Abang

A week before…

Alhamdulillah, kami dah bersiaran dari rumah baru, the Red House. The house yang full in red, aku jamin insyallah takde orang yang rumah merahnya macam rumah aku nih. Ahaks!

To recap our journey sikit sebelum berpindah ke rumah baru. waktu masih lagi di rumah lama…the VA.

 

IMG_8035

abang ni jangan ko suruh dia buat susu adiknya, Sempat dia tiau! Katanya sedap gila susu adik ni mami. Hallohai, susu adik ko ni dah lah mahal. Setin tu 81hinggit bang oi!! Yang gambar aku amik nih, 1 oz dah dia bedal tau, geram betul aku abang nih.

Few days sebelum kami berpindah, Abang kena pergi camping, dah memang confirmed dengan sekolah a few months before so memang kami terpaksa tunggu Abang pulang baru boleh pindah. Jadi weekend 3 hari yang abang takde tuh, kita buat kerja without him lah.

IMG_8039

Antara longgokan untuk perpindahan

IMG_8073

Sikit teaser untuk the Red House, moncong si madam bila kena tunggu orang hantar oven hood hob tapi tak on time. Bengang giler aku. Dahlah kat atas abang contractor ngan team tengah buat cabinets. Speaking of tangga ni kan, asalnya was kayu, pastu kaler asal was brown ke hapa tah, of cos le cat baru. So i chose red colour. But as days goes by, aku tak berkenan, terus tukar, to this stainless steels. Bayangkan, kena le depa cabut the tangga kayu nih. Contractor aku, no hal, Madam punya selera. Laki aku…ikut je lah cakap Madam tu Ah Seng.

Sok sok bape tahun lagi nak tukar the tangga punya kayu pulak, nanti kemudian pikir.

The side wall was supposed to be in green, pun dah painted baru.  Silver grey tuh! Similar to VA, tapi lain code nya. This grey ni much more darker.

IMG_7933

setiap kali aku main warna cat rumah, baik rumah VA mahupun Red House, aku akan pakai the colour creation apps by Nippon nih. Untunglah buat ads Nippon bertahun2, memang berguna pakai untuk personal use. So Ah Seng said he couldnt find the colour code yang aku bagi, jadi aku bukak le balik colour creations (i was at Pudu gak masa tu, dia tanya laki aku, laki aku pass kat aku) pasal coding colour ni aku je yang tau.

Terus print screen colour code nih and sent to Ah Seng. Some colours dia tak jumpa dalam catalogs, so dia kena pi carik kat Nippon and ask for the code yang aku mintak. Dan 3 hari kemudian, siap painted dah! hiks..

I had to change the colour cos asal was green and red (which aku yang pilih gak dulu) to all this grey cos semua furniture adalah in red. I said all. All in red, jadi mainan warna penting. Ko gila nak letak merah background ngan merah kerusi, Apa naiknya?

If you need my assistance on the color coding or nak memain ngan warna rumah, boleh jer ai can help you. Senang je pakai apps tu, ko amik gambar rumah ko or apa saja yang ko nak paint, interior ke exterior and pastuh letak je lah lam apps tuh and letak colour yang ko nak. So ko akan nampak bayangan the actual of your rumah design tu nanti lah.

Aku dah berbulan pakai colour creations tu, dah naik hapal ngan most of the colour code dia. Meh engage ai meh tolong rumah you plak.

 

Comment: 6

Another letter from the eldest son…

surat abang lagi :)

banyak betul surat anak bujang sorang nih. but kali ni, ada bezanya dari surat2 sebelum ni. Kalau before ni ada surat cinta ler untuk amoi2 yang dia berkenan, ada jugak surat mintak maaf dari anak2 to makpak.

Ini surat kesedaran diri. Surat insaf.

Tapi uniknya, surat insaf ni ada kelainan.

Pardon for his grammar, but look at the contents.

Cover depan

IMG_4683

 IMG_4685

Ikhlas surat ni, dari seorang anak yang telah insaf untuk tidak larut dalam dunia gadget

well alkisah, abang kakak hanya dapat hp yelah pada weekend jer, itupun hanya selepas Isya sabtu malam and must return back by Sunday sebelum Maghrib.  Kalau cuti sekolah, boleh dapat sepanjang cuti. Kalau musim exam memang tak boleh dapat langsung. So that s the rules. Kelakarnya kalau abang kakak dapat hp, adiknya pun dok ngendeng nak ipad gak.

But syukurlah Zeeshan bukan jenis addicted ngan gadget coz i have trained him since young not into that. Abang Kakak too.

Jadi hari kejadian, lepas dah amik handphone bagai on Sunday nite, bapaknya will keep itlah. But hari Tuesday, Allah gerakkan hati bapaknya pagi tu nak check all gadgets, tengok2 hp abang takder. Jenuh carik. I left to work, kejap tu bapaknya citer yang Abang took the hp, sejak dari a nite before. Ngamuk sket le bapaknya pagi tu, coz he thot that abang selongkar bilik utk amik hp dia kan. Rules dah been set.

