The new IOI City Mall, Putrajaya!

IMG_3592

aku tak de niat nak amik gambar orang yang kena tahan ngan guard tuh. Masa aku click the entrance of HomePro nih, rerupanya mamat tu kena stop by the security coz asal dia lalu je, censor dok bebunyik. Tapi takde drama lah, takde benda kecurian pun, biasalah censor pun biol. aku sendiri pernah kena gak, paling tak boleh blah kat Selfridges London sana nun. Eh laki aku la yang kena, oh tu salah Miu Miu. bukan censor.

Apapun, ini langkah pertama kami gak, sama ngan Farm in the city, begitu jugak ngan IOI City Mall, our firs time sejak dibukak.

Dari FITC ke ICM pun taklah jauh gak, pun Waze bawakkan, sap sap soi dah sampai.

Parking free pasal barrier tu pun tak bukak lagi, so tak yah le sibuk amik ticket, aku dapat parking yang ngam soi depan entrance.  Jadi bayangkanlah bila nak balik, nak keluar kereta, berebut2 le kereta lain tunggu belakang nak amik spot aku.

IMG_3596

Actually tak sangka betul ler ini Home Pro punya besau. Tetengok dalam tuh, jangan tengok harga coz kalau macam kes aku, ada yang aku dah bayar, so tengok dari jauh je lah. Tapi pada yang belum bayau lagi tuh, hah bolehlah tetengok apa yang berkenan, kecomparekan harga etcs.

IMG_3632

encik di belakang mohon rauangan nak turun nak turun nak turun

ooo tak boleh tak boleh tak boleh

sebab dia dah waktu tidur, jadi kang udahlah abang kakak hilang dari mata maknya, kang adik ko pulak.

Dalam ni signal punyalah superhorror so bila abang kakak dok masuk ke dalam, lagi aku kena keluar pi carik signal.  Abis, nak bebel abang kakak lah, dah bape kali cakap, jangan pergi jauh dari eyes contact mak kau.

 

IMG_3659

tak pernah pergi lagi Home Pro? so tau dah lah sesikit apa ada dalamnya kan…electrical goods, katil, sofa, imagine macam IKEA jer lah…but dari pemahaman aku, IKEA is lagi bigger.

IMG_3666

actually sinki bebesau ni bagus, senang nak basuh periuk belanga yang besar2 tu. Tapi kalau korang jenis pemalas nak membasuh pinggan, jangan le amik sinki besau ni, pasalnya selagi tak penuh, selagi tu lah akan korang sumbat sumbat sumbat.

aku suka bebesau weiii

IMG_3675

Pancit seorang ibu

IMG_3687

kemudian pastuh kita naik 3rd floor, for zuhur and asar. Aku tak tau ada berapa surau dalam nih but kalaulah ada satu sahaja kan? wallahweiii…bayangkan suraunya ni di tingkat 3 pastu di utara. If korang kat selatan, muahahhahahah the menapak tu jauh weih. Mungkin aku silap, maybe ada lagi surau di selatan, i donno.

Besar wei mall nih, kata orang the 3rd biggest mall in Asia ye dok?

Ada je lagi kekedai dalam tu yang tak bukak lagi…

IMG_3711

dah tak tau dah  nak jalan mana lagi, shopping bukan main factor. So abang kakak nak main skate hah. well ok, bolehlah. Bagi ler depa 2 main, adiknya pun boleh dah masuk, umur 2 tahun ke atas (ada penguin boleh buat pegang) but aku tak rajin ler nak masuk sama. Tak payahlah dik, ko dah waktu tidur ler….

Abang kakak je yang berpoya2 dalam nya…

IMG_3713

where abang

where kakak

itu je lah ayat2 si adik….

IMG_3719

so lepas tengok depa meligat dalam nih, aku pun blah ngan bibik and Zeeshan, pusing sikit 2,3 tingkat of the south (aku panggil selatan je yang hujung2 nih).  Tak sampai ke centre court pun, pasal tak larat ler wei nak jalan. Ada aku mentioned kan, yang sini, takde bench/kerusi banyak. Terlampauuuuuuuuuuuuuuuuuuu sedikit.  Mungkin akan bertambah, harap2nyalah.

Coz ramai gila orang komplen wei, kalau ko bawak orang tua, kaki kan mana kuat, kesian ler nak berjalan utara ke selatan.

IMG_3730

hok harga ticket skate yek, em, pasal tengah cuti sekolah – RM28 sorang. Kalau bukan cuti sekolah is RM23. Pastu glove sorang RM9, socks tak yah bayau coz depa pakai sendiri. Glove tu leh amik bawak balik ler, pastuh depa terus bawak merata kulu kilir lam bag just in case mak pak ter ter ter bawak lagi depa pi IOI or Sunway. kahkahkah…. panjang akal bebudak nih.

Family members yang nak tunggu dalam kawasan yang dibenarkan, kena bayar RM5 per head if im not mistaken, aku tak masuk pun, coz kita mingle kat luar ukur kedai lagi molek (knowing me ler kan).

Diorang akan pergi lagi bulan ni, kali ni pun dengan bapaknya pulak.  Addicted dah bebudak nih main nih, kalau kat rumah aku ada roller blade, pun depa main jugak gegilir. Zaman roller blade aku masa anak dara dulu tuh, simpan elok lagi, boleh pakai.

IMG_3733

so pusing2 mall, akhirnya si teruna longlai jugak. Dia ni senang je tidur, kalau dah waktu dia, memang siap ler sediakan pram, atau  kalau berdukung hah tidur ler dia. So aku ngan bibik sesama tolak pram, pusing le tengok kuor masuk kedai. Ada Nichii, itu je yang aku masuk, beli selai seluar.

Itu je lah yang aku sopingkan.

