Birthday

11th on 9th September…

IMG_6119

mak kau nak crop ni … keterlupaan la.

Ini brownies cake, ada strawberry lagi. For brownies ni special request dari kakak RD (depa nak mai rumah) but yang 10 tahun supplied untuk brownies aku, tak boleh nak buat on time, so aku amik order dari tempat lain – up ngan strawberry – for this size about RM70. Top up pulak ngan chickenpuff and dapat pulak percuma puffgebu. Hangpa nak order boleh get from Pinkydotz Apron – boleh buat delivery – at RM15. they are based in Shah Alam. So depa hantar pagi Sabtu (tanpa pengetahuan kakak le).

Order from Pinkydotz Apron https://instagram.com/pinkydotz_apron/

Number 0132914065.

IMG_6124

Depa balik je dari Melaka (wedding belah lelaki untuk anak sedara RD) aku tak bagi dia bukak baju dulu. Ni ramai ada nih, mak mertua, akak2 ipar duai ada, but kita bagi spotlight kat Kakak lah yeah. So dah alang2 nak order brownies yang akak ipar aku mintakkan tu, aku suh gak ler depa buatkan wishes note sket untuk Kakak. Her birhtday falls on 9th September.

Habis bagi laluan Maghrib, lam 20min later barulah celebrate sesikit.

IMG_6135

Terkejut dia ada kek ada candles bagai, ada namanya lagi kat kek. Memalu gitu…

sian muka kakak, letih yo. Dari pagi ke Melaka, kat nak Maghrib baru sampai rumah.

IMG_6146

Penat kakak dah blow tak gak padam2 candles tu, ini seperti biasa magic candles, ko blow la macamana pun dia takkan boleh padam, sampai 3 orang bantu pun, takkan padam. Adiknya dah hapal lagu Happy Birthday coz kat sekolahnya kan asyiklah orang celebrate kan. Half, my family mertua makan brownies tu, half lagi kakak bawak ke sekolah, untuk menjamu kawan2nya, sek cinanya dan sek agamanya.

IMG_6082

Cantik betul dress purple ko ni kan kak. dia punya lace labuci tu meriah sangat. Takde merah, kalau tidak memang aku dah suruh amik merah. Dress ni lah yang dibeli di kedai kat Kuala Kangsar tu, match ngan lilac tudung. Harga dress purple ni RM160 (dont la cakap mahal hahahaha), tapi memang cantik ler. She chose this colour, terus semua keluarga mertua kena pakai purple untuk majlis bertandang ke Melaka coz aku cakap since kakak dah amik purple, hah kita pilih purple kay. kehkehkeh….

Hadiah birthday udah dapat – an iphone 5 (preloved lovelove dari maknya), nak bagi ASUS but dia eager nak gak pakai iphone, she memang an iphone user sangat. Pastu dari apak dan maknya gak – trip ke Cambodia and Vietnam, hah birthday gift gak lah tu :) .

Terima kasih kakak, jaga Red House, jaga abang jaga adik. Sejak menjak takde maid ni, banyak kerja dia bertambah, kadang2 kena tolong lipat kain baju (paling wajib malam menonton Super Spontan). Dok dapur dah tentu ler kan tolong mak, tolong neneknya. Kalau weekend je wajib semua orang tolong siang bawang merah and putih, senang nenek nak pakai for weekly usage.

Alhamdulillah – usia blog aku pun dah turns 11 years old too, sama lebih kurang ngan umur kakak, sama depa membesar, dari kakak tu cinonit kecik kuat sentap merajuk, now dah anak dara. Pemalu pendiam but ngan kenkawan meriah. Plan nak buat birthday partynya, terpaksa bertunda2 lagi, 2 weekends kita penuh ngan wedding pastu nak buat this weekend, kakak pulak ada camping. She  dah looking forward sangat, ngan camping tu, laju je mintak bapaknya RM100 nak pergi camp tu if lambat tak dapat seat. The first 20 submit the forms n fees dapat pergi.

