Raya shopping light2 for the house….

IMG-20120811-00042

tengah susun2 gula yek? leh saya menyelit tak?

takpe akak cakap akak nak gula apa?

IMG-20120811-00041

nak gula pasir halus dan gula cube, macam takde jer

takde kak, sumer habis. ada gula pasir kasar je kak

bolehlah….

IMG-20120811-00043

laki mak, jom tengok2 atas

apa lagi tuuuu, asal raya je ada je benda nak ditambah2

heh tengok jer ler

IMG-20120811-00045

huk aloh pompuan kalau shopping, kata nak beli gelass 6 ketul jer, setroli jugak dia bawak keluar!

IMG-20120811-00046

My purple top is by ThePopLook

molek untuk dipakai pada dress yang sleeveless gitu 🙂

cerita ceriti hari raya menyusul nanti aaaa

Comment: 15

Hamboi Nuffies!

Credit to Nuffies, sapa yek…maybe Linda / Michelle and Pinky of Nuffnang, rajin betul depa buat nih heheheheh….

Selamat Hari Raya korang 🙂

Comment: 16

Anmum Better Together!

48hours sponsored post

Anak-anak aku kalau buat apa-apa mesti nak berteman. Especially Abang tu, mesti nak ajak Kakak sekali kalau nak buat something, sampaikan nak pergi ke dapur malam-malam pun ajak berteman. Kakak pulak semenjak ada RB, mesti nak berkepit dengan RB, tak kira la masa main ke time buat homework or even tengah study tu.

Aku pun memang strictly encourage Abang dan Kakak always together, lebih-lebih lagi kalau kat luar main kat taman ataupun pergi swimming. Tapi memang bagus pun macam ni, disamping they can look after each other, diorang juga can help each other on other things, especially benda-benda yang a bit susah yang tak boleh handle sensorang. But sometime bila berdua, they can even come out with benda-benda yang lebih kreative 🙂

Then korang kena tengok youtube bawah ni, dua beradik so cute came out with something lovely and make their mother so proud and happy 🙂

So macam yang aku cakap tempohari, things work better together. Even kita pun sama. Once saya pernah dipesan, kalau ada anak biar ada pair yang tak jauh beza umur, so diorang boleh membesar bersama-sama, macam Abang dan Kakak. Hmmm RB nampaknya kena ada pair jugak la ek 😛

So sama juga dengan brain development dan function untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Among others, mereka memerlukan dua benda untuk saling membantu antara satu sama lain mendapatkan hasil yang terbaik.

Mereka memerlukan DHA (Docosahexaenoic Acid) kerana ianya penting untuk pertumbuhan otak dan mata. Tetapi DHA sahaja tidak mencukupi. Mereka juga memerlukan Gangliosides to work together with DHA untuk menghubungkan sel-sel otak. Kerana lagi banyak hubungan sel-sel otak lagi cepat kanak-kanak itu belajar. So Gangliosides juga sama pentingnya seperti DHA. Basically they both work in synergy untuk membuahkan hasil yang lebih baik.

The NEW Anmum Essential formulation has levels that are even higher 80% more DHA and 25% more Gangliosides. So make the smart choice with DHA and Gangliosides, specially combined in Anmum Essential. Because, together, great things can happen 🙂

Khidmat pesanan masyarakat Anmum Essential is brought by Redmummy.com

Comment: 6

Surat Untuk Jejai (1)

Assalamualaikum  Jejai

Jai

Tak tau lah ko sudi nak baca ke tak, tapi aku rasa ko mesti baca. ko kan suka baca RM. lagipun ko kan sayang aku kan Jai. Kitorg pun sumer sayang ko jai. Blog ko pun pemes gak per..

Jai

Aku tau ko marah aku, ko marah aku share rahsia yang ko suruh aku pegang janji. Aku pegang janji tu Jai. 8 bulan aku pegang. Dari aku sarat pregnantkan RB, aku tak bagitau sapa2 pun Jai. Tapi, kondisi ko makin luluh hati aku tengok. Takkan aku nak diamkan jer. Jadi bersama Eyriqazz dan kawan2 lain, kita terpaksa kongsikan berita ni pada semua orang. Biar satu dunia bantu ko Jai.

Jai

Janganlah marah aku lagi. Aku belum habis tulis nih. Aku nak mereka bantu bukan untuk kesihatan ko je Jai, tapi untuk anak-anak ko yang 4 orang dan isteri ko. Kesian diorang Jai. Ko tak bolehlah selfish nak diamkan benda ni coz nanti kami semua bersalah coz tak bantu ko langsung. Perbualan langsung aku ngan Kak Maz wife ko Jai, memang ko tak bagi approval pun kitorang share benda ni to public, tapi la ni kita redah jugak. aku pun dah roger Nuffnang, they will help too Jai. Ko sahabat kami Jai. We will help you.