Tetiba pagi tu abang returned the hp ngan surat ni. Indirectly dia nak bapaknya simpan gadget memolek gak ler, lock it lam place yang supposed it to be.  Wpun begitu dia tak nak jugak ada hp for the time being.

Apparently dia memang dah siapkan surat tu a day beforenya, memang masa dia tulis surat ni, aku ada depan dia coz dia dok tanya2 aku some of the english words tuh, aku pulak cam biasa ingatkan dia baut karangan english dia (most of the time macam tu ler kalau ngah buat homeworks).  Sengaja dia tunggu bapak dia melenting pagi Selasa tuh. The reasons dalam surat tu seperti yang dia bilang….

True, till now he never asked for his hp. Totally change. Alhamdulillah.

Kalau dia mintak pun over the weekend, kita bagi as per the rules dah tetap but kalau dia nak tak nak gak, pun lagi ler double tap mak pak kau!

Comment: 12

Skate lagik…

IMG_0537

aku dah cakapkan yang kemeja2 baju bapak dia, abang dah buat harta dia. Ada yang baru bapak pakai sekali, ada yang baru pun dia sebat gak. so baru ni aku amik dari Zalora, 3 helai lagi kemeja baru! now bapaknya memang takde le dalam list, bapak plak kena pinjam baju anak hehehehe….

 

IMG_0542

our late lunch, datang kena makan dulu, nak balik pun kena makan jugak. Ini kami berempat, aku abang kakak and Kak Ngah. bapaknya kerja, Zeeshan pulak dah bed time, so tak yah ikut. Lagipun abang kakak nak skate.  KFC paling senang nak bedal coz the queue adalah the paling pendek, yang lain sume nak makan dalam IOI tu mak datuk ko panjangnyaaaaaaaaa and penuhnya.

 

IMG_0553

settled urusan bayau bebudak nih, aku pun tunggu la kejap. dok pikir nak balik ke datang balik or suh kak ngah bawak depa balik naik cab or aku jenjalan. coz Zeeshan kat rumah tu sian bangun tidur sure tak dapat jalan.  Nak pikir ulang patah balik tu yang tak berapa rajin ler mak ko ni kan.

IMG_0562

diorang nak beli kasut sendiri, yang harga RM500. aku cakap tak payah! tunggu kaki korang dah tak boleh membesar lagi baru boleh beli and dah terer berlipat pusing main macam omputih ke skaters tu main hah baru ler mak leh consider. itupun bukan taun nilah, korang kena sangat expert sampai lari lajuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu cam professional tu yek. hah cabaran nih yek abang kakak.

diorg ni dah kali ke 4 rasanya skating sini.

Zaman memuda kita dulu siap ada Speening Wheels lah, Galactica kan? Wah….ingat lagi?

IMG_0566

alahai sian anak kecik nih, umur baya2 Zeeshan kot. makpak nya tak main sama, kakaknya kot yang jaga dia main, asyik jatuh jer. nangis jer dia…

IMG_0578

enjoy le korang, pastu cuti sekolah ni nak pergi lagi, aku suh depa kumpul duit sendiri nak bayar parking. as of now kakak katanya dah siap cukup duit, bagus bagus. pandai yek, nak skate memasing rajin nak kumpul duit kan.

IMG_0605

so aku jalan sorang2 kejap, tengok ada booth jual roller blade, aku pun ada gak satu kat rumah, depa bebudak 2 orang tu practice pun pakai yang bertahun2 aku punya gak.

IMG_0607

hah yang kaler ijau biru pink kuning ni masa zaman kita dulu, roller skate, lagi sedap kot pakai ni aku rasa dari roller blade. yelah aku dok belajar pun dari roller skate nih. ada jiran aku dulu dok Alah Shah, dia ada ni jadi kami dok pinjam ler hartanya hah, nak beli tak mampu, nak pergi Galactica ke Speening Wheels tu pun aku rasa aku pergi 2,3 kali je kot. Ongkos tarak mar….that timelah. skang dah tetua memang tak de le aku nak skating sama ngan anak2 aku tuh, baikler pi tengok wayang.

So sementara tunggu bebudak skate tu, aku pun pi ler tengok wayang sesorang, cerita Kingsman.

Ada pulak ticket free voucher yang aku pegang for GSC, memang untung sangatlah jimat banjer

 

IMG_0623

habis aku tengok wayang, depa pun dah abis skating. Nak ajak dinner tapi tak yahlah, nak cepat balik kesian si kecik kat rumah tuh. Antau Kak Ngah balik langsung terus sambung riadah kat rumah pulak. Cuti sekolah ni nak kena pergi lagi, oh

IMG_0544

awalnya sebelum tu waktu tunggu jap depa anak2 ni main skate, ada adik nih, alahai dik kalau orang sebat isi dalam bag tu dik, bahaya tau.

aku dah nak bangunlah tegur, remind adik nih, wpun tak le dekat, but nak kena berjalan ler kan, but no hal pun coz aku pun melanguk je tunggu bebudak, tapi dapat berniat je lah coz pastuh si adik manis ni bergerak jalan lelaju ngan group dia, heharap ada le yg tegur ye dik.

manusia skang nih tak kira dok nak mencopek tu panjang je tangan memasing

chop! tu macam Mulberry brand kan? skill handbag aku masih ada lagi rasanya nih :)

Comment: 9

Before and After…

IMG_9518

before

IMG_9529

and after

terus sarung pakaipun.

