Posts by :

To the Twitters!

IMG01916-20100816-2006 IMG01915-20100816-2006

hadiah milik 2 pemenang Crosswords Puzzle yang belum sepat diorang amik yet

next contest aku hanya nak invite those yang ada twitter account sahaja yer. takde tak perlu ada blog, asalkan ko ada twitter and if u read my update ko tau yang aku memang almost 24/7 memekak2 dalam tuh. so kita akan buat contest, kira hadiah hari raya untuk korang gak lah.

ahah……..lagi satu i was thinking to lock my twitter account gak coz nak buat contest nih kan, jadi sapa2 yang belum add me, jejemput lah kang aku tengok nama was2 aku tak approve lak korang follow twitter page aku. eh sebenornya bukan gitu, tapi aku tak nak bagi korang tengok the updates sebab nanti korang tau the answers ehhehehehe….unless sapa yang memang already in my followes list in twitter je lah boleh nampak.

apparently aku dah tweeted lebih 11ribu tweets sejak setaun lepas, so makanya contest tu dah tentu related dari tweets yan gaku dah shouted or keberangkalian besar dari RM ni sendiri.

yah yah, ni antara lain nak bangun kan korang yang ngah puasa2 nih nampak macam merundum jer performance memasing kan…so apa lagik?

add me pat pat kuih lepat, sapa cepat dia mendapat!

image

redmummydotcom

Comment: 31

The Dentist!

IMG00358

last week Gegirl’s gigi bawah dah bergoyang2. aku mintak dia bertahan sampai hari sabtu, bapaknya pun bawak jumpa dentist. oh first time dulu aku datang bawak gegirl kat sini, memang rasa cozy seronok gak environment clinic nih. She s actually fasting, but sebab dok cabut gigi, makanya kenalah bukak puasa.

IMG00361

dulu memang ada satu goyang, tapi dentist mintak datang lambat lagi, ni sumer gigi susu yang tak pernah patah pun or cabut pun sejak she s a baby. n then so dari satu bijik, rupanya ada 2 biji yang kena dicabut. nak tunggu bilanya. dedua gigi bawah plak tuh.

so Sirman pun suruh je cabut dedua…

IMG00362

alolooo…budak takdak gigi bawah 2 batang

IMG02076-20100821-2357

seharian tuh dia hanya boleh makan bubur nasi yang kena tunggu sejuk, tak boleh makan panas2, and tak boleh jugak minum air panas, so semua air dia sejuk2 belaka. Since she s not fasting, kekejap mintak makanan. tapi masa puasa takdelah sangat nak makan, except masa 1st Ramadhan. but bila tak puasa nih, ke main lapar lah pulak. menghormati abangnya yang puasa, dia makan dalam bilik.

masa kita berbuka kat umah neneknya pun dia tak makan sangat coz takdak bubur, tapi balik malam tu lah yang aku sakan dok kat dapur tanak lagi buburnya.

IMG02062-20100821-1803

susah nak nampak takde giginya, ha ko abih dia menayang bagi korang nampak clear sket….she tak segan pun, tapi dia bengang coz dia tak dapat puasa so dia ketinggalan satu hari, dah tak leh nak leading abangnya. kira diorg sama ler, memasing satu hari tak cukup puasa.pasnih gigi mana lagi nak tercabut…for 2 batang gigi, RM80 kena, takpe lah nanti boleh claim. Eh tapi sib baik aku bawak cepat gak pi jumpa dentist coz gigi baru dia dah nak tumbuh kooooooo! kalo lambat cabut, gigi boleh berlapis wor.

N malam tu jugak dia bawak giginya ke umah neneknya and aku lantingkan ke atap zink rumah mak aku. Ni dah penah aku blogkan, aku pun dah lupa lah napa, tapi sejak dari kecik lagi makpak aku buat gitu, orang2 tua buat, aku pun balingkan je lah gigi anak aku. cuma letih menjawab bila Gegirl and Abang kepoh tanya napa nak kena baling. so aku jawab….biar siang2 kena sunlight, so gigi Gegirl bersinar2 dok atas atap umah nenek. ngehh…jawapan selamat 🙂

Comment: 13

Buffet Ramadan INTEKMA…

IMG_1733

bukan berdua, tapi berempat 🙂

IMG_1814

2 tahun ko, 2 tahun INTEKMA cuba nak ajak aku buka puasa tapi memang tak boleh sesajar. tahun ke dua ni pun hampir tak jadi coz slot memang tak ngam. sampai bolehlah akhirnya itupun oh sedih, kami reached INTEKMA 5 min selepas orang dah berbuka.

so sib baik aku dah beli siap2 kat param karipap 3 inggit and ayam 2 ketul untuk kami just in case tak dapat sampai Shah Alam on time. memang patut pun, aku memanglah on time, tapi laki aku tu nun dari jauh, nunggu dia jer ke main lambat, 645pm dari Cheras nak kejar ke Shah Alam.

