Birthday

Belated birthday dinner…

IMG_7709

80 kali snaps, Zeeshan tak nak gak amik gambar. yang lelain dah sonok je tengok camera. Ini  jelah yang the best untuk tak nak gegar semua muka walaupun aku rasa muka aku je yang perfect sket hahahhaha….

IMG_7717

 

untuk ni, dia pandang bawah ok, dia tetap gak tak nak amik gambar, bapaknya kelentong eii apa tu, terus dia dongak and zapp aku snap. kahkahkah!

 

IMG_7727

tapi bila mak kau selfie, ko jeling plak! grrrrr

anyway, aku nak tunjuk le lipstick ni, aku beli online. 7 hinggit je kau. Tapi quality dia sama ngan sephora matte tu!! the colour ni aku tak suka, masa order tengok gambar macam kaler lain bila dah dapat pakai, gila cam pinkish oren. Dah nak lantingkan kat orang tapi hairstylist aku cakap, eh lawa ler kaler ni kak red.

terus aku ok…pakailah balik simpan hahahhaaa

tapi aku tak suka ler beli ngan online tuh, PR lambattttttttttttttttttt!!! Dari aku nak repeat order bertambah2, terus aku cancel. She had to repost one of the items yang patutnya aku dapat coz first posted tu, boleh pecah dalamnya. dia tak letak bubble wrap. Jadi sebab dia lambat nak revert, aku pun malaslah dah nak beli dari dia anymore. Sometimes she took 3 days to reply. Oh meng.

I found one kedai kecantikan cewahhh kat BSP some more. Same product, cheaper price lagik.

For me, kalau PR kamu bagus, i dont mind lah sangat repeat lagi order, tapi kerna hemm…so tak yah lah. Nak recommend kat korang pun tak de mood. Poi jer lah kedai yang kat BSP tu, sebelah Gadget World.

 

IMG_7729

btw, we went to Midvalley last weekend. Seperti dijanjikan untuk belated birthday dinner abang. His birthday falls on Fri, jadi abang pun balik lambat dari sekolahnya, so kita buat hari Sabtu je lah.

Ko ngapa kakak….

IMG_7741

First few shops pi carik baju RD. kita nak buat photoshoot. Aku ada beli online baju RD tapi some of his baju pakai M size, some pulak L size. Yang sampai padanya, tak muat sket. So untunglah lagi abang, dapat lagi baju baruuuuu

IMG_7747

Jadi tunggu bapaknya menerai baju kat dalam Metrojaya Midvalley ni, let s posing2 ler. Zeeshan tu sian, he s been trying to sleep, tak gak dapat2 tidur. Abis tu….dia yang lawan matanya

IMG_7771

mak kau tokey cards, waktu bapaknya ngah nak bayau, aku dok mencari card Metrojaya. Aku rasa aku ada semua members cards for all kedais/butiks/malls. Tapi hem…Metro punya dah expired ahaks…

Adik dalam tu masih belum tidur. abang abang….so tall, dark and hensem. Poyo la ko bang

IMG_7773

panorama theme by Kakak

IMG_7784

i love this baju, aku aritu pi Wangsa Walk, mencari jubah merah untuk anak aku kat situ. Dapat le jugak. So ada kedai baju bawah tu, ala2 gini, aku borong beli 4 pcs, lelain design ler. I ll pakai nanti and try to show show here

IMG_7792

dah settled baju korang semua, meh dok sini dendiam ye….mak pulak nak shopping

IMG_7793

aku keluar dari Nichii, dah macam ni 4 beranak!

IMG_7801

kita makan kat sini, makan dessert dulu, beli dari bun shop. Sedap gila kek nih….pisau pisau steaks diasing jauhkan dari Zeeshan hahahaaa

IMG_7811

sini sedap seii…depa tak pernah makan kat sini. Tapi sebab aku pernah makan kat sin dulu sorang2 (waktu project mencarik and mengambil gambar bersama my own gambar/poster for P&G Product yan gaku jadi model iklannya. So memang sedap sangat steak sini.

