Di hari kerudung merah…

IMG_8567

Skang aku jadi mam beso memanjang. dok je belakang ngan RB. Abang naik pangkat, dok depan ngan bapaknya yang jadik supir. Jadi pembantuku di belakang ialah si kakak Gegirl. Budaya pakai car seat nih, tak pegang kendong baby memang tak berapa orang di Malaysia amalkan but kat oversea wajib lor. Aku dah amalkan bercar seat nih semenjak abang baru lahir. Baru 4 hari usianya lahir, dah belajar dok dalam car seat lagik.

Memang aku takkan kendong pun, lenguh tangan ko. lainpun kalau nak breastfeeding yang tuh memang kena ler dok singkap baju tuh unless aku masuk lam bottle sesiap.

So car seat Abang, diturunkan pada Gegirl, dedua pakai MaxiCosi gak. pastuh aku sedekah jariah kat adik aku. katanya dulu pun malas nak beranak lagi. Sekali datang si kecil RB…semuanya boli baru!

Tapi RB ni cukup menyampah dok dalam car seat, ada je modal je nak suruh angkat dia tau…kalo dia dah ngantuk sangat baru dia menglena dalam tuh, asal boleh aku memang takkan kendong dia coz memang nak train dia dok dalam keter gitu. jangan ngengada nak berpegang je masa lam keter.

Oh tapi yang dalam gambar nih, asalnya aku dok depan, pastu dia hokhek, so aku pindah lari dok belakang, together with my niece. Kita pi lunch dulu pas jemput Abang and Gegirl from tuition, pastuh kejaran hantar depa ke badminton, dropped depa and terus kita ke wedding adik Rose GBM. Makanya hanya aku, RD, my niece and the little RB hadhir untuk wedding nih….

IMG_8577

Majlis perkahwinan diadakan di dalam persekitaran masjid…pengantin punya gambar ha tu nunnnnnnnnnn belakang kepala Yanok tuh. tak nampak Yanok? bukan bukan kain alas pengantin tuh, dan bukan jugak alas meja kek tuh. tau le kalernya dah sama ngan baju ribuan yanok tuh! belakanggggggg pala Bojeng, ha itu pengantin lelakinya Adik Rose.

Sid dah balik awal, so kita je semeja rapat2 lepak, kalau boleh nak jugak lepak lelama tapi tuntutan alam untuk anak yang mahu bfeed and jugak mengejar untuk menjemput semula the first 2 kids to their mengaji session pulak, harus diutamakan. Syukurlah skang ni anak2 aku mengaji ada orang datang rumah, lebih sketlah bayar takper daripada beramai2 mengaji tapi tajwid pun ke mana perginya, fardhu ain pun tak dpt sangat.

So gitu yah…aku rasa skang nih sejak ada baby, 2 hari weekends tu penuhnya halahai.

Tu tak kira yang hari Ahad arituh, aku pi shopping bawak my niece, Abang and Gegirl.  sekali rap pi lunch dulu kat BSP, terus ke Jusco Maluri, 3 hours there and rushed balik. RD kat rumah, spending quality time with little RB. Tengok2 balik wuii sedapnya depa 2 tu membongkang tidurrr, padanlah bapak ko beria tak nak ikut, ko tidur, bapak ko pun tidur sama. Sampai hujan pun bapak ko tak sedor, abis kasut sekolah baru kapur kena hujan balik ahaks….

Dan akhirnya setelah sebulan on long medical leave for heavy pregnancy and jugak 2 bulan maternity leaves, makanya am back to work. sob sob…kesian anak2 aku.

Comment: 20

44 hari bersama Tanamera Postnatal…

48hours sponsored post

IMG_7796

Gained 20kgs sewaktu mengandungkan little RedBaby. adalah sangat tragik memikirkan mampukah RM menurunkan berat badannya dengan cara yang healthy memandangkan i m fully breastfeed.

IMG_7833

This is to introduce you the Tanamera Postanal setelah first post dulu, and setelah 44 hari aku menggunakan semua product dari Tanamera Postanal…nah, jom tengok journey aku meh.