Ada H&M ada Parkson, malaslah nak masuk, semua tu bersepah kat KL nun.

kalau kedai2 yang aku tak biasa pergi, bolehlah jugak menebeng. nak pi makan pun, bukan boleh makan apa sangat coz aku mmg bukan pemakan dah skang. baik tunggu abang kakak abis skate.

IMG_3736

so sudahnya kita duduk depan the skate area, kerusi ada seketul situ tapi bagi makcik pakcik tua ni duduk ler. sebesar2 alam, situ jer lah satu bench nya, dari selatan ke utara, memang sikitttttttttttttttt sangat kerusi. Tolonglah tetambah lagi ye kerusi kat mall awak nih. Ada gak yang komplen nak makan tak jumpa, semua hujung by hujung jer, tetengah takde tempat makan. Kira kat utara and selatan je lah ada, barat timurnya takde, begitu umpamanya yer.

Baca kat page aku ngan kat instagram, ramai komplen ngan mall nih. Mungkin sebab baru lagi, so kita bagi le peluang depa improvekan lagi.

Mungkin sedang dalam perhatian jugak komplen2 kita nih.

IMG_3748

Kita makan depan skate nih, dah time off, jam 7 aku suruh depa keluar. Mak dah lemau. Makan situ, kitorg jer. Hah satu lagi, mall ni sejukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!! Aircond dia entah sebab baru ke, tapi memang sejuk, nak berjalan dpt warm, pi ler dok parking. Aku yang pakai lengan panjang pun tak tahan, Zeeshan tidur pun merekot.

Bila tanya bebudak Nichii depa cakap, itu bukan akak sorang yang komplen kak, kami ni pun kerja pakai sweater. So kalau datang lagi, make sure bawak cardigan ke, jacket ke, shawl ke, masa makan kat sini pun, aku dok carik tempat yang takde ekon or kurang ekon, pun tak leh harap, semua standardize.

IMG_3751

abang had nasi kunyit + kari ayam, kakak laksa penang, add on pulak hot choc. Aku tengok je depa makan terliur2 telan, tak boleh le makan, tengok jer. Bibik order durian pancake. Oh dia memang pantang jumpa ada jual durian pancake, itu yang dia tibai dulu, Aku le gak yang ajar makan tuh.

Zeeshan masih lagi ketiduran, sampai le ke rumah baru dia jaga.

Tengok umah ingatkan dah cantik selepas painter balik, rupanya cik abang ai memang kemas sesikit jer. So bersilat lagi aku ngan bibik susun atur balik. Hish orang lelaki nih….aku dah bawak satu kapal keluar tu. Tapi sib baik cantik rumah dicat baru hiks…

Jadi bulan ni, the gang will be going again to IOI City Mall. Aku kalau mall ni tetiba teringat 2 benda je lah yang annoyed – no bench kerusi dan dia punya sejuk nak mammmmm mammmm mammmm!!

Yang best for kids – skating ler.

Yang best lagi jugak – dok dalam Home Pro.

Eh depan skate, cafe kita makan tu, ada District 21 (macam taman tema ler gak). Entrance fees RM75, kalau kita tak nak masuk macam kalau aku nak abang kakak pi masuk tapi aku tak nak join just to tengok jer, ha bayar the RM15 ler. Kita tak pergi lagi nih, aku dah checked out dari luar jer.

One day lah, hantar masuk abang kakak….

cinema kena ada kat mall ni…maybe coming soon kot.

Comment: 12

Farm In The City, a must place to visit!

IMG_3094

wii, Zeeshan dah tak pakai car seat, but pakai booster. His 2 car seats dah been booked and sold too.

IMG_3097

Satu hari lepas, aku amik cuti. Kena bawak semua askar aku keluar rumah coz rumah aku kena cat. Rumah sekarang, bukan rumah baru. Abang kakak tu takpe lagi, tapi si adiknya hah dok mengaco je. Jadi citer cat later2….so aku angkat depa keluar, plannya kita pergi Farm in the city lah, kat Seri Kembangan nun, or macam sempadan sikit je lah.

Kami pergi berlima, RD tak ikut, dia monitor rumah cat.

Kat entrance FITC tu, makan dulu la KFC, coz tak boleh bawak food dalam tuh, yang reringan nya food bolehlah. Ni pun KFC aku beli kat drive through near by FITC tu gak, tau bebudak ni jalan lebih 30min perut asyik melapau sokmo.

IMG_3106

Zeeshan terus bangun bila kita dah sampai nak bayar tickets, ukur dulu ketinggian, kalau lebih 90cm kena bayau. So budak ni dah lebih, jadi kena lah bayar ye nak.

aku amik family package, RM139 for all 5 of us. Dalam package tu ada le pony ride untuk 2 kids, ada jugak 10% off for food makan dalam tuh, also at the souvenior shop. But kita cuma pakai the pony ride je pun.

IMG_3155

let s plan the journey kita dalam tu ye anak2, tapi hujung2 peta tu buat kipas muka aku jer. Tak refer pun situ.

IMG_3172

jadi mulalah perjalanan kami mengexplore the petting zoo nih. Bestnya pada Zeeshan lah, coz ni baru to him, abang kakak dah bape banyak zoo pun pergi, tapi coz kita baru first time masuk sini, kira semua memang new experience jugak.  Turtle ni yang kaler brown nih umurnya 29 tahun. banyak gambar yang bibik amik, ada yang depa feeding bagai. Sonok ler tengok Zeeshan ke main bercakap bahasa dia ngan turtle nih.

IMG_3188

hok hitam ni pulak umurnya 31 tahun….

hi how are you??

bertanya Zeeshan pada si hitam. Pepelat dengau.

kahkahkah

IMG_3209

excited betullah kat sini, berlari dia sana sini ngan muka muncung bagai. bila abang kakak borak each other on the animals, dia pun ikut nyampuk macam le paham sangat orang cakap pasal binatang apa kan

IMG_3223

oh orang tak ramai pun masa ni, sebab aku pergi masa weekdays gamaknya. cuma ada yang kata kalau pergi masa weekend memang ramai manjang. sesak. entahlah. happy je aku pi aritu, senang kitorg bersakan dalam nih.