Happy 11th Birthday Kakak Melysha (also known as Gegirl dedulu). Allah lindungi anakku ini, jagalah tutur kata langkah lakunya, jaga Melysha untuk kami. Sentiasa anak kami ini dalam RahmatMu.

Tetiba dah 11 taun, pastu sok sok, dah beat tinggi maknya, dah anak dara sunti. Cepat besar bebudak ni.

Comment: 13

The Downtown…

IMG_1040

 

aku ingatkan dah abis ler citer Ramadhan, nak lompat ler kan pi citer Syawal tapi adaaaaaaaaa lagi ha seketul. a few days before Syawal. meh ler perabiskan.

The other nite tu lepas abis Alamanda, kita terus balik rumah, tapi hantar Zeeshan balik. sesama lelain salin baju gak. Kuor balik untuk pergi ke downtown Cheras, depan rumah aku gak. Memanglah bunyik dedepan rumah tapi dia punya melengkarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr lahai jem, coz orang dok kejar shopping raya kan. Fuiyo, kitorang dok berpusing2 ikut Taman Midah, tembus Taman Tenaga, Cheras Flats, last2 parked bayar 5inggit, kat budak flat jagakan, siap dia hantarkan naik kereta dia pi ke downtown, boleh je jalan kaki but dah dia nak hantarkan.

Katanya kalau takde budak jagakan situ parking, siap la ada kereta yang kena pecah, so halallah tu tolong jagakan kereta2 yang memang package triple park pun ye.

IMG_1047

kat sini a songkok for Abang, settled. Songkok adiknya bapaknya belikan kat kedai lorong2 Pak Aji BTR nun

IMG_1052

the caftan, ni RM30, ada lagi lawaaaaaaaaaaaaaa tapi panjang, nak potong pun tak cantik, walaupun nanti kepil kat belakang, eh malas. Aku tak perlu ubat tinggi bagai, apps tinggi pun aku tak hingin nak pakai, i m proud of being pendek :)

IMG_1055

yang ni pun aku amik gak rasanya. tapi semua tak pakai lagi, nak pakai konon bila ada orang datang rumah, sopan le sikit hahahaha. Bought 3 pcs, one lagi untuk Mak Ajah tercinta

IMG_1064

donno what but dont think kita beli something pun kat sini

IMG_1065

terpegun anak2 tengok leather belt ni dibakar2 tak rosak langsung

IMG_1067

the butang baju melayu pun aku beli kat sini. Biasa dulu aku carik kat Ampang Park but ai went there to buy something else, stock2 butang baju Melayu langsung aku tak tengok pun kat sana. Sini beli 2 sets, for both of my giant boys!

IMG_1083

Kami settled ngan makan supper hah kat downtown gak, sebelah ayam kampung famous nun. Dah nak midnite rasanya nih, Kakak punya curfew is always 11pm coz lepas je waktu tu  nanti mata dia mengkuyuuuuuuu…

Balik ke kereta, jalan kaki kami berempat beranak. Tapi takde nya orang nak surut2,  memang memanjang je penuh downtown tu. Itupun kita tak explore habis, asal daya jer. Dah dapat yang wajibul tu udah ler, zezaman nak mencuci mata kalau dah nak midnite memang tak payah ler berangankan…

By the way, this was how I spent my 40th birthday day….

Then pasnih kita boleh dah bersembang pasal Syawal pulak yek. Dok nak tengok baju raya ke dik, alah, baju raya tak gah mana pun, ada je kuor kat dalam social medias nun :)

Comment: 3

11th of Alamanda…

cerita raya yek? baju raya

kendian2 ler yer…

aku pun kepengsanan gak lately. Just hosted 2 days of raya open house/ house warming. 2 days in a row tau. That s not the end, gonna do another round lagi this weekend. Insyallah.