Kuala Lumpur-20111231-00186

Tengok perut, ya hampun macam ngandung 7 bulan je kan, tu baru beranak sangat and still kat hospital lagik. When i delivered RB, first question anak sulong aku bagi and checked ‘Mommy, perut kenapa macam ada baby lagik!!!’ Stress betul.

bertambah stress pulak almost everyday jugak dia akan check on my tummy. The hardest part is camne nak kempis nih, dalam cara yang paling pantas. I know i can slim down, coz beranakkan yang abang kakaknya dulu, bout 3-6months dah boleh turun badan. Tapi skang bawak nama Redmummy, lagi pressure coz ppl expect lagi cepat turun berat nih yek. Hah ko!! Bapak ko tak bisingkan perut mak ko tapi ko je abang yang dok bagi mak ko tension tau!

Obviously abang nak maknya kurus macam sebelum mengandungkan RB!

IMG_7959

RedBaby yang masih dalam hari, not even 1 week usianya waktu nih.

amboi jeling2 gapo mung?

IMG_7969

7 hari kelahirannya, kita cukur rambutnya, it was done by my confinement lady

IMG_8031

nah…dalam proses berpantang. ni sah baru pas berurut, kat dahi tu ialah pilis  by Tanamera Postnatal

Semua set bersalin aku, memang datang dari Tanamera.

IMG_8046

I am still doing my blogging job walaupun di waktu berpantang. Gemukkan? bila dah beranak, yang orang akan tanyakan ialah bila nak kurus bila nak kurus. wui memang rasa nak cili je mulut orang2 nih, sabau je le kan…tapi jadi pembakar semangat jugak untuk kita kuruskan badan. I redha je ngan kesihatan yang Allah anugerahkan, gemuk dek bersalin, mengandung pun 9 bulan kan, nak kuruskan dalam masa 2 bulan memang miracle jugak.

Sabau le weih, yang penting kesihatan didahulukan, sambil2 tu kita ikut the proses berpantang.

 IMG_6406

Genap sebulan little RedBaby usianya, Mom and her 3 complete kids.

image

So jadual hidup aku bersama Tanamera bermula dari sebelum melahirkan RB lagi, dengan apply the Tanamera Coconut Oil di ‘bawah’ kita and kalau teringat nak bawak sekali pi hospital boleh jugak mintak gynae ko sapukan di ‘bawah’ gak for a smooth delivery. Mungkin kerna itulah waktu aku bersalinkan RB, korang yang kat twitter dok cakap ‘eh kejap je kak red dah masuk labor room, tup2 dah kuor’. ahaks, gamaknya ni ler part of it yang membantu, mungkin jugak.

Kemudiannya setiap pagi, aktiviti berpantang pun bermula sepulangan dari hospital.

Pagi2 jam 8pagi aku dah bangun, RB dimandikan by the confinement lady. Aku pulak terus attack breakfast, kemudian aku mandi pulak dengan Tanamera Herbal Bath. Sabun pulak aku pakai Tanamera Herbal Soap. Sabun ni memang fav aku betul sampaikan Tanamera restock hantar lagi 2 buku coz aku sukaaaaa sangat ngan sabun nih. Menyenangkan proses menyental kat perut, celah kelangkang dan jugak di ketiak. Inilah sabun menggerutu yang terbaik pernah aku pakai, dalam bentuk soap.

Seminggu 2,3 kali aku akan buat scrub pun dari Tanamera jugak. Setiap hari pun akan aku pakai Feminine Herbal Wash supaya di bawah tu lebih cepat baik jahitannya etcs.

Kemudian usai mandi, untuk first 3 days lepas pulang dari hospital, memang akan terus berurut. tapi kemudian the following week, berurut hanya dilakukan pada setiap Isnin, Rabu dan Jumaat sahaja.

