Search Results for: tetiba

Ya Buk..bisa buk…..

Maid temanku lari!

Terdekat ngan aku pulak kawan aku nih. Tinggalkan her 5yo daughter je kat umah, waktu siang. siap dipecahkannya gobok lemari and amik passport + almost seribu gone. dah kira criminal pulak melampau maid2 nih.

My replacement maid memang tak dapat yet, agent tu hari2 kena gegar ngan laki aku, dah kena maki pun tak jalan, tak maki pun tak jalan. aku dah tak campur dah deal dia contact agent, tak larat. i will be more stressful with all the hantu2 nih sume. baik maids baik agents. Rezeki korang, bahagian koranglah coz  dapat maid yang reliable. not like our nasib.

Dah tersurat, aku dilopongkan kat sini tapi dimewahkan di situ. so redha.

For me, kami anak beranak memang rasa seronok takde maid. Selain hati tak sakit, aman tenteram je kat rumah. As a back up aku ada cleaners yang rotation buat keje kat umah tuh. Cuma for daily purposes, alahai, laki mak dah bising malas dah nak sidai2 kain baju, and basuh pinggan. letih dia malam2 kena dok buat keje2 gitu yang padanya keje2 pompuan tapi dah bininya boyot, kenalah jugak buat. Ko ingat kalau aku tak boyot dia nak buat, aku gak yang kena lipas kudung buat2 sumer tuh.

RD is a very typical man, tu yang dia malas nak basuh pinggan mangkuk bebanyak, dia suh aku pencen memasak jap. Bukannya tak nak ada maid, some more nak ada baby ni lagi ler perlukan bantuan though i wont get the maid to look after my baby, yang kakak and abangnya tu dah big, tak yah nak dimandikan jaga sangat. tapi baby ni bahaya woi….yang aku geramkan skang nih, kita akan tuntuttttttttttttttt jugak replacement maid tuh wpun aku suspect kalau dapat pun dia akan lari jugak.

You know why coz setelah disiasat memang agent hamlau tuh dah tak eran bila maids production dia ramai yang lari. huh hai. Dahlah first maid yang aku dapat tuh dia suh try seminggu, tu kena bayar 5ribu. pastuh found out maid tu cakap dia tak suka jadi maid, nak jadi Salesgirl kay, so agent amik balik and ganti yang baru si Mila yang lari tuh. Untuk dapatkan Mila dia suh bayar lagi extra RM1ribu coz katanya dari Jawa.

Bila aku check ngan Mila, bukan pun dia datang dari Jawa, datang dari Medan jugak sama ngan yang maid temporary seminggu tuh! Haprak betul. Ngam2 cukup sebulan dia pulak lari.

Total nak dapatkan maid dekat RM7ribu sahaja ngan lost plus kerugian kena bayar penalty kat Imegrisen + apa yang dia sempat curi and amik and yang aku kena bagi anto duit kat kampung dia gak. podahcit!

hah sementara aku dah teringat nih, masa Pipinnnnnnnnnnnnnn jadah tu lari dulu, kan aku cuti 3 hari kan, so aku kelam kabut roger in out contact2 yang leh dapatkan aku maid segera. Ada kawan pada kawan pada kawan kakak aku, pun datang nak tolong.

First time deal jer dah macam pentipu. Cakap konar2 baring, aku ni dah macam lawyer kalau ko janji a to b, aku tuntut cakap a to b kau, tapi kalau ko tetiba ada cde, ha sah aku argue. So lepas 2,3 hari ding dong ding dong, dia cakap ok maid dah ada, dia nak mintak deposit through online for 2k.

aku suspiciouslah jugak aku cakap aku ada seribu je dalam bank. lain sume cash in hand coz janji awal kata nak duit cash bukan suh transfer. then dia cakap oklah tfer jer 1k tuh, so aku transfer, ikut gamble je nih dahlah tak kenal tak hapa tau, main belasah jer nih, at that time laki aku pulak kat Afrika kan, so decision making mmg sume aku buat sendiri.

Then dia cakap thari nanti dia bawak maid and bayar the remaining balance which is about 4ribu lagi lah (since 1k dah deposited).  Janji tengahari tak dapat jugak, tak de bayang, bila sms tanya tak penah nak jwb, bila call baru jawab oh bz bz nanti jap gi sampai ngan maid.

