Ads

Trudy & Teddy’s first boutique…

48hours sponsored post.

IMG_1544

Ingat lagi entry-entry lama saya pasal baju-baju Trudy & Teddy yang comel-comel dulu? Kalau dulu saya belikan baju-baju yang comel tu untuk my niece and nephew sebab that time saya takde anak kecil lagi. Tapi this time jeng jeng jeng, I got RB. Now its RB’s time pulak menerai those cute shirts, pants & booties from Trudy & Teddy.

Bak kata Ahmad Albab…. baju2 Trudy & Teddy ni………..ana yang punya!

IMG_1543

Sure hensem RB pakai baju ni, ni untuk 12months and above, so sket je masa lagik kay…

IMG_1542

Ha ni pulak memang sesuai for your cute princess

Rambang mata weih, kalau ada size Gegirl, kompem maknya dah memborong!

IMG_1539

The first Trudy & Teddy’s boutique

Comelkan baju-baju depa? That’s why la ni saya nak introducekan the first Trudy & Teddy’s boutique yang baru sajer di buka di Lot 5.42.00, Level 5, Pavilion KL.

IMG_1562

Kalau sebelum ni Trudy & Teddy’s oulets hanya ada di dalam malls seperti di Isetan, Jusco, Metrojaya, Parkson, Sogo tapi kali ini ha its own boutique.

So bolehlah datang dan alami sendiri suasana yang relax serta luasnya boutique ini. Tambahan pula di sini lengkap dengan semua koleksi-koleksi Trudy & Teddy.

IMG_1549

Memang meriah dan banyaklah collection dia. Ala comelnya booties ni semua…size semua untuk dari umur 3,4 bulan dah ada but aku ada berkenan ngan satu kasut nih cuma untuk umur 12 bulan, so tunggu RB dah berjalan ai nak carik fashion gitu gak! So English!

IMG_1550

Siap wood playpen pun ada 🙂

Tak tau pun dulu masa pregnant yang depa ada nih, if not…ai tau le mana nak tuju!

IMG_1554

One of the designs ni I ada beli for RB jugak.

IMG_1557

And btw sekarang ni tengah ada promotion pulak dari 8 sehingga 20 May 2012. Ada special buy for certains items.

IMG_1568

Tak sabar nak tunggu RB pakai cap ni, aku pulak menerai dulu hiks 🙂

IMG_1572

Menutup hari itu, I spent RM292 plus RM50 voucher from Trudy & Teddy, I paid RM242. Dapat 7 helai items.

IMG_1577

Sampai jer rumah balik dari butik  Trudy & Teddy terus kena sergah dengan RD.

Eh banyaknya awak beliiii?

Hehehhee semuanya comel-comel, ai beli lorrr. Tu pun ade lagi yang lain yang berkenan 😛

So korang pergi la check sendiri butik baru Trudy & Teddy ni. Memang macam-macam style, design dan cantik semuanya! Sure terpikat punya. Trudy & Teddy is made in Malaysia but for European import. Class kau!

 Khidmat pesanan masyarakat Trudy & Teddy is brought by Redmummy.com

Comment: 25

Kelip-kelip and Kampung Tour by Awana Kijal

48hours sponsored post.

IMG_7474

Mummy jom cepat, bas nak gerak dah tu. Kakak tak sabar dah nak pergi tengok kelip-kelip ni…
Ala mummy tak boleh ikut la, sapa nak jaga baby nanti.
Oooo baby tak boleh ikut ek
Tempat tu tak sesuai untuk baby la… Kakak pergi dengan daddy & Abang jer lah…

Kesinambungan cerita dari entry Awana Kijal hari tu, malam pertama tu lepas jer kenyang buffer dinner yang enak kat Restoran Kampong Meraga Beris, kita ade lawatan pergi tengok kelip-kelip ataupun firefly yang siap diatur oleh Awana Kijal. Tapi since saya ni ade baby, so terpaksa la let go tak leh join sekaki. So RD, Abang dan Gegirl jer pergi.

IMG_7482

Depa baru sampai kat Sungai Yak Yah tempat kelip-kelip tu

Balik jer dari tengok kelip-kelip, sorang sorang bercerita. Ooo btw, nak tengok kelip-kelip tu kena naik boat, so tu yang depa siap pakai life jacket tu.
Mummy, tempat tu gelap sangat, tak nampak apa-apa. Kena naik boat. Cuma nampak lampu dari kelip-kelip tu jer. Cantik mummy cahaya kelip-kelip tu. Macam bintang kat langit, tapi ni dekat sikit.
Abang dapat tangkap kelip-kelip tu mummy, masukkan dalam topi Abang, Tapi Abang lepaskan balik kelip-kelip tu. Best sangat sebab dapat pergi dekat-dekat dan pegang kelip-kelip tu. Abang ingat nak bawak balik dua tiga ekor tapi daddy tak bagi pulok
Mana gambar dia?
Mana boleh nak tangkap gambar darrr, kelip-kelip tu kan cahaya, nak tangkap gambar cam na?
Terlepas aku nak tengok kelip-kelip, taper next time RD tinggal dengan RB pulok!

