Hei titik jari nak!

 

IMG-20121010-00743

ni tix dapat free dari shopping kat Toys R Us. so kalau RD malas nak bawak abang kakak pi Legoland lagi, aku jual murahlah kat korang. all these depends on RD ler. aku memang tak pergi lagi kot coz package aku kena ada RB…

kami dah pi Legoland, search a story bout Legoland in my blog.so kalau nak pergi balik tak berapa surprise dah, mbe untuk rides yang depa tak sempat nak naik dulu bolehlah.

IMG-20121009-00740

baby food RB, container package beso pulak pakai skang coz yang seblum ni small size, pastu upgrade to medium size and nah, terus ke large size. semua containers ni aku beli kat German memang dah aku pikir long term nak buat home made food sahaja untuk baby. Tak de beli2 pun, till now semua food RB memang dari hasil homecook.

Menu resepi? apa susah, semua google, baby receipe books and also these 2 sites. Apesal korang bila aku dah cakap dah bagi links pun untuk baby sites, pun korang tanya2 lagi kat mana nak carik link untuk resepi baby.

Korang baca ke tidak entry aku tuh??? dengan link lagi aku bagi and nah again aku bagi lagi sekali nih:

1. Solid Food for My Baby

2. Solid for Baby

Heh tolonglah jangan beli yang kat luar2 tuh, kat dalam jar sumer tuh. tu sume ada pengawet. Better buat sendiri, masak sendiri. tak susah pun. kita mak2 yang kerja ko buat tak sampai sejam pun, untuk stock up seminggu. Gambar2 mostly aku instagram kan terus tapi pasal ramai le pulak tanya mana aku korek resepi, tu hah site aku bagi.

I pun walau beranak 3 tapi tetap refer dari internet gak. Aku bukannya ingat sume bagai masa zaman abang kakaknya dah lama sangat berlalu.

Dalam tu ada bubur nasi tapi macam2 flavours isi dalamnya. Ada cheese, ada ikan, ada kentang oh macam campur2 lah. ayam je aku tak bagi lagi, tunggu dululah.

Tapi aku pelbagaikan, satu set bubur, satu lagi set untuk purees.

So kalau pagi makan bubur, lunch dia makan purees, petang makan bubur pastu purees. dia paling pantang kita bagi purees broccoli, asparagus, tu sumer mulut dia mengangaaaaaaaaaaaa jer nak cepat. Paling favvy. campur ngan susu badan.  i m still pumping, skang bulan Oct so RB ngah minum EBM dari bulan May/June. pasnih masuk Nov dia akan minum EBM bulan Aug terus coz July I was in Germany yang aku tak pump langsung, direct feeding je masa kat sana.

IMG-20121009-00739

ooo nak kena titik tangan jari yekkkkkkkk!!!

IMG-20121009-00736

RB dah 9 bulan lebih, dah tatih2 nak jalan le pegang2 meja kerusi semua. dah berdiri terolang-aling, dah pandai korekkkkkkkkkkkkkkkkk kibod laptop abang kakaknya! dah macam perangai abang ko kan, habis kibod laptop dicabutnya, mana dan je tak sempat nak dilarikan.

dah pandai babai babai, dah pandai kiss2 pipi bila  kita mintak love love tapi ko mintak 10 kali pun tak tentu dapat kiss tu lah kan, ikut moodddddddd sangat dia. aku pun baru dapat 2,3 kali jer.

Dah pantang pandai nampak orang pakai baju cantik, dia akan laju nak mengekor. kalau bapaknya balik dia akan merangkak ke main menceceh sampai ke pintu. kalau maknya balik pun dia menceceh tapi cepat2 dia tarik baju aku, kes nak breastfeeding jer tau. yelah EBM ngan bfeed, kan lain rasa bezanya (laki aku nerai. hahahahaha)

gigi masih belum tumbuh. bangun malam masih lagi setia, aku pun setia gak bangun, never have 6-7 hours straight sleep pun. selang 2 jam memang hok hek jer. nak bergusti ke hapa pun terer gak, tu gangnya si abang ler. dia kalau ngan aku dia memang nak melekat je lah, kalau takde aku dia geti gak nak main2 ngan orang lain. turun katil pun dah pandai sendiri, panjat katil je belum pandai lagik hiks…