Tetiba….

pukul 3.00 petang dia ada kat depan pintu rumah aku.

Aik. apsal ko datang sorang, mana maid aku?

Oh maid you tak boleh nak lepaslah, kena bagi lagi balance 4ribu tuh.

aik, awak ni, saya tak kenal awak, tetiba datang rumah saya mintak 4ribu?

Yelah saya nak tengok rumah majikan untuk maid nih.

Sejak bila pulak ada service or quota kena tengok rumah majikan bila amik maid?

Dalam hati aku, tau ler aku sorang2 takde laki, ni nampak sangat nak pau duit aku nih weiiiiiiiiiiiii! Memang tak leh trusted langsung.

anw berbalik pada duit 4k yang dia mintak tuh, dia cakap kalau tak percaya, hah bolehlah pegang IC dia. siap dia passkan tepon dia suh cakap ngan kawan punya kawan punya kawan kakak aku lagik.

Eh ko lupa ku ni blogger and otak aku panjang akal jugak.

Pedulik hapa aku ko suh pegang IC ko pun, nak aku release 4k kat ko yang banyak cong cangnya oh tidaklah. tetiba sanggup datang rumah nak amik duit tu yang tak menahan. Hamlaunya sangat. Ni taktik nak duit cash mana kita tau dia betul nak rolling kat maid kan, dahlah dia tetiba menebeng depan pintu rumah aku. anw aku tak bagi masuk pun ,cakap through grill jer, pehal nak bagi ko masuk pulak.

So i didnt give. but he promised to come back that night with a maid, so aku leh bayau later.

Harammmmmmmmmmmmmmmmmmm nak dapat duitnya!

Pastu start chasing duit refund dari dia, yang 1K tu coz kita tak nak pakai service dia dah lagipun dia dah banyak cong kan.  Ko, sampai laki aku yang balik dari Africa pun chase dia pun tak gak dapat2….finally kakak aku yang jadi introducer + laki aku sound bertepek dia refund gak but short RM17! ahahhahha

yalohai…

ini punya olang pun ada jugak.

So anw, harap2 aku dapat ler reliable maid/helper, Abang and Kakak dah besar boleh diorg bantu2, i m also independent wife gak, but problem is bila kita dah ada baby. Skang buat keje rumah agak terbatas coz i m boyot, tunggu kalau dah beranak pinak, takkan sumenya haku nak buat, so memang nak pakai pembantu, tapi bila ramai yang lari, tak kira ko ada anak besau pun anak kecik lagilah depa lari. Macam anak2 aku 2 orang tuh, bukan ada kat rumah pun, kat sekolah jer seharian tapi pun maid lari gak apatah lagi yang ada baby or anak kekecik.

Apalah saja yang indo2 ni nakkan lagik, sibuk datang msia nak kerja, tak boleh ke kerja yang halal and dalam keadaan legal, nak jugak jumping sana sini, pastuh dah korang lari, kita pulak kena bayar penalty kat Imegrisen. Whylah our gomen is so ikut sangat cakap negara Indo sana tuh. huh!

Tapi kenang2kan, anak2 depa kat sana pun depa tinggalkan, apatah lagi anak2 kita yang depa jaga, pedulik hapa pun diorang nak bela memolek! ni ada jiran aku dia tak tau yang maid dia dah lama kerja bertahun2 ngan dia tuh dok merempat kat bawah berborak setiap kali siang dia bekerja. Hai ….

Semoga Allah memudahkan perjalanan Red Family.

Comment: 51

The famous transformer Fan!

IMG_7333

 

taraaaaaaaaa! the transformer fan!

gila gemer namanya padahal nama brand dia lain. panggil nama tu sbb kipas nih leh kuncup leh kembang. ikut ko nak pakai kipas idak ler. kalao nak pakai dia mengembang ler. tu ngah full blast with 8 blades. kalernya nih silver coz kita nak matchkan ngan lelampu and original kipas rumah ni. aku rasa kipas ni punya kuat lagi power dari aircond kat dining umah aku tu hah. sumpah best!

Ooooo korang yang kat twitter pun tau aku punya hanginnya masa dia nak pasang nih. Ok gini, i know ler RD punya expertise, tang mana, computer ke IT ke tu memang bidang dia but bila dia cakap dia nak install sendiri menatang nih. aku sudah…waaa oh tidakkkkkkkk! sejarah sudah banyak terbukti!!

