Nak On Air gak…

 

takper…

tak dapat masuk #OnAir macam Hilal and Kojie, tak ngaper…eh dedua tu adik hangkat ai tau. Kojie kecundang dalam Top 20, tapi Hilal dapat masuk Top10. Kalo nak mintak depa belanja kopi2 ker, ha sebut jer, ai kenal kak red, ai kenal awak jugak. sure budak 2 orang ni open table!

anw anw anw!

Malam ni jam 9 nanti dengo ler aku menebeng kat radio korang.

image

satu lagi…

Esok aku nak jadi penjual kasut pulak.

Bags pun aku banyak jual tapi aku buat tu off record. Kalo letak kat RM, soalan yang bembukan je ko bagi akak, bag 5 ribu ko mintak harga 500. Ko over tau.

So, see you di kasut’s entry.

Comment: 23

Anmum Essential – Mum Knows Best!

48hours sponsored post.

IMG_8035

Kalau you all dah baca my previous Anmum Essential post, korang sure realize yang sudah ramai ibu-ibu yang telah beralih arah bertukar susu baby mereka ke Anmum Essential. Ini kerana mereka percaya susu Anmum yang mempunyai advanced nutrients untuk otak seperti Gangliosides dan DHA dan yang paling utamanya ialah susu Anmum ini tiada gula tambahan, adalah makanan tumbesaran yang terbaik untuk anak-anak kecil mereka.

IMG_7933

Dan sebagai ibu yang mempunyai anak kecil, saya juga seperti mereka mempunyai cerita dan pengalaman yang sama. Right after keluar dari labour room selepas melahirkan RedBaby, I was too weak to even breastfeed him. The nurse la yang menjaga RedBaby sementara saya berehat lepas deliver tu. Wondering juga tak lapar ke Redbaby tu nanti…

Selepas beberapa jam barulah saya bertenaga semula. Nurse bawak masuk RedBaby dan dengan segera saya menyusukan dia kerana khuatirkan takut-takut dia kelaparan. Belum sempat saya meyusukan dia, nurse tu cakap yang dia baru saja memberikan susu kat RedBaby sebab tadi dia memang menangis kelaparan.

Susu apa ya awak bagi dia?
Oo kita pakai Anmum puan.

Even kat hospital pun pakai Anmum 🙂 No wonder ibu-ibu di luar sana menaruh kepercayaan kepada Anmum juga.

So apa pulak pengalaman korang?

Jangan lupa log on di Mum Knows Best discussion forum di facebook.com/AnmumClub untuk mendapatkan lebih banyak info serta lagi bagus kalau sharekan pengalaman korang sekali 🙂

Tapi buat masa sekarang, Alhamdulillah stock breast milk (EBM) memang banyak hiks. Apa taknya masa pantang setiap 2 jam kena pump,skang plak at least setiap 3-4 jam aku kena pump out dan simpan in the freezer. Tapi ditakdirkan nanti putus susu nanti, I’ll definitely switch to Anmum Essential juga seperti ibu-ibu bijak yang lain. Hanya yang terbaik untuk Redbaby 🙂 Begitu juga untuk si comel korang!

Khidmat pesanan masyarakat Anmum is brought by Redmummy.com

Comment: 24

Abang’s first handphone…

IMG_9397

Jale-jale kita cuti sekolah arituh.

Pagi mak pak kerja, thari balik amik anak2 + mia anak rose, bawak tengok 2 movies for kids and 1 movie for Sirman the Bunohan. Me and RedBaby berjalan tawaf masuk semua butiks yang di Ground Floor sahaja. ehhehehe, maklum ler bawak stroller aku pemalas nak turun  naik lift. udahlah lift nya hujung ke pangkal, tengah2 pun manjang je penuh dek orang.

Cut the story short….abang dapat approval from both of us to have a handphone.

Syarat aku lagi..get the mosttttttt cheapest one!

Tapi few days sblom beli dia dah google and pilih his new hp. nak yang bb macam makpaknya gakkkkkkkk! oh silap besau le kan mak ko nak bagi.

IMG-20120316-00632

Wpun aku nampak gemuk ngan baju gini, aku bahagia. coz badan aku dah susut banyak. badan aku, aku tau le dol! depa pi survey2 tengok handphone idaman, carik kat Nokia, he wants ade satu model tu tapi takde wireless, dah alang2 beli nak yang 2,3 ratus tu baik carik yang ada wireless, umah makpak ko tu kan cybercafe!

Pastu nak gini gitu gini….

Turun naik klcc tu masuk 3,4 kedai le jugak.

Malas ler nak pi beli kat tpt lain, dah berjalan dalam klcc, bior ler beli kat sini jer wpun bezanya tak banyak pun kat luar tuh.

