2 Monthly Cheques!

 

IMG_0862

Mesti hangpa makan hati kan napa le lama dah Kak Red tak letak earnings income lam blog. huhhu…..i have passed that moment already, dulu2 boleh tayang, lepas tu dah kena ambushed dek LHDN, so berkeinsafan terus. kahkahkah….

Anyway, tak letak the amount, memang ramai ler lagi meruap2 nak tau sangat, but well 🙂

Leave it that way, alhamdulillah sejak tahun 2007, earnings tak pernah yang tidak ada. Setiap bulan ada ler duit sket, lepaslah buat beli ikan kat pasar tuh. hahahahaha 🙂

Sakit hati kan tak dapat tau earnings ai LOL.

Bak kata lain…bolehlah buat beli Chanel sket, buat belanja pi Milan sket, buat belanja pi Istanbul Aku Datang kot hahahhaha.

Syukur, masih ada rezeki. Dapat dipanjangkan pada yang sepatutnya jugak.  Oh tetiap bulan memang ada cheques lah but takde le nak kuasa blogkan setiap bulan pun. 2 cheques ni coz aku kan earnings dari blog via Nuffnang dan juga dari Churp Churp for my twitter, FB Fanpage dan Instagram. Aku kan Alpha Blogger and Alpha Churper 🙂

Semua channels tu memang menjalankan earnings. Tunggu tak lama lagi keek pulak yek dijadikan platform untuk pengiklanan.

IMG_1652

Being an Alpha Blogger too, I am entitled to get the Limited Edition of Premium Umbrella

#NNGotYouCovered

Comment: 19

Jutawan Hartanah!

 

20130622_085023

Baru-baru ni RD sempat menyertai Seminar 7 Hari WTF – Sarjana Hartanah anjuran saudara Saufi Karim dan Faizul Ridzuan. Dia nak lawan aku Blogger Jutawan hiks, so dia nak jadi Jutawan Hartanah!

Jom layan apa cerita dia…

Semenjak dua menjak ni aku mula berminat pulak dengan pelaburan hartanah. Rasa membuak-buak nak ceduk ilmu property investment ni. Tak cukup dengan satu half-day seminar hartanah dulu, kali ni bila Saufi Karim berkolaborasi dengan Faizul Ridzuan tanpa fikir panjang terus setuju untuk join sekaki sedut ilmu apa-apa yang patut.

 

20130622_085036

Uish lamanya 7 hari, kena amik cuti la ek?

Tak perlu amik cuti pun sebabnya cuma dua hari sahaja iaitu hari pertama dan hari terakhir jer kena pergi auditorium tu, yang lagi lima hari tu kita kena buat online assignments ataupun homeworks yang telah disediakan oleh depa.

Punyalah semangat, seawal 830 pagi aku dah terpacak kat Auditorium Cempaka Sari, Kompleks Perbadanan Putrajaya, padahal seminar start pukul 9 hehehe. Rupanya bukan aku sorang jer bersemangat, mostly ade lebih 300 orang peserta lain pun dah pun sampai awal-awal lagi.

20130622_144614

Saufi Karim in action

Dimulakan oleh Saufi Karim menerangkan serba ringkas agenda seminar serta course itinerary dan kemudiannya disambung oleh Faizul Ridzuan mengupas tentang objektif dan expectation dari seminar ini. By the way, Saufi Karim ialah penulis buku dan pelopor nombor #1 Malaysia dalam bidang Pelaburan Hartanah TANPA Modal (PHTM). Kena baca buku dia kalau nak tau pasal pelaburan hartanah tanpa modal. Biar betul tanpa modal, tak caya kan? Ada caranya 🙂

Bercakap pasal objektif ni, pada aku itulah the main factor kenapa kita buat sesuatu benda tu. So apa objektif kita nak menceburi bidang pelaburan hartanah ini? Antara objektifnya ialah untuk menjana pasif income, financial freedom, fund for our kids education ataupun untuk kesenangan ketika dah bersara nanti. Whatever it is, jadikan objektif itu sebagai daya mula penggerak langkah kita melabur dalam bidang hartanah ni. Samalah macam aku, boleh dikatakan semua tu jadik objektif aku 🙂