Tapi degil gak tuh, orite, aku biarkan dia pasang, ai diammmmmmmmm jer. Abang jadi assistant dia. aku ngan gegirl dok leka tengok barang2 baby. tak nak ngomel apa2.

Tetiba laungan RD...alamak gagallah hahahahahha

ko…lampu dah tercabut, berlopong, ha ni yang mak nak sentap niii!

teruslah…tu lah ai dah suruh indo tu pasangkan, you degil. you nak buat benda ni kang makan berejam ari nak maghrib, kalo Indo tu pasang x sampai sejam pun, tu kan kerja dia. tu pasal kita kena bagi yang expert je buat, nengok kan ai dah membebellllll

ngehhhhhhh jer laki aku menyengih tau salah sendiri kan kan.

Bini mung tau ler pasal ko laki weiiii!

IMG_7327

Vannus brand, harganya RM270 tapi ada satu kedai tu jual RM250 but takdak stock. Ada gold or silver kaler, lampunya amik putih menyala terang, since aku mmg dah ada dim lights banyak so kita amik putih, kira dok kat dining tu leh ler nampak isi nasi hahahahaha! untuk blades ni RD amik crystal colour, so kena rajin cuci yek kang habuk beranak-pinak pulak.

Bought ni kat kedai2 lampu famous memurah di Puchong tu ler…

dedulu masa aku pindah rumah VA, kipas jenis ni lom ada kat market yet, so skang dah ada, wah very IN. kalau kipas lam bilik rosak, kompem nak amik kipas gini gak, kuncup bukak kuncup bukak cam bunga pulak 🙂  kira dia transform la dok hiks

Heh, bukan RD yang end up pasang kipas ni pun, esoknya our usual Indo tu datang buatkan, sap sap soi laju je dia buat dah keje dia kan. So lesson learn, benda yang awak tak biasa buat, awak jangan buat. Macam aku, keje aku blogging ok boleh, tapi coding2 maknek aku tak pandai, tu keje RD. so saya mengalah. Keje menceceh dalam blog yes aku boleh, tu mmg line aku, tapi kalau suh menceceh pasal benda yang bukan my expertise, rentikanlah.

Mari2 semua beli transformer fan!

Comment: 35

Minnie Mouse Mascot for Gegirl…

IMG_4823

seharian Gegirl sedih, coz ingat takde apa2, kek pun takde langsung for her. Actually ada aku belikan kek utk dia bawak sek agamanya coz depa sambut hari raya, but then pastuh she said tu bukan untuk birthday kakak. memang dia tak tau ada birthday celebration for her. coz balik kerja malam tu muka dia muncung jer, i said kita pi makan2 jer ler yek, KFC. hiksss

Then bila dia tengok bapaknya bawak balik KFC lagi ler dia macam sedih coz patut janji bawak makan kat luar. kita buat selenga jer…..

Tetiba bila ada door bell bunyik, Gegirl ler pulak yang jenguk dulu, terkejut badak dia bila yang datang ialah the giant Minnie Mouse!!!

IMG_4833

Takde guests lain pun coz memang aku tak plan nak jemput sesapa. jiran tetangga yg close ngan Gegirl pun aku tak invite coz kenangkan rumah yang tak beralih perabot, so biarlah kita limitedkan jer. Lagipun tujuan utama nak menghappykan Gegirl. Surprise mini birthday party for Gegirl.

I cuma jemput Rose GBM coz anaknya Mia memang ngamcing with Gegirl and kemudian my sister’s family. Itupun the Minnie Mouse’s gang pun dah 3 orang, so memang dah already padat. Maklum ler rumah kecil…..

IMG_4839

plan asal patutnya Minnie Mouse datang dulu baru guests sampai later, tapi dek traffic yang hebat, so aku suh guests yang memang dah tau pasal project ni to arrive first and Minnie to join later bila dah sampai ler kan…..Tak kisah lambat cepat pun coz Gegirl dah memang gumbiraaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat.

IMG_4841

cake Dora ni aku pernah tanya Gegirl, nak kek apa….ok Dora, nah datang Dora.

Minat Minnie or Panda?