IMG_3228

hoi tekejut abang kakak tengok atas!

yang kat atas tu hidup tau tak, membuta gamaknya…

IMG_3233

kat tepi tu pun ngah tidur gamaknya gak

hok ular2 ni takde le bebas berkeliaran, tu kalau biar gitu jer, aku dah lari pecut ngan anak2.

IMG_3255

part burung ni best. oh lagi satu, i found the staff of FICT sangat frenly, berbudi bahasa and approachable. Depa been trained begitu gamaknya, baguslah. Tetiba terbayang zoo yang satu lagi, buat comparison, huh jauh beza.

jadi kat sini, staff bagi makanan burung, letak kat tapak tangan dan berebutlah berkawan burung datang makan kat tapak tangan ko…

IMG_3259

kakak abang bibik jer yang bagi  makan burung, idok le aku. Zeeshan pun tak nak. Bibik punya gamat bila dok kena muncung patuk burung2 nih…

IMG_3262

steady je ko kan kak

IMG_3266

abang dok sakat -kak, dia berak atas pala ko kak!

IMG_3276

i have so many videos of them but pemalasnya nak upload at anywhere. specially tempek kat youtube tu memang aku tak rajin ler

IMG_3281

Zeeshan punya posing and senyum paksa..dia nak mengejarkan burung merak actually, laju  je naik tangga. oh speaking of the interior dalam nih kan, bestlah, i think macam classic je zoo macam nih. Nasib baik jugak tak hujan haritu….

IMG_3290

jadi korang, mehlah maghi sini. FICT tak engage ai pun, but as mentioned, benda bagus kita bilang, kita sebut. Tak payah pun tunggu engagement, tapi kalau benda tu tak bagus, kita diam, tak yah seru. Unless memang tak boleh nak pendam, ha kita canangkan. contohnya…macam the cafe dalam FICT ni, aku tengok sekilas jer, macam takde healthy food je dalam menu2 yang ada.  Lagipun anak2 kenyang lagi ngan ayam memasing earlier.

IMG_3296

one stage, mak kau dah kepanasan….boleh tahan gak lah peluh dalam nih hahahaha…so gangs, datang nanti bawak kipas tangan yek

IMG_3315

burung merak yang berlagak cantik.

cantik sangat ke koooooooooooooo

IMG_3324

section burung nih, aku banyak duduk je lah, bagi diorang puas hati memain ngan burung2 nih

IMG_3337

masuk pulak section kambing dan sedaranya…

ini kambing kan, kita masuk je dia terus datang posing depan bebudak nih. Aik? nak suruh amik gambar ke. Sapa ajar ko ni bing?

oh reminds me to that Kambing, one of my gila reader. Pekabau ko Kambing?

IMG_3347

Dok kita nak bergambar, datang lagi sekor kambing….

Eh banyaknya nak sibuk amik gambar jugak. But yang dok depan kitorang tu kan, memang tak geti2 nak blah ler, berdiri lama betul dia kat situ, udah2 lah, kodak filem pun dah abis bing oi.

IMG_3354

ini pun kambing kot hahahahaha muka macam lembu.

Aku dah lupa ler, serupanya memasing.  yang ni macam pemalas sikit, bangun pun tak nak.

IMG_3364

Hey, eat eat.

Zeeshan suruh kambing pemalas ni makan, entah apa rumput kot yang dia bagi…

IMG_3382

Abang kakak berusaha nak tangkap ikan, tak jugak berjaya. Adik ikut sama tapi more to percikkan air ke badan kakaknya

IMG_3395

next to memain ngan rabbits. Ini best, seronok betul Zeeshan bagi makan, but dia tak nak dukung. Pegang cuit sikit je dia redha, more than that dia tak nak. Mungkin kena tunggu dia besar lagi sikit baru dia nak peluk2 gomol binatang2 nih.

IMG_3425

seperti contoh kakak, hah kau mintak nak bawak balik, ko nak bela camne kak oi…

IMG_3432

abang dok menyakat tak sesudah

Zeeshan tak takut but dia tak suka paksa2 macam tu, dia masih lagi ada gap untuk binatang2 nih, like i said, he can usap2 but nak suruh dia peluk cium, memang belum his stage lagi lah.

IMG_3444

Landak!

mami, betul ke kalau landak marah dia fire ngan duri landak dia tu?

alamak, yek? nanti mami google ek

eh betul ke? macam tidak jer…eh ye ke?

IMG_3460

miii, nak swim

nak swim

itu angsa dia panggil duck duck duck

IMG_3463

We love this Farm in the city, will definitely come back. Mungkin setahun or 2 tahun lagi.

IMG_3472

rehat jap….tak ler penat sangat dalam ni, yelah dok banyak tempat berenti kan, tapi our age compete to the kids age, memang pancitlah gak…so maknya kena ada banyak kerusi rehat, baru sedap sikit. Sini banyak kerusi, macam kerusi pokok ada, kerusi2 kayu ada, so no issue.

IMG_3506

depa ni tak sesudah menyakat adik diorang. Membuli jer. korang ingat dia tak tau ke ada anak chic atas palanya tuh

IMG_3486

kakak abang steady jer…tapi adik boleh pegang cuit raba sikit jer. cam biasa, lebih dari tu, dia ada batasan

IMG_3494

abang distracts adiknya, so the staff nak jugak letak anak chic tu atas pala Zeeshan…

banyak oiiii jenis ayam kat zoo nih, sekor tu gemuk macam dipampam.

IMG_3513

telur ostrich

IMG_3524

the staff suruh aku naik, heh memang tak nak ler, kang pecah pulak.

