Sep 20 2013 Friday, 5:00 pm
Sep 20 2013 Friday, 10:00 am
Megakidz vs USS…
Mummy, today pergi mana ngan adik?
hem…Megakidz je kot, tu yang near by. U guys have fun in USS hokeyyy…
Tapi masuk je kereta melalui Midvalley, RB mentidur pulak. Hapa lagi, aku dok ingat yang RD tak settle satu kerja. Yakni beli kipas ceiling! satu section umah aku tu kipasnya dok satu dua tiga speed pun sama je tema rentak slownya heh. Kenangkan dah kat 10 tahun, baiklah aku pergi beli. Apak hangpa bz sangat, meh mak buat keje nih.
It was a beautiful Sunday, takde jem, tak yah pakai gps tracker pun, terus ke Puchong coz aku tak kuasa le nak mempatah balik carik kat kedai BSP. lagipun kedai kat Puchong tu aku pernah pergi sekali. I still remember the roads.
Dah nah! tak muat bonet, dok depan kau. Pantas gila kerja beli kipas nih. Bagi saya yang paling bagus punya kipas!
Tokey tu cakap ini paling best boom meletop punya kipaslah.
So settled! RM480.
In between aku WA tanya laki ler…
Depa bertiga ngah happening kat USS, Singapore!
Nasib baik mak korang packkkan raincoat tuh!! aku packed up 2 je yang kuning padahal ada 3 (1 lagi RD pakai), satu lagi kuning aku tak jumpa, ada le dalam luggage2 but aku tak larat nak panjat bukak. So RD beli satu lagi putih ni untuk abang. Dah tau memang akan hujan. Wpun aku tak pergi, kerja packing memang job aku lah kan.
Yelah, RB tengok gambar2 ni meluat dia hahahahha
Siap bebel2 cebik dia….dok gamaknya berkata ooo korang berjalan tinggalkan aku ngan mami yek!
Sehari suntuk depa dalam nih. at first tix depa biasa punya but malam sebelum depa fly tu aku dah cakap kat RD, better buy the express one. memang ler terasa mahalnya but daripada korang beratur satu ride sampai 2-3 jam… so sampai spore RD terus lagi beli express tix. SD50 per person so jadi SD150 lah, sendiri kira conversion. Belum campur harga asal tix nya yek.
Idea of buying the express tix memang sangat worth to max! Kalau tidak memang buang masa je kena beratur pepanjang. They wont be there too long, asalnyaaaaaaaaaaaaaa patut kalau maknya ngan RB ikut kita stayed for 4 days lagi. 2 hari soping 2 hari dalam USS. but kerna mak ngan baby tak ikut so tak dapatlah depa dok lelama kat USS. alah satu haripun cukup ler tuh
Meanwhile aku kat KL pulak lepas beli kipas dari Puchong ke Megakidz. Kali ni aku simpan valet parking tix tu cecantik lam purse, so takkan hilang lagi macam kes the recent trip aku kat sini. Rabak RM80 kena bayau hilang tix.
RB agak bad mood bangun2 tidur. Macam tak excited je dalam nih, sampai aku nak pakai stokin pun tak boleh dia nak berenggang, ngan satu tangan je pakai socks mak ko buat tau. Dalam Megakidz kan kena pakai socks, ai is very organized, memang bawak je socks coz tau kang buat rugi je kena beli kat sini.
Nak main dalam nih, dia dok spot check je mata mana aku pergi. Kena ada sama closer ngan dia. tak dibaginya kalau aku pi jejauh. Mungkin dia terasa masa first time dia datang sini, hanya Kakak ngan bibik je yang temankan dia. La ni kakak takde, takut dia kalau aku tinggalkan dia, and bibik kena teman dia.
RB one thing dia tak nak langsung ngan maid kalau kami parents or abang kakak dia ada. So berkepitler aku sama memanjat dalam Megakidz nih.
Ada kalanya nak berdukung, paling semput bila dia nak manjat ke atas, so aku kena ikut adoii, kalo ada kakak ko kan sedap sket.
Tak lama kita dalam nih. sebab dia kejap main pastu tak nak langsung berenggang ngan aku. Cuma sedih dalam nih, toilet dia. sangat hemm…hemm hemmm le sangat. Mungkin tak tau lah kalau aku nak come back again, kena siap2 kencing kat luar kot.