Tetapi bertungku adalah wajib yer…ini dilakukan setiap hari, twice per day. Waktu bertungku jugak aku amik peluang tidur, qada tidur yang tercicir di waktu b/feed baby pepagi alam. Lagipun pakai Herbal Massage Oil tu yang sedap jer mentidoq.

image

Penutup bertungku pula adalah dengan memakai Firming Herbal Blend Paste pulak. Sapu di sekitar perut yang ke main geleng lemak2 tu kan, kemudian lapik dengan towel nipis dan gunakan bengkung Tanamera diikat ketat. Pastuh ko boleh sambung tidur or rehat kejap coz waktu ni baby memang asyik tidur jer.

30-45 min kemudian, lunch is served by the confinement lady, makan panas2 dan ditutup dengan minum Tanamera air herbal tea yang kucamporkan dengan madu, terbaik sedappppppppppp!!

Berehat sehingga jam 4pm, untuk little RB mandi dan aku sendiri amik minum petang, kemudian jam 4.30pm adalah waktu aku mandi pulak. Jangan lupa apply itu soap yek, isk sampai la ni wpun dah habis pantang, aku masih lagi pakai sabun tuh.

image

Dikatakan boleh je pakai sendiri bengkung nih but aku ada c/lady so dia je lah yang pakaikan….oh ye, pas mandi petang tuh, proses yang sama jugak, bertungku. Kadang2 memang waktu ni pun aku akan tumpang tidur jugak, dan sekali lagi berbengkung. Kiranya aku bukak kain bengkung Tanamera tu masa mandi dan bertungku/berurut sahaja. Malam waktu tidur pun memang aku pakai gak, ni rasanya sume orang pun tau, kita dalam pantang biarkan habis pulun jaga bebetul coz masa ni lah kita nak jaga balik badan yang dah beranak lahirkan anak.

Proses aku nih berjalan selama 44 hari.

Specialnya on the last 3 days of my confinement, Tanamera hantar their confinement lady untuk uruskan urut, scrub dan berbengkungkan aku. Product2 yang digunakan semuanya dari Tanamera. Btw waktu bertungku urut tuh kan, pakai the Herbal Massage Oil. Ini memang ngam2 habis 44 hari aku pakai.

Tanamera Lavendar spray yang ada tu pulak, RD tolong spray kat tilam/bantal tidur aku untuk aku lagi lebih tenang, adakalanya jam 8-9malam aku dah tidur specially the first 2 weeks of delivery.

Begitulah lebih kurang 44 hari aku berpantang.

IMG_8147

Susu badan aku pun memang banyak, apatah lagi Tanamera Postnatal air herba teanya adalah jamu free. Setiap 2 -3jam aku akan pump, alhamdulillah, EBM pun dah beratus2 packets/bottles dapat dikumpulkan. Yelah kita dah kembali bekerja, susu badan  memang dari zaman anak pertama lagi aku memang pump and simpan, but kali ni for RB, siap aku beli chest freezer so memang banyak lah dapat kita stock up.

IMG_8150

Waktu berurut/bertungku, aku tak suka buat kat lantai, rasa macam sejuk lantai tu naik ke kulit, katil and dilapik dengan kain batil lepas, selepas berurut tunggu bagai, itulah kain bengkung Tanamera yang c/lady dari Tanamera dok siapkan.

IMG_8152

 Antara banyak2 product Tanamera Postnatal, inilah body soap yang paling aku favvykan.  Dengonya kalau kita nak beli sebijik2 untuk setiap satu product depa, Tanamera can cater jugak.

 

IMG_8175

After 44 days, i have reduced 15kgs

IMG_8180

Masih lagi ada lemak chubby sana sini, sedang usaha untuk menurunkan berat badan…tapi antara 3 kali confinements, penurunan badan adalah lebih nampak hasilnya di kelahiran ketiga nih. Maklumlah dulu masa berpantang dedua anak, mak aku yang jaga so ada main2 sket. Ni bayau c/lady ke main mahal, melampaulah kalau tak nampak hasilnya, some more aku punya semangat nak kurus pun kuat. Tanamera Postnatal pun banyak membant a lot.

IMG_8473

50 days after the delivery….

