One from Berlin…

I m going to Berlin this weekend, 5 hours by train from Poland nih.

Awat tak cakap awal2, jap jap ai carik boutiques sana

Bagi names, designs, boutiques location address sumer, harga pun. I pergi je nanti, sekejap je yek, i nak pi berjalan ronda2

Derrrr….

The next day…

Dapat satu bag je lah, tak sempat bags awak yang lain tu

napaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa??

1 bag awak tu je dah bulky giler, my fren and I nak pergi berjalan kang rugi banyak masa asyik beli bags awak jer. So nanti saya carik lagi kalau ada slot or during my transit ke nanti. 

Duh!!

dah alang2 kat Berlin tu ko beli le sampai 88 bijik!!!

kalau dah suka sightseeing, bags aku pun dia tolak tepi tau.

IMG_6109

…thanks RD, awat tak posing depan butik tu jer? hahahahaha

Malas! ni pun nak tunjukkan betapa bulkynya bag awak so bayangkan kalau angkut bags awak yang 88 bijik lagi tuh!

Comment: 14

BTR Kapar….

IMG_3848

orang belakang makan ketupat nasi impit cicah rendang, hebat nampak! tak kacau mak kat depan pun yek. Eh dia kacau, bila dia nak mintak nasi impit cicah rendang. kalau tak dpt kat maknya, dia menganga mintak kat makcik pakcik dan atuknya….

IMG_3855

macam nih, mintak dari atuk. Suka betul dia  makan cicah rendang tapi tak leh le bagi bebanyak, buat cuit2 rendang cicah tu, pedas pulak kang…

IMG_3860

bersepah2 adik beradik aku kalau hari raya, jap kat rumah mertua standardlah, susah ler nak sesatukan ada. Mak ajah pun takde lagi masa ni, blom sampai lagi dari umrahnya, nun atas kapal terobang lagik…

IMG_3881

pappappap pop, lepas pakcik kami anak beranak balik. so our turn bersessi maafan. abah ada 2 raya nak dibagi, satu dari abah satu dari mak dah tinggalkan.  anak menantu cucu semua dapat duit rayanya, jangan pusing2 kuatir. Resmi mak abah aku macam tu lah, dari kitorg kecil alam sampai dah beso bangka ni, duit raya dari mak abah wajib dapat. Dan laki aku, asal dapat duit raya dari makpak mertua memang excited lebih! orang tua dapat duit raya kan kahkahkah…

IMG_3885

salam mohon maaf abah

dan abah seperti tahun2 yang lampau, mendoakan agar anakandanya yang seorang ini…..

insyallah yek bah 🙁

IMG_3895

hey duit raya kahkahkah!

duit raya for parents mestilah ada jugak, tu kan tanggungjawab anak2. jangan ada yang anak2 siang bagi makpak duit raya, cukup bulan mintak mak pak. hah ado gak tuh.

IMG_4013

adik aku sorang yang solo ni, dia simpan misai for raya, terus kena bahan! habis 1 Syawal dia terus kerat misainya, dah macam hitler jer heh!

IMG_4065

RB tarak, dia dah mencicit masuk dalam kereta pekena ekon hahahahaha, kita nak blah jalan dah. RB dah kepanasan and nak tidur sesangat. ini ajer cousins yang ada, cucu dan cicit mak pak aku ada 30 orang tapi first day syawal ada 9 orang jer.

IMG_4100

pastu dah tetiba kat bawah pokok kelapa kahkahkah!

raya kat Kapar biasa jer, 3 rumah jer. dedulu ada le jugak 4,5 rumah. makin lama makin kurang. kitorg biasanya akan joined the raya visit ni waktu depa kat rumah pertama or kedua. macam tu lah. so umah2 makcik and nenek RD kita akan pergi lah sekali dengan batallions adik beradik RD gak, lead by his mom too.

pastuh abis 2,3 rumah tu terus balik umah mertua aku and tidurrrrrrrrrrrrrr hikssss.

IMG_4113

tengah panas berdenting, RB dah baling songkoknya, kita pakaikan dia songkok,  dia baling. dia dah ngamukan, kena lari bawak balik rumah neneknya sepantas kilat untuk dia berlenggeng. RB tak nak tidur dah, dia dah tidur sepanjang KL Kapar even kat rumah orang pun dia membuta, so bila sampai umah mertua…..biasanya kalau dulu 2 anak jer makpak lawan tidur sama, anak2 dah besar but sejak ada RB, kena ler take turn unless RB tu tidur sama.

but sebabkan RD tu nanti nak away starting malam 4 Syawal, so aku chop tidur dulu!! kahkahkah

tidur petang, sedap tu. ngan panas2 berdenting kan….