IMG_7491

Ni pulak masa on the way balik dari kelip-kelip pergi lalu kat Petronas Refinery. Gambar tak clear sebab tangkap dari dalam bas bergerak. Tapi cantik bercahaya tempat ni depa cakap.

IMG_7558

The next day pulak dah tersedia program Kampung Tour. Lawatan ke tempat-tempat menarik di sekitar Awana Kijal.

IMG_7502

Lagi sekali saya dikecualikan dari program ni, almaklumlah ada baby. Taper RB kita bersantai kat bilik hotel sambil layan TV dan order dari room service hiks. Pergi merehatkan badan kat Taman Sari Royal Heritage Spa kat Awana Kijal ni pun best jugak ni. Ooo their first stop was kat Turtle Sanctuary and Information Centre di Cherating.

IMG_7551

Macam hidup je yang belakang Gegirl tuh

IMG_7513

Mungkin ibu dan anak-anaknya. Cute kan?

IMG_7540

Hello Redmummy!

IMG_7534

Kusyuk mendengar penerangan tentang spesis-spesis penyu ni. Sedikit sebanyak tambah pengetahuan pasal penyu ni. Tahukah korang yang penyu adalah spesis yang terancam dan antara sebab-sebab kewujudan sanctuary center ini adalah untuk menjaga dan melindungi spesis istimewa ini.

IMG_7565

Persinggahan kedua pulak ialah Pusat Anyaman Mengkuang, Kampung Cherating.

IMG_7573

Sapa-sapa nak belajar ngayam mengkuang boleh la mai sini. Beria budak 3 orang tu duduk depan dengar makcik tu bagi penerangan. Bagus-bagus, kecil-kecil dah ada minat, dengo ye cakap orang tua.

IMG_7585

IMG_7581

Gegirl ngayam mengkuang tak?

Susah la mummy, bersilang-silang. Tersimpul jari Gegirl dibuatnya.

Mula-mula memang la susah, lama-lama, senang jer tu

Mummy pandai anyam?

Pandai….tikar2 mengkuang mummy dah jual merata Malaysia. lalalala…..

IMG_7583

Inilah mengkuang yang dah siap diwarnakan

IMG_7579

Ready stock mengkuang bags. Kemas anyamannya.

IMG_7586

Ni pulak tikar mengkuang. Cantik yang kaler merah tuu

IMG_7578

Daddy ni penyu tadi dah jadi tikar mengkuang 😛
Hampeh ko Abang!

IMG_7599

Next stop on this Kampung Tour ni pulak ialah kat Ghazali Arts Gallery. Di mana kita boleh belajar melukis batik. RM10 jer untuk melakar chanting batik ni.

IMG_7610

IMG_7609

So apa lagi budak dua orang ni, terus capai berus lah. Actualy quite easy jugak lukis batik ni. Kita cuma perlu pandai main dengan color, then just touch berus tu kat kain dia. The color will then macam terserap ke kain tu.

IMG_7630

So terhasillah karya-karya batik yang dilukis oleh bloggers dan anak-anak bloggers. Not bad kan?

IMG_7617

Ni pulak lukisan yang sedia ada di gallery tu. Kalau berminat boleh lah beli terus.

IMG_7690

Kalau ke Terenganu, memang tak sah la kalo tak singgah beli keropok lekorkan. Memang sedap keropok lekor yang kita beli straight dari sini. Lain rasanya dari ready goreng keropok lekor yang kita beli kat KL ni.

IMG_7699

Ni nak berapa batang ni?
Bagi semua la makcik 🙂

IMG_7697

Selain keropok lekor, keropok ikan dan udang pun ada. Sotong kering dan macam-macam lagi la makanan laut ade jual kat sini.

IMG_7702

Lagi satu yang tak sah kalau tak beli ialah satar. Satar ni diperbuat dari campuran ikan tumbuk, lada dan halia dan dibalut dalam daun pisang berbentuk tiga segi macam piramid dan kemudiannya dipanggang atas bara api.