Jumaat plak tuh..ha paham2 je lah jem camne. Thanks to Amy from INTEKMA for the great hospitality.

IMG_1687

kita berbuka puasa di tepi pool youuu….

sekali pelapik meja makan sama merah darrrrrrr!

IMG_1694

gegirl cukuplah suka ngan kueytiaw, tapi boleh pulak masa first round memang banyak tapi bila dia nak tambah, dah abih ko. so aku ingat ok takde rezekii lah kan but bila chef tu cakap eh eh kita masak skang gak kak. wahh! kira dia bukan masak kol 3 petang, dia masak jam2 tu gak untuk korang. i love it lah!

IMG_1684

INTEKMA punya specialty are murtabak nih, sodap fav sirman sesangat, mee jawa INTEKMA, nasi lemak ayam berempah, sup ekor asam pedas and kambing panggang.

IMG_1698

tak yah risau hujan, makan kat pool nih dah siap bercanopy, tepi pool lagik. agak2 ko panas, ha sambil makan tu pi berendamlah lam pool tuh. tapi jangan marahlah kalau orang sume pandang ko kan, apakah ko dah gila, orang ngah bukak puasa ko nak berendam pulak yek. ko dah kenapa? cantik sangat nak berbikini plak?

IMG_1727

jemu makan di tepi pool boleh makan di atas ada dewan besar….banquet yang tetiba aku leh jumpa kaum kerabat…

IMG_1728

my biras and her family (husband dia is Sirman’s brother)…ada company dia engage bukak puasa kat sini, so dalam tuh pun ada keliling banyak buffet untuk buka puasa…

untuk solat ada kapasiti 100 orang di surau, ada kaunter zakat, dan tazkirah di setiap Jumaat & Sabtu

IMG_1748

tak pun dah rasa bosan makan kat dalam banquet boleh je turun ke pool and tarik meja yang orang lain dah balik tuh and sambung makan buffet di pool gak…macam family BIL aku nih lah. sakan kitorg borak citer segala….

untuk family abang ipar aku kat Amsterdam tuh, takpe takpe, nanti kalau ada rezeki baliklah Malaysia yek.

IMG_1754

sambil2 tuh boleh dengar celoteh MC or host, namanya Fuad untuk di pool nih, yang di banquet akan dapat live telecast gak, beliau akan menyanyikan lagu2 mengikut permintaan korang. dari lagu biasa, rock kapak, jiwang terhangat, dangdut mahupun lagu raya. lagu raya ni bila dah nak dekat raya, lagi happening lah weih! Semua chef di INTEKMA akan berada di buffet area jugak untuk serving kita, dan diorg pun nanti akan menyanyi sama. kira tempat nih memang takde lah protokol sangat.

macam orang kawin kalo kita pi makan kat hotel tuh, protokol gila kan? ha not for this, ko nak nyanyi sama pun boleh…

IMG_1771

atau ko boleh dedicate lagu untuk sapa2 kat INTEKMA buffet ramadan nih lah…yang kelakarnya aku dengo ada ucapan tuh..

Boss, saya tujukan lagu ni untuk boss semoga boss bagi kami cuti panjang dan kami  dapat bonus ye, raya dah nak dekat Boss!

muahahhaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

satu INTEKMA dengo bang oi!

image

rambang tak mata ko! hai kalau baca entry nih sebelum waktu berbuka jangan ko coba2 nak culas puasa yek!

image

staff diorang peramah bangat, diorg akan sentiasa tersenyum dah cuba help kita bila kita macam teraba2 eh nak makan apa ek…ha lajulah depa suggest kat ko. diorg tak kenal aku RM lah, takde maknanya nak bagi special attention pung!

IMG_1671

INTEKMA Resort & Convention Centre is located in Persiaran Raja Muda, Seksyen 7, 4000 Shah Alam.

IMG_1667

Sempat lagi nih kalau korang nak bawak kawan2 opis, or company nak buat buka puasa dan juga untuk family makan di sini, harga berpatutan tak mencekik2 sampai RM100++ kat sesetengah hotel. Setiap seringgit pula akan didermakan pada badan kebajikan dan rumah anak yatim. RM43 nett for Adult and RM22 nett for kids above 6 years old.

