik keje tengok her son age 9yrs old was gone missing. make it short dia buat report police, police buat pedajal x sesungguh carik anak dia. few months later siap police datang bagitau anak dia dah jumpa which actually anak sesapa tah…she s been forced to take the boy as her son, buat press statement bagai. a mother being a mother, fight for her right sampai police sumbat dia masuk spital gila.

police zaman tuh ada konspirasi giler woooo.

one day adalah sorang budak ni kena tangkap dek police dia cakap memang dia ada terlibat ngan pembunuhan bebudak boys lam 20 orang. that was led by sorang jantan gila nih. so apparently anak AJolie adalah salah sorang yang dibunuh tu. from that barulah depa kuorkan AJolie from the spital gila.

macam2 lah perjalanan AJolie, tp still x tau betul ke anaknya mati idok. just that police department memang kena sue ngan dia and mamat yang bunuh bebudak tu pun mati hukum gantung.

but that s not it, at the end of the movie….

jeng jeng jong….

sila tengok sendiri. Changeling.

To find her son

she did what no one else dared…

img07326

2nd movie – Benjamin Button

Damn good movie too! ramai dah tengokkan, tapi aku baru melayan tengok malam tadi, fuh, sekali 2 kali berturut2 aku tengok coz the first round tuh, jap2 kena layan bebudak ni ngan study, aku nengok sengsorang coz half way sirman kongkalikong…bestnyaaa! si brad pitt tu alahaii, hensemnya koooooooooo! dahlah hensem pandai berlakon plak...

ha baru pasan, dedua malam aku tengok laki bini nya movies, coincidence lah pulak….

tapi aku still prefer Brad Pitt ngan Jennifer janda lamanya ler…ehheheheheheh jen napa ler ko tak nak beranak, kalo ko tak sibuk nak jaga badan, takde le laki ko pi carik bini lain weiiii…..!

Comment: 21