He said memang takkan pecah, unless ko baling hempas telur tu, so ok letak Zeeshan dulu…

IMG_3532

followed by Kakak, pun tak pecah gak. Pastu aku tak bagi abang or bibik naik, ngeri.

selamba je gak staff tu naik, memanglah tak pecah but aku tak nak le amik risiko

btw ini kita ngah sibuk nak suh lizard tu keluarkan dia punya lidah biru

IMG_3544

burung2 kakak tua di belakang.

speaking of burung gak, ada buku yang aku baca ngan Zeeshan kan. so ada le owl tau, aku pun cakap ler, this is bird.

anak aku yang kecik tu boleh ajar aku balik, No, this is owl.

Wallahwei! berguna jugak ko dok umah tengok tv tu yek, ada gak education kat High 5 ko tuh.

IMG_3555

ha ni pony ride yang depa naik, dalam package tu. punya lah kecik pusingannya, alahai, satu round je, nak lebih lagi round, pergi bayar lagi extra, RM7 kot per ride, kita punya dah dalam masuk package.

IMG_3561

kakak kata, baru naik, rasa dah kena turun, sekejap sangat!

IMG_3562

satu lagi for Abang, tapi memang jangan berangan le kan, staff kata abang tak boleh, adiknya boleh. Abang dah kira bapak lonjong tak boleh naik pony ride nih. kahkahkah…

so goes to Zeeshan

IMG_3567

muka toya je cuak kena naik kuda, dok usha je mana maknya…

IMG_3587

so that s the end of our Farm in the City trip…about 2.5 hours kot, boleh je terus sambung lagi satu round, tapi aku malas kahkahkah….

But tu lah, memang akan datang balik, dibawak dek bapaknya pulak but taun2 depan ler. Kena ler datang balik, dulu zoo negara pun berpuluh kali repeat.

Kita survived di visit Farm In The City. Laki aku cakap dah boleh balik, coz painters dah almost done, tapi dah alang2 aku amik sehari cuti, baiklah aku bawak lagi anak2 aku berkubang ke tempat lain. Next destination pun tempat yang kita tak pernah pergi gak, the IOI City Mall.

IMG_3585

Overall, to wrap up bout Farm in the City:

Toilet? Bersih dan besar. Kita pakai toilet yang kat atas entrance masuk, bukan kat dalamnya.

Food wise, cafe? Tak try tapi tengok dari menu one glance, reringan je, takde heavy meals and also jugak masa kita dok kat cafe tu pun takde pun orang beli, coz the face is just depan rabbits section.  Ada kata tak boleh bawak food dalam tuh, macam aku been told by staff tak boleh, lagipun dia dah nampak kita bawak segala plastic of KFC, so kita makan kat luar entrance je, refer kat gambar2 first few atas sekali. Setakat nak bawak roti ke hapa, bolehlah tu, kita bawak air botol minum sendiri, habis kau air tu, 3,4 botol kita bawak licin.

Ticket Price? Some said mahal, for me pun rasa mahal, tapi jgn lupa bawak MyCard. satu mycard je dah cukup, tak yah le anak2 ko punya MyKidpun nak bawak gak. For reference:

Normal Price : RM 48 for adult ; RM 38 for children bawah 12 years old.
MYKAD Price : RM 30 for adult ; RM 25 for children bawah 12 years old but kalau anak hangpa below 90cm, tak yah bayarlah.

Excess to Farm In The City:
Pakai waze, ikut jalan tikus. terbaik! hahahahhaaa…pasrah abang jadi co pilot maknya. Parking pun senang, sebab tak ramai orang kan.

Animals:
Tak banyak gambar binatang dalam nih, but truly banyaklah actually, if macam landak tu menyorok dalam kayu tu kan, so nanti staff akan suruh landak tu keluar, jadi bebudak puas la tengok muka badan landak tu bagai. Begitu. Kalau ko rasa nak pegang ular, memang takkan dibaginyalah yer.

Btw ada gardens area, macam kebun ler. Tapi kita tak masuk situ, itu nanti ler next visit. Mak kau malas nak turun tangga bagai (rasanya macam kena lalu tangga, lupa ler).

I read somewhere kata takde stroller/pram/wheelchair laluan, not true. Ada ler. Ko ingat abang ngan bibik nak angkat ke stroller2 ni bagai, ada je laluan for pram.

Oh ye lam package tu gak ada dapat cert. Tapi tu lah, the staff must have an initiative to write the names of the kids kat cert tu, bukan bagi kosong begitu. Sampai sudah anak2 aku tak tulis pun kat cert tu. Apalah salahnya, sambil duduk beborak ngan bebudak nih, the staff amik pen cecantik and tanya nama and tuliskan, barulah depa the kids rasa wahhhhhhhhhhh, tq tq tq. Macam tu lah. Ini kita sendiri pulak yang tulis, macam kita pergi conference, kita sendiri tulis kat cert yang kita dapat tu, apakah kan?
Lagipun melanguk je staff2 yang jaga cert tu, berborak sesama sendiri.

So if soalan, highly recommended tak pergi Farm In The City?

YES YES YES!!!

Comment: 7

Surprise Baby Shower and Food Review at Orange Berries Cafe, PKNS Shah Alam

IMG_2880

My assistant of the day. Assistant sorang lagi tengokkan kejar Zeeshan. Yang lagi 2 big boys pulak pun sama, tolong tengok pun ye gak kengkadang hahahaha….standard ler, bila keje2 gini pompuan yang lagi laju buat pung.

so kisahnya, I ada hosted baby shower for my gf, Liza. She seldom keluar my blog, but if you read my blog since  8,9 years ago tu ada taulah herself, dari dulu pun sentiasa ada. Kita cuma jarang jumpa, memasing busy and anak beranak pinak ramai kot hahahaha. Takper, whatsapp kan ada.