IMG_8618

60 days after the delivery

The whole set bersalin of Tanamera Postnal hanyalah RM360 termasuk dengan pos penghantaran, dapatkan satu set untuk kalian pakai, patuhi undang2 berpantang, jangan culas, jangan makan macam like no ending, sukatan nasi hendaklah direduced setiap hari, bukan makin lama makin banyak. Kalau rasa lapar, boleh je gatah2 lauk pauk pantang kita tuh.

Masih ada lagi few kgs yang aku nak turunkan, which i need another 3 – 6 months insyallah, dan wpun dah habis berpantang and back to work, aku masih lagi tidur malam dengan stokin, dok rumah pun bersarung selipar dalam rumah supaya tapak kaki tak kena lantai sejuk.

Dan yang paling utama, aku masih amalkan 100 hari berpantang, sorry suami 🙂 .

Thank you Tanamera Postnatal kerna membantu menyelimdownkan Redmummy.  For your Tanamera Postnatal set, get it here here here.

Comment: 91

BF Cheated On Her?

 

Comment: 10

The Red Cuci’s….

IMG_8532

tipulah kalau aku dah langsing!

belum, badan aku, wa tau ler…masih lagi ada lemak sekapal lori tu lagi hah. but coz baru je beranak nak masuk 2 bulan makanya dikira cepat pada orang untuk aku menyusut. hallopp…masa pantang tu bukan main2, ke main aku follow ikut segala pantang larat. Dalam blog memang tak berapa cerita but i did mentioned 100s of times dalam twitter. Insyallah boleh turun lagi but within 3 to 6 months, tak nak gak drastic sangat but tak nak gak lelambat coz aku pun beli baju baru untuk pakai for badan kembang yang pada korang dah slim pada aku belum, tak banyak coz nanti nak pakai balik baju lelama, suor/skirt tu sume tak muat lagik.

So we went to watch the Cuci Musical Last Kopek!

My new red dress yang aku akan pakai repeat balik for events. For casual wear jer tuh…

IMG_8547

Awal bulan March nih ada Cuci Musical Last Kopek di Istana Budaya, those yang tak pernah langsung tengok hah poi ler tengok. Aku dah tengok tetiga seasons, basically isinya sama jer, cuma ada sikit dialog yang berbeda, props pun ada tukar wpun majorly props lama, pelakon pompuan macam Dina tu berganti from Adibah dan Jaclyn. Si Nabil tu mak haik dia punya kelakau memang original bangatlah. Gelak ngekek banyak dek dia punya pasal. Specially gak bila empat2 nih buat aksi ‘nobody nobody but uuuuuuuuu’

Malam yang aku tengok nih untuk Astro dan jugak media. so a big thanks muahs lelanting love to Astro ler kan, for the 3 tickets I got. Sorry tak boleh nak extend to all of you but if if ifffffffffff ada lagi extra tickets i m sure will give it away.

Mau kan? coz kat twitter dok ramai menunggu project lantingan 2012 dari RM gak, seperti biasa kalau ada lelebih, i give away jugak lor.

LisaYusry’s wedding aku tak pergi, tak dpt invite, padahal KRU tu..tu tu… ah toksey cakap. kita bukan dari blog hiburan ahaks… takper ler, dedua malam yang LisaYusry pun aku ada event penuh gak.

Comment: 27

Yelloppp!

IMG_8518

hey

these are Nuffies, the yellow shirt is Tim co owner of Nuffnang. Happy 5th Birthday Nuffnang, love u deep deep deep kachingggg! Sorang lagi tu Min and Farah is my new blog manager. We had our lunch meeting at the Istana Budaya Cafe, few days ago. Aku pilih tempat ni coz satu senang parking and 2nd i miss the lunch here….sedap bangat loh makan di sini.

So siapa korang yang akan hadhir to Nuffnang 5th Birthday Party?

Insyallah i am attending, jumpa le yek kita cemolot di sana. Kena pakai biru kooooo….

IMG_8239

This one is blue, bolehlah yek 🙂

Comment: 20