Supermak

Story of makeup tools….

 

 

 

IMG_9933

aku ada beli ni dalam RM4 sekotak, reasonnya pasal dalam pairs tu memang pelbagai types of lashes. Takde le dalam sekotak sama je design dia kan. I think murahlah kot, aku kan nak menerai pakai dalam jem tuh, tapi tak buat2 lagik, will do one day. Lupa manjang nak bawak glue sedap ke dalam kereta tuh.

IMG_9975

tapi satu hari lain, aku dapat delivery 2 kotak nih. Ler, ni mana pulaknya heh. Dalam 150 items yang aku beli (dude now the numbers akak beli online dah getting increased, barang yang dah arrived about 42pcs), aku tak tau ler napa seller hantar ni, mungkin coz ada salah satu items aku tu, dia salah hantar colour kot (kan temporary tatto mata aritu), coz nama takde hapa bagai takde, compensation kot. Still donno ler dari sapa. Bertambah2 lagi ler eyelashes mak, dah macam aku pulak jadi mak andam, masuk ni mau ada stock like 5-6 kotak (yang lama punya lashes pun tak abis2 lagi).

tapi yang ni pun kan, dia punya lashes pun lelain each pairs tu, so bagus gak lah.

IMG_9936

ini pulak handy small eyeshadows. Kecik jer, senang usung kulu kilir too. I have tried all colours, sukaaaaaaaaa bangat bah!

Kalaulah aku start buat makeup dari umur memuda dulu, mau aku pun jadi macam si Cosmo By Haley (tak yah google lah)

 

IMG_9960

kiri tu aku pi satu makeup house kat KLCC nun, menerai segala beam (nak compare tengok camne dia pakai dengna aku pakai), tak berkenan sket le cara dia pakai plak, aku pakai lagi molek kot hahahhaa….dan kanan pulak is my 3hinggit bling bling earrings. Aku dok cite make up je kan, tunggu batch akan datang pulak the accessories segala, semua dok on the way dah.

IMG_9915

ini my latest edition (as of this entry lah) tapi sebenarnya ada lagi banyak editions lain but aku malas nak letak lam nih, nanti tu lain postlah. Dedulu aku ada gak palette for blushers cuma tak sebanyak ni, and dah habis, most of the colours. Begitu le pakai sampai licin. Mungkin aku bagi orang kot, coz katalah ada 10 colourspun, aku pakai banyak for 3,4 jer, lelain sure banyak lagi.

Frankly speaking, aku suka kaler light for blusher, light pink or light brown. Kalau aku pakai heavy colour, aku akan tambah kaler lembut lagi, or highlight sikit tak nak so much.

Cuma tulah bila dalam jem or dalam kereta, agak sukar nak ngagak the gelapnya, or lightnya pasal lighting tak elok dalam parking tu (udah aku kan last touch up masa parking pun).

IMG_0170

Huh nama kau! Better than Sex katanya….Kalau urgent, akak beli bayau je RM82 tuh, tapi tak urgent so i boleh tahan sabar and tunggu big sales memana ler…

Eh mascara ni akak belum beli yet, dok menerai kat Sephora. Tempting gak….ada jalan? Tapi kan korang penah tak bila menerai memacam kat Phora tu, or memana lah kan, best sedap jer, but bila dah beli balik rumah pakai 2,3 kali, tak sesedap masa kita try nun. Tak kisah ler apa2 pun, mascara ke lipstick ke, apa pun….ye dok?

 

Comment: 5

The Investments…

IMG_9832

remember about the ABCD tips aritu kan, so nah, ini antara contohnya beyond expectations, means tak disuruh, dibuat. dahlah tu, buat sorang2 plak tuh. Tak panggil apaknya pun. Yelah, dia angkat all the sofa carpets semua sendiri kay. Carpets tu siap bawak keluar and tepuk2 kuat lagik. Pastu dia mop vacuum all complete set lah kerjanya.