IMG_5991

Hi Aqilah, anak GBM Rose, pun bantu sama. Anak2 dara semuanya dah besar, so senanglah jadi assistant mak2 nya kan. Gitu kata kau. Tengah repair tali kasut kek tu ke?

So, since the day Liza told me she pregnant, I terus rasa ok that s it, kena plan untuk baby shower Liza. Dulu masa I was memboyot, Liza and the girls reramai worrrrr hosted for me. Pastu bila Yan GBM and Rose GBM pun boyot serentak, Liza and I pulak hosted them.

Dan sekarang Liza pulak boyot, so adalah perlu untuk aku buat jugak. So initited the gerak gempur, and Rose Yan tolong jugak of cos.

IMG_5999

Tapi nak cari venue etcs, almost 2 months mencari, susah bukan apa, coz susahnya nak menggunakan platform Redmummy pastu aku takde masa nak turun padang. So i offered few bloggers from the food blogging line to assist me. Here comes one young blogger, known as Halim Brothers.

Aku amik kes, sapa cepat bawak the proposal, i will amik that proposal lah, so Halim managed to get me the Orange Berries Cafe in Shah Alam.

Kebetulan the cafe baru je open to public just 1 and a half months. They need the review too. Makanya about 5 – 7 days before the event, we confirm the venue and main sponsor for our Doa Selamat dan Surprise Baby Shower for Liza.

IMG_6001

Sebulan 2 sebelum tu aku dah berpakat sama suami Liza. yelah sokongan dokongan suami ni penting, kang macamana nak membawak si Liza to the surprise event for her nih. Nak communicate with lakinya pun, bukan senang, mana ler aku tau bininya ada kat sebelah ke idak bagaikan. kalau dia update fb/instagram aku tau le bininya ngah kerja sort of lah.

pastuh nak get the slot, kang dia ada speech sana sini, dia ada talk sana sini, pompuan boyot tu pun boleh tahan busynya sangat, aku suh lakinya lock the date of 30th Nov. Aku tau aku pun sangatttttttttttttttttttttttt busy due to our big project but kita kena jadi manusia yang mencari masa dan bukan buang masa. Nak ngan tak nak, of cos I made an effort for doing all these.

So walaupun venue ni jauh, tapi aku redah jugak sesorang pi jumpa owner cafe ni, meeting with them also Halim Brothers to join as well.

IMG_6020

2 weeks before the event, aku mulakan dengan jemputan to Liza’s frens. Semua invitees pun aku korek dari suaminya. The first 10 aku dapat, only 1-2 yang dapat hadhir. Then korek lagi another 10 invites and plus yang some aku kenal. Ada jugak close to 30 pax yang aku jemput for Liza’s unfor memang payah nak dapat sebelah tangan.

I paham bila yelah school holidays kan, ramai orang ada plan sendiri sana sini.

Cuma yang I tak paham and terasa hati bila ko tak boleh nak jawab jemputan aku ni dah kenapa. You dont have the attitude to reply, aku siap buat followed up lagi, twice! Pun takde courtesy nak menjawab.

Udahlah sekarang ni WA ada double blue tick and jugak boleh tau ko dah ‘read’ the messages, pun takde adab. Ini bukan salah Liza, bukan dia yang membesarkan kawan2 dia tu, tapi ini jenis perangai human being.

Ada sorang tu memang aku aim sesangat, selain dari aku wa dia, aku PM dia kat fb jugak pun macam noharam nak menjawab, tapi status kat fb bukan main menggalak! Itu pompuan memang aku ban gila, i infact kenal her jugak, so bukan takat dia kawan Liza lah, but aku kenal gak makhluk sorang tuh.

Sungguhlah, part ni memang aku makan hati. Kalau bagi kat Yan mau dia maki2 lagi dari aku kot hahahaha….ya tuhan, ko double triplekanlah kesabaranku ini.

IMG_6023

So tak kisahlah ngan kesangapan manusia2 macam tu, tak dapat hadhir I dont mind, my issue is you tak boleh nak menjawab orang punya susah payah wa ko tu, that s i dont like it. Bukan suruh bayar pun, semua all sponsored by Orange Berries Cafe. WA tu pun tak payah bayau heh.

Asal niat untuk Liza, she s more important than rasa tak sedap sakit hati aku tuh. I want this to happen, i owe her big time. So kita set the date, the time at 2.30pm and also venue pun dah settled.

Theme was blue. Coz Liza is having a baby boy, insyallah. Takkan nak merah, ikut aku pulak, kang aku pulak yang mengandung lagi heh.

IMG_6020

Meriahnya suasana penuh Orange Berries Cafe coz few days sebelumnya pun Halim Brothers (with my consent) telah sent invite to the selected bloggers. He picked names, but aku add on yang aku rasa perlu ada hadhir sama.  Thanks to the bloggers yang came to the event, of cos they are here for the food review, depa tak kenal pun my gf Liza.

This event is partly for my gf’s baby shower also jemputan untuk food review (if they want to do so coz no payment is provided) for the bloggers.

Pun boleh kata a get together for the bloggers lah, aku pun nak berborak sakan ngan semua yang hadhir adalah amat payah. Ke sana sini bagai melayan tetamu and bloggers, udah namanya pun host kan.

IMG_6025

The beautiful cake for our Liza, selempang and crown these tasks goes to Yanok – her blog dah lama masuk tong dram LOL

oh for e-invite card’s deco , done by Rose. (ni kalau tak update blog sokmo, ada gak ko ikut jejak Yan gak nih)

IMG_6027

Sambil menunggu ketibaan yang diraikan, kita boleh makan and free flow for everything di Orange Berries. They have the froyo (ini bukan takat orang tua, yang bebudak paling dok repeat makan nih). Sesatunya froyo di KL Selangor yang ada, as far as I m concerned.