IMG_9449

He wants this Nokia putih so badly tapi aku pun tak berapa heran le apa sangat, dia ngan bapaknya je yang settlekan. Aku allocate RM200, lebih suh bapak ko tambah.

IMG_9451

pikir punya pikir punya pikir….

IMG_9453

ye sila pepilih

harapan nak suh beli handphone cekai RM50 tinggal harapan jer….

IMG_9460

Ini yang dipilihkan bapaknya dan dipersetujui oleh empunya badan Abang….

Harganya RM299 yang aku rasa ya mahalnyaaaaaaaaaaa! But apa nak buat, dia nakkan touch2 segala kan. Aku try le jugak pakai eii rimas betul.

IMG_9469

Pastuh dia dok mengadap tak hengat ngan handphone baru nya. Si Kakak nya pun nak jugak, tapi aku suh tunggu lagi. Abang ko ni dapat handphone ada sebab. Kan ke kucing2nya aku bagi orang jaga, since kita ada baby kecil nih. Nak lepaskan kucing2 tu mintak orang jagakan bukannya senang. aku terpaksa bagi ayat paling dia suka dengar…

apa sahaja abang nak, mummy bagi.

apa sahaja kan

dengo jer apa sahaja, dia mintak ler handphone!

IMG_9482

orang nak bergambo reramai, dia sibuk amik gambar bangunan belakang tuh ngan handphone baru dia!

Anw, bukan sebab tak mampu belikan dia handphone yang lagi gah gedegang tapi i dont see lah napa budak darjah 5 nak berhandphone gitu, cukup sekadar dia boleh browsing, leh amik gambar etcs and most importantly leh sms/calls tu dah ok jer. Tak semestinya tak belikan handphone memahal meaning makpak ko kedekut, tapi kita ada long term lagi plan dan pembentukan ilmiah yang molek diberi kat dia dari pakai handphone mahal. bukan dia tau pun value mahal murah sangat.

Cuma bapaknya yang concernkan sangat on wireless tu, lagipun hari sekolah dia tak leh bawak pun hp tu pi school. As he grows, dia akan lagi arif on the gadgets and lagi dia nak handphone lagi canggih, so for a start, ok le tu ngan Samsung Corby tu. Wpun aku naik pusing kepala lah jugak pakai mendanya…

IMG_9512

abang, mummy dah letak gambar mummy kat wallpaper handphone abang tu, jangan tukar kay!

mummy niiiiiiiiiii! abang dah tukar letak gambar kucing2 Abang..

cisszzz ko bang!

Comment: 63

Di 2 bulan…

IMG_8697

2 months check up, berat 5.42kg, early March lepas. lamo dah jugaklah. skang dah naik lagi berkilog2 le kan…

Sampai skang aku tak bukakkan lagi mittens dia tuh. biar ler….dahlah nak potong kuku pun ya hampun takutnya, kocik bebenau! but 2,3 hari nih aku dah bukaklah, bila bukak dia pergi cakarnya muka pala dia. sampai berdarah2 pulak tu. bukan kita tak kerat kukunya. ko ni kannn!

IMG_8696

kita pi cucuk bertiga je ngan makpak kita sebab abang kakak kita pergi sekolah ganti. apak kita cakap kita ni bag tangan baru mak kita, tak leh tinggal. kita suka 🙂

IMG_8711

Untuk 2 bulan, kena cucuk 2 di peha kiri dan kanan jugak minum syrup. sendiri googlelah hangpa untuk tau the 2 months nya jabs. Oh yang hari dia cucuk nih, malamnya dia demam, sekejap tak lama lah. siang Sunday tu dah sihat kebah semula. memang expected jugak doctor cakap akan kemungkinan naik demam dek jabs yang dia amik tuh.

IMG_8737

Habis ngan paeds, lari ke Jusco, shopping semua barang dapur and mak nek segala. syok…makan pun carik port yang quiet. Ramai bila orang tengok aku ngan RB nih depa ingat ni anak pertama. yelah tu, anak pertama setelah 7 tahun lebih. wpun dah number 3. I got that attention many times.

IMG_8721

Perkembangan Mak RB skang…kerja kerja kerja, pi events sana sini. Perkembangan RB pulak, tengah berlawan2 cakap. Apa yang kita cakap dia akan repeat tapi dalam language dia ler. Masih lagi bangun 2,3 kali but hanya for bfeeding. meaning tenyeh jer ler. Siang pun tak pernah tidur direct lebih dari 3,4 jam in between akan bangun jugak untuk minum.

Paling rajin layan RB ialah si kakaknya. Abangnya datang tengok adik bila nak picit pipi jer, or kalau adiknya ngan tidur diam sume datang kaco, bila budak tu melalak, semua mencicit lari tau! Kalo kelam kabut kat rumah sibuk ngan kerja dapur bagai, boleh jer dah mintak depa tengokkan adik diorg nih, coz kadang2 RB tak suka dok sorang2 main, dia nak kita berlawan borak ngan dia, baru dia seronok.