But bila hujung2 tu, aku suh le bapaknya tolong sama kan, jangan le sampai anak ko down pulak kot ler dia buat semuanya kan. Kita selain kena buat acknowledgement kita kena gak turun padang sama. Well done abang. Dalam seminggu tu ada ler sekali 2 dia akan buat above expectation. For kakak pulak, masih lagi budak lagi, but still tanggungjawab dia, pun dia tau.

Apapun as long as depa buat kerja rumah, depa tetap main2 jugak, dah namanya pun bebudak, tv main tv main tu kan idup diorang.

IMG_9826

tips dah basi, the toilet bar biru tu (toilet blue namanya), kalau hangpa tak beli yang brand memahal tu, beli brand cecekai pun ok, in fact brand TESCO pun ok, cantik je birunya. Kalau yang mahal tu sket ada bubble2. Rumah aku dah bertahun2 tak pernah dibiarkan plain kosong putih, mesti ada biru2 nih. WC (water closet) ni masa kita beli untuk all 3 bathrooms kita pilih brand yang sama – Johnson Suise tapi berlainan style. Hah tak sama each of them 3 tu. Tapi yang samanya ialah, the cover top of the seat tu boleh cecabut. dan boleh jugak pasang balik. Kat KLCC the cover lagi ler langsung takde hahaha, ye lah manusia ke main ramai so tak yah pakai cover gamaknya.

Ini antara kerja aku ler, kadang2 anak2 aku pun akan buat sendiri kat bathroom depa, but kalau bawah and atas memang kalau tak aku/ RD yang akan bersihkan. Ini aku cabut aku bersihkan, the blue colour tu dah berkurangan so nanti tambah2 ler seketul lagi, jadi le biru menyala balik.

Tapi pas dah bersih, aku blah tinggakan jer hahahaa, laki aku le pasangkan semula. Dulu masa beli design semua tops ni boleh bukak kan, kita ajar si bik keparat tu, belum ajar lagi ni dengan berlagaknya dia cakap, aku tau lah ibu (mulut cara menjawab memang patut dicilikan), tapi bila aku suruh tunjuk camne nak bukak, hah menggagap tak tau. Tu lah perangai keji dia, semuanya tau tau tapi nan hado!

Jadi beli ler yek the blue toilet bar tu. Remember me dah 3 bulan maidless and tak teringin langsung nak amik maid or even cleaner or orang yang datang part time buat kerja rumah tu, memang aku taknak ada langsung. So semua kerja rumah, semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa adalah Red Family yang buat.

IMG_9810

one good thing is takde maid, semua anak2 dah tau job memasing dan specially abanglah. You name apa saja kerja rumah, memang dah dalam tangan dia. He paling fav lipat kain dan jugak basuh pinggan mangkuk. Aku tak ingat if aku pernah promote benda letak bawang bertingkat2 tu. Aku beli kat Kenanga wholesale, sebelum pindah rumah dulu, ada roda bawahnya. bagus sangat. Worth of buying. Pastuh yang hijau tu penyapu, after pakai sebulan 2, abang sebagai pengguna kerap penyapu tu dia tak suka ngan service penyapu tu. Jadi aku dah beli lain, bila barang baru tu sampai nanti ai show show here and wait apa pulak komen abang nanti yek.

Yang biru tu robot cleaner gak, itu biasanya RD yang pakai di pagi hari lepas mak aku masak. Aku jarang pakai binatang tu. yang hijau abang pegang tu mop, itu dah blogkan pun, itu memang top of the list the best he suka ler sangat pakai. Robot cleaner tu pun bagus cuma duration dia charging, lama, 4 jam for 1 hour usage. Kalau aku bagi task kat RD suh sapu lantai dapur, dia akan pakai robot tu lah, takde nya dia nak pakai vacuum panjang ke or penyapu biasa pun, no way, robot is his bestfriend.

