2 days at The Curve…

IMG_20121019_114923

i sent this to RD’s office on his birthday day, my routine setiap tahun

he bawak balik, passed to Kakak

C360_2012-10-19-22-03-00

on the birthday nite, we met at The Curve

Dia ye ler sampai on time, aku ni dari pengkalan hujung dunia!

aku amik 1jam 20min to reach there, bongek punya traffic jam, should have used the Kerinchi Link instead lah…taulah KL tu kalau hujan + Friday, hasilnya memang bernegative sesaja

So that was his birthday, tanya dia memang senang ler, makan apa pun tak kisah macam aku yg punya birthday. he suggested Bubba Gump coz aku dok kemaruk berbulan2 nak makan kat situ, and memang in 1 packagelah, bukan senang kitorg nak kuor berdua makan sejak beranak kecik nih. tiap kali kuor nak kena bawak batallion kan. Masa events tu lain ler, tu kerja.

20121019_222619

 They made him standing! suh dinyanyinyer. memang tak ler kan. diorg ler nyanyikan happy birthday to him, tebal merah muka malu!

Happy birthday suami, dah Nov dah pun, dah lama betul ler kan birthday awak but still my iPhone 5 hai bilalah nak mendapat.

IMG-20121021-00843

budak lonjong telah bertanya pada ibunya

Mummy suka?

Nakkkkkkkkk!

Nanti abang dah kerja Abang belikan Mummy, mahal ni Mummy, 3ribu

Yelah bang, semoga ko kenang kata2 ko tu sampai akhir hayat :)

 IMG-20121021-00844

2 days laternya, we went to The Curve againnnnnnnnnn

Asalnya niat nak buat early celebration of Abang’s birthday. Beza RD and Abang kan 4 hari sahaja.

IMG_6580

Makin gelap gulita betullah ko Bang, ko pergi sekolah dok dalam kelas ke ko berdiri tengah panas yek?

RB membuto tuh…..

IMG_6582

Kakak benda kat tangan tu kain baju maknya, dia jadi assistant. Tu ler kan, birthday bapak, mak nya ikut tekak nak makan. birthday anak, maknya kena shopping dulu. Eh bukan hari2 aku dapat pergi The Curve nih!

Aku amik berhelai-helai, bawak pi fitting room, but tapi belinya selai sahaja, for event.

IMG_6586

dan mari kita mengsapadek! Lepas2 makan tu kitorg jalan2 lagi pi sana sini, kat Watson’s jer habis 100 lebih, tau tak abang nak facial wash! Aku belikanlah jugak, yang murah2 alam, dia kan dah meningkat remaja. Sibuk nakkan kaler kulit asalnya, bapaknya dok cakap ‘orang jantan mana ada heran kaler kulit bang, ko tak yah risau, nanti dah besau2 sok kaler ko datang balik’

Baru 11 tahun tuh!

IMG_6596

kami makan di restaurant yang penuh ngan chocolate tuh….ada pizza ada spaghetti, for both abang and kakak. aku hanya minum sup, coz tumpang cuit2 apa yang depa semua makankan…. maknya makan perlu sangat berkawal

IMG_6598

tu bapaknya punya pun anak2 belasah jugak….

oh on abang’s birthday day tu aku beli kek and terus celebrate kat rumah just all of us jer, nak amik gambar pun dia tak bagi, nak buat party panggil kawan2 dia? jangan harap! orang dah big boy kan, dia lansung tak nak gitu, nak being low profile sangat

hadiahnya tak beli lagi, tak dibaginya beli without him, dia nakkan jam tangan jugak, tunggulah cuti sekolah kita pi carik kay

IMG_6600

RB pun makan jugak, but his own food, bawak sendiri dari rumahlah, porridge campuran

IMG_6604

sedap betul dia makan, memang melapau. Sudu tak sampai ke mulut dia dah menganga lelebar. Bagus ko anak, kalau suka makan, mak pun hati senang!

 

IMG_6609

 ni semua dok sibuk mengempet sebelah RB coz kitorg berebut mintak RB kiss2….dia kan dah pandai kiss tapi tu ler, berkira betul. Paling dia suka kiss abangnya, apa yang abang dia mandrem tah, aku ngan kakak dapat sket jer kiss. Kakak tu yang dok sokmo layan dia tapi dia dok gak kiss abangnya jer jugak, makan hati kakak ko Zeeshan weii!

IMG_6614

yang ni pulak sessi perebutan untuk mendapat suapan roti dari RB. kan ada roti dari sup tuh, saja aku bagi dia pegang buat nyonyot tapi aku ngan kakak dok mintak dia suapkan ke our mouth. Ada le jugak dia bagi tapi kedekut betul, dok pegang je roti tu takut betol mak kakaknya ngap sampai habis. hikss…bestlah.

Kalau masa dulu aku rasa macam tekejut boleh ke nak beranak kecik kembali, setelah lama bertahun tak de baby, but after having him, we are so happy. Mengelek tak cukup tidur malan, apakan daya tu satu tanggungjawablah, tu dah setiap anak begitu but yes, we enjoy and thankful Allah for giving us the beautiful kids. The latest edition sangat beruntung, abang kakak manjakan ko sesangat.

