Posts by :

Mudah dan pantas dengan MamyPoko Pants Extra Soft Fit…

48hours sponsored post.

IMG_1360

Redbaby sekarang sudah mula melasak, ye lah dah 4 bulan lebih dah. Masa untuk dia roll over meniarap pulak. Berpusing-pusinglah dia ke kiri ke kanan. Memang tak boleh duk diam dah dia, pantang letak terus zap dia berpusing meniarap. Kita nak siapkan pakai diaper dia pun kelam kabut dan susah jadinya sebabkan dia tak mo duduk diam. Ibu-ibu sure ada pengalaman macam ni kan…

IMG_1426

So oleh sebab kelasakan dia duk bergolek sana sini sekarang, kami telah pun bertukar menggunakan MamyPoko Pants Extra Soft Fit. MamyPoko Pants Extra Soft Fit memang sesuai untuk baby yang tengah aktif macam RB ni, tak kira la samada tengah aktif nak meniarap, merangkak ataupun berjalan kerana ianya sangat senang dan cepat untuk disarungkan ke baby. Tambahan pula ianya memberikan kelembutan extra dan well fit untuk memastikan baby selesa dan ceria sepanjang hari.

IMG_1395

Memang mudah dan pantas, just sarungkan jer. No more extra steps 😉

Even RB nak bergolek ke, sure no problem 🙂

IMG_1397

Ha dah siap pakai. Senang kerja mak-mak semua. Ai lagi la suka kalau kerja cepat dan senang ni, boleh buat kerja lain pulok.

FYI, RB pakai saiz M, tapi MamyPoko Pants Extra Soft Fit juga ada saiz S ya. Dan dah tentu saiz L, XL even XXL pun ada jugak. Lagi afdal kalau kita ikut saiz yang betul seperti carta di bawah ni bagi memastikan keselesaan baby. Ye lah, supaya tak terlalu ketat ataupun tak terlalu longgar.

Dan antara ciri-ciri utama MamyPoko Pants Extra Soft Fit ini pula:

•    Kuasa resapan yang tinggi – untuk penggunaan yang lebih lama.

•    Cotton-like Extra Soft Material – permukaannya yang lembut untuk pemakaian yang selesa.

•    Whole breathability – Untuk mengurangkan ruam.

•    Stretchable waistband and leg gathers – Fit dan selesa dalam setiap pergerakan.

•    6 reka bentuk Pooh yang cute dan berbeza.

IMG_1455

Oleh kerana MamyPoko Pants Extra Soft Fit ini sangat mudah dan pantas untuk dipakai, memang sesuai sangat lah kalau ada aktiviti-aktiviti di luar rumah. Tak kita la pergi mall atau lepak kat taman or even travelling, bila tiba masa nak tukar diaper, ha sarungkan jer la terus. No need nak kelam kabut nak cari baby changing room. Kat mana-mana pun boleh tukar diaper. Dan kalau nak bukak pulak, just koyakkan di bahagian tepinya jer. Senangkan…

IMG_1457

Tepi swimming pool jer tukar diaper 😉

Oooo BTW kalau korang nak try MamyPoko Pants Extra Soft Fit ini, bolehlah dapatkan sampel percuma dari sini ya. I’m sure korang pun akan berkenan 🙂

IMG_1434

MamyPoko Pants Extra Soft Fit sentiasa memastikan baby dalam keadaan kering dan selesa, tengok RB tersenyum ceria dan tak banyak ragam. Bila baby tak banyak ragam, secara tak langsung si ibu pun tak stress dan ini dapat mewujudkan situasi yang ceria dan sihat antara kita dan baby 🙂

Dan kerja Mak Merah pun semakin mudah dan pantas hiks 🙂

Oooo satu lagi good news, MamyPoko participating in Mom & Baby Expo di MidValley pada 11 – 13 May 2012, 10am – 10pm. Depa punya booth location ialah just opposite registration counter kat Hall 3.

Antara promosinya:

o MamyPoko NB52 & S48: RM28 each

o MamyPoko M44, L38, XL34 & XXL28: Buy 2 packs for RM66

o MamyPoko Pants Extra Soft Fit S19, M17, L14, XL12 & XXL10: RM18 each

o MamyPoko Gentle Cleansing Wipes (Fragrance Free & With Fragrance): 80pcs x2 packs for RM10 / 20pcs x4 packs for RM10!

Orait, see u there!

Khidmat pesanan masyarakat MamyPoko is brought by Redmummy.com

Comment: 22

Girl – The one and only….