Jai

Raya pertama dulu ko ada datang rumah mertua aku. Raya kali ni aku nak melawat ko pulak, boleh ye Jai. Lama kita kenal tapi ko antara blogger yang baik ngan aku, biarpun masa tu ada yang buat jahat ngan aku, ko tetap standing on my back. Orang nak bantu ko Jai, orang akan marah lagi kalau orang nak menolong tapi tak dapat buat apa2 untuk ko Jai.

image

Jai

Tak banyak sikit bisa mengurangkan beban ko Jai. Nanti aku tulis lagi untuk ko ye Jai coz aku tau ko perlukan rehat yang banyak. Aku share Kak Mas punya account Maybank ye Jai, so orang boleh bagi sedikit donations ye Jai. Acc No Maybank : 164089741562 Mazliana Othman.

Jai,

You are in stage 4 of lung cancer. Please fight it! Insyallah.

Comment: 58

One last minute shopping for Sons!

IMG-20120812-00081

last min shopping? kembali ke klcc seminggu seblum aidilfitri, wpun aku dah belasah kain baju anak2 aku kat German for their raya but untuk seluar abang memang tak bolehlah beli gitu jer, kena dia ada baru boleh beli coz he s growing up so fast. umurnya belum 11 tahun tapi dah berat 38.5kg, badan kurus tapi melonjong kekdahnya.

tu berat maknya masa anak dara tuh!

tapi shopping ni, patut untuk abang jer, but ngan RB punya sekali pun aku amikkan jugak. eii geram betol baju2 cute bangat. For kakak memang takde dah, dia punya koleksi baju dari H&M yang aku sebat kat Aschaffenburg pun dah buat laki aku geleng pala. Paling senang skang beli kasut selipar diorg. kalau Abang mesti bigger size than size aku coz last year dia sama size ngan kaki aku, yang kakak pulak a bit smaller than kaki mak nya. hiksss

DSC_2805

masa habis shopping kat sini aku stress gila coz aku tetiba teringa duit aku yang aku letak kat mana tah. somewhere but i cant remember where. betul2 ributlah dok ingatkan kat mana. bukan sket tuh, boleh tahan banyaklah jugak, nak bayar macam2 tuh. shopping tak tenang, makan kemudiannya buka puasa di IB pun serabut je pala. Tapi alhamdulillah, jumpa gak finally duit tuh.

si kecil mintak simpati kakaknya dukung dia. tapi semua tak nak dukung dia coz once ko dah dukung dia, dia dah sedap tak nak dok situ. aku akan biarkan dia dok situ sampai dia menangis baru aku amik. few days lepas dia tak berapa sihat, kena rashes so bawak pi clinic tak jalan, aku bawak pi PCourt baru ok ler sket. Pastu kawan2 aku yang tua2 bangka pun cakap ada anak2 depa pun kena rashes macam RB kena, in fact yang tetua pun ada kena jugak. lerhai…musim kena rashes ke skang nih?

DSC_2800

RB is turning 8 months very soon.

Excitedly ngah sibuk nak merangkak, yang paling parah macam baby2 lain jugak, pantang aku hilang lepa dari mata dia, ya hampunnnnnnnnnnnn nak bertenggek jer! Kadang2 tu nampak bapak dia bolehlah dia nak jugak kat RD tapi most of the time aku lari pi dapur mandi kejap letak suh dia main pun dia dah huwekkkkkkkkkk nak melekat sesama. Nak main tu pun nak beriba atas aku heh. waaa ni dah macam pesen abang kakak ko jugak nih. Ke semua baby samaaaaaaaa….

Tapi part pergi kerja dia belum meraung lagi. So aku leh pergi kerja ngan aman. Macam Abang kakaknya dulu hah, siaplah, nak pergi kerja kena lari curi2 coz kalau dia tau kita dah siap and nak tinggalkan dia, memang tragedi macam kena cubit jer menangis.

Now Abang and Kakaknya dok pujuk2 cakap si adik mintak dia bila dah boleh sebut2 panggil nama, dipanggil nama Abang Kakaknya dulu. hahahah so aku cakap kalau nak adik korang panggil korang dulu, silalah selalu berinteraksi sama si kecil nih. Sesilap dia panggil mak / apak ko dulu.

Salam Syawal 🙂 hati2 berkenderaan pulang or berjalan merata di raya ini.

Comment: 15