Posts by :

Badi si Ayam Penyet…

IMG01403-20100728-1308

sakit peyut sakit peyuttttt!

aku memang tak leh makan Ayam Penyet lah! badi betul! dulu bulan Feb lepas, ada sekali makan kat BSP, mencirit2 aku laki bini kena….pastuh dah mmg tak nak makan anymore kat Ayam Penyet BSP tuh…sejarah berulang kembali minggu ini. Kalau kitorg makan, sorang akan carik tempat, lain amik food, if kat food court lah. so sampai2 memang depan Ayam Penyet ada tempat kosong and since aku pun tengok Ayam Penyet situ kosong takde orang beratur.

ok forget bout the diarrhea yang kena masa kat Ayam Penyet BSP dulu and go on selamba amik set Ayam Penyet lam food court tu lah. ni first time gak aku try coz memang avoiding sangat. coz again ada sejarah ngan depa kan…wpun lain cawangan lain gang lain branch.

baik punya makan…

esoknya satu hariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii suntuk, dari pagi bawak ke malam, sampai aku berslipar jer pi ladies lam opis coz asyiklah ulang alik memerut. siaoliau! apa lagik yang aku suspect makan hari sblm tuh, dah itu je hasilnya yang aku makan. nak kata aku munch benda lain takdak coz waktu kerja aku jarang sket nak membedal….busuk2 pun buat teh o. tapi ari yang sebelum aku kena tu memang clean, datang masuk mulut ayam penyet jer.

aghhh ni dah bukan block ayam penyet BSP jer, nampak gaya aku kena pantang segala jenis Ayam Penyet kat Malaysia nih! memang perut tak leh nak terima langsung. so tokey Ayam Penyet, unless korang nak buat advertorial ngan RM, selagi tu lah aku takkan sentuh lagi dah menu korang. memang kebadian teramat. kalau sket2nya sakit taper yang, ini aku nak balik sharp jadi tergantung2 coz dok berlari masuk bilik Cik Tan!

lagi satu benda yang aku senang dapat cirit ialah bila dah lamaaaaaaaaaa tak minum air gas, tup2 sekali minum satu gelas, ha siap kooooooo! itu memang tak yah tunggu semalamam, few hours pastuh dia bantai memerut! so kalau aku nak minum air gas, ni biasa makan fast food, aku akan minum suku dari segelas air tu jer, coz kalau kuperabihkan, memang bergas2 lah yang kuor dalam bilik Cik Tan gak.

Urat perut dah kertu youuuuu…..

Comment: 19

Dream for the bags or the Italy…

IMG01130-20100716-1316

It s my dream bag, but macam tak lah berapa dream pun. coz i want the Argilla colour, yet they dont have it in KLCC. To get the Argilla’s colour, have to buy from oversea, so this going to be my dream bag till donno when. i have 2 classic of Miu Miu already, tak tau lah tapi aku memang suka brand nih. sume brands lain pun aku suker, i have most of the brands oredy, but it s like so addicted when u have 1, u need another 1.

The price for small Nappa Charm is RM4460 and big size is RM5900. it s a lot of money but if we buy kat obersi, u are saving like 1-2k (depending kadang2 sale sampai 30% off macam aku dapat kat Harrods London). I found one in US is selling at a sale price, for small size cost for RM3522, tak termasuk shipping to Malaysia.

Dream for Nappa Charm in Argilla…

image

image

image

image

image

these are some of the bags yang Diva Darling beli from her PS job while she s in Italy….sigh! sapa le yang kirim belikan nih….ada banyak gambar lagi tapi dia sempat bagi aku nih jer tengok….

image

Thank you Diva Darling for the PS job for RM’s readers…(tu yang sleeveless biru tuh is Diva Darling). She comes back to Malaysia at least once or twice a year, dok menetap kat UK and if you want anything from UK, just give her a buzz, she will help to get it for you.

Diva Darling is now having a break in Italy, hari2 dok text aku for the latest bags over there ….muahahahhaa, ye aku akan sampai Italy tu gak, one day yek…bilo tu nantilah, surpriseeeeeeee!!

ngehh 🙂 kira duit tabung dulu…

Comment: 18

10 Things I Love About My Mummy…

IMG01048-20100713-2046 IMG01050-20100713-2056

Kenapa saya sayang ibu saya, dari versi Abang….sudut adiknya pulak lom buat2 lagik, hari tu dia dah buat tapi banyak repeat so aku suh dia buat lagik sekali…

Dalam banyak2 points ayat Abang tuh, paling aku suka bila dia cakap sayang mummy sampai abang tua and sampai 10,00,000 tahun! hehehehe….so cute.

Btw this is the continuation from the 10 things i hate about my mummy.

Anyone yang dah buat tips gini? Merah tak muka ko kena sound baik punya dek anak ko sendiri? ok ler tuh….aku pun kono setepek gak!