IMG_9827

Ini bukan mop biasa, ini ada jual kat merata2 kedai but aku beli online je. Ini untuk air yang melimpah ruah di lantai tapi kita nak lap kita pakai je ni, nanti dia sedut le air, pastu kita flush out air yang dah dia sedut tu, kat dalam WC or kat lubang air bilik air. or even sinki, sukati kau lah. jarang pakai nih, ni pun duduk kat wc kami. Kalau basuh wc, aku tak suka ada air2 bagai kat lantai, the toilets semua kena dry, tu yang nanti pakai le mop nih sedut air. Sokmonya si Zeeshan ler, suka benau main air pancut dalam WC tu, jadi mengemaslah semula.

If korang ada barang2 rumah yang perlu aku tambah beli menyenangkan lagi hidup kami anak beranak, meh meh share bagitau, kalau aku tengok review cantik, ai will surely get too.

Especially untuk menyenangkan anak2 gak, bila depa cakap depa tak suka this robot this product this that, aku lagi carik yang better. Well said memang duit akan mengalir a bit but ai think they deserve something yang make them happy and make their jobs easier, diorang jugak yang kena buat kerja rumah2 ni kan.

Machine lipat kain baju ada jual tak? 🙂

Comment: 8

ABCD Parenting Tips…

ini bukan tulisan aku but tulisan laki haku. Kalau tulisan aku, ngan aku sendiri pun tak paham nak baca balik. Iyeeee, sungguh sangat. My handwritings sangatlah ugly and hard to read. Tapi font merah ni, warna rasmi kami ler, jadi pen merah adalah sangat merata2 di rumahku jua kihkihkih….

the other day, kita ada dengar talk by Zaid Mohamad. Aku suka dengar talk2 or ceramah parenting, cuma peluang nak attend tu, time factor a bitlah. Tapi kalau dah ada depan mata, takkan nak biarkan begitu je kan. Kena grab.

Being parents bukan kita beranak kuor je terus expert but benda ni hehari punya benda, kita belajar dari anak2 kita gak, pengalaman ni semua kan. also jadikan pengalaman lepas kita sebagai anak nakal (aku mengaku aku nakal gak dulu) ikhtibar.

You dont judge a person from her 20 years ago punya past lah, skang punya cite lain dari dulu punya cite kan.

IMG_9800

 

IMG_9801

 

IMG_9802

Point number satu kurang hasam je kan, jangan bagi mak kau membebel. Itu memang semua orang agreed, even aku pun sama sangat setuju coz kalau depa tak suka dengo mak kau menceceh, aku lagi tak suka nak menceceh sama gak. Penat ler weih.  Ada tu kan, aku dok je atas, malas nak bunyik. Tapi lambat sejam le depa buat benda or naikkan adik depa tu. So kalau bunyik,  nak tengok semuanya on time, hah kena jadi pahat.

Ada sekali tu aku sinus yang heavily malam tu,so memang tak larat le nak bersuara ke nak memarah. Diorang ada kesedaran gak lah, do the right things, naikkan adik depa, buat susu semua, but not on time, cuma lambat, janji buat.

So back to parenting tips by Zaid Mohamad tu, laki aku ada tanya pasal what s the best punishment for the kids kan, yelah depa ni ada stage toddlers, kekanak pastu teenagers dan belia. Jadi i have these 3 stages right now. Paling ketara bila kita dah ada top 2 anak yang teenager nih, abang and kakak. Kakak walaupun belum teenager tapi dah ke arah itulah, coz her brother dah teenager mestilah dia pun lagi cepat jadi anak dara gak.

Pendekkan cerita, lepas je dengar talk tu, malam tu aku laki bini discussed on the ABCD tips by Zaid and esoknya pulak, kami discuss this methods dengan anak2. Kitorang walaupun strict tapi kami akan berbincang ler dengan anak2 to help their communication gak. Tak bolehler semunya kuasa veto kan.

kekejian betul ler pinggang laki aku ramping betul dari bininya. LOL

That s Zaid Mohamad

So what s the ABCD tips nih, aku cuba ringkaskan as simple ler, the best man to explain is still En Zaid Mohamad (please search him over his FB, he is from the Smart Parenting Coach):

A: Above Average – anak2 buat lebih kerja rumah/or hal sekolah lebih dari expectation, lebih dari disuruh.