IMG_0875

masih lagi dengan penceritaan during the 11th of July,  balik rumah kali ni amik kids and headed to Alamanda for Kakak’s shoes yang tak dapek2 lagi nun

IMG_0890

but dah tentulah banyak jugak persinggahannya

IMG_0897

Set of baju Zeeshan was sponsored by Pumpkin Patch

IMG_0918

eh kita pusing satu Alamanda tu, semua kasut anak aku tak berkenan ler. Si kakak lah…so kat kedai ni, dia berkenan satu, walaupun bapaknya kata tak lawaaaaaaaaaaa. eh anak ko dah suka, biak pi lah. Tak larat le aku nak berjalan pusing merata carik, ngah bulan puasa pun. Nak kena isi engine makan dulu ler baru leh sambung shopping bagai.

IMG_0937

sebenarnya dapat dok kat kedai ni tu yang sedap, jadi ko pilih le kasut ni lelama sket kak..

IMG_0940

sesambil tu, Zeeshan mohon dilayan, ke maknya yang kena dilayan dek si anak nih. abislah semua kasut kat situ dia suh aku pakaiiiiiiiiii! tapi maknya diva. of cos. i want red.

oh red? ok…

red kau dia carik

tapi yang memerah mmg tak lawa ler, macam le kaler hijau kuning pun mak kau nak sarung situ dik oi

IMG_0941

but but dia paksa gak aku pakai gold bling2 nih. memang le lawaaaaaaaaaaaaaa but aku tak nak yg flat camni

IMG_0943

cantik la ammi

(Ammi is mummy)

 

IMG_0944

nak gak tolong cabutkan gak….ni semua the bling2 yg dia amikkan, tengok le berapa banyak selipar bling2 gold tu kat lantai hah

 

IMG_0971

habis shopping kasut kakak yang nakkan sepasang je pun tuh, terus ke Chakri Express Alamanda. Aku dah booked few places tapi majority dah full house (actually laki aku yang beria nak book in favour to my birthday, tapi aku yg sudahkan kerjanya). Rasanya tak nak dah kot berbuka kat sini, ramai le sangat manusiaaaaaaaa (we missed to book at Chakri Pavi/KLCC).

IMG_0964

birthday girl gak kena beratur ngan anak2 hahaha…laki aku pastu alahai should have treated the wife nicely, but entahlah dah 40 kan, tak yah ler nak menjaga ai sangat pun.

So masa beratur ni ngan abang kakak. ada periuk nasi ni tak bukak, so abang suh aku bukak ler. aku cedokkan untuk abang.

baru cedok satu, nak cedok untuk plate kakak and pinggan aku (for Zeeshan and RD), tetiba ada abang depan berdiri kitorg ni mengarah2 aku ‘one for this plate too please’

so aku pandang dia, eh untuk anak ai pun i belum cedok lagi ni

Eh you bukan kerja sini ke?

Do i look like Chakri’s staff?

come on lah, kot ye nak menggunakan kuasa lelaki mengarah2 pompuan, takkan tak nampak muka/personality/pakaian orang ni tak macam Chakri. Lelepas tu dia tak nak dah bertembung ngan aku satu family. Asal boleh bila bertembung mata ke hapa, dia pandang tetempat lain.

IMG_0981

Tau tak boleh solat kat dalam Chakri. Sian ramai orang pi surau Alamanda, dia punya beraturrrrrrrrrrrrrrrrrrrr (laki aku cakap le). coz kakak bijak, dia cakap kat dalam Chakri boleh solat (depa convert the private room to a small surau), jadi le dari takde. but unisex le kena bercampur but most of the guys pi belah kanan and depan but the ladies kat kiri belakang. Bagus gak Chakri sediakan surau tu.

Sambung lagi shopping, someone needs a new belt.

IMG_1003

masuk dalam ni, for kakak’s new bag

IMG_1007

pun dia sibuk explored.

