Gas Power!

img06282

sblm ada yang berbunyik, aku namakan entry ni as Gas Power coz gas masak aku dah abih masa aku ngah sibuk masak. eii dol tol. The orang gas nih plak amik 25min to send the new one. lama ok 25min. dahlah anak aku nak sekolah arini. ye arini sabtu ada sekolah ganti, dah dijangka sesangat coz tiap kali cuti raya cina jer, mesti sekolah dia nak horay2 satu minggu. dah namapun sekolah cina kan.

so kelam kabut aku nak nyiapkan nasi lauk abang, bg dia makan, goreng sosej plak utk bekalannya. nak suapkan lagi makan. pakaikan baju sebab asal aku suh dia pakai je dia dok meleka depan tv.

img062831

gegirl yang sibuk nak ikut anto abang ke sekolah. untuk pertama kalinya dalam tahun nih, sirman anto abang gi skul ari sabtu heheheheeee dan rasanya adalah berbulan2 dia tak pernah nganto anak dia pi sek NK kan.

Sepatutnya aku kena ikut sama pi anto abang, pastu aku nak pergi kedai teruslah, ater dah anjakan masa aku lari dek gas abih, so sirman n gegirl je lah pi anto abang. nak tunggu aku oh lambat siot. mandi pun blom lagi mak nye, nak tunggu aku siap ada gak abang sampai skul at 130pm plak.

Now masa buat entry nih, aku ngah pikir….

nak mandi nak berjalan ke

or nak tidur petang

itu katil kan

memanggil menyeru ku sambil menyuruhku menutup curtain bilik

tidur dalam kegelapan

wuiiiii!

Comment: 29

Purple Day for Redmummy…

img_5317

ai wore purple kebaya from Melaka yesterday. the background of the photo memang dari tanah melaka….n sedondon sama kebaya dan kain batik purple dari melaka jugak. kalo korang nak beli kain batik or kebaya nih, pi google melaka kat entry blog aku ni ha, jumpa lah nanti kedai tang mana bagai kay…

dah banyak kali pun baju kebaya pepel aku tu kuor blog, tp sbb event ni saya datang bukan sebagai redmummy mahupun dari redmummy.com so saya x perlu pakai merah lah kan…

kalo invite tu datang under the flag of redmummy.com, yes ai will wear red lah semestinya…

img_5332

melaka’s booth. congratulations to this team, though they didn’t win big

img_5321

the event took place at somewhere kat tengah bandar di sana sana tuh, ai came to office first, parked my car and panjat keter honeybossy’s driver wt frens. n the whole day of friday, aku dok merempat je kat tpt nih…our duty for morning session jaga duit coklat ehheheheehe…

img_5330

an indian fren wants to wear kain pelikat, so mari kita pakaikan dia….aku suh dia cabut suor panjang barulah nampak gaya dok kampung melaka kan, x nak lak dia. suh pakai selipar pun dia x nak. but ai salute him for wearing the kain pelikat whole day….

tak tertanggal hokey!

img_5375

ada satu booth tuh segalanya merah! my god…sukanya aku. ko hengat aku nak dok diam jer, aku menumpang amik gambo ngan depa, pretty girls with red costume! cantik2 merah kowang. hajat nak amik segalanya background in red tuh, tp x leh nak zoom x boleh jugak nak anjak ke belakang cameragirl aku tuh coz sompek!

img_5360

this was my lunch….oh saya tidak berdiet coz smlm bebudak ’email berjemaah’ tak bagi menu diet utk friday. ye sila salahkan mereka seratus peratus. tapi jangan percaya pulak yang itu adalah tangan2 saya…aku kan kalo makan udang pandai makan pakai tangan jer, nak bukak kopek kulitnya. aku idak pandai bukak kopek udang ngan garpu sudu mar… so kawan aku si Alang makan udang ngan pantas kilat, terer tol..ngan muka cecembeng aku teringatkan sirman.