IMG_6630

btw sepanjang kat sini, kan ke sehari sebelum nih adalah event aku berpenuh inai, jadi masih lagi ler penuh merah inai di jari. Sepanjang kat The Curve nih orang dok tengok aku semacam sesangat.

Dia ni mesti kawin ngan duda anak 3, sure baru kahwinnya tuh

hahhahaha aku macam dapat baca je pikiran orang bila depa tetengok jari merah aku pastu dok cepat2 tengok suami and anak2 yang kebetulan si RD dok mendukung je RB, nampak ler sangat macam kahwin ngan duda anak 3 kan…

Nak cakap bujang kawin ngan single mom anak 3 hemm…macam tak logik kot.

hahaha tak nak kalah gak tuh! nak gak up!

Comment: 17

Salaam – Sami Yusuf!

 DSC04893

DSC04930

DSC04963

DSC04974

DSC05018

DSC05029

DSC05033

DSC05059

DSC05172

DSC05148DSC04986DSC05101

Salaam, yang bermaksud keamanan dalam bahasa Arab, akan memberikan satu pengalaman yang unik dari sudut ketenangan dan kepuasan; yang bertunas dari hubungan di antara pendengar dan Pencipta mereka. Mengandungi enam belas buah lagu, Sami menyampaikan secara bersilih ganti, dan menyatukan secara indah dua peranan iaitu penyair dan komposer.

Album ini menampilkan duet popular bersama Dato’ Siti Nurhaliza melalui lagu “You Came To Me”, yang membuai pendengar dengan gabungan yang indah vokal penuh perasaan dan seruling bambu. Di dalam ini juga terdapat lagu, “It’s a Game”, sebuah lagu yang dijelmakan sebagai muzik video animasi unik yang bertujuan untuk menyatukan semua agama untuk melawan kebencian, ketaksuban dan kejahilan.

DSC05076

Salaam menjadi album yang turut mengambil kira aspek amal peribadinya. Lagu yang sangat diraikan, “Forgotten Promises” menjadi teras perkhidmatan beliau untuk program Sami Yusuf – LiveFeedAfrica bagi Kempen Program Makanan Sedunia PBB (www.livefeedafrica.org) dan “Hear Your Call”, yang telah menarik perhatian media dari BBC dan CNN. “Happiness”, “Smile” dan “Salaam” adalah antara tajuk lagu terkandung di dalam album ini.

Tentang album ini, Sami Yusuf berkata: “Saya berterima kasih kepada Yang Esa di anugerah kepada saya, keistimewaan dan penghormatan menyampaikan segalanya dengan seadanya. Memang diakui, album ini adalah penerokaan berterusan genre Spiritique saya. Dalam kandungan, bunyi dan niat, ia adalah mungkin satu karya seni yang jauh lebih kaya dan pelbagai, dan saya tidak mempunyai keraguan bahawa, insya-Allah, ia akan diterima ramai.

DSC05137
Intipati album ini adalah perasaan, harapan cerah dan keyakinan. Sememangnya, ia bagaikan waktu subuh, tidak meninggalkan malam atau mendahului waktu pagi, tetapi heningnya menyelimuti semua ufuk.

Press note provided by Arteffects International, Thanks Hafiz Hamidun.

Event and photographs – fully covered and credit to Lawa photography.

Comment: 8

Enaknya dimanjai OSIM uSoffa Runaway!

 48hours sponsored post

IMG_5875

Few months ago, during our dating night, me and RD dok berjalan-jalanlah kat OneUtama. And then aku ternampak this one kind of massage chair yang macam magnet menarik aku untuk mencuba try test dia. Kira macam jatuh cinta pandang pertama la pulak. Ye lah sebelum ni berlambak-lambak nampak massage chairs lain tak heran pung. Tapi yang ni, terus rasa nak bungkus bawak balik!

IMG_5873

Apa sebabnya aku cakap macam tu? Sebabnya tak seperti massage chairs lain yang bulky sebesar-besar alam yang makan separuh space hall rumah kita tu, tapi size massage chair ni sama jer macam our normal sofa. Kira memang space-saver la plus memang dari dulu lagi salah satu dari wishlist aku nak beli massage chair ni, tapi all these while all those massage chairs like I said la so bulky! But yang ni memang aku berkenan tu sungguh, menawan kalbu!

DSC_3699

Korang tengok sendiri saiz dia, just perfect kan… plus dia ada red color dan almost matching dengan color combination sofa kat rumah aku hiks 🙂

DSC_3714

Amboi Kak Red, dah bungkus bawak balik?
Hehehe kan aku dah cakap menawan kalbu 🙂

DSC_3729

Bukan sahaja design dia yang stylo tetapi ia juga menekankan aspek-aspek well-being. Contohnya bila kita reclinekan dia ataupun dipanggil zero-gravity position macam gambar atas ni, ia sebenarnya membantu memaksimakan kebaikan massage itu sendiri melalui deeper relaxation dan penafasan, melegakan sakit di bahagian belakang dan leher, mengurangkan stress on heart dan spine, juga mengurangkan pressure di antara joints dan muscles serta menambahbaik peredaran darah kita.