Comment: 14

Nestle Workshop – Jom Join!!

Parent yang punya anak berusia 9 – 12 tahun dijemput untuk Parent Child Nutrition Workshop pada hari Sabtu 7 August di Royal Bintang Hotel, Mutiara Damansara. Tempat adalah terhad so cepat register!

Jom Jom! Maklumat lanjut dan syarat penyertaan segera download the form here.

Baik korang cepat, kang ada yang kesal tak dapat join event Nestle nih! Lupa nak habak, RM pun join sama 🙂

Comment: 9

Nuffnang is Racist???

Jabatan Perhubungan Blogger(new comment) says:
28/07/2010 at 10:44 AM

Setelah membaca blog dan tweet saudara, pihak kami berasa saudara mungkin tersalah faham tentang prosedur pemilihan pemenang-pemenang peraduan yang dianjurkan di komuniti Nuffnang.

Seperti mana yang telah dikemukakan di bahagian Terma & Syarat (Terms & Conditions), semua peraduan akan dihakimi berdasarkan kreativiti artikel blog yang dihantar. Butir-butir lain seperti bangsa, agama, umur, lokasi tidak pernah diambil kira dalam mana-mana prosedur penghakiman peraduan bersama komuniti Nuffnang. Pemenang-pemenang bagi setiap peraduan dipilih kerana para hakim yang terdiri daripada wakil pengiklan dan wakil Nuffnang berasa artikel blog yang mereka hantar merupakan artikel-artikel blog yang paling kreatif bagi peraduan tersebut. Bahasa yang digunakan peserta juga tidak diambil kira (Bahasa Melayu, Inggeris, Cina, Tamil) selagi artikel tersebut boleh dibaca para hakim (tanpa singkatan yang mengelirukan).

Pihak kami amat memahami perasaan syak wasangka saudara bahawa sistem penghakiman peraduan mungkin tidak adil kerana kebetulan ketiga-tiga pemenang peraduan tersebut adalah dari bangsa Cina. Kami ingin menegaskan sekali lagi bahawa sistem penghakiman yang digunakan adalah saksama tanpa mengira butiran peserta dan hanya berdasarkan kreativiti blog post yang diterima.

Dakwaan saudara bahawa peraduan di komuniti Nuffnang tidak pernah dimenangi blogger berbangsa Melayu adalah tidak benar sama sekali. Pelbagai blogger berbangsa Melayu telah memenangi peraduan yang dianjurkan di komuniti Nuffnang. Berikut merupakan sebilangan kecil pemenang-pemenang peraduan yang telah dianjurkan di komuniti Nuffnang;

Nurul Aina binti Zakaria (http://silampuneon.blogspot.com/2010/05/big-fish-moment-with-pizza-hut.html) – Big Fish Moment with Pizza Hut, RM2,000 cash prize
Azham Ariff bin Abd. Aziz (http://azham.smskb.edu.my/?p=1839) – Big Fish Moment with Pizza Hut, RM2,000 cash prize
Fairuz binti Mohd Tajalli (http://www.rozeboomerang.com/2010/01/one-funny-video.html) – flymas.mobi video contest, Tiket Penerbangan ke Tokyo/Seoul
Sharizal (http://tehtarikmemoirs.blogspot.com/2010/02/blackberry-storm-9520-by-celcom-enter.html) – Celcom Blackberry Storm Blogging Contest, Blackberry Storm sebagai hadiah
Nor Iman Mazuki (http://eyriqazz.blogspot.com/2010/01/astro-byond-bloggers-night.html) – Astro B.yond Blogging Contest, 32″ HD LCD TV

Pihak kami berharap saudara bersama pembaca blog anda memahami prosedur sebenar di sebalik pemilihan pemenang-pemenang peraduan. Kami juga berharap bahawa komen ini sedikit sebanyak mengembalikan keyakinan anda terhadap kesaksamaan pemilihan pemenang-pemenang peraduan di komuniti kami.

Sekian,
Jabatan Perhubungan Blogger
Nuffnang Sdn Bhd

************************************

Merujuk kepada satu isu yang sedang diperkatakan di kalangan bloggers kini…

Dari pendapat saya yang hina ini, mungkin benar kita akan terasa hati bila adakalanya golongan mereka yang sentiasa menang, tapi bila aku buat analisa sendiri, tidak semua pemenang adalah dari bangsa cina. Majority kemenangan juga diberikan kepada bangsa lain seperti Melayu dan juga India.

Kalau adapun mungkin kebetulan untuk contest ini, ketiga2 tempat dimiliki oleh bangsa cina. tapi bukanlah Nuffnang yang perlu dipersalahkan. As an organizer, mereka hanya bertindak sebagai stage platform untuk pembaca dan pengiklan, dan pemilihan pemenang juga ditentukan oleh pengiklan. Pengiklan yang menjadi sponsor utama dan juri untuk setiap pertandingan yang dijalankan.