Tidur pulak bukan jenis letak baru lelap mata, nak didodoi, best still kalau dapat ’empeng’ itu memang dia punya top of the list sangat. Lain tu biasa2 ler….

Next jab bila RB is turning 4 months. Bulan ni dia baru nak masuk 3 bulan. Lambat kan? aku rasa macam dah berbulan bulan bulan aku beranak tau!

Tapi badan ni blom jugak berbulan bulan bulan lagi mengering.

Your baby is becoming very handy. Although she’s already aware of her hands, she’s now inspecting them like Sherlock Holmes. She turns them around, the better to look at her fingers from all sides. She opens and shuts her fists, watching each finger as it moves up and down. To help your baby develop her blossoming hand-eye coordination, try dangling a toy just out of reach so she has to grab for it.

Comment: 31

Oh NIVEA Black & White…

48hours sponsored post.

IMG_9104

Sebagai seorang isteri, ibu dan juga wanita berkerjaya, saya amat mementingkan penampilan diri, terutama sekali bila di luar rumah. Dan ditambah pula sebagai seorang blogger yang selalu ke sana-sini ada events yang kena attend, lagilah saya meneliti setiap inci penampilan diri saya supaya sentiasa comfort, kemas dan menawan. Kiranya saya ada certain standard untuk appearance diri saya.

So bila posing depan cermin, make up, sembur perfume, pakai deodorant sebagainya dan bila dah puas hati barulah kita gerak keluar. Sebabnya bila I look good of cos I’ll feel good too dan juga bertambah keyakinan diri. Tak begitu?

Tapi yang tak bestnya pulak, kadang-kadang semuanya looks good masa nak keluar rumah, tapi belum sampai beberapa jam dah ade yang spoil dan ruin kita punya mood! Sesuatu yang kita tak expect iaitu deodorant stains! Pulak tu deodorant stains ni kita kadang-kadang tak perasan sehinggalah ade orang lain yang pointed out or inform kita. Eiiii malu malu malu, mana nak sorok muka comel I ni!!!

image

My current deodorant yang saya guna yang meninggalkan white stains!!!

Korang tau tak yang the most so-called effective deodorants yang actually menyebabkan stains kat baju-baju kita tu, terutamanya baju gelap/hitam dan baju putih ataupun light color. Baju hitam biasanya akan jadi white stains dan baju putih akan nampak yellow stains. Eiiii geliiiii. Stains ataupun kotoran ini adalah hasil daripada tindak balas kimia diantara bahan-bahan dalam deodorants itu sendiri, peluh daripada badan kita dan kita punya material pakaian.

Kotoran deodorants putih muncul serta-merta, tetapi sebaliknya kotoran kuning muncul perlahan-lahan selepas dibasuh berulang kali. Then kalau tak boleh hilang, say goodbye la kat baju-baju tu. Kena pulak kat favourite shirts korang lagi la tension!!!

IMG_9273

Deodorant yang effective ialah deodorant yang hanya mewujudkan coat pada kulit kita dan tidak akan absorb properly. Ini akan meninggalkan satu lapisan dan jika bercampur dengan peluh, ianya tidak akan meninggalkan kotoran pada baju kita.

Tapi jangan gusar, here come the solution untuk masalah kotoran tu – the new NIVEA Invisible For Black & White Anti-perspirant deodorant. Hanya dengan NIVEA Black & White sahaja boleh menghindarkan the white stains on black tops/shirts dan juga mengurangkan yellow stains on white tops/shirts.

Ini kerana NIVEA Black & White dirumus khas dengan dua kali ganda keberkesanan antiperspirant  yang dapat menyerap dengan lebih cepat dan lebih mendalam ke dalam kulit. Formula yang unik ini memberikan kita 2 times longer invisible protection against perspiration dan juga membantu untuk mengekalkan warna asal pakaian kita.

IMG_9275

Kan bagus mencegah dari mengubati. So kita cegah dulu supaya tiada white or yellow stains lagi. Ini bukan sahaja tidak membuang masa dan tenaga kita mencuci kotoran tersebut tetapi yang paling utama sekali ialah menjaga imej dan air muka kita. Imagine ade orang nampak your under arm ade black/yellow stains? Tak ke tercalar sedikit sebanyak imej kita? Plus dapat malu lagi weii!

IMG_9274

Jadi saya menggunakan NIVEA Black & White supaya tidak “mengotorkan imej saya” dan menjadi peneman ke mana sahaja saya pergi 🙂

Khidmat pesanan masyarakat NIVEA is brought by Redmummy.com

Comment: 26