Ko tengok punya banyak gula yang maid aku pakai, kalau tak silap aku ada 6 sachets gula tu dia tibai letak dalam kopinya. masa lalu sini dia dok bilang Ibu mahu rasa kopi mahal itu ibu. Since kitorg pun relax and jalan2 je kan, bolehlah singgah dok minum kejap. Aku minum teh o.
Dia rasa kopi tu tak enak terus dia nak amik teh o aku. Hish maid aku nih. So bazir gitu je lah kopi mahal dia hahahaha, takpelah pengalaman for her. Kitorg pi gak Jusco, belikan barang sket untuk maid ngan anak2 aku. ada je kejenya menyopping. Jusco pun dah Sunday ko bukak la counter cashier bebanyak. I donno la napa suka benau tengok customers berjela panjang beratur. Kesian kitorg.
Maid aku suka amik gambar, kejap2 dia suruh aku berenti posing. Kadang2 kat depan kedai diamonds, depan kedai baju dalam. Ko niiii…aku bukan tourists ler nak posing2 depan kekedai nih. Midvalley tu mainan aku.
Banyak giler ler gambar aku ngah shopping sume dia tibai amik but malas ler heh nak letak bagai dalam nih. ala kadar je sudah.
So ok begitu begini, late petang kita balik. Dah beli sana sini wpun kang boleh je shopping lagi tapi maid aku tu kejap2 aduh ibu capek sekali jalan2nya. dia jalan bawak kaki jer. barang pun takde pegang, sangkut kat stroller. Stroller pun aku yang tolak. Memang dia jenis capek capek capek tapi yang ajak keluar ni pun dia jugak, coz dia suka berjalan.
Dan yang di Singapore….sehari suntuk ler kat sini. Dah USS tu nak tutup baru depa balik hotel
Seronok hangpa kat USS kay…mummy and RB pun ok je kat KL nih…
Their breakfast at the hotel on the next day, before flying back down to KL
So begitulah their short trip, 3 days in Singapore for RD Abang and Kakak. Mummy and adik pun short trip dok rumah 3 hari jugak but depa sampai je hari Isnin tuh, Malaysia Day, petang tu jugak depa hantar aku ke KLIA for my Bangkok trip. Sebab tu lah antaranya tix kena dibalikkan awal, kena bayau lain coz aku tak nak ler Zeeshan takde salah sorang either mak or bapaknya. We could clash 1 day extra but better to pay the tix rather than hati aku golak galik bolak balik dengan anak dok ngan bibik jer. Biarpun my mom could come and swing by to monitor. Ai possessive you.
Our next trip for the complete Red Family will be hem…. sebenarnya dah malas nak plan plan dek kerna blogging job aku and jugak kerja RD.
Cuma memang ada satu 2 tempat kita dedoa dapatlah pergi hujung tahun nih yeah… Insyallah. Next will be my stories on the Bangkok trip, one of my sponsored posts ads too.
**********************************************************************************
How to make $$ with insurans?
Calling out sesapa yang berminat untuk tambah income, nak ada steady pendapatan sampingan especially kepada mereka yang berada di Ipoh, Sg Siput, Batu Gajah, Taiping, korang yang kat Perak lah kiranya.
Hari Sabtu ni 21 September 2013 pukul 1030am akan diadakan seminar “How to make $$ with insurans” bertempat di Prudential Ipoh near Greentown.
Semua dialu-alukan datang, tak kira la nak buat part timer atau full timer sebabnya jadi ejen insurans ni sebenarnya senang je, semua akan ditunjuk ajar. So jangan khuatir 🙂
So jangan malu-malu, boleh call/sms/whatsapp Naf 0173413043 utk book tempat. Kalo segan nak call, boleh email nafisahamran@gmail.com atau visit website depa mh7group
Kalo rajin usaha insyallah rezekinya akan ada 🙂
**********************************************************************************
Sep 19 2013 Thursday, 12:00 pm
Sin to Baht….
gi shopping, sesatunya hari yang a bit relax. no rushing to son’s school and no job event nak kena pi cover malamnya. pendek kata yang takde kena mengena ngan hari itu ialah, betapa so looking forward if dapat short breakkkkkkkkkkkkkk…..
last holiday was the Milan trip. lama dah tuhhhhh
eh dah ke Tesco….bukan Singapore yek.