Photo by redmummydotcom

ini gambar latest budak kecik nih, yang aku baru Instagram kan recently. dia punya mengaco orang nak buat keje editing, dahlah aku nak kena submit video tu malam tu gak, halohai. nak dok buat keje kat meja tinggi, kang dia meraung2 nak dok dekat sama. for abang kakaknya pulak ngah bz exam, kakak dinaikkan pangkat jadi Ketua Kelas in her chinese school, sebelum nih dia penolong sahaja. Depa pun selepas sebulan lebih tak de kelas mengaji, dah sambung jugak tuition and badminton so on. Kelas mengaji pun berganti, ustaz datang rumah coz ustazah aritu (anak pada ustaz) dah menyambung pengajian di University.

ni ada kang yang tanya mana nak carik ustaz ustazah nih…akak pun carik merata2 dik, bukan dok ternganga jerrrr.

lain2

hemm…

DSC_4263

DSC_4265

DSC_4267

DSC_4268

DSC_4269

RB tu dah ada cubaan asyik nak masuk dapur jer ni yang buat aku pikir nak kena beli pagar idak nih ahalaiiiii. letih asyik berulang amik dia yang menuju ke dapur. abang lagi le kalau adiknya nak masuk bilik laju je dia tutup. malas dia nak melayan adiknya punya kerja menyelongkar biliknya, barang2 sume kan rendah  jer.

Meja make up aku alamak dah nak dicapainya. dah tak tau mana ruang nak sorokkan. Dulu aku ngah tidur, Abang waktu ngah pandai gini ler abis dikoreknya make up aku dicungkil2nya bila maknya ngah membuta. Tragis sangat. Bezakan aku bandingkan sama je abang ngan RB coz kakaknya a bit sopan, coz pompuan kot.

So a bitlah ni story of his 9 months ++. Hujung bulan Oct will turn to 10months, insyallah.

**Abang suruh kirim salam kat korang, his birthday is coming soon#

eh eh ko bang.

Comment: 26

Tetamu kelabu kecil…

20121009_090239

kita ada tetamu datang pagi-pagi hari tu

tetamu yang sangat2 iras Kel

hello cik kecik kelabu, lapar yek

20121009_090124

kita bagi dia minum and makan nasi + ikan, coz no cat food dah kat rumah

must be kucing belaan jiran yang terlepas keluar

sian…mana le tuan ko tak mencarik nih

20121009_090114

jiran bawah aku ingatkan ni our kitty

no….kita dah lama bersara tak bela kucing

kucing2 aku masih dalam jagaan teman2

btw, tahniah to Mozel – menang juara the long fluffy hair lagik, guardian dia anto masukkan  contest, dah  menang baru aku tau 🙂

20121009_090044

si RD bawak si RB tengok kucing nih

nak diterkam2nyaaaaa….hahaha tak dibaginya bapaknya pegang

at one time kitty ni terlepas masuk dalam rumah, kelam kabut kakak keluarkan dia, terus air purifier aku detect jadi merah muahahaha! sorry kitty, kita tak boleh jaga awak, mungkin tuan awak nanti datang carik awak yer. kalau kita boleh jaga awak, dah tentu kita amik semua kucing-kucing2 kita yang 4 ekor tuh semula, but not now 🙂

pas aku laki bini pergi kerja….dia pun turun, tak tau le mana perginya, tapi pastuh datang balik, minum kot, haus turun naik turun naik tak gak jumpa umahnya. kucing2 aku dulu pun biasa gak ilang.

masa i was pregnantkan Abang, kucing aku hilang, dahlah aku sorang2 laki kan not based in KL, so ngan boyot2 tu aku turun naik 13tingkat, carik dari tangga ke tangga. oh sedih letih. kaki sakit badan sakit. Masa bela Reddy Mozel Kel Paris pun ada gak ilang depa tuh, boleh tahan gaklah mencarik. at one time ada salah sekor tu hilang sampai overnite gak, dah melolong2 dah si mak merah ngan Abang mana le depa pergi…

Comment: 21

Kuantan’s day trip…

20120929_172121

at the Kuantan’s homestay

memula tau je nama tempat taman kampung nih, pastu bila buat entry ni dah malas nak ingat balik. tak penting kot.