Buffet Ramadan ini hanya sehingga 9 September, 10hb orang raya oiiiii!  So kalau nak reserve ke hapa, boleh contact +603 5522 5001 / 5009 / 5066. Kalau korang tak de kawan nak makan kat buffet nih, boleh bawak RM, dengan syarat ko belanja. dah katanya ko nak dating ngan aku kan, so pendater (matiklah main suka2 jer buat english vocab kan, pastuh ada yang tazkirah ai hahahahahah) kenalah bayar for me. Murah rezeki korang 🙂

Tak pun kan, ko pi je makan sorang2 kalau ko takde gang, coz aku tengok ramai gak selamba je abang2 bujang dok sorang2 buka puasa sorang2, yang pompuan tak ramailah sorang2, pomp penyegan sket kot. dr makan sorang2 depa lagi rela tapau bawak balik.

FYI, INTEKMA nih suku sakat UITM kan?

so ai pun product ITM youuuu….. (still aku tak rasa sedap tekak guna UiTM). Menyokong INTEKMA tanggungjawab kita…cewahhhh!!! apa lagi korang yang product ITM? tak geti2?

Comment: 23

Ramadhan buka puasa for my big family…

IMG_4492

langsung aku tak leh nak tepek gambar family members aku coz sorang dok sini sorang dok sana sumenya tak bertudung baik menantu baik anak. so takleh nak kuor RM lah. ada 3 brothers aku yang tak dapat nak join due to work commitment. ini yang korang nampak kat meja makan nih, tapi kat meja makan dapur lagi banyak makanan but kebanyakannya habis, cuma murtabak terbeli lebih. Rumah mak aku ni kecik so kalau sekali rap berkumpul, ngan anak menantu cucu, wpun tak complete anak 8 yang balik, memang happening.

Masing2 cakap ke main kuat orang dengo macam nak bergaduh, but i think ini ikut family generation gak kot, my parents orang Melaka, so kebanyakan orang Melaka memang cakap ke main kuat macam orang sebelah tu pokak. Eh aku punya pitching pun not bad tinggi gak, mau dengo suara nyaring aku, ha muleh muleh 🙂

IMG_4486

cuma mak aku waktu nak berbuka dia cam biasa lari jap pi surau belakang rumah. memang dari dulu lagi, dia suh anak2 balik tp dia tak berbuka ngan kami. dah abih maghrib buka puasa sket kat surau baru dia balik rumah. waktu tu kitorg dah settled kemas kan dapur sesiap, so sambil lepaking dok tengok akak aku dok suh adik2 beli barang yang dia jual. hah dia ler si ibu kutu hahahah! hampeh tol akak aku tuh.

tapi not bad aku tak beli apa2 pun, berjaya menepis. Tapi terpaksa gak order kuih raya coz abang dah ngendeng2 nak merasa kuih raya yang mak ngah nya jual.

Malam tu gak, abang aku bawak abah aku ke klinik, my both parents are not that well. specially my dad. Uzur dah sangat abah aku tapi anak menantu balik dah boleh ceria lah sket.

IMG_4527

Petang tu aku, Sirman and Abang pi bazar ramadhan kat param umah mak jer. first time aku ke sana. carik pari bakarlah, segala mak nek…bulan puasa ni suara abang ke main garau dah coz hari2 bedal air cendol. Wpun minum air milo panas and minum banyak air suam, tp power cendol sejuk tu lagi bikin tekak dia sakit. Sambil melepak ngan adik badik ipar duai, mamat nih mintak aku cabutkan uban dia…pantang betul dia nampak uban kat palanya, tak kira orang nak mengompat dia nak suh buat kerojer.

Mata aku dahlah nak meleka tengok Galaksi, ater si Azwan suh tengok SJDPondan kan…yang aku pi cover event dia harituh.

IMG_4488

first time kami laki bini pakai tshirts yang Kak Ann belikan from Thailand. woi kak….aku pakai pi param, orang terteleng2 menengok kak oiii. sampai abang pun lari ke tepi sebab tak nak dapat tempias He Is My Love. biasalah, budak dah nak membesor, lelaki pulak tu, feeling lah tu kalau orang tau mak nya love love dia. siap dia tolak2 aku suh berjalan sebelah kanan bapaknya, to make sure orang nampak bonar ayat tu tuju kek bapaknya.

IMG_4510

Penutupnya depa main bunga api, mana dapat pun aku tak tau lar… Minggu ni mak aku nak pi buat Umrah lagi, insyallah kalau takde aral, sehari 2 sebelum Raya dia balik. i think readers lama aku pun dah get used kan, mak aku memang akan sentiasa berada di Mekah pada setiap bulan Ramadhan. Pernah sekali tuh, dah 7 ke 10 Syawal baru pulangnya.

