Jun
19
2008
Thursday, 12:00 am
di tengahari yang sejuk kat klcc, ujan kan…ada rombongan cik kiah dari kindie cina to klcc…meriah gila. sebagai seorang ibu, melihat situasi ini agak biasa pada aku, tp pada ms lemb yang masih berusaha utk mendapat cahayamata amat menakutkannya 🙂
seronok tengok budak2 ni tp paling kepoh cikgu depa lah. wpun cikgunya cakap cina tp kerana keriuhan siap kuor suara paling tinggi tu. mau nya idak, budak2 ni umur lam below 6 years, haruslah setiap cikgu pegang 6,7 students sorang.
dedulu masa zaman abang kat kindie ada gak sekolah dia buat rombongan cik kiah camni. pi kilang coklat lah, pi zoo lah, so on…tp sirman and ai x approved pun.
mengenali abang yang susah nak dok setempat x perlulah aku nak let go dia pi rombongan2 camni. alangkan ngan kami makpak nya pun dia pernah ilang, x sanggup lah aku kalau cikgu nya kang nak kena tangkap dia pegang dia saja.
kalau korang masih ingat, kat blog lama ai ada cerita, sejak umur abang 3 taun lebih till last year lah, ke shopping complex gitu kena pakai tali yang khas for mom and child. yes aku terpaksa pakaikan abang, hyperactivenya over sesangat. dia pernah hilang kat midvalley, kat jj, kat jj maluri, tempat2 gah besar shopping complex gitu.
yang buat aku terus beli tali tu bila kami were in alamanda putrajaya utk buka puasa. x senang aku nak bukak puasa ngan geng sirman bila dia asik ilang jer. so aku kejar dia, bawak dia berjalan kat lam kedai alamanda tu, and jumpa the Mother Care’s shop, jam2 tu gak aku beli tali tu.
mungkin orang akan kata kita zalim, macam anjing je kita pakai tali tu kan. look, think positivelah sikit, Adik Yin contoh terdekat..ingat lagi kan? untuk anak2 yang hyperactive, u ve got no choice, ko pegang kejap kita leka, dia boleh mengular.
so kalau aku x bawak tali, either aku bawak adik2 aku sekali arung masa kita soping or aku x bawak budak2 ni masa ngah bersesak ramai2 tu.
but alhamdulillah, skang x perlu dah….gegirl mmg takut sket kalau kita x de ngan dia, tp abang dah pandai but still x leh leka. children’s mind ni ko bukan leh caya.
mana ko nak, ko ilang anak kat soping complex lagi or ko pakai tali supaya anak ko x ilang? tapi kalau anakmu jenis yang sopan santun x perlulah…ai kenal anak2 ai, abang mmg x boleh nak behave sangat. badan dia gatal je kalau kena dok diri setempat, dia mesti nak explore je benda memacam yang ada kat pala otak dia.
anw pada yang x tau..ni gambar lama aku ngan abang masa we were in beijing last year, that tali yang kaler ijau tu…(they dont have in red) kat negara orang lagilah aku pakaikan tali…….memula pakai tali, hati kena kuat lah, tp lepas tu dah jadi immune. skang kalo pakaikan pun, dia pandai bukak balik….
apabila tali dilepaskan …lihatlah dunia
sakanlah abang n gegirl meneroka alam…
Comment:
10
Category: [
Abang, Bloggers, Gegirl, KLCC, Shopping, Sirman, The Red ]
RM Recent Comments