Aug
21
2014
Thursday, 11:00 am
budak kecik sapa duduk kat tepi, adalah dilarang keras, kang terterjun masuk dalam sungai tu yer. Bengang gila Zeeshan kena marah hahahahah, dia nak gak dok bahagian tepi boat. so kena ler dok tetengah pastu kirog adik beradik blocked jangan bagi dia nyelit. Jadi package bebudak dok ler tetengah yer.
Ini dah nak midnite kot aku rasa, we were the last passengers yang naik boat nih. Technically aku yang paling last coz semua orang dah naik tapi aku sibuk beli air ler, beli jambu batu le nak buat makan reramai dalam river cruise nih.
Pusing Melaka begini le hasilnya, bebalik tu bebalik nih. Nak ajak tengok wayang, dah tak sempat nak beli tix online ke hapa, so sini penyudahnya.
aku pun datang ngan caftan jer pun, takde bawak seluar panjang ler ke Melaka…so sarung je ler ni buat baju tidur ni pun gak buat baju jalan Melaka memalam buta. Takde sapa heh nak tengok, mesti orang dok ingat peghak mana ler aku nih hahahaha…ini first time aku naik river cruise Melaka, dulu depa pernah naik,
anyway jalan malam tu mak abah aku tak ikut, adik aku yang ada baby ngan bibik pun tak ikut, depa dok rehat homestay, membongkang
yang ado2 ni jer lah hah….riuh betul hoi!
penyiksaan nak amik gambar ni bila dari bersnap2 yang kita amik, ini je lah satu yang sharp for them but blurry for aku coz Zeeshan yang dok cam lipas kudung sangat but hok gambar ni cam sopan je ko kan!
orang-orang gila tengah malam di Melaka River Cruise
ha nak tanya bape entrance masuk skang memang aku tak tau ler, pi ler google, laki aku yang handle beli tix segala, tanya dia skang pun entah dia ingat idak
6 beradik, nana tinggal malas nak ngekor ada baby, Along memang takde ler kan.
korang sure tak penah tengok gambar abang sulong aku kan?
ke pernah yek, aku pun rasa macam tak pernah je tunjuk
biasa kita sampai sini sengsiang…kali ni malam pulak. ha bersakan le korang posing
mak encik merah dok situ je ler
aku mata kat Zeeshan je, rasa nak pakai je tali yang ngikat mak ngan anak tu. Dedulu masa zaman Abang aku pakai, sampai umur dia 6 tahun baru aku benti pakai, masa tu kat Beijing, officially benti. Pakai pun bila dia dah nak terjun dalam air pancut kat Alamanda nun, bulan puasa masa tu, aku lari pergi beli tali kat kedai baby. Geram btol, asyik la ko melompat, lasak ya hamat anak2 jantan aku sumer hoi.
Kalau ikut style laki aku, alah biar ler biar lah. Anak dah nak terjun air pancut tu oi, hang nak suh biar biar lagi? grrrrr
bape kali dah ilang dari mata, mencungap2 heh, bukan Zeeshan le, si Abang dulu masa dia kekecik. That time, 10 – 12 years ago orang tak expose sangat pakai tali mak anak nih, but pedulikkanlah orang nak cakap apa asal jangan anak aku hilang.
As years goes by, zaman sekarang dah common, pesen tali ikat mak anak tu cecomel lekat kat bag bagai kan.
For Kakak, tak pakai,dia anak perempuan, sopan ayu je dulu. Ni Zeeshan dahlah sama chop muka cam abangnya, perangai melasak pun sama jugak.
so antara cara nak mendiamkan dia ialah cang dia kat bahu tuh. kalau setakat dokong gitu je memang silap besar lah, tak hinginnya dia. Lagi dia nak lepas loloskan badan dia ada ler…
well bebudak nih dok sakan berposing segala
ada gak yang nak pergi naik beca ronda kota Melaka, oi tak yah lah, dah past midnite sangat. Mohlah balik tidur…sampai dah lapar balik pun
Esoknya, sesiap, makan but tengahari gak lah baru checked out. Sebelum tu memasing bersalaman dulu ngan Pokde depa coz pokdenya dah nak ke Penang pulak. Gila si Epi ni, dia kan keje kat pantai timur nun, dia turun KL, Melaka dari sana pastu esoknya pi KL terus ke Penang and balik Penang KL dalam hari yang sama jugak!
tak ke gila aku cakap.
yang ni pun sama package ngeng gak, sorang dok gila build badan, dok cabar kakaknya naik, hah yang kakaknya pun melayan, buat surfing le hapa ko kan….
hahahaha….ngan kakaknya tak mandi lagi tuh, orang lain sumer dah mandi dah siap. Biasa ler, mak mak memang last sekali baru bersiap, heroin mar…
tak baik le kan ending letak gambar tak mandi pagi lagi, so kita letak gambar a nite sebelumnya. Ini bukan baju raya tahun nih, ini baju taun lepas buat pakai event sekali je pastu peram. so repeat le balik pakai waktu2 gini hah…pastu skang caftan ni dah dok lam kotak terus. Nanti taun depan insyallah kita bukak kotak pakai balik. pastu sok sok buat pakai bila orang datang rumah.
malam tu balik coz aku sorang je tak makan lagik sebelum kuor tu, melapau le pulak. Tapi coz aku ingat seminggu raya adalah hari untuk aku makan, dan makan, tak yah pikir diet sangat, so korek gak nasi. Lapar mar….lauk abis le pulak. entah aku pun tak ingat apa yang aku makan malam tu, nasi ngan kuah sardin je gamaknya.
Back tu citer river cruise nih, aku ingat lagi maid lama aku dulu boleh muntah belahak naik nih.
Turun je boat dia punya pening2 pala. Aku pusing kepala Ibu.
eii drama betullah dia.
to recall back, nak2 raya dia melutut ni dok kat lantai, ibu suami aku jatuh pokok, kakinya enggak bisa berjalan, sudah berapa hari tidak makan, anak2 kelaparan kerna bapaknya enggak bisa kerja, duit enggak ada ibu, tolong kiriman uwang ibu.
drama kan?
laki aku masukkan ler duit, padahal baru kerja bape hari pun.
terima kasih takde, apa takde, aku tanya balik laki ko dah amik ke duit kat bank?
udah ibu
eh boleh pulak laki ko bangun berjalan amik duit pergi bank yek? aritu kata terbaring tak boleh nak berjalan bagai
dang! kat situ ler aku tau pasnih akan banyak lagi drama2 kecilnya nak menge’cong’ ibu.
hahahaha…she s long gone dah pun. Tu yang bila naik cruise ni, mesti family aku pun sama teringat ngan maid yang sorang tuh. Mila ke hapa namanya. Hari2 cite pasal duit jer dia, kita bayar dia, through agent kan, so semua leave it to agent tapi dia dok mekak2 apesal family dia tak dapat lagi duit dari agent indo vs agent KL. hallo? aku bayar kat agent msia sini, masalah agent ko kat indo tu, family ko ke, beyond my control ler. Bila cite kat agent msia sini, dia cakap ko rampas je handphone Mila tu. GIla la, stress dapat maid macam ni and jugak dapat agent macam tu.
Eh dah macam citer maid pulak heh entry nih.
Comment:
3
Category: [
Raya ]
RM Recent Comments