DSC_3739

Tetapi yang paling utamanya of cos urutan terapinya yang almost setiap malam membuatkan aku terus terlena atas dia. RD pun sama sampai terlena dek kerana urutannya. Really-really relaxing dan menyegarkan seluruh badan la, lebih-lebih lagi bila balik kerja penat-penat tu.

DSC_3684

It comes with 5 full-body massage programmes. Energise, Relax, Neck and Shoulder, Lower Back and Sleep. Favourites aku ialah Relax dan Sleep. Relax ni memang sedap layan bila kita balik kerja atau dari mana-mana, badan kaki otak semua penat dan lenguh-lenguh. Memang melegakanlah dan hilang all those body aches dan muscle strains dan mood pun jadi ceria 🙂

Sleep pulak aku layan bila malam nak tidur pulak. Confirm RD tidur sorang la dalam bilik sebabnya for sure aku tertidur kat massage chair ni hiks. Seriously memang terus terlena ZZzzzzzzzz 🙂 Aku terbangun pun bila terdengor RB meraung nakkan maknya for bfeed. Oh my….

DSC_3676

Tapi kalau rasa tak nak guna yang pre-defined programmes tu pun takper, boleh jer manually guna these buttons and choose which type of massage yang kita nak. Paling aku suka Foot vibration+massage, memang mencengkam mengemut-ngemut dan menggosok membelai-belai naik hilang lenguh dan sengal-sengal sendi kaki semua.

DSC_3632

IMG_5869

Masalahnya sekarang ni bukan aku ngan RD jer yang berebutkan OSIM uSoffa Runaway ni, Mak Ajah and Pak Aji aku pun sama! Adik beradik aku pung! dah jadi macam rumah urut jer. So, korang trylah kat OSIM outlet, sebat satu 🙂

The promotion price for this OSIM uSoffa Runaway is RM7,488.

Khidmat pesanan masyarakat OSIM is brought by Redmummy.com

Comment: 24

Tetamu kucing lagi….

20121023_092848

hello, saya pula kucing brown, campur2 warna badan saya. saya sesat. saya datang rumah mak merah. mintak minum sket boleh. saya sedang berusaha untuk mencari rumah tuan saya.

Boleh, tapi ko jangan dekat ngan RB yek, coz RB tu menggigil je dia nak mencokak ko, jadi jauh-jauh sket. ado gak RB bebaling ko kang

20121023_093329

makanya dari jauh je lah bapaknya bagi RB tengok si kucing kecil tuh….kejap2 pa dia minum kucing tu pun pergi, tak taulah hala ke mana.

Oh my, rindunya nak bela kucing balik! tapi alhamdulillah, insyallah kucing2 kami yang 4,5 entah bape ekor di tangan orang tu sume semoga sihat walafiat hendaknya, tiada deraan tetapi penuh dengan love dan cinta.

20121023_093344

speaking of this budak kecik! rumah kitorg skang dah berpagar kat dapur. haritu sket lagi nak beli dah pagar baru tapi mak aku bilang pagar lama masa zaman Abangnya dulu ada lagi kat rumah mak aku, coz pas Abang and Kakak pakai, memang aku passing batton bagi adik beradik lain pakai, dah rupanya tersadai kat rumah mak, wallah!

11 tahun wor usia pagar tu, sama ngan Abang and masih lagi boleh pakai, jimat RM200 lebih! cuma dibasuh2 sikit and sepatutnya perlu dicat semula but tu lah, you know, nak suruh menda apa2 pun kat bapak budak2 nih agak bersuruh 100 kalipun tak tentu berjalan. But baguslah, barang2 baby anak2 aku banyak yang bertahan lama, walau abang kakaknya dah pakai, kemudian sepupu2 nya pulak pakai, masih lagi boleh digunakan semula. so worth it! tak sia2 jugak beli yang mahal, inilah hasilnya.

But aku tak rasa aku beli mahal sangat kottttttttttt pagar baby tu dulu, namanya pun 11 tahun dah kan. Jadi dia skang, agak berbulu ler bila kita dok dapur, dia tak dapat nak masuk, muka bongang jer. But masa Abang dulu umur dia bape tah, dia pandai jugak bukak pagar tuh, ok abang ko tu jangan cakap, dia bijak, explored habis! Dari luar pagar tu RB jenguk je bilik Abangnya. At least kakak tu rajin gak amik adiknya bawak masuk bilik main2, tapi Abang memang pantang kalau RB masuk bilik dia, harus dia rasa nak terbalik barang-barang dia yang mudah dicapai dek si adik, tension je dia bila nak kena kemaskan.

Comment: 12

A trip to Pavillion

Comment: 5