20130622_123700

Faizul Ridzuan in action

Sebagai pembuka selera, Faizul Ridzuan berkongsi cerita suka duka beliau bagaimana beliau mula-mula terjebak dan mula menceburi bidang pelaburan hartanah ini sehinggalah mempunyai lebih dari 23 biji hartanah sehingga kini.

Pada aku, kisah-kisah dan liku-liku pengalaman sebenar serta kisah kejayaan yang macam ni lah yang memberi motivasi dan pembakar semangat. Kalau orang lain boleh buat, kita pun mesti boleh! Cuma kena tau cara dan teknik serta tipsnya. Tu la sebab aku mai seminar ni.

20130622_154949

Macam-macam teknik dan cara yang dikongsi dan diajar oleh Faizul Ridzuan sepanjang seminar ni. Antaranya…

  • Bagaimana mendapat loan 90% untuk pembelian seterusnya meskipun anda ada lebih dari dua hartanah? Memang ni antara punca kita tak mampu nak melabur sebabnya loan hanya dapat 70% untuk rumah ketiga dan seterusnya. Faizul Ridzuan selamba berkongsi rahsianya 🙂
  • Bagaimana untuk memastikan yang loan anda sentiasa akan di-approvekan oleh pihak bank? Ha ini lagi penting. Dokumen tambahan apa yang harus disertakan supaya pihak bank suka bagi loan kat kita 🙂
  • Bagaimana anda boleh mendapatkan penjimatan dalam mengurangkan harga fee SPA dan loan-agreement anda? Kos guaman boleh tahan mahalnya kan. Actually kita boleh kurangkan kalau tau caranya 🙂
  • Bagaimana nak memastikan yang rumah anda tidak akan putus permintaan penyewa? Kalau ada rumah mestilah kena ada tenants barulah dapat menjana pendapatan, kalau tak jadi sakit la poket kita nak bayar installmentkan. Teknik supaya penyewa tak putus-putus menyewa hartanah kita tu 🙂

20130630_102335

Dan banyak lagi tapi yang paling favorite aku ialah “Bagaimana nak mengenal pasti hartanah yang boleh memberikan 10% rental yield dan keuntungan minimum 30% dalam masa 3 tahun? Dan juga membuat research mengenai hartanah menggunakan hanya 1-2 jam sahaja” Secara keseluruhannya kalau melabur for sure kita nak untung, samalah juga dengan hartanah, tu la pasal aku suka subjek pengiraan kat atas tu, kena la tau untung ke tidak bila  nak melabur ye dak. Dan juga cara-cara membuat research sebelum kita membeli satu-satu hartanah tu to make sure kita membuat pembelian yang betul ataupun tidak.

20130630_093341

5 hari online assignments tu juga banyak mengajar tentang teknik dan strategi pelaburan hartanah ni. Ade juga yang aku tak berapa tau nak buat hahaha tapi not to worry sebab beliau akan berkongsi semua jawapan assignments ni pada hari terakhir nanti. Tapi seeloknya kita cuba buat la, kira macam exercise untuk kita juga sebelum kita buat the real investment nanti.

Faizul Ridzuan juga berkongsi dengan audience pasal pembelian 3 hartanah beliau untuk tahun 2013. Pehhhh tahun ni jer beli sampai 3!!! Kat mana, kenapa dia beli, apa prospek hartanah tu, pengiraan dia, risiko semuanya dikongsi bersama dengan peserta.