Sirman usually buatkan kopek udang ni for us, me abang n gegirl. gilo hapolah kan nak suh laki datang kopekkan udang. so aku pandang alang ngan wajah mohon simpati, dia pun amik ler pinggan aku bukakkan udang ehehehehhe…gila sei, laju betul dia  kopekkan pakai sudu garpu tu kay. terer nya kau! itu lah tangan2 dia.

aku ni, dahlah x geti tukar tayar keter, kopek udang ngan sudu garpu pun bebal…

img_5366

aku pusing2 tempat event tuh, apa yang boleh aku main….emm tangkap ikan 🙂 ini kacang nih, pemenan gegirl pun ado gini. ada magnetic gitu kan, senanglah…

img_5397

kat JJ sokmo ada game nih, or kat tpt2 games tu pun kowang pasan kan ada dancing tuh. kita tengok skrin, follow arrownya mana nak pi kaki ko. ha berjoget lah kao atas papan tuh.

dapat ok, x dpt failed! mencik…

badan dan berat, nak menari atas papan pun terlajak2 arrow.

img_5392

aku x suka menda nih. Puan Liza, gun awak sudah tidak berfungsi dengan elok yerr, ramai orang komplen guns ko jahanam tau bila dah banyak tangan godam. dan aku pun kalah x dpt apa pun bergoyang..udahlah askar ko kekecik….tp aku dpt ler menda tanah liat hapa tah yang team ko tuh kasik..

img_5343

ini lah puan liza yang juga turut hadhir di potluck saya arituh…your team menang besaq nampak! mmg expected pun, pakaian korang je sedondon seiring. amik kat abang askar mana weih?

img_5354

meh kita jalan2 tengok kita akan jumpa siapa…ms bunga yang tudungnya sangat fames dijual. bukan tudung2 nyalah, tudung2 yang dijual tu kroni dia punya. katanya orang brunei pun tempah tudung yang akak promotekan arituh. wah…..sapa reader akak yang dari brunei tapi x nak bersuara kat sini tu ek? mai lah borak2 sket…

img_5387

kamu mahu harga yang bagus untuk product celcom seperti blackberry curve, bold n coming soon is storm? ha ini orang yang layak saya intro sama kamu. taun lepas for father’s day saya dan anak-anak adiahkan sirman blackberry curve kan, saya mintak harga kawan2 from him. after months x jumpa dia nih, aku pun dah lelupa sket dia, suddenly jumpa kat sini. n hangpa tau apa kami borakkan?

Celcom: Weii Red, aku terbaca blog engko! syok siottt! memula aku baca kan, member aku cakap lah pasal blog ko tuh, sekali aku tengok2 eh macam aku kenal je awek merah nih. lerrr, ko yang beli Curve utk laki ko dulu!

Redmummy: aku nak trade in curve laki aku ke bold boleh tak?

Celcom: Ko pi low yatt lah, mbe dia org nak…

Redmummy: x guna lah kau, aku jaja kutuk ko lam blog

Celcom: oi oi, janganlah, aku carik makan weiii. kita diskas nanti lah…

Sirman, takde maknanya ai nak trade in berry awak to bold, pakailah sampai jahanam. ehehehhehehehe

img_5408

amboiiiii sampai tersedak2 Ah Chong semalam hokay, ke main vagg bagi fakta fakta ringkas RM sampai Ah Chong pun famous naik sama…dia pakai baju suit yang ala2 chongsam cina lelaki tuh..

the moment aku nampak dia pepagik kan

‘weii chong, u look like a waiter from Mandarin Oriental’

‘u sadaplah, take my photo now n u can post in your blog’

so anak-anak dara sekalian, sudah lampiaskah rindu kamu sama Ah Chong?

img_5334

4 kebaya dari melaka

img_5342

ramai gak yang berkebaya, mereka adalah kawan2 saya tp susah nak gather kan sume ngamik gambo, jap2 sorang ilang jap2 aku ilang sudahnya dpt ni jer…

img_5407

motif aku bergambo kat sini, kerana kain2 batik ku sebanyak 6 helai telah berbudi di sini, kain batik turun temurun dari mak aku, jatuh ke tangan ku for my berpantang 2 anak, aku gunakan untuk potluck heheheheh dan jugak for this event.

kain batik, aku gunakan mostly hanya untuk berpantang, dan untuk dipakai bersama kebaya….as of now aku ada lebih 30 lai kain batik baik yang belum berjahit dan sudah berjahit. ada yang baru tak pernah lagi dipakai…aku suka kain batik sebab pada aku, kainnya unik.

kat indon pun banyak kain batikkan?