IMG_6032

Semuanya self service, for froyo of coslah, but for menu2 lain, untuk air dan 4 main dishes, kena ler mintak dengan waiters. Mana boleh pulak korang yang kena pi buat weih. Jadi for Froyo, senang ler semua bantai letak ikut sukati sukatan memasing. tanpa batasan yo.

IMG_6047

Ko korek apa tu dik Norfa and Mekonie?

Abang mengerjakan froyo!

IMG_6054

The numbers to contact for the Orange Berries Cafe, Shah Alam.

Eh venuenya di PKNS Shah Alam tu, just kat Ground floor tu jer. Parking depan or dalam bangunan pun senang, cuma mencari surau dalam tu, emm jauh boleh tahanlah. We reached Orange Berries Cafe pun around 1.45pm that day. Aku bawak semua askar aku keluar rumah dari jam 11pagi lagi coz kami bertangga kat Puchong untuk 2 jam. Langsung terus ke sini, dan pastuh habis event ni pun, kami sambung balik ke Puchong.

Aku kan ngah busy kes big project the TM Home. That s why ler.

IMG_6055

Meanwhile Abang jaga luar, if just in case adiknya terlepas ke luar, jaga sama ngan bapaknyalah. Kakak and Bibik jaga di dalam. Tetolong apa yang boleh….not so much lah, coz macam decoration, the baloons all handled by Orange Berries Cafe. Itu yang aku thank you sangat kat depa, udahlah dibaginya tempat dan food supply pastu depa jugak yang hands up to settle the deco. Alhamdulillah. Moga business kalian mendapat rahmat Allah dan berkembang ke merata negeri.

IMG_6085

Meanwhile, the bloggers mulai sampai dari jam 2lebih lagi, kita dah make sure depa hadhir sebelum the ‘pengantin’. Our dear Jocko and Bro, yang I have known for 100 years….ok tipu.

IMG_6086

Most of the guests duduk di dalam, yang kat luar tu macam Abang and the bebujang bagai coz yelah dalam tu walaupun sejuk tapi potpetpotpet hahahaha….

abang dia takde gang, sorry le bang. it s not about you today, it s bout your mom’s fren.

So kita tunggu the q from laki Liza, nak tunggu dia memparking pun adoi, makan 15min le jugak, orang dok tunggu kat dalam nih tak sabar nak jerit surprise. Aku punya berpeluh2 tak leh cakap ler….

IMG_6101

Here come the pengantin! finally…..

lakinya suruh pakai biru, dikelentongnya bininya kata ada birthday event di sini, padahal….. hiks.

IMG_6105

 Kakak is blocking the view…kot bapaknya pun napa le dok belakang kakak. Ada video for this, posted in my personal FB.

IMG_6118

Meanwhile, the team of Orange Berries berhempas pulas menyiapkan juadah di belakang kaunter. Tengok depa letak dalam bekas kecil2 tu kan, sebenarnya untuk sajian asal ialah dalam mangkuk besar tapi coz we expect the guests dalam 60 – 70 pax jadi kita go ahead dengan keputusan pihak Orange Berries untuk mengunakan bekas kecil itu.

Walaupun begitu apa susah, tak puas semangkuk, ko turn back and mintak lagi 3 mangkuk.

Kakak ate 4 mangkuk laksa! Abang too.

Anak2 aku both memang pencinta laksa Penang dan jugak mee kari.

IMG_6124

Selain dari itu, ada laksa Johor dan jugak mee jawa. Kesemua resepi adalah resepi sendiri turun temurun dari ahli keluarga Orange Berries (to be exact, nenek dan ibu kepada owner).

IMG_6137

Potpetpotpet….the mak yong. sometimes pompuan ni bising jer bila orang ingat dia gemuk, yet she s pregnant heavily weih!

IMG_6146

The whole team for that day memang so tak sempat rehat, the 3 hours memang killing them with bunch of bloggers and guests. takpe bang, kak….rezeki ni.

IMG_6157

In between kita ada the short speech by yours truly the host lady.  Kita jugak ada lucky draw. ini memang aku tak canang kat sesiapapun, even to Halim Brothers, I got helped from my kids to assist me in writing and cutting the papers for lucky draw. Udahlah sehari sebelum tu berkampung di Kapar for our niece’s engagement, dan jugak berkampung di PJ lar, pi memacam wearhouse sale kau. Eh behind the scene memang panjang kalau mau cerita wor….

thanks kids and husband to help me, bibik too.

IMG_6166

The main prizez goes to Akma Omar!

Of cos the main sponsor was Cipela,  sepasang kasut buat Akma. Aku sendiri hari tu memakai Cipela shoes gak, blue merah some more, ikut tema.

IMG_6163

The second prize winner goes to Asyikin!!

She got a pair of HiDY clothes, the main sponsor too.

IMG_6172

The rest of the bloggers, dont worry, ada jugak lucky draw yang not so grand but bit bit by the host.

Mekonie, thanks for coming and be part of #tinyLiza ‘s baby shower and Orange Berries Food Review

IMG_6176

Jocko, yang sedang tak berapa sihat, came with his family. Very lovely wife and kids he has.

IMG_6179

Hey, of course akak include you in the lucky draw receivers!

Kenalin Halim known as Halim Brothers.

Thanks Halim, thanks so much for this collaboration.

IMG_6184

MB and his family pun hadhir….

the first time ai kenal budak ni, bukak puasa kat Tropicana setahun lebih ago, aku rasa nak seligi jer….hahahhaaaa

IMG_6190

Acul, kenapa gambar blogs ko cecantik.

Sebab saya pakai camera mahal kak….kamera ko cekai je kak.

Itulah bezanya camera godang ngan camera kecik hahhahhaaa…..thanks Acul for coming with your big gun.

jangan le percaya Acul nak cakap cenggitu to me, he s very shy guy 🙂

IMG_6193

Ini orang kuat hakak, he is my loud speaker….tanpa dia, takde suara ler akak….