B: Break The Rules – sesuatu salah yang depa buat, but tak heavy tapi masih lagi perlu dipandang berat jugak

C: Cut The Privilege – ambil semula/take back the rewards yang telah diberi untuk B rules.

D: Damage Done – Salah sesuatu yang sangat berat contoh menipu bohon mencuri sebagainya.

Lepas tu aku malas nak go further explain on the ABCD tips nih coz aku dah terer hahaaha…jadi korang kalau nak tau lebih lanjut bolehlah tanya En Zaid, kang dia kata aku kacau kerja dia pulak hehehe but anyway tips ni bagus gak, so far alhamdulillah berjalan lancar walaupun ada tergelincir tapi still on track.

Jadi tiap kali depa buat the B or even D kami akan remind them on B. If they do the A, always acknowledge and give rewardslah. Types of rewards tu depends lah, tak perlu dalam bentuk materials (but most of the time, depa nakkan benda2 yang material jugak).

Anyway this week pun anak aku takde, depa sekarang ada kat Kem Ebit Liew – Program Kembara Iman dan Solat. Telah menjadi routine untuk kita hantar anak2 at least setahun sekali for this kind of camping trips. Ada satu tahun tu, 2 ke 3 kali trips kita hantar. Once a year ok just nice ler kan.

Untuk anak2 UPSR tahun depan or nama barunya: KSSR, ada HOTS / Writing Workshop for English this Sunday kat UKM Bangi, jemputlah2 pergi, bayaran RM100. Insyallah we will be sending Kakak there, workshop ni sehari jer from 9am to 6pm, by Adibah Khalid or Mommy Deeba. RM100 termasuk modul, breakfast dan jugak lunch.  Aku dengo the KSSR is application for KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) susah sangat. Abang cakap, kakak even dah belajar Maths of form 2 some more. Oh my. sian anak2 sekarang.

Comment: 3

The Good Dinosaur’s tragedy…

 

IMG_9890

 

Banyak hal masalah menimpa2 betullah untuk entry ni, nak buat ni pun gambar tak menjadik. Malas nak pikir napa dia jadi mengecik. kengkadang WLW tu biol gak sama ngan aku ni pun.

Jadi ini kisah sedihnya kami berlima. Aku, all my 3 kids and my niece yang lawa (tapi lawa lagi makcik kau), Kak Ngah. So telah kami berjanji untuk pergi tengok The Good Dinosaur, aku dapat 4 tix premier from Nuffnang. Jarang ler weekdays aku nak pergi tapi sebab dah cuti sekolah (masalahnya 2 anak aku masih lagi belum cuti sekolah, tapi langgar je lah).

Jadi kisah bermula dengan perjalanan dari rumah ke OU. to be specific at GSC.

Drive dengan kompidennya, masuk Kerinchi Link tetiba aku rasa eh ni jalan apa ni,eh ni apa ni weiiii! Omeng, ada satu lorong ke kiri heading to Bangsar South ok!!! aku tak pernah tau, katanya baru lagi. Arghhh….ddah 8 lebih ni, show at 9pm.

So kita uturn, nasib baik le kejap tak jauh punya kesesatan itu.

So alhamdulillah sampai OU, on time about 830pm.

Sblum sampai tu aku dah tutup waze, kompiden leven tinggi turn left, parked. Nak parking ni pun, dapat yang sempitnyaaaaaaaaaaaaaaa, depan auto pay, So sempit pun sempitlah tapi nak amik reverse parking tu siksa, abang sampai keluar tolong tengok takut aku langgar side kete orang. Bila dah parked tu abang cakap, mami – berderet kereta beratur belakang tunggu mami parking hahaha..

ya hampun sorry le.

IMG_9913

pastu kita pun turun, carik le GSC. aku ni dah lama tau tak turun OU tu. berbulan bulan bulan. Biasa kalau nak pi memana event sana, aku kena cek – old wing or new wing. Tapi ni aku tak check. dah waze kata kiri.

