Posts by :

Ting Tong!

skang kepala manyak ting tong lor!

raya fitri pun gua update, tetiba raya cina boleh diam plak hahahahahha

sorry lah, pala ngah lari tune nih. macam jetlag kononnya kau!

Later yek 🙂

Comment: 29

Gong Xi Fa Cai! Kung Hei Fat Choi!

image

gambar paling cocok untuk perayaan raya cina…

Untuk teman2 yang meraikan the arnab year, gong xi gong xi!

raya cina means merah merah

merah2 means ong ong

ong ong means RM

RM means Ringgit Malaysia

RM also RedMummy

those yang bercuti panjang……jangan melasak nau!

saya tidak ke mana2, dalam sejarah cuti panjang kita dok diam2 di Kuala Lumpur sahaja **blame RD**

Comment: 37

Warna Warni!

image

ada bukti datang ngan anak2 hahahaha…susah betul nak amik gambar abang sangat kan….gambar RD lagilah jangan harap. bawak kamera 2,3 kiri kanan tapi sume dia kena pegangkan

image

yey makan sedap sedap. ayam goreng tu punya sedap sampai aku tanya brand apa hokey, terus carik kat Jusco! budak2 suka betul ngan ayam goreng jenama itu. Sapa kata aunty jutawan pakai baju selangor? hahahah ini tshirt dapat dari Maybelline event, which i never blog bout it, dapat mascara yang bestttttt huhuuu….

image

Happy Birthday Zulfan!

awat muka masam nak tiup lilin tuh! Dengar cakap mama papa and jaga adik beradik yang lain yek. takde lah riuh budak ni cam si abang, ikut je cakap…..

image

entry paling ringkas sebelum mencapai cuti panjang 4 hari….

Yang tengah tu Nor, sama2 ngan aku masa pi Dr Nan and Dr Shida nya wedding di Muar. ceii…budak tuh pi cucuk ke peluk pinggang aku, dah terlanting teh tarik panas kau. sib baik tak dok budak kecik depan keliling kita ahhaha…alah panas sket jer. tak melecurpun tangan aku. kita org tua bukan tak biasa kena Panas Panas nih ahhaha. Lek lar Nor, ai tak saman you pung. lap u norrrrrr!  anak2 ko hensem siottt….

image

Baju hitam tengah tuh Dee, we used to work together di Baskin Robbins Rex, oh zaman ku umur 17tahun yek, dah mula kerja part time sendiri lepas sekolah. abih kelas, pi kerja, balik dah malam, esok pi sekolah. dikira2 aku  ni memang tak pernah cukup rehat sejak dari kecik ke tua hahahaha…

ater dah tua2 ni pun siang kerja, malam ngan anak2, pas depa tidur baru ngadap blog. kol 1-2 pagi baru panjat katil. ha sama ler tuh.

Sebelah Dee is Super Pink Maya. Oh dia dah terkenal sangat dalam RM…our daughters sebaya. She s also my good contact baik dalam hal urusan peribadi mahupun bukan personal. hah banyak tuh….Happy Belated Birthday Maya, adiah dah dpt kan?

Dan tuan rumah yang pernah sponsored Score A to our son, Amy Sweetdarling.

Thanks to Amy jemput Red Family for your son’s birthday party. Wpun hari tuh hujan non stop, tapi aku nih, kerna janji kuturutkan juga. coz adalah sedih kalau orang berjanji ngan kita, tapi kalau kita tak kotakan janji, huk aloh. memang aku kurang boleh terima. Cuma kalau dah kecemasannnnnnnnnnnnnnn sangat, acceptable lah kan. tu pasal ku hauk gak anak beranak pergi biarpun hujan menitis tanpa henti. wah ayat!

Sapa lagik nak jemput ai?

Lanting-lantingkan jer e-jemputan kamu 🙂

Comment: 36

Holla Hollahopppppp!

IMG04338-20110131-1748

macam nak beraya coz beria tukar duit singgit? eh dok eh, tetiap bulan aku memang tukar duit singgit2 nih. kadang2 seratus, kengkadang 200. kali ni tukar 200, tak yah duit baru pun takpak….

bukan untuk beraya lor, tapi duit belanja sekolah agama anak2. Sekolah mandarin depa tak yah duit belanja coz memang tak pernah beli kat sekolah, melainkan buku or alat tulis je kat skolah dibeli.

Abang belanja 2 ringgit, singgit masut tabung, seringgit buat dia joli kat sek agama. Gegirl tak pernah belanja duit sekolah agamanya, bulat2 dia masuk tabung. dia kan nak pi Hong Kong! hahahaha sapa nak bawak ko pi Hong Kong nih Gegirl…

Pastuh nanti rolling balik, dah penuh tabung, tukarkan ngan duit makpaknya yang note besau, hantar ke bang, yg singgit2 nih dipusing semula untuk duit tabung. Gegirl tu sampai skang tak pernah beli kat kantin sekolah agamanya tau, coz dia punya determination nak pi Hong Kong sangat membuak2.

Memang haku kena bawak jugak depa pi HK gak nih….

IMG04340-20110131-2143

n taraaaaaaaaaaaaaaa

my babies dah sampai all the way from UK! but but tak semua tuh are mine, ada yang for sale, kutolong kawan. So check out Shop@RM for the bags yeah.