RD terpaksa le tahan matan tidur siangnya, ramai pun yang tidur. berlawan2. dia kena jaga RB, budak tu dok hyperactive betul, ngan berlenggeng je kat umah neneknya. so aku sedap le kroh kroh!!

abang kakak dah tak heran ngan adiknya, apatah lagi ngan makpaknya. Depa dok jumpa cousins memang lupa segala.

IMG_4135

wah, ko pandai ek amik gambar sendiri dari ipong mak!

ada kat 20 gambar dia sendiri, but mostly gambar kakina hahahaha ni mesti kes tak tau camne nak tukarkan camera to front yek dik

IMG_4176

malam tu dok tunggu sedara mara sampai, pun gaya gini gak lah di Kapar, siangnya orang2 yg kita berayakan tu akan datang pulak umah mertua aku. Pastu habis. Simple je raya kat Kapar. Pakcik tu setia le cuba nak lelap mata kejap, tapi aku dah kacau2 suh bangun, pi salam orang datang hikss….

udahlah aku lupa nak bawak kain pelikat la seluar ganti dia. aku bawak baju shirt tu je heh. yang lain sume 2, 3 pasang aku bawakkan.

IMG_4143

so dia terpaksa le pakai seluar kain baju melayunya sampai ke past midnite….

IMG_4183

sembab dah muka penat capek. jubah aku nih, aku belikan untuk mak ajah. eh mak yang pilih, aku main bayokan jer, beli banyak. tapi ada shaping pulak. mak aku mana boleh pakai yang ada shape2 nih, nampak susuk tubuh badan. heh tak boleh tak boleh. so aku le pakai pun. Confirm aku pakai sekali ni je lah. ai bukan jenis abbaya hahahahaha….

nak beli dik?

contact akak kat red @ redmummy.com ye

akak ada 200 baju nak dijual, nak jual cara bundle hah!

 

IMG_4238

dan di tengah malam kita menyambung lagi tradisi bermaafan dengan semuanya dah dengan baju tidur hiks… ada yang dah nak tidur bangun balik, coz ada 2 kapal nak balik so tu yang kena settled maafan malam tu jugak. antara kapalnya ialah kapal aku ler.

1ish baru sampai balik VA.

esoknya cabut ke Melaka….beraya ngan orang kampung Melaka pulak. Nasib baik le ada sedara mara kat Melaka, kaalau tidak, kat mana le aku red family nak tuju. mau tumpang beraya rumah kampung nana kat Kelantan, coz nak dptkan feel ‘beraya di rantau orang’

gitunya dehh!

IMG_4261

macam anak sorang je ktiorg nih, padahal abang kakak ada jer tuh. abang jadi superhero lah kan, main mercun ke main dam dam doong lagi, siap buat project cari bunga api mercun ngan bapaknya siang tuh. Aku suspect jugak masa depa main, ada bunga api tu yg dah terkena kat RB coz ada satu tanda aku jumpa after 2 weeks raya tanda tu baru hilang….

budak kecik tu dahlah drama lebih, ada sket tanda pun dah ke main muncung tunjuk lengannya bertanda mintak maknya blow blowwwwwwwwwwwww….pengubatlah tuh..

bukan aku ada cakap ke laki aku dari Klang/Kapar? hah…ni aku cakap lagi. family mertua aku base kat Kapar nun, so sejam dah sampai. Jadi dalam satu hari raya kami memang VA BTR Kapar. Esoknya Melaka.

Blom lagi ler nak beraya kat London ke Paris bercuti2 di sana.

Comment: 10

1 – 2 weeks stories…

photo

Ini alkisahnya cerita recentlylah, lam seminggu dua  ni, yakni waktu laki aku takde ler kan. kali ni dia pergi tak lama, janji asalnya patut pergi 3 bulan tapi dipendekkan ke 2 weeks sahaja. pun janji lepas ni, bape lama ler pulak perginya kan. ok tu biarlah, dah gitu caranya laki aku kerja, memang expected pun sokmo overseas. takpola…pi Europe memang bini leh dapat handbagslah kan, so pergilah selalu hahahahaha.

So 3 benda ler yang memerlukan bantuan laki aku, tapi dia takde pulak.