Kitorg pun carik, tak jumpa, tanya guard dia ckp itu new wing. Dia suh naik 4th floor, and lalu situ pi new wing. Kitorg naik, apakah, parking pastu gila hapa nak lalu gegelap aku tak tau la abang yg cek tpt gelap tu.

So turun, carik lagi, turun naik escalator tak jumpa. Jauhnya mak haih.

Ati dah panas. Pegi balik pegi balik, sampai berlari2 le kitorg 5 beranak. Abang and kakak aku took turn dukung Zeeshan. At one time aku nampak trolley AEON, hamik tarik and suh abang letak Zeeshan dalam tu, dia pun speeding tolak adiknya lam tu.

Memang berpeluh2 kitorang hahahahaa

so aku dah give up.

Jomlah anak2.

Diorang ingat mak ajak balik. Tak, jom kita naik kereta pergi ke new wing. Apapun kena gak alihkan parking gak coz new and old wing jauh beza, habis movie ni kang mau jam 11malam.

Jadi kitorg pun masuk kereta. Kak Ngah lelaju bayar parking,  aku ngan batallion terus masuk kereta. Gerak and chow. Sambil aku check waze balik.

Eh betullah, bukan aku yang salah, si vongok waze ni detect the GSC on the lift, not on the right (yet left tu TGV). Eiii….adakah kerana Kak Ngah tukar suara waze tu (asalnya suara pompuan, tapi dia kata pakai la suara budak kecik, kelakar). Jadi aku dah hamun le budak kecik waze tu. Vongok la kau, hantar aku ke TGV napaaaaaaaaaaaaaaaa.

Dan pastuh sampai GSC, carik parking. Aku nak park near by, pusing cari2, tetiba kat entrance GSC atas tu aku emergency break, eh korang pi turun dulu, biar mami carik parking. Dah lambat ni. Masuk jer dulu kang mami belikan popcorn korang. Masa break tu, pala kakngah tertunjal seat aku haahhhaa..

itu baru orang tua, jadi niqabis Edlyena Assegaf tolonglah pakaikan anak kecik ko tu seat belt, ko pun pakai le seat belt, or napa ko tak nak invest car seat kat anak ko hah? <<—-ok ini aku geram betul ngan pompuan ni, ko nak menipu orang ke hapa lantak ko lah, apasla ko amik video beria2 dengan driving lajunya, tak pakai handsfree, pegang hp, mata melilau, kalau ko emergency break, berdentum depan, u tell me anak ko terbang ke mana nanti?

so ok ok back to parking, hah depa pun turun ler. Jadi aku pun carik parking, sekali round pusing ada dapat le tapi jauh dr entrance. But aku pikir hem, parked je lah. Memang jauh lah, tapi kan, bila aku dah jalan 30-40 langkah, aku rasa eh tak nak lah, tukar lah parking cari lain. Aku nak gak park kat near by entrance GSC tu.

So pusing, alhamdulillah, ada jumpa dekat. Rezeki. Suka ni hehehehe…

pastu masuk dalam, ler abang tunggu aku, lelain sume dah masuk, show jam 9, masa tu dah 925pm tau.

Bila masuk dalam, ler tak start lagi, rezeki lagi. Tapi depa sempat le beli popcorn gak. Air mencungap2 minum. Eh masa kitorg berlarian tu, air botol suam aku, separuh kita togok deh penat.

Alright pastu tengok happily lah. Sonok ni. Aku kan tak minum air manis (certain days), so aku tanya mana air suam mami? Memasing kata ada bawak, sampai abis movie aku dok minum air suam Zeeshan sudahnya. Rupanya memang kakak terlupa nak amik masa dah mak nya emergency break tadikan.

IMG_9908

So, abis movie, finished at 11pm, kuor ler. Hangpa cuba cite kat hakak, sakit tak hati akak bila kita kuor dari pintu wayang tu, tengok2 yang akak parked dari awal tak jadi tadi tu, depan mata jer!! huwaaaaaaaaaaaa…..benciknyaaaaaaaaaa. Jadi menapaklah kami ke kereta, jauh aaaa. Dengan kena dukung Zeeshan lagi, dia tak nak ngan sesapa. Dia sebenarnya suka ngan movie tu tapi ada sedih gak lah coz Arlo tu berpisah dari parents dia, ngan ayahnya mati, macam2 la, so dia touched kat situ.

