Supermak

New baby dah!

 

IMG_7016

basuh baju2 ngan tangan, itu pun keje aku gak. Ramai tanya camne Kak Red boleh lagi buat semua kerja, ler…motipnya nak ngan tak nak jer lah. Macam ni, alahai sikit punya aku jaga le baju putih laki aku ni, tapi tercalit jugak dengan kain baju merah aku. Basuh asing2 pun, but masa dia bersidaian sebelah dengan baju merah aku (yang also baru lepas aku basuh tangan), terpalit stainnya.

Aku pakai vanish yang serbuk, tak nak hilang. Pakai clorox tak hilang. nak suh baling buang baru hilang kau gamaknya!

Lepas tu Mak Ajah datang hantar berbag2 barang dapur huwaaaaaaaaaaaaa….My Mom memang masak kat rumah aku, RD and I supplied everything. Apa yang mak aku masak tu, not just for my house, but for my other family members yang kat rumah mak aku tu, so ramai le kan adik badik anak2 buah lagi. Sampaikan penuh dedua freezer dengan banyaknya bahannya lahai.  Nasib baiklah gomen bagi cuti 2 hari kat bebudak sekolah, so anak2 apa lagi, sila tolong nenek korang!

Anyway selama kat 15 tahun kawin nih bukannya selama 15 taun pun aku ada maid, the first 7-8 years kita takde gak maid. ada yang datang kejap2 je pun ke rumah so memang semua dari urat kudrat aku gak lah.

IMG_6847

lipat baju? sinonim dah ngan aku and kakak. weekdays kadang2 kami bergilir dua buat, tengoklah sapa yang paling senang dulu hahahah. Iron baju, hah tu aku buat.  Tapi ada gak anak2 buat. Aritu depa sehari kuor, aku le yang iron, dari 430pm kot sampai 930malam, but in between ada ler berenti banyak kali,siapkan dinner ler solat le layan buku story Zeeshan ler. Memacam ler. Kalau straight 5 jam, patah le pinggang hoh. Itupun dah sakit2 gak badan belakang haku.

we are talking bout 50pcs of iron baju tau, yang depa balik dari Kemboja Vietnam tu, kan bertenggek kain baju nak kena iron. Hakak le kena buat.

Masa tu belum beli magic iron.

IMG_7282

IMG_7286

Sekarang, 2 hari lepas, magic iron aku dah sampai muahahhaaa. Philips GC8616/30 PerfectCare Aqua Pressurised Steam Generator Iron.

Aku beli direct dri London terus, kat sini 1k++ kan? hah…demi nak menyenangkan hidup, invest mahal ler kat iron. Kalau ada maid, janganle beli iron memahal hoi, jahanam jadinya. So in total ada sampai 4 ketul iron dah rumah aku tuh, but satu tu free adiah. Jadi dengan ini, sorang satu bilik boleh letak iron hiks….

tapi kita tak iron hehari, aku buat weekend je pung. Aku dah tried pakai, memang best. So beliler yek, kat Amway nya dealer or sesapa pun ramai jual, kedai pun ado. tapi aku beli murah sket le bayau direct dr London nun.

IMG_7273

Lepas tu kan tambah sepasang lagi baju sek depa. so nak kena menjahit pulak lencana kakak nih. Cek set menjahit, satu benang putih pun takde, pergi le beli. Eh benang set nih kan, last aku beli bertahun2 dulu tau, aku rasa dia punya each rolls of benang tu tebal jer, tapi skang adoimai, nipisnya lahai rollingnya.  Gigil2 menjahit, janji lekat. kalau setakat iron lencana tu kang kalau basuh, tanggal gak, jadi jahit adalah wajar.

Philips Avent audio baby monitor ni , dari zaman Zeeshan baby lagi. 1 set. Skang sejak dok Red House ni, the base unitnya tu aku letak kat bawah, in between tv area and kitchen. Yang parent setnya (untuk bercakap tu) aku letak kat bilik aku ler. Agak2 ko tak nak keluarkan suara 7 petala kau, ko cakap le pakai ‘parent walkie talkie tu’ hah kang askar2 kat bawah dengar ler. Agak2 aku tengok depa culas dari atas (via cctv), aku roger ler dari situ gak, hah bertempiaran le semua kang.. so kalau hangpa ada ni, jangan le buang bagi orang pulak, simpan, nanti sok sok leh utilise like i did hah.