Dari aku kenal dia masa kurus, sampai dah nak masuk anak 2 hokey!

Our dear Broframestone!

IMG_2957

mohon maaf dari Kak Red to Norfa coz nama untuk lucky draw terlepas pandang. Tapi nasib baik ler ada hadiah berlebihan hoi! rupanya tertinggal nama ko…..so let s blame RD, Abang Kakak hahahaha

oh well….she s Norfanil, single 🙂

IMG_6198

Ini je gambar kami berempat yang molek, Sid couldnt join, she s in Germany biasalah budak yang ngah belajar tetinggi ni memang obersi manjang. Yanok and Rose, never failed me. Kitorang kan kesian so susah nak jumpa sejak memasing beranak kecik.

Anw hopefully this month me Rose and Yan could meet up for our 2014’s wrap up. May Allah bless our journey, for 2015 onwards. Dah time for Yan to get fat, she has to get pregnant! Biarkan Rose and aku je mengurus. Ceh.

Liza, we love you….the event is not so big but i know you are happy, walaupun ko rasa nak cekik laki ko yang dok paksa pergi jugak ‘the so called birthday party’ di Shah Alam nih.

IMG_6203

Puan Host akhirnya dapat jugak makan sesuap dua laksa Penang. I m strictly on diet but hari tu aku bagi chance laksa ni masuk kat badan aku, aku tested gak a bit the mee kari. Kena ler merasa, udahlah datang dari jauh, pastu gila tak makan tengok oraang semua bukan main sedap lagi menelan.

Alhamdulillah, syukur coz kami diperjodohkan.

Thanks so much Orange Berries Cafe.

IMG_6216

The bloggers, the mingles…

IMG_2963

ini very gentleman punya bakal suami… Giorgio Izas, bagi hakak merah duduk amik seat dia 🙂

Terima kasih dik, andai akak tak dapat hadhir to your wedding ngan someone special kat atas2 tu….semoga bahagia perkahwinan ke akhir hayat yer.

IMG_2980

oh awal majlis sebenarnya telah diadakan doa selamat, takhta ini disandang oleh MB. TQ ustaz kecil…

Semoga Allah memudahkan Liza melahirkan, this is her 4th child. Yang seronoknya, the gap between the number 3 and 4 ialah 14 years (for 2015’s delivery). ha kau!!

that s why we named the hashtag as #tinyliza

Didoakan juga supaya rezeki dan perniagaan Orange Berries Cafe berkembang dan sampai tak cukup tanganlah melayan customers yang dengarnya waktu weekdays memang full house always!

IMG_2896

hah ada pun budak nih, ada kala aku tengah bagi speech ler tengah buat kerja, dia dok celah kelangkang! ko ni dik…

pastu tak nak makan, dok repeat pink guava Orange Berries jer, mementang free flow and he knows where to get, cuma tak sampai je nak tetekan!

IMG_2900

Suami isteri yang saya kasihi

Kalau aku datang UK, tumpang rumah yek 🙂

IMG_2918

Ini pun kusayangi sesangat jugak!

adik-adik pendukung redmummy.com

IMG_2926

My old time blogger buddy, juga turut mengenali Liza.

Thanks Gina Manan and please do drop me a call whenever you are in KLCC! Salam to askar and Jack.

IMG_2946

Hilal, came by a bit late but that s ok, asal janji hadhir ditunaikan. Insyallah….kami naik ke Penang untuk melihat pengantin bersanding

wink wink….cantiknya orang sebelah hoi!

IMG_2970

Lots of thanks, seriously terima kasih sesangat to the team members and management of Orange Berries Cafe, kami dari pihak RM, the guests and the bloggers, mohon maaf andai ada huru hara ke kucar kacir or salur galur yang timbul waktu majlis, juga salah silap bahasa sekiranya ada. Sangat appreciate ngan kerjasama dari pihak Orange Berries Cafe yang percaya dengan nama dan platform blogging line untuk membina dan menaikkan lagi dunia Orange Berries Cafe di alam maya untuk lebih dikenali offline.

Guys, please help to spread out the 100% of bumi comp, Orange Business Cafe, bagitau pada dunia, bilang pada saudara, hebahkan pada sahabat, lontarkan pada telinga mereka….di Orange Berries Cafe, bukan sahaja minuman sejuk seperti the blended, or froyo tarikan utama, depa juga ada minuman panas (i m so into air panas tu pasalnya), to name a few, teh tarik, hot choc, black coffee etcs. The 4 main dishes are mee kari, mee jawa, laksa penang dan laksa johor.

Lokasi : Orange Berries Cafe Kompleks PKNS, Shah Alam (Berhadapan perhentian teksi)
Parking : Boleh parking di dalam / bawah PKNS atau sekitarnya
Facebook : https://www.facebook.com/orangeberriesofficial

 

IMG_2967

Dear Liza

Kita mungkin pernah jatuh, kita pernah berdiri sama tapi kita mungkin tak perlu lupa bahawa kita sentiasa di hati. Walau jarang bertemu, walau mungkin jauh di hati, tapi kita tetap sahabat. Insyallah.

Sedikit hadiah baby shower dan doa selamat, untukmu yang sedang sarat mengandung. Semoga perjalanan mu dipermudahkan.

Good luck ler kena bangun malam lagi lepas dah beranak esok esok 🙂

Secara rasminya….tugas saya pun selesai.

Satu misi penutup 2014, buat masa ni ler. Those nak engage akak buat hosting for baby shower, hah bolehlah. 2 kali as a host skang nih. Terima kasih semua, thanks all yang hadhir, yang tidak dapat hadhir tapi menyampaikan ingatan maaf tu takper, sokay, hangpa pi wish jer kan Liza.

To bloggers, ada masa ada waktu, ada rezeki, ada event kita ketemu lagi.

Nah, let s sambung our busy life back 🙂 .