Minnie Mouse dimintaknya

yet dia tak tau aku tanya semua tu coz nak buat birthday party dia nih…

IMG_4814

My Rose GBM….

belakang tu bantal bersepah coz ai kalau duduk kat sofa, bantal kena banyak kat belakang badan nih….

 IMG_4859

wah…suka dia yek….

IMG_4872

the Dora kek nih, bukan sponsored, i bought it at the same organizer of Minnie Mouse gak. for this one is about RM180. makannya sikit jer si kecik tu tapi sebab nakkan Dora punya pasal….boh je ler…

IMG_4876

Happy Bufday Gegirl………

IMG_4908

Organizer pun ada sediakan games, dancing and menyanyi. La ni depa dok bantai nyanyi lagu raya coz Gegirl memang performs lagu tu kat sekolah agamanya. Sekolah cinanya memang jangan arap le ada celebration raya2 ni kan. Budak2nya 5 orang jer, tapi lagi 2 tu sorang baby sorang lagi tu penakut ngan Minnie Mouse Mascot nih.

IMG_4917

Abang dah lari ke mana lah…

IMG_4930

the boys….

IMG_6728

 The founder of Anis Magic Fingers, dok tengah gigih pam baloons

 

IMG_4941

dancing dancing….

IMG_4951

Mak yang from a to z buat booking reservation semuanyalah….kat 2 bulan gak aku mencarik mascot nih, dok carik idea apa nak buat untuk birthday party Gegirl since kita takde plan nak buat big birthday party. Diva Darling yang recommendkan aku untuk pakai service nih…tried gak survey2 tempat lain, but i settled with this je lah.

IMG_4959

cukup time, Minnie bertukar costume, apa lagik Abang and adik2nya ni pun terus pinjam uniform 🙂

IMG_4965

dress merah ni ada sejarahnya gak, aku beli siangnya kat Isetan, harga asal RM200 kooo tapi ada 50% off and yang paling tak disangka waktu membayarkan dress ni ler aku selamba berkakak2 kan the ex Queen of Aisyah! haa…benda ni aku dah story panjang lebar kat twitter kan…

IMG_4866

The Minnie Mouse Mascot was fully sponsored by Anis Magic Fingers. Check out her site if you plan to host any events, mascots lain pun ada jugak, pilih je dari Anis Magic Fingers yek….harga? oh boleh je runding2 dengan founder of Magic Fingers gak.

I m planning to do the 2nd version for Abang, tapi bapaknya tak setuju at all, katanya wpun ada Ben10 or Panda yg suits Abang, still tak sesuai for him yang dah big boy. Cissss!! So nanti kita pikir yek Anis apa kita nak bantai buat for Abang’s birthday party pulak, mini2 one jer…..

Thanks to Anis Magic Fingers for the Minnie Mouse Mascot, tidur Gegirl malam tu ke main senyum simpul kau!!

Comment: 28

Segmen Tajaan in WHI!

 

IMG_6204

IMG_6208

IMG_6212

IMG_6213

IMG_6214

IMG_6220

IMG_6222

IMG_6223

IMG_6224

dah tayang dah last month 3rd Aug, hujung2 rancangan coz ni segmen tajaan. yang tak menahannya aku ngah sibuk tepon sana sini ngan rambut toncit tinggi, muka pucat ya rabbit, mandi pun macam tak mandi jer rasanya kot, tetiba production team WHI sms suh bukak tv untuk tengok segmen aku.

tengok le jugak….

amik le jugak gambar, buat kenangan letak dalam RM nih kan.

tapi sampai sudah aku tak repeat tengok kat tonton. benak pala ler! ada lagi kot kat tonton tuh, korang pi je ler tengok. Apa ke depa kata aku lagi banyak cakap dari Noor Khiriah, actual recording dia lagi cakap banyak ok, but mbe depa potong kot dia punya potpet than mine.

but but

she s very nice lady, sangat frenly. kitorg masa tunggu turn nak record tuh, siap ngumpat2kan si ehem uhuk batuk tersembur2…..and dia sangat baguslah dari segi PR. nak balik habis sume orang disalamnya, tak kira le org tu dia kenal ke idak.