IMG_7705

Ha ko cili padi di bubuhnya…

IMG_7678

Seronok sungguh budak dua orang ni berjalan keliling pusing ikut Kampung Tour ni. Selain Kampung Tour, Awana Kijal juga ade menyediakan lawatan lain iaitu City Tour – Kuala Terengganu. City Tour ni termasuklah lawatan ke Pasar Payang, State Museum, Crystal Mosque kat Islamic Civilization Park dan tempat-tempat menarik lain lagi.

IMG_1078

I’m sure kami akan datang semula ke sini. Tapi next time aku nak booking bilik yang ade jakuzi. Yup Awana Kijal pun ada room with jakuzi which is Premier Suite. Sure best berendammm.

See you again Awana Kijal!

Comment: 25

What makes Yuna “sparkle”?

To recap saya punya previous post Jom Sparkling Bersama Yuna, sudahkah korang semua submit idea-idea bernas untuk kita sama-sama menjayakan The Sparkle Project bersama Yuna? Its gonna be the world’s first ever music video yang dibuat sepenuhnya menggunakan Samsung Galaxy Note untuk her latest single Sparkle!

The Sparkle Project ada tema yang berbeza, ada tema Beauty & Dream, The Spark of LoveDoubtCourage dan juga tema Hope! So just pilih tema mana yang bersesuaian dengan idea korang kay!

Bagi saya, apa yang membuatkan Yuna “sparkle” dan success sehingga boleh sampai ke tahap sekarang ialah her Courage! Dia berani mencuba sesuatu yang baru, berani bersaing dan berani menyahut cabaran dan dugaan! Dia tak gentar walaupun dia boleh dikatakan baru sahaja menceburi diri dalam bidang seni ini. That’s make her “sparkle”!

Kerana saya percaya, Courage membuatkan kita mempunyai jati diri dan semangat tinggi untuk berusaha menjayakan apa yang kita impikan! So does she! Tak gitu?

Yuna, your courage make u sparkle!!!

Saya dah submit idea saya about her courage, so Yuna kena la jugak chip in with her idea what kind of her courage yang membawa dia sehingga ke tahap dia sekarang ni…

Apa pulak idea korang? Shout it out at The Sparkle Project!

Comment: 9

Mudah dan pantas dengan MamyPoko Pants Extra Soft Fit…

48hours sponsored post.

IMG_1360

Redbaby sekarang sudah mula melasak, ye lah dah 4 bulan lebih dah. Masa untuk dia roll over meniarap pulak. Berpusing-pusinglah dia ke kiri ke kanan. Memang tak boleh duk diam dah dia, pantang letak terus zap dia berpusing meniarap. Kita nak siapkan pakai diaper dia pun kelam kabut dan susah jadinya sebabkan dia tak mo duduk diam. Ibu-ibu sure ada pengalaman macam ni kan…

IMG_1426

So oleh sebab kelasakan dia duk bergolek sana sini sekarang, kami telah pun bertukar menggunakan MamyPoko Pants Extra Soft Fit. MamyPoko Pants Extra Soft Fit memang sesuai untuk baby yang tengah aktif macam RB ni, tak kira la samada tengah aktif nak meniarap, merangkak ataupun berjalan kerana ianya sangat senang dan cepat untuk disarungkan ke baby. Tambahan pula ianya memberikan kelembutan extra dan well fit untuk memastikan baby selesa dan ceria sepanjang hari.

IMG_1395

Memang mudah dan pantas, just sarungkan jer. No more extra steps 😉

Even RB nak bergolek ke, sure no problem 🙂

IMG_1397

Ha dah siap pakai. Senang kerja mak-mak semua. Ai lagi la suka kalau kerja cepat dan senang ni, boleh buat kerja lain pulok.

FYI, RB pakai saiz M, tapi MamyPoko Pants Extra Soft Fit juga ada saiz S ya. Dan dah tentu saiz L, XL even XXL pun ada jugak. Lagi afdal kalau kita ikut saiz yang betul seperti carta di bawah ni bagi memastikan keselesaan baby. Ye lah, supaya tak terlalu ketat ataupun tak terlalu longgar.

Dan antara ciri-ciri utama MamyPoko Pants Extra Soft Fit ini pula:

•    Kuasa resapan yang tinggi – untuk penggunaan yang lebih lama.

•    Cotton-like Extra Soft Material – permukaannya yang lembut untuk pemakaian yang selesa.

•    Whole breathability – Untuk mengurangkan ruam.

•    Stretchable waistband and leg gathers – Fit dan selesa dalam setiap pergerakan.

•    6 reka bentuk Pooh yang cute dan berbeza.