20130630_152938

Dan sebagai penutup Seminar 7 Hari WTF – Sarjana Hartanah ini beliau menjemput beberapa pakar pelaburan hartanah yang lain yang sudah membeli lebih dari 100 hartanah dalam sesi soal-jawab dan juga untuk berkongsi pengalaman dan juga teknik masing-masing. Mereka ni pakar dari segi auction ada, commercial ada, high-rise property, landed property dan expert at certain areas. Memang berbaloi-baloi, tak putus-putus soalan ditujukan kat depa semua ni.

20130707_220203

Yey finally aku graduated 🙂

Sekarang ni dengan ilmu yang dah belajar ni dan sambil-sambil tu baca buku WTF? 23 properties by 30 hasil tulisan Faizul Ridzuan ni, aku tengah merangka strategi untuk memulakan langkah pertama membuat the right investment in property!

Sekali lagi terima kasih kepada saudara Saufi Karim dan Faizul Ridzuan dari WTF University kerana sudi berkongsi ilmu hartanah ini. Kepada korang yang bercita-cita ataupun berniat nak cuba dalam pelaburan hartanah ni, aku rekomen korang pun pergi seminar ni, memang tak rugi plus korang dapat menambah ilmu dan teknik yang betul sebelum membuat pelaburan. Maklumat lanjut ataupun nak tau the next seminar, boleh terjah laman web diorang – WTF University

This entry is written by RedDaddy aka RD tetapi diolah kembali by RM

Moga-moga berjayalah RD jadiklah jutawan hartanah nanti, senang-lenang mak merah nanti hikss 🙂

Comment: 11

I Dove Me – selepas 7 hari!

48hours sponsored post

dove7dayschallenge

So so so Cabaran 7 hari Dove yang aku buat dulu tu, sapa yang ada sama buat heh? Ada takkkk?

IMG_0044

Skang masanya kita nak tengok keberkesanan Dove Whitening yang kaya dengan Vitamin E dan juga F yang akan menjadikan whiter and smoother our underarm atau cakap melayunya ketiak 🙂

IMG_8777

Personally selepas 7 hari pakai, yakni 2-3 kali sehari, hasilnya cukup meyakinkan. Aku menjadi lebih confident especially bila pakai sleveless dress cam atas nun. Aku dapat rasakan aku bebas berjalan dengan confidentnya tanpa segan silu kalau-kalau my underarm terexpose sebabnya aku tau my underarm in good condition, whiter and smoother 🙂 Tapi dulu pun pakai jugak ler sleeveless, bukanlah kata takde confidentnya but bertambah-tambah ler….

Paham dok?

On top of that aku rasa more comfortable dan wonderfully fresh sentiasa, dan rasa lebih seronok  lepas cabaran ni. Ini yang aku rasa membezakan Dove deodorants kalau dibandingkan dengan  deodorants yang lain.

Mungkin aku lucky la kot sebab my skin works wonderfully dengan Dove Whitening ni, tapi kalau korang still tak menjadi, jangan give up pulak, tambah lah hariannya bila pakai, mana tau ada luck.

IMG_8863

Itu baru 7 hari, kalo keep on pakai mungkin nanti ketiak aku bertambah-tambah nampak cerah, walau tak secerah awan nih, hah tapi takde le berkerak malap and orang tengok pun terus turn off hahahaha. Ingat nak tepek my underarm kat sini tapi rasa tak sesuai dan kurang sopan la pulak kannn hiks.

dovestatement

Disamping keberkesanannya, lagi satu yang buat aku tertarik dengan Dove ni ialah ianya menggunakan purely Plant-based ingredients. Dan yang paling penting Dove mengutamakan serta menghormati kepercayaan agama penggunanya dan mengambil langkah berjaga-jaga bermula dari preparation, pemprosessan sehingglah pengeluaran produk dari segi standard kualitinya. So tak perlulah kita ragu-ragu 🙂

Secara peribadi, I love this product very much especially Dove Whitening Silk Dry. Tak seperti deodorants lain, silk dry sedap haruman baunya serta ianya kering dan selesa selepas memakainya. I would suggest korang cuba try test sendiri dan rasai hasilnya sendiri and thanks to me later 🙂

Memang rasa sangat puas hati selepas going through Cabaran 7 hari Dove ni dan I’m so glad I did!