Dinosaurs tu Zeeshan punya. Skang dia addicted ngan dinasours kan, so tidur pun kena ada si hijau tu. Kalau dia dah start bukak buku dinasours dia, ko kena tinggalkan semua benda and ngadap ler buku tu sama ngan dia, borak sesama, TRex dan semua sedaramaranya yek.

New baby tajuk entry ni coz my latest edition of baby is the Philips Iron tu hahahahaa…. takde maid, kita invest memahal le kat barang2 rumah kan, kalau ada maid, pakai cap ayam pun cukup, depa menjahanamkan barang ko je kejenya.

 

 

Comment: 11

Life without maid…happy kau!

IMG_6657

Banyak betul korang derma kain baju wooo untuk Cambodians. Thanks thanks, ada yang datang sendiri hantar, ada yang courier, terima kasih kalian. Kita kenal dari blog tapi korang percaya put a trust on me to deliver this to the poor people in Cambodia.

Semua kain baju korang bagi tu akak dah pack up lam luggage, memintak takde masalah ler masa depa terbang tu kang.

Kali ni sebab pergi reramai, so quota memang lebih sikitlah kita bawak than last year, Last year sampai kena bawak balik few boxes coz MAS rule baru tak boleh lebih 2 luggages per person walaupun belum hit 30kgs. Kesian kan. sodih.

IMG_6670

Selain dari itu last weekend kita spend ngan menyiang ayam dan membersihkan daging. Daging jer 5 kilog kau, ayam je 4 ekor, mak aku dah bagi arahan suh buat siapkan sebelum Raya haji ni, mak aku pergi berjalan ke Hatnyai, so dia tinggalkan ler. Seminggu sebelum tu dia suh cuci siang ikan je lebih 30ekor, sotong daging bagai, hah masa tu cuti yang Hari Malaysia tu, tak larat le aku nak membuat, aku subcon kat adik ipar aku (berbayar ler). Tapi yang ni since anak2 aku pun cuti sekolah, so dengan daging aku buat with Kakak, ngan ayam pulak abang tukar turn.

Baru ler depa tau ooo macam ni siang ayam daging, oooo ni lemak ke, ooooo ini tak boleh makan ke. hah korang tau makan je kan. Sesambil tu depa dok pikir camne le orang masak untuk kenduri kendara, hotel bagai tu, nak menyiang lagi ler beratus2 ikan ayam daging yek…hah tu pasal mak kau tak jadi Chef hahahahaa….tak sanggup ler.

Kita kalau dah banyak sangat nak menyiang camni, kitorang dok reramai lam toilet, alah bathroom aku cantik (phuii), jadi lagi luas dan selesa. Kalau buat kat sinki, letih kau berdiri lelama, dahlah berejam buat keje ni.

Siap ni, lega. Malamnya pulak depa amik job siang lagi bawang merah, bawang putih and kunyit sikit. Abang cukup benci ngan bawang putih tapi suka siang bawang merah katanya. Dia kata bawang putih tu eiii halus2 sangat. Hah tau bising ko yek. Dan esoknya pulak aku blend the kunyit. Siap stock. Senang mak ajah nak masak. Yang blend and siap siang bebanyak ni, untuk raya haji, mak aku tau order je bahan kena siap, kalau tak siap kang, sakit telinga hakak dik kena peluru mak ajah.

Lagipun aku dah stop habis pakai cleaner yang datang once a week tu. Kalau aritu aku panggil coz baju balik dari Kuala Kangsar terlampau banyak nak dibasuh tangan dan diiron but lepas tu aku manage untuk basuh dan iron sendiri by myself ye. Sekarang lagi ler cuti sekolah, anak2 aku boleh buat. Lagipun macam aku cakap, setakat baju untuk lipat tu, memang hehari aku buat, takde simpan longgokpun. Kadang2 kakak buat sendiri, tak pun kami sesama buat. Kalau baju ironpun, no issue. Rumah masih lagi bersih berkilat cantik, kita dah ada macam2 technology barang2 bersih rumah, yang robot ler yang cordless yang pancut2 spray, macam2 jenis mop penyapu vacuum ada, so tidak ada masalah. Nak ngan rajin je tidak. Basuh baju tangan tu pun, aku buat sendiri gak. Manageable.