IMG_1010

kakak’s new bagpack,. jenjalan bag, dan akan datang sure dia buat her sekolah agama bag gak nih

IMG_1020

terus kakak pakai jam2 tu gak, sumbat segala barang yang beli dalam tuh

IMG_1029

beli tudung kakak kat sini, sebelum tu siangnya pas Cash Converters shop tu kita ada pergi kedai tudung kat BSP (ada adik reader sorang bagi komen cakap pi kat sebelah Upin Ipin atas nun, hah aku pergi dik oi)

IMG_0955

 

My orange outfit, coz sepasang kira murah aku rasa, RM79 beli kat Zalora, satu set tuh, sleeveless top and orange palazo. Comfyyyyyyyyyy giler.  Pakai code Zalora ni untuk entitle discount 15%  ZBAPZDSU .

By the way nak cerita la ni masa makan kat Chakri, depan meja kita ada group of boys, of cos la makan buka puasa kena rsvp kan. so semua orang yg makan situ mmg takde walk in semua memang dah rsvped. So ada 2 orang budak lelaki ni makan kat meja depa, jadi the group of boys tu cakap lah, ni our table, dah rsvped. Yang 2 orang budak ngah makan (of cos food from Chakri yang depa amik) terus bangun. Sambil bawak semua plates air depa ler kan, so depa pi duduk makan kat depan park kolam air tu, bukan kat around meja Chakri.

Jadi kami dok lah, budak2 ni main ambush je ke masuk Chakri amik food. Pastu aku perati jer…lepas je depa makan, depa quietly letak plates gelas kat salah satu meja makan customers Chakri and blah. Jalan camtu jerrrrrrrrrrrr hoi. Ya Allah, bebetul makan free bebudak nih. Depa siap jalan lelaju lagi luar Chakri tu tak nak orang kejar ke hapa. Kami terpinga2, nak panggil manager pun tak guna orang sesak, kitorg punya table memang kat luar.

Habis makan masa nak balik bayar tu, aku borak le ngan manager Chakri, citer pasal kes 2 orang budak melayu yang makan and blah gitu jer. Dia cakap memang sokmo ramai buat but mostly foreigners, macam negro and arabian. Selamba kodok je beratur amik and blah. Bila depa caught them, diorang cakap ‘oh we thought this is free’. Sukati ayah ko lah free kan orang nak bagi makan kat Chakri beratus ramai tuh…

Halahai, camtulah..dik ramadhan, ko puasa, ko makan tak bayar, berdosa gak tu dik. Nak kata tak kerja, memasing macam pakai uniform, kot ye pun nak berjimat sangat, jalannya salah.

Comment: 14

Cash converters!

IMG_0829

nampak jam tu, hah tu dia after midnite. Depa wish birthday and bapaknya yang konon nak special treat kat birthday girl, siap dokong cang cang bawak ke atas. Pastu bukan badan dia yang sakit, badan aku yang sakit coz posture dia dokong menyakitkan badan aku hiks..

Ada video depa bertiga (Zeeshan dah tidur) wish2 birthday. Maklum ler apaknya balik kerja kan after midnite tu yang depa tunggu lama.

Tarak hal ler, dah 40 dah tak heran pun aku ngan birthday2 nih.

IMG_0831

on birthday day gak, lepas bebudak pi tuition, kami pi The Melium Group, nun kat Lake Fields Sg Besi. Ada my colleagues pergi a day before, berborong2 bawak tapi bila aku pergi, alahai. Tak taste le pulak. Mungkin kerna aku mostly dedulu beli sendiri kat Europe so jadi bila tengok sendiri kat sini rasa macam not worth it, masih lagi mahal.