Jadi banyak betul dugaan nih, ok then kita start engine, aku check routes, aku nak ikut Kerinchi Link again coz itu jalan paling dekat ngan rumah aku. Actually aku tau jalan tapi aku dah few months tak pergi OU ni so aku tak nak le amik chance kan. Bila dah sampai TTDI, tetiba semua kereta kena uturn and turn left, apakah!!!

ler depa buat roadblock kau!! huwaaaaaaaaaaaaa

kita carik jalan short dalam tu (aku expert gak area situ coz klinik laser aku dulu kat situ, my son pun dulu pernah tuition situ), sampai kedai tudung Neelofa tu pun aku tembus 2 kali kay, tak gak jumpa jalan. banyak kereta kena pusing. Sian kami.

Malapetaka apakah ini, banyaknya dugaan semalaman ni.

Jadi tukar routes, ikut Fed Highway ler. Tapi budak kecik waze tu dok ajar aku jalan2 yang menyimpang dari signboard, aku suspect dia nak suh aku ikut Bandar Utama tembus PJ/Fed Highway. Eii memang idok ler.

Jadi akhirnya begitulah. kami pun selamat sampai rumah dengan penuh cabaran dan dugaan.

Allah, sian sangat anak2. dengan maknya stress, tapi masa keadaan genting yang first round tak jumpa GSC at old wing tu kan, aku punya speed up jalan/lari lagi laju dari Kakak and Kak Ngah. hahahaha. toing toing.

Kita hantar laporan kat apaknya, gelak2 bapaknya heh. Terus depa mintak burger. Kakak and Zeeshan terus tidur ler, depa kan sekolah the next daynya. Dengan aku sekali makan burger special tu, pancit penat exausted, semuanya banyak sangat packagelah.

Jadi skang dalam hp aku dah set sesiap, GSC new wing on the right, TGF is at old wing on the left.

OU oh OU….

IMG_9893

Eh pergilah bawak anak2 tengok The Good Dinosaurs, Zeeshan pun siap bawak costume dinosaurs dia tengok movie ni kay, ingat nak pi tengok lagi, or tunggu dah abis, kita download je. Semoga tragedy ni takkan berulang, bila tengah stress tu memang panas je lah, tapi bila dah abis get over, semua menggelak. Banyak sangat Allah duga kami anak beranak.

Begitulah kisah The Good Dinosaurs and The Supermak’s Story.

Comment: 4

Family of merah…dan tips ada gak.

IMG_9192

cite lama ni gang, tapi fresh new untuk blog. Ini kali 2-3 kot kakak buat nasi goreng, wallah! kali ni punya sangatttttttttttttttttttttttttttttlah sedap!! Aku dapat merasa 2-3 sudu. Abang 2-3 mangkuk, bapaknya semangkuk penuh, tapi bila turun nak tambah, dah habis hahaha…..idok le sangka begini punya laku sedap nasi goreng kakak.

We named the nasi goreng tu – Nasi Goreng Anak Dara Redmummy

cuti sekolah ni boleh buat lagilah, but must use the same resepi. ni penuh ngan sotong and fishball.

IMG_3528

TV PC Tab anak2 korang, dok kat bilik depa? better janganlah. Susah nak monitor

Aku memang dari dulu, sangat strict on the access. Sebab itulah kat ruang atas biasanya orang buat letak sofa rehat tv tu, kita buat blogging / pc section. Jadi semua pc laptop pun di sini. Semua dengan password, hanya aku dan suami jer yang tau password semua gadgets. Their handphones pun, berpassword gak but aku laki bini tetap tau gak.