…..ini adalah entry yang tidak memerlukan aku bergaya merah, so kang jangan ada lak pulak tanya ‘kak asal ko x pakai kebaya merah ko kak’

ada pehem??

Comment: 34

Guest Writer – Sue

Pasai apa saya suka kaler meghah (merah)

Haghap2 kak red boleh baca la no..mesti tergeliat lidah…

Masa kecik-kecik dulu saya suka banyak kaler, bukan meghah saja…semua kaler atas palet atau tiub kaler ayaq saya suka. Masa kami kecik, mak kami selalu bagi kami pakai baju meghah, baju tidoq meghah, baju pi pekan pun meghah..kami ikut saja, tak melawan apa mak kami bagi, masa tu mana ada fashion sense lagi, budak lagi kan…

Bila sekolah menengah pulak zaman-zaman Bon Jovi dengan Search, kami start suka kaler hitam pulak, rock la konon….tapi satu hari masa jadi budak bunga (flower girl) masa kak kawan kami kawen kat istana, make-up artis tu kata kami sesuai warna merah..lipstik kaler merah sesuai untuk kulit kami yang tak gelap tak puteh ni…

Bila lepaih habeh sekolah, warna hitam memang tak lekang lagi…masa ni dok kalut dengan grunge, t-shirt kaler hitam, skaf kaler hitam…kasut adidas pun hitam..tapi lipstik saja yang meghah

Bila masuk U pulak kaler merah memang wajib ada ataih presentation board kami, pasai nak bagi naik apa yang kami lukeh tu, masa tu jadi trend buat presentation kaler hitam putih dengan kaler merah sikit. Satu lagi meghah ni macam nampak ‘rebel’ sikit…jiwa muda la katakan, mesti nak tunjuk provocation, nak tunjuk rebellious…macam-macam la

Tapi…bila masuk alam lain..chee..bukan alam ghaib ka apa ka..alam perkahwinannn…kaler meghah memang kaler wajib belah husband, depa memang pecah kepala kalau tengok kaler meghah, tudung tingkap meghah, baju raya meghah, cadar tidor hari-hari tu pun meghah, bila masak pun nak kena meghah-meghah jugak kalau dak nampak tak cantek. Depa kalau tengok kita
menantu ni pakai meghah senyum simpoi…suka la tu…kena pulak pakai baju meghah dengan gelang bling-bling sekerat lengan…lagi senyum sampai ke telinga.

La ni rumah kami punya feature wall kaler meghah jugak, dah empat taun bubuh kaler tu, tak pernah jemu tengok dindin tu (purposely no ‘g’)…nampak cantek dan garang..ada kawan husband kata..*’awat hampa pi cat kaler meghah, nak bagi mata anak bukak luaih ka ?’*

….satu lagi kaler terang macam ni, cantek bila time nak ambik gambaq, dia nampak lagi lawa bila kena flash, nampak naik…sebab tu kalau stage oghang guna backdrop kerten kaler meghah…nampak ada kelas..nampak mewah…peghasan dak kotak rokok pun kaler meghah..(tapi tak boleh la nak sebut kotak rokok mana..nanti jadi kempen beli rokok pulak nna)

Tapi la kan…satu yang tak suka kaler meghah ni time pi Melaka…alaaa…area Stadhuys..bangunan kaler meghah tu..tau dak? yang
ghamai tourist dok pi..haaa situ kalau ikut sejarah bukan semua bangunan kaler meghah..tapi sapa tak tau ,yang gatai tangan pi bubuh semua bangunan kaler meghah…tak belajaq sejarah ka depa ni, ghumah kedai pun pi kaler meghah, depa kata depa nak attract tourist…tapi depa ingat tourist bodo ka tak tau apa yang betoi apa yang dak…..