IMG_1477

IMG_1478

2 keping je ada gambar abang bila kemudian dia blah tak nak terlibat dengan genjatan lonjatan gambar adiknya. dia shy shy ok nak amik gambar kat sini, bukan league dia katanya. so adiknya pedulik hapa…nak jugak melompat. sebenarnya masa gambar2 nih, RB pun ada sama dok dalam stroller. laki aku pi pasar dia malas nak bawak angkut budak2, dia pi sorang2, so aku teman anak2 main kat playground, kadang2 swimming.

kat situ boleh bilang makpak yang ada sama tengok anak2, lain sumer maids. kehkehkeh!

Kakak dok ingatkan amik gambar dia nak lompat2 dari kat rumah lagi tu yang aku bawak turun gak kamera. Siap dia remind banyak kali kay. Best betul.

IMG_1479

IMG_1485

IMG_1489

IMG_1490

IMG_1501

IMG_1509

IMG_1503

Lovely Gegirl.

She s the only daughter I have. She s very fragile and lembut sangat, susah nak naik tangan ngan dia, memang rasanya ada sekali 2 jer kot tu pun petik2 je kat jari coz nakal sangat but marah pun susah sebab she s very dengar kata. Cuma kadang2 sebab dulu ada maids, jadi dia manja2 but now since kita rely on each other dia rajin dah kembali tolong buat kerja rumah.

Bila terleka lepa sikit kenalah ingatkan balik, dia kan kanak2. Aku sian ngan dia coz she s very soft and tiap kali bapaknya outstation (aku jarang outstation) , dia akan menangis hiba2 sesedihnya. Last week bapaknya pergi 1 nite je pun dia dah meleleh2. Ni tak lama lagi bapaknya nak pergi ke main lama jugak, merasalah tetiap malam drama.

Pagi semalam aku tengok pas dia subuh siap berbaju sek agama tapi tak keluar bilik, after breakfast dia duduk dalam bilik. Then aku check, dia sorok something. Kakak tulis kad untuk mommy.

Mana dapat kads?

Cikgu bagi 1, Daddy belikan 1.

hahhahaha…dah bocor rahsia. Takde surprise.

Sayang Gegirl. Kalau RB menangis, memang Gegirl yang meluru dulu, Abangnya steady jer, buat dek lagik.

Anw, sedih sangat kan tengok video budak yang kena pukul dek maknya tuh. Budak tu baby lagi, merangkak2 dia pergi dapatkan maknya walaupun mak dia dah membantai dia, sepuk sepak bagai segala. Sakit hati aku tengok, menyesal tengok pun ye coz sampai sudah malam pun dok terkenang2. Wpun ibunya dah selamat dipenjarakan, semoga ada lagi belas kasih sayangnya pada si anak, kesian anak tu.

Comment: 38

The brothers bonding….

IMG_1442

jerawat kat atas bibir kita ni, mak kita kiss terus ilang esoknya 🙂 . Anw, mak kita terkejar2 le tu sampai letak gambar kita ni sekeping je pun. takpelah, tengok video kita ngan abang kita yek

 

Comment: 26

Pemakanan by Marie France Bodyline….

 

IMG00542-20120502-1012

Makan minum untuk mengurangkan inci dalam penjagaan MFB tak banyak beza dengan penjagaan masa dalam berpantang. Mostly adalah lebih kurang sama jer. Kalau korang amalkan apa yang kita dalam pantang dulu, sampai bebila pun boleh gak slim down. Eh ai turun banyak gila yek masa berpantang, coz aku jaga bebetul.

Kemudian mengambil peluang menyambung bersama MFB coz bila masuk kerja isk isk, buruk betul perangai makan minum main boh jer! Ada sedikit tergelincir badan ni bila dah tak menjaga makan minum. So anw, memandangkan aku masih lagi fully bfeed takdelah aku nak turunkan pengambilan makanan harian secara mendadak cuma aku try to be lebih selective. Yang mana boleh reduce kita cubalah. Kalau boleh makan sebelum jam 7 or 8 malam the latest. Itu memang dari pantang pun aku buat.

Pastuh, tukar gula putih kepada brown sugar, kat MFB pun depa serve brown sugar. Dengarnya lebih senang mengurangkan berat. Kemudian banyakkan fruits and veges. Alah hangpa, nak senang jangan korang skip ikan. tu dahlah protein and tak menggemukkan langsung.

Ayam boleh but jangan ko amik tetiap hari, once a week ok ler but kulitnya tolonggggggg ye bahaya tuh.