IMG_9554

bebudak ni makin galak pulak skang ni ngan spaghetti bagai. dalam seminggu memang 2,3 kali gaklah aku kena buat tapi sekarang abang akak dah expert buat sendiri cuma kena dok belakanglah tengok perati depa buat tuh. macam aku cakaplah, aku bagi masa kakak 2 tahun to expert on the kitchen stuff and masak memasak, pasnih once she turns 13, dah by right tau nak memasak segala bagai. So sebelum pergi sekolah dia dah boleh masak untuk satu rumah punya makan.

Ha senang dah mak kau…

IMG_9573

untuk adik bongsu sorang ni pulak, happily jer kat sekolah. Ini solat Dhuha. Kadang2 kalau mood dia rajin, dia amik sendiri sejadah and solat, as per practiced kat sekolah and tengok di rumah. Tapi jangan nak suruh geganaslah memang dia tak nak, tak suka dia bersuruh2. dia nak kena ada mood baru dia pi solat.

Di sekolah diaorang ni akan take turn untuk jadi imam, this day Zeeshan was the imam.

Good job budak kecik. We love you love you love you.

Comment: 8

3 little updates…

IMG_8639

remember konda kondi?

nah, those coming tetaun anak2 kita mungkin tak kenal konda kondi ni, tapi kalau those yang dari zaman aku, sangatlah ingat permainan rakyat kita.

So the bapak depa one day pi bawak depa korek tanah and main konda kondi nih. Si kecik pun terpaksa belajar sama jugak. Dia of coslah mengekor je, asal dapat main kat luar dah clap clap sukaaaaa.

IMG_8641

dari umur aku 5,6 tahun sampai secondary gamaknya aku masih lagi main konda kondi, bola chop bagai sume tu. Tin selipar, so many more. itu semua permainan rakyat kita.

IMG_8646

korek biasa jer nih, kita dulu ke main dalam punya korekkan? ni janji boleh lepas kayu nak songkek

IMG_8648

ini apa ke songkek kau ke main panjang dik! belasah je lah

IMG_8649

iyeeeee! u made it. kena selalu main so he would remember this game sampai dia membesau sok sok

IMG_8651

nak ajar main bola chop hemm….tak kot. sian sakit adik kau kang kahkahkah

IMG_8653

kakak too…ngan seluar tidur jerr

IMG_8655

hah ini namanya patuk ular! mesti kita ni dah ramai lupa the rules regulations of konda kondi. takpe takpe, boleh je google, semua sudah ada di internet tu kot lah korang lupa. Aku pun bukan ingat pun, nak kena main team up balik ngan all the gangs lama Alam Shah dulu.

Those days in Alam Shah :) . To be exact Quarters Sekolah Alam Shah, yang kat Cheras KL nun, kami anak2 pekerja Alam Shah.

IMG_8294

selain dari itu, depa jugak belasah main kat tasik permaisuri, berhujan. Ini tak nampak rebasnya, tapi aku kat rumah dok message bapaknya, bawak anak2 balik nowwwwwwwwwwwww, raining lah!

bolayan je bapaknya ngan message maknya.

Lagi dia suh anak2 main hujan.

IMG_8295

bola al sepak

IMG_8298

Tudung kakak ni dah sama ngan tudung gegambar atas tu yeh. Dia suka ler tudung nih, jenis sengsarung tu jer, yang ke main berlipat ikat bagai tuh, once a while je kalau jalan nak vogue, setakat pi tuition main segala, memang kakak simple girl as this jer.

IMG_8296

Zeeshan ni 4 hari tak sekolah coz ada kes HFMD kat sekolah dia so aku tak berani lah nak hantar. Ada 2 orang budak kena, jadi cikgu kata kalau anak tak sihat better dont comelah, lagipun dia kena bebatuk gak last week.

Early last week gak ada officer KKM datang visit sekolah anak aku nih, kalau ada 3rd child kena HFMD, sekolah diminta tutup seminggu 2 terus bagi clear the virus.

Pernah aku tengok anak buah aku masa kena HFMD nih, alahai siannya sangat. A fren of mine, playhouse anaknya pun kena tutup seminggu gak, memang that s supposed to be lah. Kalau dah 2,3 orang kena, baiklah cecepat tutup and janganlah hantar anak2 kita, takpelah ponteng ler bape hari pun, either way pun kita kena ingat the health is much more important than anything else.

This week insyallah, Zeeshan sambung pergi sekolah semula.

Also to kakak, she s gonna have the Badminton Tournament peringkat Zon something le bunyiknya. Wakil sekolah kau kak, the only anak melayu dari her chinese school been selected for this. Proud of you Cik Kakak :) . All the best, memoga mami boleh amik cuti nak pi skodeng anak kat sekolah yang ada tournament tu  hiks….

 

 

Comment: 6