 

Comment: 15

Stay Beautiful with dUCk scarf…

This is 48hours sponsored post, kindly scroll down for my latest entries.

Sama ada kita ni  ibu yang bergelar surirumah atau bekerja full time / part time, apapun kedudukan kita, bila tang hal anak2, kitalah yang melompat dulu. Am I right? Mak is always like that, tu pasal being mak aku monitor anak2 aku a to z, maybe a bit possessive but  we just want to protect our children.

Cuma masalahnya, kalau kita terlampau obses dengan hidup anak2 sampai takde masa untuk diri sendiri, pun kesian jugak. Being Mak dan isteri, kita kena ada our some personal time sikitlah.  Macam aku recently I took the  blogjob offer in Sabah coz selain bekerja I can have my own single time. 1 malam je pun tanpa family, it helps (wpun of cos ler kita akan rindu gila ngan suami dan anak2 kan).  Itu yang short trip, adakalanya few hours pun dah ok to me, ada jugak yang trip few days tanpa anak2.

Watching this short “Stay Beautiful”  video , bagaimana kita cuba dalam dunia kita tapi terus melompat, mencari anak2 yang sedang menangis tak keruan. That s mak.

I would like to encourage all of you, tak kira anak dara, suami, ibu bapa dan siapa sahaja to support the Stay Beautiful Campaign coz saya percaya dan menggalakkan yang mak mak ni patutnya ada masa untuk their inside and outside of the beauty.  On top of that, for the kempen, my dear fren Vivy has actually designed the exclusive dUCK scarves untuk the mothers out there.  She s very happy to share the little joy to every woman/mother macam kita ni.

clip_image001

Kalian perlu  to www.staybeautiful.com.my to know more about this campaign and Buy RM40 worth of Pantene or Head&Shoulder Shampoo and Conditioner to Get a FREE Limited Edition dUCk scarf

AND

Join the contest at www.staybeautiful.com.my to stand a chance to WIN a Premium Basic Collection dUCk scarf worth RM120.

Happy? Good luck dear mothers 🙂

Khidmat pesanan masyarakat PG Beauty dibawakan oleh Redmummy.com

Comment: 6

CIPELA @ ISETAN KLCC and CIPELA Espadrilles @ Zalora!

shoe 7

Shopping?

Itu sedara aku tuh. Asal boleh hehari nak menyopping kan, tapi tu lah lama sangat tak buat citer shopping dan show off sini dok. Mesti hangpa pun pelik ko dah kenapa Kak, insaf dah?

ha ah insaf a bit.

Tapi bila tang sale, belum hinsaf lagi LOL

CIPELA-ISETAN 3 DAYS 1

Kan hangpa tau Cipela memang dah ada kat Isetan KLCC, so they are having 3 days special, starting this Fri 5th to Sunday 7th nih.  Kalau bukan member boleh dapat 20% tapi kalau ko member, boleh sampai 30%. Kak Red is a member of Isetan, sapa mau pakai kad akak? hah kena la jumpa kawtim ngan akak.

Bukan tu jer, nanti on the 13th Dec to Christmas Day – 25th December pulak ada clearance campaign also at Isetan KLCC, yang ni pulak depa feature old stockslah masa ni and sapa dedulu dok bising tak dapat beli, bolehlah pi do the borong-borong gak. Habis nanti, you dont bising2 sini hah.

shoe 7

Nah ni kalau hangpa beli offline ler, kat Isetan KLCC. tapi how about those yang nak beli online. Pun beres. Ada di Zalora. Hamik, lagi le main pepetik je senang keja kau.  Untuk konsep kasut di Zalora pula dinamakan CIPELA Espadrilles yakni a sister brand under CIPELA Shoes. Kekasut dalam family CIPELA Espadrilles ialah jenis konsep matchy matchy. hah macam Akak pakai sedondons sama dengan Kakak, or RD pakai sama dengan Abang (too bad takde size for Zeeshan).

IMG_3019

Cubalah tengok kat sini, boleh main matchy2 tu yang best hiks…

http://www.zalora.com.my/cipela-espadrilles/

I am very active buyer di Zalora so memang hari ni kau order, esok dah sampai. Tak pernah lagilah kalau yang akak oder delayed more than 24hours, and i have been spending jugak kat Zalora ni beribu gak weih!  Some more kalaupun tak rasa was-was dengan size, bolehlah measure, tapi pun kalau dah measured pun masih lagi terbesar dan terkecil pun boleh je tukar size, and get the smaller/bigger size yang sesuai ngan hangpa and anak2 or adik2 hangpa. Free jer pun postalnya, semua provided by Zalora.

Coz remember its a matchy-matchy concept by CIPELA Espadrilles.

IMG_3017

Biasanya mak ngan anak pompuan memang confirm akan belilah coz nak sedondon (sama ler ngan aku gak), bapak2 and anak bujang, you too boleh ler gak, takkan the girls je kan, style wei!

By the way the CIPELA Espadrilles ni the caters for casual, relax and light canvas shoes dengan plaited fibre soles, yang dipanggil ‘jute soles’. Just perfect for our daily and weekend comfortlah yek. For me kasut cenggini ai suka pakai masa weekend and travel pun wajib.

So depa ada sekarang di Zalora, boleh je terus ke link nih, akak dah menyenangkan kerja hangpa and ada size kecil untuk young girls, boys and men, of cos the ladies too from size 34 to size 45. Click tengok sini yeah, at Zalora.

Else, please visit CIPELA / HiDY’s website.

HiDY Store, address: No 46 Lorong Dataran Wangsa, Wangsa Melawati 53300 Kuala Lumpur and email  hidy@hidy.com.my or  cs@cipelashoes.com  and   Contact Number: 013 380 1338.

So, jalan shopping di Isetan KLCC dan juga jalan shopping merayau online di Zalora – all for CIPELA.

 

Comment: 4