IMG_20120929_170201

tahukah kalian kerja potong kuku RB is handled by RD. aku pernah buat masa dia dalam hari, masyallah mata aku kan rabun, sedih! terkena kulit jarinya. darah ko. maafkan ibumu. mata mak tak berapa nampak nak. so dengan itu aku pass keje ni kat RD, mata dia terang  sangat. bila dia travel jer yang aku buat sendiri, gigil2 mata kena buat gak. n dahlah tu kuku dia cepat panjang ler, every 2-3 days memang kena ketip!

kalau tidak dicakarnya muka semua orang tau. dahlah tu bukan senang nak ketip, kalau nak buat masa dia bfeed, kalau tidak pun kena ler kakak abangnya jadi pelawak terkenal kejap bagi dia leka so leh kita ketipkan.

20120929_171239

pas uruskan anak, si bapak mintak cabutkan ubannya. pakai tweezer ler, gilo nak pakai jari

ye ye tak yah suruh cakap jangan dicabut, dah memang resmi tu takleh pakai heh. colouring pun tak yah coz dia memang tak lut dek colour, jadi sket2 bolehlah cabut. Next year dah 40 dah pun bang.

so tuanya u RD!

IMG_6063

semua orang dah tidur, alah laki aku paling sedap tidurnya. pandai je dia carik bilik yg aircond kuat walaupun dah ramai orang book bilik tuh, yelah kita balik hari kan, bantai je lah tidur petang mana2 pung. anak2 dah mokak nak ajak pi mandi laut sangat!

5 lebih semua 6 bijik kereta semua batallion kita pergi redah gak ke Telok Chempedak

IMG_6069

abang kakak dah selamatlah kan berendam!

IMG_6074

RB takut air laut koooooooooooo!

melentik2 badan dia tak nak turun ke air laut. ahahhahaha sian. dia dengo bunyik air laut pun dia menggeletis dah nangis.

20120929_183202

tapi RD letak gak dia sket2 bagi rasa air laut tuh

dia macam kakaknya, dah umur 5,6 tahun kot baru betah ngan air laut. kalau tidak duduk kat beach jer, memang takut sangat ler ngan air laut tuh

IMG_6087

abang paling superganaslah among all the cousins, dia pun paling tua. asyik nak ke tengah je. takut tol aku kalau air pasang ni menarik.

IMG_6093

hiks…alolo RB

IMG_6101

his first swimming suit, from H&M Germany.

sejuk2, pastuh laju2 aku and RD bawak lari pi basahkan and pakaikan baju. sekejap je dia kat laut nih.

IMG_6105

i dok tepi2 jer, tak de setitis air laut pun kena kat kaki aku. malas aku nak berbasah-basahan

red cardigan is by ThePopLook

IMG_6107

yang beranak kecik je jadi mangsa kena mandi contohnya si RD dan sorang lagi my adik ipar lelaki. mak mertua dok kat tikar jauh sket…

sampai lewat petang kita dok sini, jalan2 kejap jer then balik, they have tapaued the dinner, kita ni ramai over 35 orang tak leh le nak pi makan kat kedai, tak muat tempat je aku rasa ngan ada anak2 kecil yang tak berapa sihat.

20120929_211558

keje aku ni kan asyik kena cabut uban pokcik ni je yer. yelah kat rumah manjang je takde masa. banyak betul benda nak diulit.

semua main bergelimpangan jer, merata. abang kakak ada konco memasing. RB good mood, abis semua orang dia ramahtamahkan. About 11pm, kami Red Family bertolak balik KL, sampai VA 1.45am.

aku and anak2 tidur along the way, tapi mata aku kejap2 terbukak, risau ler bila laki aku drive sorang2 gakkan, buatnya dia mengantuk. memang terpaksa gak balik malam tu coz kalau balik esok pagi2nya lagi le letihhhhhhhhhh coz nak pi wedding plak tuh. sokay. alhamdulillah selamat sampai KL gak.