Satunya pump tandas tetiba je melimpah ruah. dah tak tau camne aku nak godam. Tak pernah pun aku amik tau. Brothers pulak ngah sibuk kerja beraya ler, masa tu so aku jerit panggil anak sulong yang patutnya pasnih memang dia kena amik tau semua ler kan. So entah apa yang dia buat coz dia tutup pintu bilik air tetiba je bape minit dia dah kuor, settled dah mummy.

Camne ko buat bang?

Sambung tu sambung ni benda tu loose

Ok mummy tak nak tau lah, sib baik ada abang.

Kemudiannya masa family aku berturut2 datang 3 hari kat rumah aku, lampu dapur terbakar pulak. Pastu plug suisnya pun loose. hish ko masa ni ko nak buat drama. Adik Epi aku balik tapi dia lupa nak selamatkan semua tuh, so sib baik masa adik ipar aku datang aku terus suh dia zass panjat settlekan. Ni aku tak berani le nak suh abang buat coz dia belum diajarin dek bapaknya lagik.

Abah aku pun tolong sama jadi head gak untuk lampu2 dapur and yard aku yang berpadam tu. So dah terbakar lampu2nya. Memang kena beli lampu baru. lampu bilik kakak pun 1 short, kena ada 5 bulbs patutnya. Hish 2 hari le jugak la yard bergelap coz lampu yard dipindahkan satu kejap ke lampu dapur.

Esoknya habis kerja aku pi carik bulbs lah, blastlah, lampu bilik kakaklah. banyak le pulak lampunya…

photo

 

Nak beli bulbs ni pun satu hal gak, aku tak tau kat mana nak belinya. aku tau le kedai hardware banyak kat BSP tu but mana satu yang laki aku sokmo pergi bukan aku herankan. So tunggu dia bangun waktu Poland sana, tanya le maknek bagai. Habis kerja aku pergi as per his instructions.

Aku bawak samples bulbs yang dah kojol. tunjuk kat nyonya, and kawtim bungkus. Siap le aku beli berextra2 untuk masa depan. dang RM234! hampehs laki aku, dia suh beli extra hamik ko…

Esoknya aku engaged orang luar ada le contact aku (coz my brothers ipar sume kerja plak) and mintak le tolong pasangkan, upah pasang RM40 semua lampu.

Lega settled 2 benda.

Benda ketiga yang aku tak dapat lagi nak buat ialah aku punya kereta dah menjerit mintak top up coolentnya. Dei dei dei! dah 2 weeks tuh. Biasa aku engage orang but orang aku tu busyyyyyyyyyyyyyyyyyy tak dapat nak pergi. Satu lagi pulak biasanya laki aku ler yang pergi kan but dah dia kat sana, hishh….pastuh skang itu je lah benda yang tak berselesainya pung. Aku nak pergi hantar sendiri on the weekend, weekends aku pun penuh dek blogging jobs covering events.

Sabaulah wahai kereta, ko tunggu RD ko balik ler….semua nak mak merah hadap memang penuh diary mak tunggul nih.

 

 

photo

Walaupun aku macam tak cukup masa ke hapa, but the kids pun masa tu masih school break, so nak aku bawak depa berjalan aku pun kerja, baik weekdays mahupun weekend. Jadi aku beli 7pcs tickets wayang kat TGV KLCC, untuk show on Fri nite, adik aku Epi (dia ni memang sokmo jadi mangsa coz dia je belum kahwin) and langsung aku mintak tolong dia bawakkan the 6 orang nephews and nieces gi tengok wayang. Kebetulan Epi balik hari tu dari Kemaman, dia kan base sana so memang dia pun rajin melayan kerenah anak2 buahnya.

Kesian Epi dah macam duda tunggal hahahha ngan 6 anak. Paling besar si abang umur 12tahun dan yang paling kecik umur 7 tahun. so memang gamatlah, 4 girls and 2 boys. Udah habis tengok wayang dia bawak pulak budak2 tu pi lepak QB kahkahkah!

Habis je selesai, dia terus campak bebudak tu tidur umah aku. memang ai dah suh pun anak2 buah aku tu sume tidur umah aku so depa leh hang out among the cousins, bleh lelepak, swimming and layan tv sampai lebam!

Depa balik batch by batch till Saturday nite.