IMG_0833

handbags memasing kena diwrap plastikkan yek, so kami balik tangan kosong. But takpe lah, jimat duit. baru nak beli handbag raya :)

IMG_0834

tak nak rasa tak berbaloi, nampak ada kedai Cash Converters kat situ gak, so masuk dalam. Kalau le aku tau ada kekedai gini, memang aku campak baling2 barang2 aku yang kat rumah lama dulu kat sini. Boleh buat duit oiii

IMG_0840

Fan yang kat lantai tu, sedap seiiii! Harga originalnya berapa yek?

IMG_0845

we bought the guitar stand kat sini, bapaknya ada guitar tapi dok dalam bag, so bila ada stand tu, cantik le sikit buat deco kan. Harga about RM30 kalau tak silap (kat Alamanda, kecik size is RM40)

IMG_0848

hah stand yang aku pegang kat tangan tu, yang guitar depan aku tu, stand nya. sebat tang tu

 

IMG_0851

Golf set pun ada belakang nun. Kedai ni tak semua ler barang 2nd hand, ada jugak barang2 first hand yang baru. Macam aku punya guitar stand tu, berlambak2 ada, semua bebaru. Macam2 ler ada

IMG_0854

Macam barang2 rumah nih, sponge basuh pinggan pun baru, aku teringat beli coz sebelum kuor maid aku remind suh beli sponge, hah sedang elok ler kan..

basikal bebudak umur 4,5 taun pun ada but kena check memolek, ada sebelah break tak jalan bagai, tang ni aku rasa baik hangpa beli baru lah.

IMG_0849

galid aku dok situ tengok accessories. Sambil tunggu RD melayan apa tah, so aku borak ngan budak keje sini. Dik tu cincin emas ke? ni mesti dia tak jadi bertunang ke dia jual kat sini kan? Tak pun cincin nikah, dah cerai2 dia tolak kat sini kan dik?

hahahah yelah kot kak

Aku nak repeat ler gak lagi pergi, dokek yo ngan rumah den tuh.  Tapi betullah, memacam ado, rasanya kat BSP pun ada gak, tapi tu ler, yang dekat tak jenguk yang jejauh pi jelajah. Kebetulan je pun…tapi kat BSP tu bukan outlet CC ni lah, similar jer.

Comment: 12

The Big 40…11th July

IMG_0286

Kesinambungan dari berbuka di KLCC aritu, kita cecepat pi Machines KLCC, nak rembat iPhone6 untuk mak nya. Hadiah birthday. Tunggu sok iPhone7 pulak keluar, aku kena invest untuk bapaknya pulak. Itu ler kejer kitaorang.

IMG_0292

My iPhone5 ada tokey2 kedai ni nak amik at RM800. Earlier aku pi tolak 2 gadgets aku coz dah tak pakai, banyak sangat tabs and hp ler..

IMG_0294

battery casing untuk iPhone6, tapi ada aku nampak kat online jual tak sampai RM70. ada sesapa pernah try? Aku tak suka power bank yang meleret2 cable tu, aku suka pakai nih lagi. For ip5 lama aku tu dulu ada 3 sets of this, skang dah semua jadi hak laki aku le kan. I bought the online tuh, tunggu sampai camne hasilnya. if it s good as ip5, leh tambah lagi order.

IMG_0299

sebab dah tau nak amik apa, so laju jer ler deal kat sini.

IMG_0303

sebelum tu aku dah siap2 beli the privacy screen (with tempered glass). jadi mintak adik Machines ni pasangkanlah. Aku beli kat luar, tak beli kat situ hahahaha. Tempered glass adalah sangat bagus. bila jatuh, yang retak bukan hp kita but the glass tu. Masa aku pakai ip5 dulu, 2 kali aku tukar tempered glass. Ni aku dah tolak ip5 kat kakak, so aku belikan baru lagi the tempered glass for her.

She got an option to have the Zenfon 2 or my old iphone and of cos dia suka the iphone more, but abang le dok sangat memang nakkan Zenfon 2 tuh.