Khidmat pesanan masyarakat Dove is brought by Redmummy.com

Comment: 7

Chanel Medium Boy in Burgundy for the 38th!

ye ye ye. hari ni my birthday. 38 tahun.

terima kasih. but dah takde le excited sibuk benau heh nak blow2 candles ke bagai. Bulan puasa pun. makan buka kat rumah jer ngan family seperti biasa. Weekdays mar….unless ada event baru makan luar. Sokay, today is my birthday, so kita cerita panjang sikit on my hunting getting the Chanel Medium Boy!

IMG_0773

Chanel KLCC memanggilku…medium boy dah sampai pagi tu jugak. so during lunch break, i pergi buat lawatan. Really wanna get one, coz knowing the Boy is very hard to get. Tapi gambar yang aku amik nih, the brown bukan Boy, itu Portobello. aku suka jugak nih. coz colour brownnya. aku dah lama sangat teringin nak colour brown.

 

IMG_0767

but then, let s display the Boy back, ada green and burgundy. black pun ada. the grey, pagi tu jugak dah habis. laju betul ler pompuan2 ni dapat tau, sekejapan dah habis heh.

IMG_0771

The Portobello ni ler sangat aku berkenan. Yang dedua size pun tak kisah…warnanya yang aku nakkan pun…

IMG_0776

so aku cuba shortlistkan, the same size of medium Boy and Portobello…

IMG_0761

Back to burgundy

IMG_0786

looks like the burgundy it is! why why? coz yang hijau adalah lebih mahal lagi dari burgundy. Udahlah yang burgundy, apatah lagi Boy ler kan dah mahal, inikan pulak nak amik lagi mahal.

IMG_0779

it comes in red too, but sama harga with the green! i have to avoid the red, berderet bebenau handbags merah heh. Udahlah my Jumbo and GST pun merah…so no more merah. Hangpa kalau nak merah, pergilah terkam cepat, tak tau ler ada lagi ke idak, entry ni pun dah seminggu lebih aku beli baru up pun.

IMG_0780

so saya sudahi dengan sessi muka sendiri

tunggu payment. highlight RD, katanya ‘beli je lah, kang memekak kat telinga saya pulak tak dapat boy tuh’

IMG_0782

Siap, wrapped and I is happy redmummy 🙂

IMG_0789

dok situ diam2 ye dak kecik!

IMG_0823

balik kerja bertembung dengan laki kat parking hahahahaha….sib baik ler dah bagitau pun nak beli, kalau tidak memang kena soal siasat ni kang!

Malam tu jugak bukak and buat video utube on ‘betapa happy sukanya bukak kotak Chanel for the Medium Boy’ katanya kannnnnnnnnnnn!!! Bolehlah tengok kat utube tuh the exact colour/bag of the Chanel Boy yer. Keek pun ado. terbagitau harga le pulak! macam hangpa tak boleh check pun.

ok tetiba teringat, aku ni jual le handbags lama, ada yang nak beli bag aku ngan harga RM500, nangis aku wei! bag ribu2 agak2 le dik…

Jul 3, 2013 | My new Chanel handbag bought frm Chanel KLCC yeyyyyyy! Kengkonon hadiah harijadi maaaa by redmummydotcom on Keek.com

So begitulah, hadiah hari jadi untuk diri sendiri but RD funded a bit lar, part of the birthday present. Takkan ler dia kuasa nak melayan bayau ni kan, bukan murah tuh. So inilah bag yang aku dok carik masa kat Milan, sepanjang2 mencari, contact kaki2 nun kat Paris London pun memang sold out everywhere. Dan sudah sangat dijangka the Boy akan sampai ke KLCC, laju je menebeng.

It comes in large size, almost getting it too tapi takde colour yang molek. Tinggal hitam jer. Aku kalau hitam ni for handbag boleh kira, not keen on black.