IMG_7903

Bukan gambar terbaharu, taken about 2 weeks ago. Yang paling ditujukan ialah dress tu pernah sangat aku sarung dalam my few events few years ago! hah dipakai semula selepas few days bersama MFB.  Btw kan korang ramai bebenau nak tau package harga segala, I tau budget tu penting but cubalah sms MFB dulu untuk further details. Aku malaslah nak letak harga2 package MFB kat sini coz dalam entry2 lain pun kang soalan sama keluar so apa kata hangpa sms and nanti depa layanlah soalan2 hangpa tuh.

SMS Promo:
Achieve your perfect bodyline at RM68

SMS *MFB <space> RM<space> Name, Age, Preferred Centre* send to *32996*

Ulangan SMS Promo yang korang nakkan tuh:

SMS *MFB <space>

RM<space>

Name, Age, Preferred Centre

* send to *32996*

Kalau nak jumpa ai di MFB, i hanya pergi di KLCC outlet and hanya ada di hari bekerja sama ada lunch hour atau selepas jam 6petang. Kita bolehlah sesama laga body wrap yek 🙂

Comment: 12

Donating the EBM…

 

IMG_1280

tolong susun my EBM, nak transfer yang dari freezer ke chest freezer.

Mana ada space dah untuk chest freezer, penuh sangat.

Habis tuh nak simpan mana?

Cuba try donate, padat dah tempat takde nak simpan.

Ye korang….kita mengambil keputusan untuk mengdonate sedikit dari stock EBM yang ada untuk memberi laluan pada stock2 baru yang dipumped.

Alhamdulillah syukur kerna aku dikurniakan susu yang banyak. Sebenarnya waktu dalam pantang, aku boleh produced lebih dari 100 oz per day. Kalau sekali pump 18 – 20 oz (2 sides at a time) pastuh pump nya pulak memang antara 8 – 10 kali per day. korang kira le maths jadi berapa….itu masa dalam pantang, bila back to work, now dah 2 bulan masuk kerja, aku hanya dapat pump antara 5 – 6 kali sehari dan setiap kali pump pulak paling sikit is 6 oz. tu paling sikit, mostly is 8 – 9oz full. jadi koman2 skang at least 40 oz dah tentu setiap hari stock up.

Tu pun malam direct feeding tau bila balik kerja. Siang pun dia minum dalam 20 – 25 oz jer. Jadi pengeluaran adalah melebihi permintaan buat masa ini dan juga kita juga tak mampu nak simpan mana dah susu nih. I ve bought the chest freezer tapi itu pun penuhhhh!

IMG_1276

jadi bila I was introduced with this group, the group oleh ibu2 yang ingin menderma susu badan mereka untuk yang lebih memerlukan for eg untuk premature babies, or ibu2 yang tidak mahu menggunakan susu tepung coz they believe on the power of susu badan, so onnnnnnnn! I joined as well. But tidaklah kita semberono nak bagi merata bagai coz aku pun kena check profile of the baby.

You know as a muslim kita kena pastikan jugak profile baby nih coz apabila membesar tidak ada conflict kemudian hari coz dia dah tentu akan menjadi anak susuan aku and I need to make sure my kids and baby tidak ‘berkahwin’ atas dasar pangkat ibu anak susuan. Semua orang paham kot dah kan konsep ibu/anak susuan. So adalah penting untuk aku tengok profile the baby.

So far till now masih belum dapat coz I rasa tak ramai orang open kot untuk menerima susu badan ibu lain. But believe me, tak ramai tapi tetap ada.

Jadi korang if ada yang memerlukan EBM, bolehlah contact Kak Red nih, insyallah kita boleh donate, policynya senang saja, kenalah datang amik sendiri. I ll give at least nak reduce suku of the chest freezer untuk memberi laluan stock2 yang kita pump baru.

Ko tengok, sampai EBM pun kena main lelanting.

IMG_1279

Tapi kan

hemm pelik gak.

Kenapa takde mana2 persatuan pertubuhan or any breastfeed lines yang approach aku yek? I am fully breastfeed and support the concept but entahlah, orang tak tau ke aku penyokong tegar susu badan. So anw kalau korang nak mencari stock EBM or nak donate bolehlah LIKE the Human Milk 4 Human Babies Facebook.

Thanks adik2 ku Dr Shida and Dr Hannan for recommending me the site.

Anw, aku ngah ada idea sket…ingat dalam air milo anak2 eden yang besar 2 orang tuh, aku nak letak susu aku gak hehehehe. Dia orang bukannya tau pung! Kat bapaknya ? heh korang nihh. ngarut jer!

Comment: 42