Sunday nite my parents and 2 orang families adik aku pulak datang beraya, makan2 ler sket. Gamat rumah.

photo

Untunglah ada Tesco online kan…..aku buat order barang hari Jumaat, hari Sabtu petang depa hantar, so tu mak merah ngah check barang2 yang betul ke tidak dalam ordering list. Takde le aku buang masa tenaga dan minyak ke Tesco. Kenangkan RB yang sangattttttttttttttttttttttt melasak skang nih, syukur sangat. Penyelamat, thanks Tesco buat shopping online system.

photo

Dan ini memek2 Zeeshan dalam lasak senyum tawa tidur gembiranya. Perasankan gambar dia dok buat ala giyomi, itu cara dia posing amik gambar, bila suh snap and smile dia terus letak jari ke pipi hahahahah! banyak gila gambar dia pegang pipi tuh….dengan kita tengah makannya dia dok lalu selamba je ngan kereta dia bawah meja, teret teret bunyik keretanya. Dengan dia sarung kasut orang tua yang datang rumah kulu kilir, ngan dia mandi tak nak kuor bilik air, kena angkat dokong baru dia nak kuor hishh ko dik. Dengan nak tidur pun dia bergusti dulu kat mak nya, itupun selepas tak dapat gusti  ngan abang kakaknya.

#begitulahserbasedikitdiarymaktunggulfromredmummywithlove

hahahahhahaha

Takpe takper

Ai smell new handbag coming soon 🙂

 

 

Comment: 11

Emerald green for Red Family

 

DSC_6620

semangat hijau…!

aku ngan kakak ni tak kisahpun warna apa, yang penting the boys. kitorg mix and match pun sokay. but green kakak dah too light, udah dia nak sangat kurung colour tuh. Bebudak skang kita kena open ngan pilihan depa, cam aku dulu kekecik mak suh pakai kaler ni kaler tu ikut jelah cakap makkan.

The boys baju melayu, kain ela nya aku beli di Bandung masa ikut comp trip laki aku. aku beli 3 warna, so untuk 3 kali raya hahahaha. Kainnya sedap, wangi, kain serai wangi. Tahun2 sebelum tu pun aku beli kain ela buat baju melayu depa di Medan dan di Jakarta. dah bertahun2 tak beli kain baju melayu depa kat KL, sekali beli aku akan borong untuk 2,3 kali raya.  Tailor pun dah kekal kat Kapar, mertua aku punya jiran. Murah pun ye.

not just that, curtains rumah pun aku memang tempah kat Indo tuh, sekali pergi tempah 2,3 pasang. Ni dah lama tak pergi nih….nak kena pi balik tempah. harga dan jahitam memuaskan, way cheap than kat KL ler. Dalam satu hari boleh siap, asal jangan lupa pergi sana bawak measurement curtains ko sesiap yer.

IMG_3703

Sessi pagi raya seperti bertahun2 dahulu ialah bermaaafan setelah the boys balik dari Solat Raya. Jadi sebagai isteri kena ler merendahkan diri yang dah sememangnya rendah kat suami hiks…pun laki aku pun sorry morry gak kat bininya. Mohon suamiku kurang-kurang kan sket barannya heh….bapak depa ni memang nampak soft, maknya memang nampak singa but baran laki aku memang ado. Jelik tau ai. anak2 pun nyampah ngan baran bapaknya.

IMG_3711

ada je yang sibuk menyelit heh….

IMG_3720

mummy pun dapat duit raya!! resmi RD akan beri duit raya to anak bininya….

maknya pun bagi duit raya gak but to anak2 je lah, kat laki tak yah hahahahahaa

IMG_3733

Kemudian berturutanlah, abang pulak mintak maaf kat parents….

IMG_3762

sibuk le Zeeshan nih! dia dok sibuk suh aku bukak baju aku nak menetek tuh hishh…tak bagi chance mak ko tau

IMG_3786

tudung kakak tu pesen main sebat jer, tapi sampai umah neneknya, ditukar tudungnya dek makcik2 and cousinsnya….

IMG_3799

yang kecik ni mana tau apa, dia tengok orang salam dia pun sama le menyalam kiss kiss sedapnyaaa, dapat duit raya je, tak kira le sapa bagi, dia akan terus lari bagi kat maknya. bagus anakanda. sampai ke besar buat gitu tau hahahahha! kain samping RB dari bbluvsme. Pasangan baju melayu RB dari bbluvsme colour hijau lain dan merah too, but baju melayunya agak besar for RB’s size so back up untuk tahun depan. selamat settle 2 baju melayu tahun depan dah ado, tu totally memang dari BBLuvsme gak lah. but baju melayu dari kain aku beli pun wajib ada gak, sebab aku beli kain for them 10 meters untuk the boys nih.