Jadi keputusan aku untuk tidak mahu lagi penggunaan maid dan cleaner adalah sangat wajar dan I stand with that decision. Insyallah.

 

Comment: 7

The Supermak…

IMG_6259

lamanyaa aku tak turun jenjalan kat mall KLCC tu. Dulu almost le everyday but coz sejak sebulan 2 ni aku dah ada routine lain kena buat, so once a week je lah dapat jenjalan. Itupun jugak hari nak memakan ngan kenkawan and catch up new things and so on. 2 kali aku jalan bawah aritu, pusing Isetan, belum gak ada napsu nak beli apa2. Entah apa yang aku nak carik tah, padahal voucher ada banyak gak tak utilise lagi.

Kena dok tingkat 4 Isetan tu baru habis vouchernya, situ leh spend baju anak2…kompem terjebakan.

so atas gambar ke main posing mak merah yeah..

hah balik….gini jadinya.

IMG_6265

bukan main sedap lagi si kecik hamukan toys dia. Habis dia sesepahkan 2 bakul sekotak toys tu. Aku biarkan je. hah buatlah sukati ko yek. Siap bukak2 baju lgi tu, hot la ammi hott….

Tak lama lepas tu, aku halau dia naik atas, pi tengok tv cartoon ko kat atas, ko jangan turun bawah dik.

Apa lagik, aku ngan kakak kemaskanlah, habis sofa depan tv tu aku tarik keluar (apparently nampak benau ler maid aku dulu tak pernah tarik sofa ni coz punya le banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk sampah/toys bawah kosi tu).  Dah alang2, hah, habis aku sapu vacuum mop segalanyalah.

Huh puas hati giler, dapat clearkan bawah sofa and siap tarik pusing the position lagik. Carpet pun aku angkut sama, dahlah berat, heret beret bawak pi jemur.

IMG_6267

gini licing boliau aku kemaskan. Dah esoknya baru laki aku tukarkan position tu coz Mak aku datang je eh apahal sofa korang hhahahaaa…yelah, sakit hati aku benda tersembunyi yang jenis pemalas tak nak kemas ni. Maid aku dulu pangai dia, dia kemas benda yang nampak kat mata jer, kalau benda yang tersembunyi tu yang dia ingat aku tak pasan tak nampak, takkan dia lap dia susun memolek.

Baru2 pindah dulu aku suh dia susun maknek tupperware kat dapur atas, lepas seminggu 2 aku check bukak masyallah ko punya dia campak2 je dalam tu, mana tutup mana bekasnya, Berpanjat tangga ler aku buat balik, aku ada pangai yang tak boleh ler bebenda gini, not perfectionist but tolonglah jangan susahkan benda yang senang, kalau ko main campak2 gitu one day nak cari tak ke haru. Lagipun ko maid, keje kau, kalau ko dah campak2 gitu dan aku buat balik, apa guna aku ada maid hah?

Sama le ngan bilik dia, kalau kain baju iron lipat tu, habis berbakul2 dia peram, few days sebelum dia balik dulu aku cakap ko kasi clear ye kain baju ni, baru hegeh2 habiskan, pastu hari dia nak blah tu, aku check bilik dia, kan betul, semua kain baju yang dia rasa tak nak iron tak lipat dia sorok2 peruk. Super pemalas betul. Lining pad period pun dia main campak je kat lantai bilik dia yek, Pengotor punya bibik!

Bilik anak2 aku pun sama, aku akan siasat drawers almari depa, kalau depa letak kain baju berperuk2 tak ikut sususan, hah, kau tunggu lah mak kau punya 7 petala jerkah.

 

 

Comment: 4