Portion dia ada 2 options, so kami semua amik yang minimal ler jadi tak boleh share2. Except Zeeshan makan fries jer. share tu means biasanya aku mmg takde portion at all, but aku akan makan sesudu 2 dari setiap plates, but cos tu lah portion sini tak besar dan aku sangat laparrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr jadi one plate for me too (which is jarang ler sangat pun).

 

IMG_7821

hah kat sini kita makan – NY Steak Shack, tak yah q coz memang aku dah reserved awal2 bila datang MV. Next visit dapat dessert free coz kami jawab survey depa.  Terus balik ler pastuh, singgah jap market kat rumah beli makanan bebudak ni lagik. Abang kakak tu kuat makan, sekolah cuti haze, depa yang berulang makan aku rasa macam setiap 10min depa mengunyah ler….Perut badan ngah naikkan.

Tapi one thing he belajar makan kat sini ialah, never ever order chicken bila kat steak house. Bapaknya cakap, umpama abang pergi kedai burger tapi order ayam goreng. Atau pergi kedai ayam goreng dan order ikan. Hah macam tu. Orang lain semua mengejarkan ribeye lah, lamb memacam dia dok order ayam. Frust dia kahkahkah….takper bang, kita belajar dari pengalaman. now you know lar.

Hey speaking pasal birthday kan, ada sesapa contact dengan fireman Bomba punya office? Nak plan buat birthday Zeeshan kot kat situ. Kot ler. Nak survey dulu. Sesambil nanti aku check Bomba kat Bandar Tun Razak jugak.

Comment: 5

Abang turns 14!

IMG_7676

Taraaaaa

my son’s birthday la today. He turns 14years old! 23rd October. Memang 4 hari selepas bapaknya birthday, goes to abang pulak.

This lonjong panjang very tall handsome and dark boy – Shameel or famous known as Abang.

IMG_7685

Malam tadi punya posing, buzy mop lantai. 4 hari dok rumah, macam2 kerja rumah dia buat (selipar rumah kakak tu yang dia pakai btw). Thanks Abang. with the help of his sister lah of cos. He dok berharap janganlah sekolah cuti on Friday lagi, coz he wants to be at school, to celebrate his birthday with his friends. His wishes came true, sekolah dibuka semula on Friday today.

Eh mop tu best, aku beli sampai 2, satu untuk atas satu untuk bawah. Senang nak manage, mop perah perah tu dah so old fashion, though aku ada lagi mop tu gak kat rumah, 2 ketui plak tuh. Teriklan plak on his birthday.

Anyway, Allah jagalah anak sulong ku ini, jadi anak soleh, insyallah. Jaga mak abah kau, jaga adik-adik mung, ingat Allah sokmo (eii dok tengok video 3 parts of budak Kelantan 3 orang bantai budak perempuan tu, slang tulis pun dah dialect Kelate heh).

Happy Birthday abang, we loveeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee you.

Anak pertama ni walaupun biasanya sokmo kena marah, tapi dialah pertama hati kami, permulaan kami jadi makpak. Thanks Abang for being such a good boy, habis exam nanti kita pi jenjalan kay.

Comment: 7

Hari Diarrhea….

IMG_7591

korang nampak tak spaghetti bolognese Zeeshan tu, tapi ada beef kan tepi atasnya. Zeeshan tak makan beef tu, dia makan semata spaghetti tu jer. Depa sume yang lain makan steak and burgers. Aku kan menumpang je apa yang depa makan jadi antaranya beef Zeeshan tu pun aku gak yang makan ler.

Malangnya, aku suspect itu punca aku cirit birit, cirit yang esoknya sampai aku pening2 pala, naik bulu roma, sakit2 lemah badan, memuntah. That bad.

Aku suspect situ lah coz takde benda lain dah yang masuk perut aku selain benda tu jer, orang lain anak beranak aku tak de cirit pun, depa tak makan benda tu.

kena about 12pm noon (makam waktu malam sebelumnya), sampai tak jadilah pergi squash. Ingatkan dah recovered, walaupun sepanjang petang tu aku melepek, tahan sejuk badan, tapi bila dah nak dekat2 sampai rumah, dia attack balik. Bertempiarannnnnnn haku masuk rumah tau.