Saya juga antara mangsa apabila diumumkan sebagai pemenang Nuffnang Friso Gold, untuk LCD Sony TV. Ramai golongani cina yang datang menghentam saya mengatakan Nuffnang juga racist/bias coz memilih saya untuk menang.  Siap diorang hentam aku dalam blog Nuffnang lagik, cino tau, bukan melayu. yang melayu melopong tengok jer aku kena hentam. So kalau saya yang melayu ni dihentam, tapi saya diam jer sebab tak nak jadikan isu perkauman dan bangsa ini dibesarkan. Kalau kalah kita boleh cuba lagi, rezeki tersurat & jalan mendapatkan hadiah yang lebat ada banyak peluangnya. It s quite peliklah jugak coz shareholders Nuffnang setahu saya bukan sahaja cina tetapi juga ada orang melayu.

Nuffnang bukan melambangkan Cina Melayu seseorang. Nuffnang juga bukan melambangkan bangsa seseorang. Tetapi saya melihat Nuffnang sebagai 1 Malaysia cos mereka bertindak untuk merapatkan ketiga2 bangsa utama di Malaysia. Bukan warna kulit yang menetapkan kebagusan dan pemilihan seseorang. DD yang menang di LG Cookie Monster pakai selubung ke main tak nampak warna kulit, tetapi kerna costume yang dia pakai is perfect and mengikut TnC yang ditetapkan, so he won. They didn’t judge base on your bangsa at all kan? Itu antara contoh terkini pertandingan yang dimenangi oleh orang melayu.

Saya pernah berkata, di dalam RM saya tidak akan berbicara mengenai perkauman, tetapi saya sedih tengok orang2 kita dan orang2 cina yang  masih ada bersikap sebegini. Percayalah pada takdir, rezeki kita bukan rezeki mereka, aku sendiri banyak contest yang masuk kalah menjunam2, tapi janganlah sampai menggunakan faktor bangsa untuk menarik orang ramai membenci bangsa lain. Kita tidak tahu, mungkin jodoh anak2 kita, keluarga kita ada yang dari darah cina dan india, so kalau kita kutuk, satu hari kita dimakan kutuk jugak nanti. Sahabat baik kita juga mungkin dari bangsa cina, sekolah tempat anak2 kita belajar juga dari bangsa cina, guru yang membimbing mengajar kita juga adalah dari bangsa cina.

Saya bukan menyokong dan tidak  juga mahu berada di mana2 belah pihak, cuma saya sangat concern dengan cara kehidupan kita yang menggunakan bangsa untuk mencetuskan perbalahan. Cuba avoid diri kita dari termasuk dalam golongan yang menghentam golongan lain, baik cina melayu india, coz ada banyak mata yang sedang memerhatikan kita dengan setiap tulisan kita sekiranya kita didapati cuba untuk mempengaruhi orang ramai dalam fakta perkauman ini.

Ratusan ribu bloggers mempercayai Nuffnang bukan memilih pemenang dari dasar warna kulit, tetapi hasil creativity yang korang buat, pemilihan apa saja, tu setiap minggu Nuffnang Premier Screening, aku tengok penuh je orang Melayu yang masuk and dapat, kalau main prizes pun, penuh orang Melayu jugak yang ada, satu perangai orang melayu kita, terlampau mendengki sangat & suka sgt generalise, I ve seen  X entry, yes of cos the entry is good, tapi tidak pada orang lain. but that s not end of the world, ada berpuluh lagi peluang contest yang kita semua boleh masuk, janganlah sampai menjadikan isu ini besar dan seolah2 menyuruh anak bangsa kita yang lain, anak2 kecil kita membaca dan membenci bangsa lain sesama sendiri hanya kerna tulisan kamu yang marah dengan Nuffnang.

Dan aku tak hadap dengan korang punya statement kalau kata aku jilat cikpon Nuffnang, aku sendiri pernah kena marah dengan Nuffnang for my blog, aku sendiri pernah merajuk with Nuffnang bila kita ada perselisihan pendapat dan salah faham, yes of cos ada, but janganlah sampai nak menghasut untuk racun fikiran orang mengatakan Nuffnang is racist.

Nuffnang sudah pun bagi fakta stand diorg, harap korang ambil yang jernih buang yang keruh. Maaf kalau entry ini datang pada waktu yang tidak sepatutnya tetapi sama2 ambil iktibar. Cina ke Melayu ke India ke, kita kan sama darahnya….darah MERAH gak.

Come on la, takkan pemenang semua Cina, terus kena cop RACIST! habis tu kalau yang menang sume Melayu pun racist gak?

Comment: 75