Nanti senang wa reveal pulak my hobby giler nih, tayang hbags pulak. orang ngah sibuk cuti raya cina, so nanti2 lah yek………

I cuti you hari nih, Wilayah kan cuti…korang jangan makan hati yekk!

sejuk2 nih dok lam blanket perkhh…tarik curtain, terbaik hokey!

Melompatlah korang kang tengok earnings pastuh tengok handbags pulak hahahaha…ini dah hampir 2 bulan aku order baru sampai lor, berdikit2 simpan duit tapi yang penting takdelah nak kacau duit saving. Ngeh 🙂

Comment: 38

I reveal my Jan’s earnings!

image

This is from Churp Churp Account

n remember pasal Churp Churp pun kita boleh dapat earnings, sama jugak ngan Nuffnang, ku cash out setiap bulan jugak. For Churp Churp aku banyak dapat dedicated FB/Tweets. Semua social network yang ada memang aku pakai untuk ‘mari mari masyuk’.

Sib baik RD’s account tuh aku tak godam, kalau tidak ngan dia2 nya account pun aku ganda 2 kan earnings, tapi takper, tak yah tamak haloba.

Churp Churp Jan’s earning  is RM1, 508.19.

image

Ini Nuffnang’s account

Nuffnang’s account, always cash out on the last day of the month, the Jan’s earnings ONLY.

ni bukan bulan2 lepas punya earnings yek, this is only for Jan.  aku tak main campur2 bulan lain bagai, i cash out every month coz terus hantar masuk savings/asb. daripada kumpulkan kat Nuffnang account…baik terus langsai ke ASB.

Nuffnang Jan’s earning is RM12,608.20.

Feb earnings, tunggu le cukup bulan, tak tau in total yet, but number of advertorials tu aku tau dah berapa.

Moralnya:

1. you blog nicely, tak yah nak kutuk bloggers lain kalau dah tau ko tu tak ke mana perginya, insyallah ada lah earningsnya.

2. kerja kuat dong, get the hits bla bla bla.

3. Study lah sendiri dalam RM nih if nak sangat tahu pasal blogging tips, ramai aku tengok pi bukak first enrty aku sampai skang korang khatamkan. nak korek camne ke blogger jutawan nih buat kerja.

4. Ko tak takut ke kak red, if LHDN audit lagik? nak takut menda, aku bayar tax blogginglah.

5. Nak kata aku menunjuk nih? hah kem salam lah korang….ini lagi group yang menyampahkan aku lagi makan hati mengigau malam gamaknya sampai terus sambung kutukan untukku, but kita perlu sedih ker? Lagi aku tayang earnings aku adalah…

6. Tak yah lah buang masa nak hamun ai si merah nih. ai dah immune, lagi u hamun melompat, lagi ai show show, lagi u bernanah darah. You know who you are from that group, and these ppl are all younger than me, in terms of age. Baca entry nih lagi best dari baca entry yang kutuk2 ai tuh pastuh gigit jari. Diorg sure terduduk dik.

7. Jangan kedekut dengan readers and panjang2kan buah tangan pun ye jugak. Zakat dan sedekah tu tak yahlah dicanang pun, apa yang korang leh share ngan readers, do it so. Ini orang bagi korang contact/adiah, terima kasih kat orang tu pun tak pernah. Sian readers tuh.

8. Readers pulak janganlah suka amik kesempatan jugak. Kita tolong mana yang terdaya. cara bantuan kita either via GBM Forum in RM nih, or via FB Fanpage, or via Twitter. If you tak nampak kita promote you dalam RM nih, maybe kita keluarkan your permintaan bantuan di channel yang lain.

9. Anw, mana pergi hilang yang nakkan tips jutawan harituh, dari beratus yang kita jawab, hanya 10% sahaja yang membalas semula. Lain mana hilang? dah kayo tak nak belajar ke?

10. Mood aku lately ni nak memarah je kan..isk isk. Sorry babe, keje banyak, yang nak dilayan kerenah pun ramai pastuh ada orang kacau family mertua aku, so wa sebagai pahlawan merah, kenalah jadi menantu mengdefend semua orang sampai aku naik hantu. Ni job laki aku bagi aku lor hahaha aku kan ‘ganas and garang’!

Anw earnings ni sume bukan dari jumlah iklan atas bawah kiri kanan, tetapi penyumbang utama adalah dari SPONSORED POSTS, seperti yang kubilang dalam Hot.fm.  Tidak juga termasuk yang direct iklans terus ke RM. itu kita tak yah reveal lah LOL.

Alhamdulillah, tambah sket je lagik, untuk both earnings jadi RM15k only for Jan. Sebenarnya kan, bukan baca RM ni sekali lalu jer korang leh dapat ilmu tips blogging, you kena dok sini study and tengok camne saya slowly naik. U can ask loyal readers RM yang dah bertahun2 dok di sini, baik yang suka or tak sukakan ai, depa akan tetap mengaku yang aku naik berdikit2 and sangat dedicated. So dont touch and go dari sini, tapi study and tengok rentak tuju blogging sebenarnya.

Comment: 187