IMG_1455

Oleh kerana MamyPoko Pants Extra Soft Fit ini sangat mudah dan pantas untuk dipakai, memang sesuai sangat lah kalau ada aktiviti-aktiviti di luar rumah. Tak kita la pergi mall atau lepak kat taman or even travelling, bila tiba masa nak tukar diaper, ha sarungkan jer la terus. No need nak kelam kabut nak cari baby changing room. Kat mana-mana pun boleh tukar diaper. Dan kalau nak bukak pulak, just koyakkan di bahagian tepinya jer. Senangkan…

IMG_1457

Tepi swimming pool jer tukar diaper 😉

Oooo BTW kalau korang nak try MamyPoko Pants Extra Soft Fit ini, bolehlah dapatkan sampel percuma dari sini ya. I’m sure korang pun akan berkenan 🙂

IMG_1434

MamyPoko Pants Extra Soft Fit sentiasa memastikan baby dalam keadaan kering dan selesa, tengok RB tersenyum ceria dan tak banyak ragam. Bila baby tak banyak ragam, secara tak langsung si ibu pun tak stress dan ini dapat mewujudkan situasi yang ceria dan sihat antara kita dan baby 🙂

Dan kerja Mak Merah pun semakin mudah dan pantas hiks 🙂

Oooo satu lagi good news, MamyPoko participating in Mom & Baby Expo di MidValley pada 11 – 13 May 2012, 10am – 10pm. Depa punya booth location ialah just opposite registration counter kat Hall 3.

Antara promosinya:

o MamyPoko NB52 & S48: RM28 each

o MamyPoko M44, L38, XL34 & XXL28: Buy 2 packs for RM66

o MamyPoko Pants Extra Soft Fit S19, M17, L14, XL12 & XXL10: RM18 each

o MamyPoko Gentle Cleansing Wipes (Fragrance Free & With Fragrance): 80pcs x2 packs for RM10 / 20pcs x4 packs for RM10!

Orait, see u there!

Khidmat pesanan masyarakat MamyPoko is brought by Redmummy.com

Comment: 22

Pemakanan by Marie France Bodyline….

 

IMG00542-20120502-1012

Makan minum untuk mengurangkan inci dalam penjagaan MFB tak banyak beza dengan penjagaan masa dalam berpantang. Mostly adalah lebih kurang sama jer. Kalau korang amalkan apa yang kita dalam pantang dulu, sampai bebila pun boleh gak slim down. Eh ai turun banyak gila yek masa berpantang, coz aku jaga bebetul.

Kemudian mengambil peluang menyambung bersama MFB coz bila masuk kerja isk isk, buruk betul perangai makan minum main boh jer! Ada sedikit tergelincir badan ni bila dah tak menjaga makan minum. So anw, memandangkan aku masih lagi fully bfeed takdelah aku nak turunkan pengambilan makanan harian secara mendadak cuma aku try to be lebih selective. Yang mana boleh reduce kita cubalah. Kalau boleh makan sebelum jam 7 or 8 malam the latest. Itu memang dari pantang pun aku buat.

Pastuh, tukar gula putih kepada brown sugar, kat MFB pun depa serve brown sugar. Dengarnya lebih senang mengurangkan berat. Kemudian banyakkan fruits and veges. Alah hangpa, nak senang jangan korang skip ikan. tu dahlah protein and tak menggemukkan langsung.

Ayam boleh but jangan ko amik tetiap hari, once a week ok ler but kulitnya tolonggggggg ye bahaya tuh.

IMG_7903

Bukan gambar terbaharu, taken about 2 weeks ago. Yang paling ditujukan ialah dress tu pernah sangat aku sarung dalam my few events few years ago! hah dipakai semula selepas few days bersama MFB.  Btw kan korang ramai bebenau nak tau package harga segala, I tau budget tu penting but cubalah sms MFB dulu untuk further details. Aku malaslah nak letak harga2 package MFB kat sini coz dalam entry2 lain pun kang soalan sama keluar so apa kata hangpa sms and nanti depa layanlah soalan2 hangpa tuh.

SMS Promo:
Achieve your perfect bodyline at RM68

SMS *MFB <space> RM<space> Name, Age, Preferred Centre* send to *32996*

Ulangan SMS Promo yang korang nakkan tuh:

SMS *MFB <space>

RM<space>

Name, Age, Preferred Centre

* send to *32996*

Kalau nak jumpa ai di MFB, i hanya pergi di KLCC outlet and hanya ada di hari bekerja sama ada lunch hour atau selepas jam 6petang. Kita bolehlah sesama laga body wrap yek 🙂

Comment: 12