Pi Tesco tujuannya lain, pi tukar duit depa nak pi Singapore. pastuh pi pulak ngan Kakak berduaan jer, so memang mendapatlah kan dia dapat pau maknya. Dapat pulak mak yang eh eh…murahnya basikal ni, murahnya skooter adik ko niiii.
Setiap seketul tu RM30 hahahaha tu pasal aku amik. Tak tau pun Tesco ada jual murah gini. Dalam online takdak kuor benda nih, if not dah lama aku borong gak. Aku mana ada beli barang dapur kat Tesco tu physically nih, all the time ngan online jer. Sekejap di sini terus ke Mee Kari udang galah coz janji ngan laki aku kat situ.
Kekejap tu Abang dok tepon hei napa le maknya adiknya tak bebalik lagiiii
Ada persinggahan rupanyaaa
kakak memang fav makan nih, aku bungkuskan untuk abangnya jugak. Bapaknya joined after, pun semangkuk lagi kari udang galah dia tibai. Pastu kita pi dedekat situ, aku ada project laki bini sket. Bersungguh kakak makan pepanas tuh hehehehe…..
Project laki bini yang tunggulah yek korang 🙂
Sin Dollars for them to spend in Singapore. Bangkrap apak korang, mana dengan tix untuk 5 orang kena bayau, pastuh maknya ngan baby tak boleh nak ikut sama, so terpaksa pendekkan trip kat Singapore coz RD has to come back before i leave pulak. hah tu lah pasalnya, memanglah boleh kalau aku ikut sama bukan takde flight tix pun kan, cuma dah nak kena jugak balik awal coz initial plan kena balik only after tues.
Alah camnilah, cakap cite pepanjang pun bukan korang yang pening pala pun, lagi letih hangpa nak pikir memahamkan ceritanya. Overallnya, aku ngan Zeeshan kat KL and depa kat Singapore ler…
Dan maknya ada blogging job di Bangkok.
Kap kap sawadikappppp….
15,000 baht cukup tak nak shopping?
You just have few hours to shopping jer, cukup ler tu. Kalau berlebih notes tu pi habiskan kat dalam Bangkok’s airport.
Bangkok aku datang, setelah 5 tahun kembali semula.
Sep 19 2013 Thursday, 9:00 am
Jacob’s Mum’s Little Secrets Book is out now!
48hours sponsored post
Membaca isi kandungan buku Jacob’s Mum’s Little Secrets Book ni macam rasa mendengar cerita dari mak ataupun nenek aku plak pasal all the petua ibu-ibu 🙂
Yang bagusnya some of the petua ataupun the little secrets tu memang dah aku amalkan dari aku mula-mula jadi ibu dulu. The rest tu kira macam petua baru jugaklah pada aku. Rasa untung dapat belajar pasal petua-petua baru dari buku ni, especially ilmu-ilmu pasal family, parenting dan anak-anak. Memang seronok dapat baca petua-petua orang lain yang memang agak unik dan menarik even berguna. Maybe boleh cuba salah satu, or maybe dua tiga empat lima petua ni masa-masa akan datang 🙂
Macam petua atas ni kira baru la untuk aku, tak pernah dengar la pulak. Korang kan tau aku ni kan ada sinus, so memang pantang kalo ada habuk. Once kena habuk memang mejawablah bersin tak ingat. Kalu all the way dapat berstin tak per la kan, tapi dure korang pun pernah kena bersin tak jadi. Sakit jiwa jer rasanya kannn.
So atas tu petua dia macammana nak kasik fully executedkan bersin tak jadi tu. Definately will share this with my kids, diorang pun sama dengan aku, allergic dengan habuk-habuk ni.
Aku rasa bukan sahaja kepercayaan orang Cina, tapi kita orang Melayu pun sama jugak percaya cara ni dapat melebatkan rambut baby 🙂
A must have book for all the mothers, tapi kena cepat sebab buku ni very limited edition so ada 20,000 naskhah jer. So apa yang perlu korang buat untuk dapatkan buku ini ialah – hanya beli mana-mana produk Jacob’s yang bernilai RM15 ke atas dan poskan resit pembelian tadi bersama-sama dengan redemption form bermula dari 1 September sehingga 30 September 2013 ni. The redemption form is available in-stores dan juga online dari Jacob’s FB Page.
Petua-petua dalam buku ni amat berguna untuk turun temurun!