Apapun kaler meghah memang ada kelaih dia sendiri, bendera negeri kami pun meghah jugak,..ikut kajian….”you could never go wrong with red lipstick.”…

*Sori la no kalau ada yang dok tergeliat lidah nak baca entri ni, jangan maghah nanti pipi jadi meghah, hati jadi paghah..*

Sue

Comment: 15

Fakta ringkas redmummy.com

Aku Update entry nih ke  atas balik coz ada new info pasla fakta2 penting dalam redmummy.com yer..sila hapal to new readers ahhahahaha hapal katanya. yelah you coz kan ada ‘salah paham banyak’ for entry BMM lately nih. sianlah sket kat aku….

gang merah oi!

just to announce you that

ai ll be covering a story for the Anugerah Juara Lagu 2008 kat stadium bukit jalal Jalil wkend nih (mahaplah, aku typed entry ni kol 1 pagi, ater nyeerrrrr, jalil jadik jalal tau!)

so korang yang dah paham2 tuh

keep on coming lah ye nanti aku upload gambo2 yang boleh aku click click for this blog, gambo2 artist mana yang boleh aku redmummyrazzikan lah tau.

tp lambat sket lah coz aku kena buat watermark lagik. paham2 lah kan, kang kena curik lagi gambo2 aku

lelain gossip hangat,oh…so far sume orang dah dpt emails aku kan. emails yang datang arini, memalam or sok2 aku jawab lah kay. aku banyak kali dah cakap nih tp sebab ada new readers, kenalah aku ulang speaker suara aku nih kat sini.

entries yang biasanya keluar dalam Redmummy.com – ni aku kena stress kan pasal ramai lak new readers lam nih kan…

BMM / bersama mak merah – masalah pembaca, send to me pastuh redmummy post lam blog, other readers yakni korang bagi komen nasihat (bukan masalah akuuu tau yang BMM tuh, kang silap paham lagik lak cam last nite nya BMM)

WAU / where are you – ala2 jejak kasih, korang nak carik orang, aku post kan gak kat sini

Guest Writer – tulisan kamu yang aku tempek kat sini gak, leh tolong promote your blog of cos lah gakkan

ICT Bersama Sirman – ko ada masalah ngan pc ke internet ke apa2 lah ngan ICT, shoot out, sirman yang jawab. kalo cam remeh and senang, sirman jawab terus, kalo cam  orang lain patut tahu soalan2 tuh, sirman letak kat post blog gak.

Red Reddies – kalau nak masuk your link lam RR blog merah nih. tapi kalau nak mintak masuk link, agak2 lah ko dah letak link RM jugakkan, kalo idak iskk. alah ni sume orang dah paham. tp u ve to alert me, anto email yang u dah link RM, kalo idak sirman tak masukkan lam RR tuh nanti. he handles this, aku dah tak cukup kaki tangan…

Advertise here – itu utk iklan yang korang nak letak lam redmummy.com . pun sirman yang jawab email2 soalan gitu. aku hanya masuk campur bila dah discussion korang ngan sirman kat final stage. ada pehemmm? again, aku dah x ckp kaki tangan so dia kena take over some of the matters.

GBM – portal forum redmummy.com

Contact Red – email directly to redmummy

Questions for Red – banyak soalan beratus dah lam nih, dari sosial ke personal yang readers bagi, aku jawab. so situ pun korang leh buat imbasan study bout this red hot blog.

ashterix aka Sirman – ni laki aku lah, yang manage jaga admin blog mak merah nih, yang jawab all advertorial emails yang tanya hal harga bagai, ni under sirman kay.

Abang – anak sulong ai ler, Gegirl anak pompuan aku yang suka merajuk sentap

VA – my house

Tambahan dari Vagg yang nampaknya sungguh arif dan hafal dengan redmummy.com nih

kalo baca entry-entry yg ada perkataan :

1.) BKK– this stands for BANGKOK.. kak merah nih buat entry berkoyan2 pasal bangkok… masa dia g honeymoon lagi dan lagi ngan sirman

2.) NK– skolah cina si abang

3.) TTDI – kat sini le kak red sirman kadang-kadang berkampung ngantor nunggu si abang tuisyen (taun lepas je, taun ni idak lagik dah)

4.) FIFIN- helper kak merah nih

5.) Blackie @ Hitam & CHACHA – hamster yang baru tak baru jugak la belaan si abang ngan gegirl. sebelum nih si GEGIRL nk namakan hamster betina tuh AIRIN (wakakaa kasi aku guling betul budak gegirl nih) – BOBO dah arwah lah!