Tu tak kira lagi aku disuruh bukak dari memakai dress merah tuh, huh, tapi aku insists gak, coz depa cakap too bright. takkan nak suh ai pakai biru hijau plak? ceii….ai kan redmummy.

anw thanks TV3 for inviting me…ngah tunggu token nih. Baju dress merah dalam nih, sama dengan yang black and purple maxi dress, cuma yang ni labuh habis, yang hitam n purple tu singkat sikit. tak tau le napa singkat, pdhal yang hitam tu lagi besau sizenya dari yg merah nih, of cos dari Gobok Chanteq.

Salam Syawal 🙂

Comment: 16

Moody Part 2…

IMG_5964

cerita sebelummmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm ramadhan!

ok antara mood swings coz of pregnancy.

had lunch at the X with bff, i m not a fan of X…so my fren ordered this for me. boh je lah. ngap ngap ngap….balik opis lapau lagik. betullah perut aku ni, apa saja le ko nak tekak oi.

so ada nasi dalam plate nih.

aku mintak sudu. datang dibaginya sudu soup. dah lebih 10 taun aku makan kat X nih, tak pernahlah depa nak initiative supply ngan sudu nasi betul, putus selera aku tengok sudu soup nih. ok small matter, cuba lupakan kemenyampahan pakai sudu sup tuh, mmg aku tak pakai pung.

Then air aku abih, so nak kena refill, i wud prefer if kalau makan, biar kawan aku yang mintakkan apa2 coz nak menjaga mulut and hati kemaruk moody aku nih. tapi kawan aku panggil tak jugak datang2, ada satu kelompok waiters dok belakang tu, jarak kami dalam 5 langkah jer….kau 2,3 kali panggil tak datang, aku ketuk meja tu ngan suara high pitch. oh u dont want to hear my high pitch voice!

Bergegas 2,3 orang datang….

Masa tu jugak aku nampak sorang nih dok stareeeeeee je kat si boyot nih. Aku pandang dia and tanya ‘tengok apa??’

dia senyum sumbing!

dahlah dia berdiri terpacak lagi kat situ, aku memang kena facing dia, tak habis2 dia menengok aku. kau apa lagik…....WHAT ARE YOU STARING AT???

hahahaha melaju manager dia tetiba datang bila dengau aku dah naik high volume.

Oh my, pregnancy makes my mood so swing upside down betul.

Please forgive me if you happen to kena my lancang mulut.

Maid lama aku si Fifin, masa aku marahkan, aku tak cakap apa2, aku terus diam jer. so dia pahamlah aku anginkan dia, boleh sekali pas aku hantar Gegirl sekolah, aku patah balik rumah coz sekali lagi  masa tu lens sebelah aku bukan tercabut but terselit kat belakang2 atas mata aku. aku nak masuk rumah, dia takde!! dia pergi balik rumah dia.

Ko bayangkan, tetiap hari kitorg sume pergi sekolah pergi kerja, dia pun sama kuor rumah balik rumah dia. So bila aku balik rumah, eh sukatilah rumah aku bila masa siang malam aku nak balikkan…so masa tu dia takde rumah. Memang aku ada kunci rumah but saja aku tinggalkan kat kereta, so aku tepon dia, aku mengalah takpelah aku turun balik kat kereta amik. Then dia hegeh2 balik jugak coz dah rasa bersalah kan, majikan kuor, ko pun sama kuor. tak cukup ngan balik awal, pas majikan kuor pun ko balik rumah. eiii bikin panas betul.

so masa tu aku tak cakap banyak, terus aku masuk bilik aku. takde sepatah marah pun kuor. tapi dia pahamlah tu. lainlah aku maki hamun dia ko nak lari logiklah. lagipun ko dah salah, aku pun boss aku ada marah aku kalau salah buat kerja. ngek! Itu aku tak cerita yang kes baju aku dia hilangkan…

aku tanya sket jer, camne boleh hilang?

dia dah meraung2 melalak. dia kan cembeng cepat lembik!

pastu dia cakap ‘saya dah bilang suami saya kak, nanti saya ganti, suami saya pun cakap gantikan jer kain baju tuh’

aku sound 2 tepek ‘ko yang hilangkan, apehal ko nak sibuk kaitkan laki ko? ko keje ngan aku, yg ko sibuk nak relatekan laki ko ngan aku punya kain baju apehal?’

pokoknya…ada ke dia ganti baju aku yang hilang? No yilek pocik!

Comment: 23