IMG_0307

muka maknya bukan main lagi suka. Kali ni tak nak barang2 kemas apa, nak upgrade hp jer hahahaa. ok je lagik aku punya iphone tu but coz issue yang tak leh nak charging ngan docking (remember Zeeshan pi main hp aku masa kita baru nak pindah rumah), so might as well get one ler.

IMG_0309

Thanks RD

Kami dulu sesama susah, kami naik pun sesama, so ko jangan nak pandang2 mata ke lain pulak. Bini ni ler dari dulu sampai skang ni yang telek mung suami yer…be remembered :)

Susah suami, susahlah isteri, so jatuh bangun kami pun, kita gak yang dukung sesama.

IMG_0319

Having 3 kids at the age of 40, cukup sudah sudah. Jangan bagi soalan untuk beranak baru lagi. Dengan izin Allah jugak, 3 is enough. Terus terang, kami tak berhajat nak menambah lagi, jadi kalau accidento sekali lagi hahahahaa. Beradik le ko Zeeshan.  My life in terms dalam blogging line, akak dah merasa semua famous, number one, the top blogger, semua tu dah merasa. Keluar paper majalah tv, front page paper pun ada, jadi sebutan. All sort of things ler, semua dah rasa. Package tu datang dengan haters too, pun dah already 11 years in blogging line, dah tepu.

But comments yang bongok tu pun dah berkurangan. Mungkin letih gamaknya, 11 tahun aku maki hamun pompuan merah ni, tak gak dia merundum. kannnn?

IMG_0321

Tiada apa yang kita inginkan lagi, sekarang setelah setahun kami berjimat cermt membina mahligai Red House, cukup untuk lepas ni project lain pulak. Kita akan kumpul pula duit untuk ikut sama Mak Ajah, yang setiap ramadhan ke Mekah. Insyallah kami cuba ke arah itu pula. Kalau panggilan kata sorang pergi dahulu, 2 orang ke orang sekali 5 beranak pergi, insyallah, we have delayed this for quite a while already. Niat bertunda, harap dipercepatkan.

I dont have any plans to travel to Europe maknek but hajat nak beli handbags lagi setelah setahun pencen, is back muahahahha. Mungkin yearly trip akan bersambung kembali, sian anak2 almost setahun setengah tak holiday jejauh, bebalik lam Msia jer. Depa dok tuntut HK Disney (yang maknya dah pergi 2 kali) tu berkali2. Insyallah, one at a time.

Nak kurus dari gemuk kurus gemuk pun dah dapat, rumah merah dapat, semua yang dalam list hidup biasa2 ni dapat. Alhamdulillah, jadi lepas ni, lebih concentrate untuk pembesaran anak2. Abang is 14, Kakak is 11 and adiknya turning 4 years old hujung tahun nih.

Sept Oct Dec depa 4 orang nih…

IMG_0320

Technically, the birthday is tomorrow 11th July, Saturday. 40 years old. Tua dah kan. Bila ler nak bertudung, anak dok berkatup. LOL. Ye, insyallah insyallah.

Mesti ler sedar, tak yah nak tease2 nak mengata anak aku bertudung tapi mak nya tidak, jaga lubang hidung sendiri. hisab kanan kiri kita, kita tak nampak. Doakanlah.

Alhamdulillah, dikurniakan dengan anak2 yang walaupun kadang2 (silap, most of the time) nak kena aku naik angin nak kena naik hantu high pitch, but syukur. Mereka sangat menghormati kami ayahbondanya. Suami yang menjadi idaman wanita di luar sana (poyo, amik hati ler dah dapat hadiah birthday). Sometimes, I dont care bout my relationship with frens coz for me, in my life this 4 orang nih ler yang tahu jatuh bangun kami.

Thanks for the birthday wishes and alhamdulillah for the 40th Birthday. Big 40. Kalau tak terlalu awal, Selamat Hari Raya, Salam Syawal. Maaf zahir batin lahiriah, mulut terlepas, tulisan tersentap kat hangpa ke kan.

Comment: 16