Dec 23 2008 Tuesday, 7:15 am
Dec 22 2008 Monday, 4:00 pm
Cop tak serupa…
ari isnin selain dari sms email bertubi2 pasal my red family’s appearance kat kosmo, aku x de berita best pun nak share
tapi aku nak wish tahniah kat adik pompuan aku, sesatunya adik pomp aku lah yang aku ado, for her first duty kat tempat yang aku nak menumpang senang ahhahahahahhahah. sekiranya aku dah leh cilok kesenangan dia, bolehlah aku bawak sorang 2 readers aku, wah saya sangat mengenang readers saya kay.
Nana – engko jangan tuko tpt lain tau, ko keje situ forever and ever!
apabila kutelek belek gambar ni, abang ni memang muka cop aku lah. masa dia baby pun muka cop ayam aku, tp dah besau pun mana ada cop bapaknya. cuma kalo korang dengo depa borak berdua, sirman leh borak kawan2 lah ngan abang. kalo ngan aku, mak jadik mak lah, aku nye dialog manjang je ‘no no x boleh, no nooo cannot, no nooooo’ manjangnya no.
bukan aku tak sedor ngan perangai aku yang so the ‘mak’. tp he s my baby, wpun dah nak masuk Year 2.
n ni lagi sorang baby kecik ku….dari sehari ke sehari, memang ala2 magnet sama mak nyer…
aisay aku mmg tak tau dah nak bebelkan apa kat blog aku ni ha, aku nak tulih cite sensitip or subject heavy pun tak mampu, idea x flow mar.
ni korang jangan lupa lak janji temu kita sabtu nih. aku x kisah korang nak datang pakai kaler apa pun, wpun aku yang gila merah, tp korang nak pakai merah dialukan, x de merah pakai kuning coklat putih pun ok. x bawak hal lah. isu kecik.
cuma kalo boleh yang blom submit nama tu pass2 lah kat potluck.redmummy@gmail.com sian komiti 5 tuh dok keje sana sini pusing kira kepala korang. tolong ek 🙂
Dec 22 2008 Monday, 2:00 pm
Doctor Baju Ijau!
bapaknya naik demam semula malam tadi, so korang nak tengok camne doctor gegirl melayan orang sakit, camne aku sakit aritu camni gak lah bih kurang dia layan. itu doctor ijau ngah inject tangan bapaknya
lepas tu cek tekak, ada merah panas idak
pastu cek telinga, temperature ok ke tak hahahahahahhaah, menyala2 lak benda tuh bila dia tekan
pastu cek perut hikskk
dahi pun bolehlah
‘mommy, amik gambo gegirl nya shoes nih’
sempat lagik lah dia suh snap yer, wpun dok rawat patient nya yang dah jelepuk sakit demam
wahhhhhhhhhh gitu kan, kasut for dolly actually, antara dalam set adiah yang aunty gina kasi itu hari. keletak keletuk dia jalan satu umah ngan kasut nih.
so itulah dia cite doctor baju ijau kita arinih.
abangnya ado sblh aku layan tv, malas nak melayan lorat adik nyor. oh sirman tu lam sesakit, gelak2 gak dia ngan lawak anak keciknya kay…
kalo aku ngah sakit, muka toyerr x hengat!
Eh ICT Bersama Sirman, aku hold dulu yer, memandangkan encik kita agak kurang betah la nih. korang nak paksa suh dia jwb gak..kedaung lah kay.
**kedaung adalah perkataan dari dictionary redmummy.com maknanya ‘terpinga2, tiada arah, letih penat etcs’
Dec 22 2008 Monday, 12:00 pm
Yang sakit yang sihat…
aku ulang alik kuor masuk x tau nak buat apa bila sirman demam…..so aku pun ajak kenit 2 tuh selongkar bilik pemenan gegirl, mana yang boleh pakai bagi kat anak2 buah aku yang lain, mana yang x boleh pakai, kasi buang, mana yang boleh simpan, 10% jer aku bg simpan 🙂
separuh jalan, tp nak ngangkut buang kat dusbtin room mak merah x kuasa, so aku biarkan. malamnya aku sambung semula buat sorang2, and siap cantik. tp ai x kuasa nak snap gambo coz sampah2 sarap lam bakul tu sume kena fifin lah tolakkan. aku suh sirman, dia dah ‘arrrr tak larat’
pastuh aku kebosanan ala2 x tau nak buat hapa, anak2 dah kena kidnapped dek adik aku, depa bawak jalan tp ujan so depa dok umah nenek, n sirman macam dah ok (macam jer tp tak ok) n aku ajak dia ke hero, coz aku dah muak makan beli. aku nak masak lah, asik beli jer naik bosan aku lauk pauk tu gak.