Cuma aku perati, laki aku, laki akak aku, kira menantu lelaki ler, bukan main mengada betul bila kat umah mak aku. tak geti le nak bangun angkat air sendiri, nak amik kuih kat meja makan ker, sume nak suruh bini2 sendiri pi ngamik. Tapi kat umah mak diorang goti plak angkat pungkok tak yah suruh bini pung. huii…. sampai dah nak masuk 10 tahun kawin Sirman weihhhhhhhh….!

tu mengada2 ke malas ke apa ke tuh….buffet bang, sendiri self service ler. Jadi boss betul sang suami ni kan, eh eh, for credit, sahur 10 Ramadhan Sirman masakkan sahur kay, wpun sardin semata, siap hidang2 atas meja and kejut the 3 of us. Kekdahnya aku dah memang ketiduran penat betul, tak sedor hapa, dia memang berjaga sebab layan movie, pastu buat housekeeping semua emails (woi oi sirman dah jawab ek sumer email from Contact Red) and tengok bininya tak bangun2 gak, dia sendiri masak sardin itupun aku dengo dia whispered ‘i masak sardin ek?‘ aku laju je ye kan and tarik selimut. hahahahha, sib baik nasi dah awal2 masak cuma nak kena panaskan jer.

kitorg bertiga pun pakat puji kaw2 bapaknya masak lauk sardin + milo panas tu sedap gila for our sahur! dengan harapan, kalau sudi, bolehlah masak lagi yek, kalau sudi gak, tambah ler telur mata kerbau simbah kicap sket. ngehhh :).  Wah boleh buat permintaan gitu…

Comment: 32

Dongak ke atas…

IMG01822-20100814-1106

mula2 kita dongak tengok mamat nih jadi technician, set lampu ni ada 3, setahun lepas pindah, yang tengah pecah sebab angin kuat giler sampai teroleng2 ha ko berderai. pastuh dah bape tahun dok VA, Sirman tengok lampu biru tuh macam dah retak antara lampunya. wah bahaya kooo! buatnya ngah sidai2 baju jatuh berderai. wah nangis. nangis je takpe, andainya kena kepala hah, letih insurance aku nak uruskan kes family aku nih kang.

so diamik cabut buang. terang benderang balkoni umah aku dah takde penghias deco lampu tu udah, semata2 ada lampu mentol kuning jer….

IMG01854-20100814-2027

pastuh diorang ni kan, si triplet, kalau orang ramai2 sibuk dok bilik abang, diorg pun sibuklah masuk sama. eh tak abang yang kurung diorg dalam bilik dia sebab dia nak belajar berteman. aku pun ado sama temankan abang tetiba tengok si kecik London tuh siap ke main keletah memanjat. wahh koo! dahlah tinggi tuh…

Sirman datang rescue amik turunkan dia…

IMG01821-20100814-0946

dia datang naik panjat lagi, kali ni panjat kat lampu pulak, and dok bertenggek gak kat atas net tu lagi, datang lagi Sirman rescue die, eii budak kecik nih. masalahnya kalo dia buat, kang yang lagi 2 kenit tu pun buat sama….

IMG01855-20100814-2027

ha kan, baik je dia dok atas tuh,dahlah mak meghah ni kemetot tak sampai nak capai dia, so datang ler lagi si Sirman amik dia dari atas tuh. diorg pandai naik, turun tak pandai, buatnya jatuh hah patah riuklah ko pulak.

IMG01857-20100814-2033

maknya tengok anaknya memanjat, maknya pun sama tak nak kalah, tapi sampai kat atas tv je lah, gamaknya sedor diri badan dah godang mana boleh nak panjat sampai atas tuh…

IMG01887-20100816-0452

oh they are happy family hehehehe….memang si triplets tu dah mula makan tapi susu maknya pun jadi pojaan gak. tapi sebab memasing dah besau, and cage tak muat so depa tak leh minum susu maknya dalam sekandang. bila kuor je dari cage, ha bertemu anak2 ngan mak terus rakus menetek….

but diorg kecik 3 nih kelakarlah, asal lepas je ke main lompat melompat2, bergusti sesajar…eii bestlah tengok moment2 ngan depa skang nih…syok tau! sorry lah yek those yang tak minat kucing, tapi saya sangat pencinta kucing and telling a story bout cats in RM is a must.

si Mozel masih lagi macam tu lah, aku pisahkan dia ngan triplets….

Comment: 19