Jadi mende2 yang anak2 aku nak pi site mana tu, semua kita tau. Dulu laki aku pernah control dia set macamana tah, so the kids cannot access to that site, tapi ai tak rajin nak buat hahahaa….jadi kalau laki aku malas nak buat lagi, takde le bende tu. But anyway, depa tau the rules, if korang buat hal, 3 rewards ni, akan kena suspended.

Amende the 3 rewards. hah japgi.

IMG_3523

ni bukan rewards, ini mak korang malas nak masak di satu Ahad tu (eh nasi goreng le ye kita masak, kakak yang masak but of cos le aku yang guided), so kita makan satay station. Sohdapnya!! makan bukan kat bawah pun, berdulang2 abang bawak naik atas, makan kat our pc blogging area tu ler.

Zeeshan tak pandai makan satay, so dia makan nasi impit jer. Dia tu susah ler nak kenal makan sangat, paling hebat dia makan kek tu dah memang aku terpegun sangat. Tu pun pasal kawan2 ramai makan kek kat sekolah jadi dia terpaksa mengikut.

He s very hard sangat nak try food baru. Tapi kalau tempeyek tu, rempeyek sume tu, aku siap kena sorok. Kalau tidak, dia akan makannnnnnnnnnnnnnnnn nanti malam ada yang kong kong batuk. Itu memang his fav sangat.

IMG_9199

alright ini tak berapa molek ye, but jarang2 sangat Zeeshan dibelanjakan dengan iPAD. Sangat jarang. weekdays memang tak dapat, weekend pun mungkin sebulan dalam sekali. So access dia selalunya dari hp neneknya. Terer betul, aku pun gagau2 mencarik mana youtube mana wassap kat hp mak aku tu.

Because that day aku banyak urusan kerja rumah, tapi sambil tu aku nak dia makan, tapi aku tak boleh nak suap, jadi aku mohon dia tolonglah makan sendiri yek dik. Amak got things to do. Ini sebelum makan satay nih. Rambut pun sisir kemas jer, sah ler baru lepas mandi hah.

Jadi dia layan youtube, dia bukan tengok cartoon, dia tak tau pun dalam ipad tu ada cartoon ahahhaa..cuma dia suka layan vehicles, or eggs yang toys tu apa ke namanya. Or dinosaurs punya storylines.

Stand ipad tu akak beli kat Tokyo dululah, jadi jangan le ko tanya bape harganya,

IMG_9574

yang ni, bukan dari family of 97 items, ini tambahan 3 items (1 lagi utk kereta), aku beli kat online via instagram tu. Chopper untuk bawang cili. Jadi kot aku ngan kakak or mak aku malas nak dok bawah berlesung batu or tak banyak sangat untuk pakai blender, kita akan pakai chopper ni.

Masa nak buat demo ni, aku videokan guna kakak and Zeeshan so hantar wassap kat mak aku. Sonok je Zeeshan jadi little Chef, camni nenek camni.

Shake n Take tu, pun aku beli sesuka jer. Ye aku punya juicer mahal ado, tapi tak berapa power ler hasilnya. Nak beli yang Hurom tu, RM1200, nanti tunggu dulu. Ada online oversea can get at RM800. Benda bukan pakai hehari ni so agak payah sket nak invest hahahaa…

Tah ngaper ler aku bantai beli yang murah ni, tak try pun lagik, tu job laki aku, bape hari dah aku suh dia pi beli fruits apa2, try buat. Tak gak bergeraknya. Ni yang ado akak pi beli sendiri buah kat KLCC nun. Eh aku kat KLCC tu bukan hehari boleh turun pun. Dahlah 2-4 days bz ngan Marie France la dan segala bagai. Nak cecuri lari pi beli buah, udahlah mahal buah2nya kat KLCC ni, kat Permaisuri tu lain ler, syurga buah murah sket hahahaa….

Speedy Chopper: RM25

Shake n Take: RM59

Kalau mahal than apa yang korang jumpa for these 2, but same product, Diam, jangan kabo sini. Tapi kalau yang akak beli ni murah, hahahaha ai love you lah.

3 rewards, kita sambung sok sok lah. Dah too long to type pun.

Comment: 10