6.) WRM – keta merah sirman family merah nih

7.) MOMO– ex boss kak red

8) BABY G – gf momo kat atas nih hah

9) NANA – adik kak red.. anaknya nama KHYRE (aku xtau betul ke tak eja.. tapi dulu kak red pun tak tau nak eja cemana nama anak sdare tomey dia nih)

10) CV– rumah baru red family 2010 insyaALLAH

11.) ARI JUMAAT – hari si mak merah nih dating ngan wak sirman (eh betul kan kak ari jumaat? wakakaka ek aku salah) BETULL!!!!

12.) MS BUNGA – keja sama ngan kak red nih hah. baru jek lahirkan baby boy.. skang rancak duk jual tudung

13.) MS LEMB – sama jugak keja sama ngan dia

14.) AH CHONG – jejaka kegilaan SEKETIKA gadis-gadis kat blog nih. Office mate kak red gak. Skang dia menghilang maybe menyorok tak tahan ramai goda dia.. mungkin skang lari tunggang tunggeng ngan TIE kaler pink dia wakakakaka.

15.) PLANET RED – kat sini korang leh tengok latest updates dari blogger-blogger yang register kat situ. Skang nih kat comment luv nih pun ada latest updates blogger kan once kita tinggal komen kat sini. Tapi since tak semua yang ninggal komen kat sini.. refer je ke sana nk tengok latest updates blogger-blogger yang register kat Redmummy.com

Fakta tambahan dari Munirah

kak red juga ada byk word dlm dictionary nya..

(betul, kat sini ada banyak dictionary redmummy.com so kalau tak paham apa ke benda aku cakap tuh, silalah tetaanya yer kang ramai lah tolong jwb kan)

Fakta tambahan dari Avie pulak:

Aishhh…selalu guna perkataan “very the…” ,”hisshhkk” ada auranya tersendirila.

Fakta tambahan dari ain Jaziraj

CV – home to be
mak ajah – mak kak red laa
pak aji- atok pada anak2 kak red..

Fakta tambahan dari angah pun ada yang dia ingat dalam redmummy.com nih

cemolot – beramah mesra (atau “cium molot” 🙂 )
semedang – aduh… taktau plak nak elaborate (kakred, silakan…) hihi…
blackie – hamster baru (tp tak bape femes)

wah gitulah antara fakta-fakta atau shortforms dari redmummy.com . ni new readers kena tau nih, nanti sirman buat entry ni letak kat shortcut on the right side bar yer…

satu je aku nak tanya, sapa yang mula create RED DIVA for me? ada reader(s) aku yang mula2 dulu panggil aku Red Diva, tapi aku sungguh2 dah lupa siapa orangnya. korang ingat? ada satu makhluk tuhan yang aku nak test market dia, either dia ingat ke idak, dia yang jaga web Fafau tapi sampai sudah x pernah berhapdet, dia antara pembaca tegar aku. mbe dia ingat sapa yang mula create Red Diva?

so korang, kalau ingat lagik, tlg tembak fakta2 tu kat sini yer, again, aku mungkin terlupa jugak…

Comment: 51

Respondents untuk Kosmo Newspaper!

gang

boleh tolong carikkan respondents ni untuk paper kosmo tak? aku tolong puan reporter kalau kowang leh tolong lah..spread kan msg ni tu sapa2 yang ko rasa berkaliber yer, yang penting jangan memalu bila kuor paper lah. susah tol nak dpt respondent tu pasal aku kuorkan lam blog. ai know ai can get help from my readers …

Email ni dari puan reporter bukan dari aku, aduh sodih eden banyak tol salah paham bila aku letak BMM tuh…duh duh duh!

Salam kak red, nnt tlg tny kat readers pasal:

1. sape2 yg memang obses terhadap penggunaan jubin. nak tanya konsep jubin bagaimana yg disukai dan jenis jubin yang selalu digunakan. klu boleh nk interview dia kt rumah.

2. sape2 yg kaki main golf. maknanya dia sanggup berhabis duit main golf. sy nak buat utk cover urban.

3. org yg suka melepak kedai buku seperti kinokuniya, mph dan etc. contohnya dlm seminggu dia akan habiskan masa beberapa jam utk membaca di kedai tersebut.

4. sape yg ada aktiviti mlm yg menarik contoh melukis grafiti, gim atau selalu pegi gig.

klu ada, akak tolong inform sy ye!! tq..

Puan Reporter

Comment: 25