Thanks Kuantan walaupun agak tak explore sangat. Next time maybe, insyallah di pernikahan adik RD, dan persandingan. 2013 maybe.

Comment: 13

Sharp Plasmacluster Beauty Care…

48hours sponsored post.

Beberapa minggu yang lepas saya sempat pergi ke Sharp Plasmacluster Beauty Care workshop di mana diorang telah memperkenalkan beberapa beauty care produk diorang. Tapi sebelum pergi tu aku pun dok tertanya-tanya la jugak what kind of beauty care product yang Sharp ni ada? Tak pernah dengar la pulak beauty care from Sharp.

Well, beauty care comes from many angles. Sharp Plasmacluster Beauty Care products are to make sure our breathing air always fresh and clean which aku rasa very very significant. Totally agreed udara yang bersih dan segar membuatkan mood kita lebih ceria sekaligus kesihatan dan kecantikan kita pun will reflect dari mood ceria kita tu. Antara product mereka termasuklah their Ion Generator dan Hair Conditioning Dryer which come with their patented Plasmacluster Technology.

IMG_6213

What interest me more ialah dia punya Air Purifier. Fungsi utama Sharp Air Purifier ini ialah memastikan udara di persekitarannya sentiasa bersih dan segar. With its patented Plasmacluster Technology yang unik ini semestinya dapat membersihkan udara dengan mengurangkan virus yang dibawa bersama udara, menghalang dan membuang airborne mold and allergens disamping menghilangkan bau-bauan yang kurang menyenangkan dan semestinya menyahkan habuk juga.

IMG_6207

So whenever udara dalam rumah kita not really clean ataupun ada bau-bauan yang tak sedap, Sharp Air Purifier will automatically detect it and change the Clean Sign to Red. Masa ni aku rasa aku tengah memasak so asap dari dapur tu berkepul-kepul la pulak sampai ke hall, goreng keropok kan banyak asap hiks 🙂 Tu yang terus bertukar merah tu.

IMG_6214

Tapi no worry, sekejapan jer Sharp Air Purifier does its job by cleaning suasana yang tak menyenangkan tadi dan terus Clean Sign tu bertukar hijau, meaning the air now is refreshingly clean and the hall has been humidified 🙂

Personally aku memang ambil berat suasana dalam rumah aku ni since aku ada baby plus Abang dan Kakak pun asthmatic. So this really helps me to make sure udara dalam rumah aku ni senantiasa bersih dan tak berhabuk. Korang tau la kan kalau asma ni memang pantang habuk semua tu.

IMG_6216

Not only that, ia juga dapat membantu sentiasa melembabkan kulit kita so our skin much more healthier and smoother too 🙂

By the way this Air Purifier comes with few sizes. Macam yang aku punya ni sesuai untuk hall ataupun dalam bilik. Ada juga khas untuk kereta, untuk cubicle tempat kerja kita, yang mobile senang dibawa ke mana-mana even untuk bed side kita pun ada, siap ada reading light sekali pulak tu. So now you can say goodbye to bad air and welcome cleaner air!

Dengan adanya Sharp Plasmacluster Beauty Care, it Purifies, Rejuvenates and Restores pada bila-bila masa dan di mana saja!

Khidmat pesanan masyarakat Sharp is brought by Redmummy.com

Comment: 11

Surprise baby shower video taken by Astro Awani!

 

I hosted a surprise baby shower, with the help of Liza – more credits coming soon

best pulak the Astro Awani via Hilal Azmi wanted to interview me so they managed to capture this moment

a surprise baby shower for 2 pregnant GBM girls

Rose and Yanok

**bersungguh2 ler aku twit and bbmed kata aku kat JB ler JPO ler, so they wont suspect anything, berjaya akhirnya, it s a ONE week project and planning one!**

Comment: 5