ada gerai kat2 ngan hajris tu kitrog bungkus n makan kat hajris though dia kata outside food not allowed, ah…aku beli air ko, jangan nak kemut x bagi aku makan kat situ plak. tapi sudahnya separuh pun x abih makan, aku masih lagi tak berapa selera makan, tekak still mual2…sirman pun sama gak.
n so after that beli barang2 basah kat hero, amik bebudak semula and sirman mintak maggi tomyam. maggi gak yang dia nak buat lapik perut, makan nasi hapa bagai x selera, ngan aku sekali tumpang makan sama.
ada aku beli manggis, 10 bijik, aku makan sorang2 kat dapur (kang kalo gegirl nampak, dia nak, batuk lagi kan….haruslah mak nye kena makan sorok2) teringin ko…tp 4 bijik jer yang cantik isinya, lelain tu masak sangat dah busuk. iskk, luar cantik je kulit ko, dalam lebur.
bila aku tak tidur siang ahad, rasa panjanggggggg jer siangku itu.
aku tak tau lah nak buat entry apa
so jadiklah entry nih
actually aku dah malas nak blog sementalah ujung2 tahun nih, aku rasa cam nak kurangkan sket entry….
Dec 22 2008 Monday, 10:00 am
Back to School…
kat JJ Maluri ngah buat promotion ‘back to school’ so banyaklah bag sekolah yang mahal murah mahal melampo sumer ada lah. yang tarik yang sandang nya jenis bag pun ada. waktu aku makan2 ngan gegirl, sirman n abang melepak kat sini x plan pun nak beli bag sekolah bebudak nih coz cadang nak pi lain ari tp abang dah berkenan satu bag sekolah dia.
so gegirl pun nak jugak satu. dia suka bag tarik tuh tp badannya yang lom 5 taun nih aku tengok kalo bawak bag tarik tuh, dah lagi beso bag dari badan, so tak bley tak bleyyy…kena carik bag lagik kecik. so dia pilih, aku letak balik, x suka. dia pilih aku letak balik.
ada satu kaler merah dia pilih (gamaknya geram maknya asik x suka je choice bag dia kan) pun aku x berkenan, coz bag tu pun lagi besau dari badan.
n last2 aku amikkan dora bag (wpun terpaksa redha ngan kaler pink!) coz bag tu je yang kecik sesuai ngan badan ko yang kecik tu lah kan, bag2 lain tuh melampo beso cam nak pi sekolah abang ko plak. abang doesnt want the bag tarik anymore, tp aku cam was2 je boleh ke dia bawak bag sandang tuh. dahlah buku sekolah cina ko berkilo2, nak kendong kat bahu tuh, sian ko bang. pasni darjah 2 tingkat satu plak naik tangga no more kat bawah cam Year 1 dulu.
eh eh..anak ai nak masuk Year 2, wah…cepatnya ko besar bagai johan.
skul bags, air botol baru for both, socks for abang, udah. aku x beli baju sekolah baru pun for abang, coz baju lama dia elok lagi, 4 pasang lak tuh. biarlah pakai yang lama (actually aku nak, tp bapaknya x kasik). nxt wk kena settlekan gegirl kindy’s fees, n for her baru dapat new uniform set gak lah.
bila ke aku nak kemas selongkar bilik2 diorg tu yer, serabut aku ngan toys buku2 yang punyalahhhhhhhhhh x organize. aku susun depa sepahkan, fifin susun depa sepahkan.
so korang, kalo blom beli barang2 sekolah anak2, lehlah pi JJ maluri tu ha, sampai xmas nih depa extend till 11pm operation hours, soping la ko sampai lebam.
Tips: kat bandar tun razak, ada satu kedai kain baju sekolah (belakang lorong kedai pak aji tuh), abang dulu aku nak tambah baju sekolah agama n kebangsaan dia, aku pi carik kat situ. the quality memang bagus, tp aku lupa lah apa cop brandnya, kena telek baju abang. but kalo aku nak beli baju sekolah abang pun kat situ. so korang bolehlah terjah if tak suka ngan canggih ke apa brand yang kat jj tuh. lagi bagus quality kain tuh dr cecanggih nya nama ni lah.
RM Recent Comments