Kesimpulannya, aku memang sangat-sangat recommend lah buku ni. Perfect untuk bacaan ringan bila nak tidurkan anak-anak ataupun bila ada free time sambil mengunyah biskut Jacob’s 🙂
Khidmat pesanan masyarakat Jacob’s is brought by Redmummy.com
Sep 18 2013 Wednesday, 10:00 am
KL vs Sin…
ibu ibu
kita mau makan mana ibu?
Jomlah saya bawak awak makan Wong Solo, kasi rindu dendam makanan indonesia awak yeah.
Bertigaanlah kami ke Wong Solo…
budak kecik tu bangun nak dekat tengahari so petang tu seharian dia tak tidur. Tapi aku yang petang tu terlentang tidur dapatlah setengah jam sambil dia dok main ngan layan tv. Baik je dia siap usap2 main rambut aku lagi sambil maknya membongkang. Asal puas hati dia takpe mak tidur janji ada sebelah.
Agak2 dia nak minum dia panjat je sendiri…
tapi tu ler sekejap lah aku tidur, tak berani nak tidur kat bilik ngan dia sama kalau dia tak tidur coz ada sekali 5,6 min je aku terlelap habis dia main meja make up aku. terus aku kena rombak and buang mana 2 yang dah tak penting dalam hidup. Selamba je buang make up hahahaha, demi nak minimalkan barang atas meja make up tu ler….
Sambung ke playground. Cadang nak bawak jauh jejalan tapi aku pancit, penatlah. Sebelum tu aku pi gym kena tibai ngan trainer aku hohaiii dok kuor ni pun dah kira hebat. Sian anak aku lam rumah jer…so bawak je lah redah playground Permaisuri besau tuh…
seronokkkkkkkkkkkkkk sungguh dia kat sini.
hah baju kena tukar coz makan kat Wong Solo habis sup kena kat baju badan dia.
tang tang panjat aku suh maid aku ikut, tapi aku jaga tang bawahlah….
pancit seii kat sini kehkehkehhhh! how we wish si bapaknya ngan abang kakaknya ada samaaaaaaaaaaaa
esok esok kita pi indoor pulak,kejar dalam indoor playground pun sama jugak capeknya. compared aku ngan maid aku, hahahha aku lagi laju le dari dia. but gegilir ler….maknya banyak iklan dek stopped by readers, posing amik gambar bagai. tu gunanya sunglasses kahkahkah, cover muka tak make up langsung.
to those yang jumpa akak merah di tasik, thanks for saying hi, sorry le nak kena kejar anak, tak boleh nak borak lelama yek korang.
minggu tu minggu lepas aku memang super duper pancit sangat. ground works banyak gila. semua for ads job. alhamdulillah rezeki kan, suka duka jadi blogger camtu lah. penat sekejap, kerja standardlah but hasilnya syukur wink wink.
hujung2 akhirnya si kecik pun dah penat. dok pusing le aku mendokong dia satu playground tuh. tak naknya dia berjalan, buli maknya ngan dukong tapi aku nak jugak pekena sengkuang sini. Orang2 lama tau lah makan sengkuang. eh orang2 zaman skang pun tau makan provided ada jual kat sekolah anak2 kita tuh.
sengkuang ni memang makanan pojaan kita masa kekecik dulu kan. Lega betul bila duduk tepi jalan nih, Zeeshan takde le heboh nak turun. Sanggup berpangku sama, dia penat sangat ler tuh. So true coz masuk je dalam kereta, terus dia tidur.
Tidur yang sampai esoknya hahahahaha
tak dan nak mandikan dia lagi sekali balik dari playground tuh. Memang mengantuk penat betul, aku salinkan lap2 jer badan dia in between malam tuh coz dia ada le bangun 2,3 kali nak didodoikan nak susu etcs.
meanwhile…
our RD, Abang and Kakak….
Holiday di Singapore…
nanti sok sok kita letak gambar depa kat USS yeah…
dan tahukah anda, flight tickets Singapore aku dan RB terpaksa dibatalkan dan bayar gegitu jer, dahlah return tix plak tuh. Hah tu lah ada sebabnya. But that s ok, takkan aku tak dapat pergi anak2 tak boleh nak enjoy. Depa tetap jugak pergi, bapaknya teruskan jugak bawak abang kakak for their birthday presents.
So lega di situ.
Ada sebab musababnya. Tu sabaulah nanti kita borak.
RM Recent Comments