Dah dapat Chanel boy awak nih, tolonglah cuti rehat beli handbags for 2 tahun boleh?

Eh, ini special case. This is for my birthday ler.

Banyak le alasan….

Baiklah…saya rehat berenti kejap beli handbags. See berapa lama bertahan. Thanks RD coz top up sket and Happy Birthday to Redmummy. blow blow the Chanel Boy!

Alright, bolehlah korang sambung back the birthday wish to me….

Comment: 21

Senyapnya tayar MICHELIN Primacy3ST!

48hours sponsored post
IMG_0650

Boleh dikatakan aku ni dah banyak kali la jugak pergi product launch ataupun press conference. So nak cerita la pasal this one unik press conference yang sempat aku attend.

IMG_0660

Eh Kak Red syok layan lagu? Siap pakai headphones tu.

Eh sabar, ni biar aku habaq mai dulu. Press conference ni unik dan interesting sebabnya inilah  press conference yang pertama di Malaysia yang menggunakan headphones untuk kita listen to the press conference tu. Cool eh 🙂 Ada sebabnya…

IMG_0716

By the way, it was press conference on MICHELIN P3ST launch. The reason kenapa kita kena pakai headphones ni adalah kerana to emphasize ataupun memberi penekanan tentang ‘silent’ attribute tentang MICHELIN Primacy3ST tyre. Korang sure tau kan, kalau dah pakai cancellation noise headphone, bunyi bising dari luar akan difilter out langsung tak dengar, ibaratnya samalah seperti tayar  P3ST ni, yang senyap dan pendiam sifatnya, infact tayar yang paling senyap di dunia setakat ini.

michelin

Pakar-pakar dari MICHELIN memberikan penerangan serba sedikit dan juga bercerita tentang kelebihan tayar Primacy3ST. Ada jugak faedahnya aku datang sini, daripada tak tau langsung pasal tayar, hari ni dapatlah ilmu serba sedikit pasal tayar ni.

IMG_0708

Disamping sifat kesenyapannya, Primacy3ST ini juga mempunyai genggaman dan cengkaman yang kuat terutama sekali bila kita amik selekoh sekaligus menjamin kestabilan kereta kita. Ianya juga memberikan lebih tujahan ketika menaiki bukit dan lebih stabil ketika memandu di atas jalan yang basah ataupun ketika hari hujan.

Secara keseluruhannya, Primacy3ST menawarkan pemanduan yang lebih selesa dan selamat juga memberikan ketahanan tayar yang lebih lama.

IMG_0717

Primacy3ST adalah hasil dari usaha dan kajian yang dilakukan selama lebih dari 10 tahun penyelidikan ke atas tayar yang dah berjalan lebih dari 1.3 juta km, diikuti dengan 18 bulan mereka bentuk, membangun dan juga penyelidikan. Thumbs up kami bagi!

Keupayaan unik tayar MICHELIN Primacy3ST memberikan pelbagai kelebihan kat atas tu adalah dari initpati MICHELIN Total Performance yang terdiri dari empat leading technologies iaitu EvenPeak,  CushionGuard, Stabiligrip and FlexMax.

So abang-abang sekalian, ni nanti nak balik kampung raya jauh-jauh tu, tak nak tukar ke tayar MICHELIN ke?

Barulah bini dan anak-anak duduk kat belakang rasa lebih selesa, abang pun bawak kereta nanti lebih rasa sedap dan selamat, tak gitu 🙂

Michelin 3008

Sekali tengah syok-syok aku buat entry ni, tiba-tiba RD menyampuk…

Eh awak buat entry tayar MICHELIN ek?

Yup, apsal?

Tu keta awak tu pakai MICHELIN la…

Patutlah sedap jer aku drive, MICHELIN rupanya 🙂

Khidmat pesanan masyarakat MICHELIN is brought by Redmummy.com

Comment: 7