Malam tu kecepek terus.

IMG_7600

Zeeshan tak nak pandang camera jadi kena buat paksaan tolehkan kepalanya. Ini malam birthday laki aku ler, ikut mung le nak makan mana. pas bebudak habis mengaji, baru kita keluar lagipun this week kan dah masuk 3 hari tak sekolah. Esok lusa tak tau le pekabau, kalau haze teruk gak, makin delay ler abang punya exam nak habis. Diorang dah naik fed up pulak dok rumah masuk 3 hari nya, yelah macam kakak ok ler, cuma tak dapat nak mingle2 jumpa kawan, nak pi outdoor pun tak boleh, banyak pantang larang.

Yang aku suspect aku cirit makan dari sini ni, tak yah ler kot aku sebut nama tempat ni, sian pulak kang, Sapa yang recognize tempat ni, diam2 sudahlah yek. Not just that, typhoid outbreak pulak skang nih. Hari tu 2 hari KKM datang KLCC buat siasatan kat food court level 2 and level 4. aku memang ler tak makan situ kan, tapi itulah tempat paling murah dalam KLCC ni untuk dimakan oleh warga Tower 1,2,3 and sekitarnya.

haih…betul2 kita diuji skang nih.   Berdoalah agar sesatu yang datang ini cepat perginya. Insyallah. Masa aku cirit birit tu pun, terserlah kepucatan muka. Tak make up tu takper lagi tapi agaknya obvious sangat sampai ramai le gak tegur tengok memang dah cam orang sakit sangat. Takde mood betul aku aritu.  Malaslah nak pi clinic, aku kan kalau dah terukkkkkkkkkkkkkkk sangat baru carik doctor. pasalnya.

Oh birthday dinner laki aku, ada le dia dapat bunga (yang dalam entry birthday tu), aku le hantarkan, pastu dapat card and dapart shower gel sets dari anak2 from M&S. He s supposed to get one item lagi, from me but tbc dulu lah, macam tak berapa penting je pun benda tu, kalau ada pakai kalau takde pun tak kisah. Tunggu le pekabau birthday boy nak camner.

 

Comment: 3

The 42!!

IMG_7585

 

Meminta maaf bukanlah bererti kita ini salah

tetapi

untuk menjaga hubungan dan mengenepikan ego yang tinggi

 

Happy 42nd Birthday Suami

 

19 Oct

Comment: 4

The 11th…

 

IMG_6242

This was on the birthday nite of Kakak. Kitorang ni bukan type yang keluar malam weekdays. My concept is weekdays (unless kerja or event , which is of cos part of kerja lah kan) kita  mmg takkan kuor malam. Selain dari bebudak sekolah, it s gonna be tired, nanti waktu depa tidur pun lari.

tu dia 5 ketui air, termasuk air botol suam Zeeshan hiks…

IMG_6246

Kita makan kat restaurant baru yang kat Alam Damai tu tapi asalnya dulu restaurant yang masa birthday abang gak, diorang suka bebenau ler makan sini. In fact abang dah looking forward nak makan on his birthday kat sini too.

IMG_6248

4 plates for them. Aku makan cuit apa saja yang depa makan. Portion boleh tahanlah kira memang tak yah ler aku nak order sama plate pun. Zeeshan tu sepinggan plate of fries, dia tu susah betullah nak makan, menu dia statik sama jer. Kalau tak nasi, nasi nasi….mat nasi sangat. Dedulu masa baby, macam2 menu aku buat senang je telan, dah makin besar ni lagi payah nak menelan. Aku rasa kurus je dia…

Habis dinner kita terus baliklah, aku pun memang tak sihat sangat sebenarnya pun, kalau tak kerana birthday anak aku, memang aku takkan keluar, malam tu laki aku tolong sidaikan baju, aku dah terus tidur.

Anyway, this week kita ada cuti raya haji, pastu aku pun memang sambung cuti gak yeak, some more ngah cuti sekolah too. Hangpa pi memana? Aku tak pi mana2 but my family depa 3 orang insyallah akan ke Cambodia and Vietnam for qurban aqiqah and little bit of jenjalan.

 

Comment: 2