IMG_3809

kakak pada abangnya

IMG_3811

si bongsu pada abangnya

IMG_3814

dan sibongsu bersalaman ngan kakaknya

DSC_6616

using the self timer, payah btol nak bergambar ngan dia dok mencabut songkok, si kecik tu lah!

DSC_6621

macam2 cara nak bagi dia stay still….dia dok nak balun camera depan mata dia tuh, geram je dia ngan camera tu

DSC_6623

songkok si abang aku beli sama ngan songkok si adiknya. bapaknya tak ikut masa tu, kang salah size pala pulak. So aku main bayau je, songkok abang 50hinggit, adiknya murah sket, beli kat BTR, sekali laki aku beli songkok dia kat Ampang Park, 20hinggit jer hahahaha! nasib baik le pulak kepala dedua lebih kurang, so bapaknya pakai songkok yang mahal tuh yet abang amik songkok murah bapaknya. tukau sesuka sama suka.

lepas ni baju2 si bapak boleh nanti lanting kat abang pulak yek…

DSC_6624

berusaha ler kami nak amik gambar bebanyak, tapi nak tukar position tak boleh coz RB tak nak langsung pulak bertukar pangku, nak melekat je ngan pangkuan maknya. kang alih pangku lagi le dia nak lari pi capai camera.

DSC_6628

baju raya aku ni dari mana ke lupa, aku beli over 30pcs during the ramadhan month, bukan baju kurung caftan or jubah jer, baju kerja skirt too, sampai postmen pun dah kenal sangat rumah aku ler bila deliver barang. Ada jugak baju yang tak berapa sesuai, aku bagi kat adik2. coz beli online ni kalaupun dia kata measurement tapi still gak ada yang bolos. specially on baju kurung. so 2 pairs baju kurung aku memang tak berusik pun…

habis je sessi bergambar, terus zass ke BTR yang senapas je dari umah kami, raya kejap kat sana and terus langsung ke Kapar belah mertua. Dok situ sampai midnite.

DSC_6603

melepak putihnya ko dik!

pengakhiran kalam…kami raya in green…emerald green 🙂 .

Duit raya anak2, raya ke lima 6 pun aku dah terus masukkan ke Tabung Haji, online sajor. Apa susah. Cuma RB ni alahai, dah 2 raya dia punya account aku tak bukak lagi ler kat Tabung Haji tuh. Masalahnya mak nya yang kena pergi coz custodian tu mak nya, unless aku malas aku suh bapaknya yang buatkan, but tak molek, tetiga anak mesti kat mak hahahahaha.

Harap2 tahun depan position amik gambar lain pulak ler yek….mana tau kat mahligai baru, insyallah. Pagi raya macam ni biasanyalah aku yang bangun dulu dok dapur kelentang kelentung, siapkan depa memasing sumer untuk solat raya. Sebelum the boys balik dari solat raya, maknya dah make up cecantik wewangi hiks….sebab kengkadang ada yang penah bila depa balik dari semayang raya, maknya masih kat dapur ngan baju tidur lagi hahahahaha, but skang buat keje dah laju.

Comment: 10

Raya shop shop shop!

IMG_3501

Empat-empat muka tak ikhlas posing. RB lagi le, tak nak pandang langsung. haishhh.

Hari Ramadhan terakhir. Jarang sangat kami anak beranak keluar rumah, baik siang ataupun malam raya. Most of our time memang duduk kat rumah jer, layan takbir, susun duit raya, kemas rumah. berdendang dan berendang. Gitulah. Very typical malam raya, just 5 of us at home.

But turun naik rumah mak ajah aku memang sokmo lah, dah sekangkang. Pernah gak kita malam raya sekali 2 kot kat Kapar, but pastuh patah balik, berpatah2 balik macam tak logik. Renyah dek laki aku. so dia suh dok malam raya kat umah sendiri jer.

Ok tu cite raya, sok2 le dalam entry raya.

IMG_3511

Ini paginya aku kerja. Aku tak amik cuti. Jimat cuti. I is so many things to do for my cutis, so I kena berjimat cermat. Lagipun laki aku raya keempat dah terbang. So cuti kami anak beranak sama bapaknya 4 hari je lah. Jadi le dari takde. Makanya on the sehari sebelum raya tuh, abis keje lunch tu aku patah balik rumah amik 4 serangkai. RD dah memang cuti a day before raya.

Amik depa patah semula ke KLCC.

Shopping raya sket.

Sket le sangat kan hahahahahaa

IMG_3562

Dok le kami dulu anak beranak dalam Levi’s. Bapaknya kan jeans collector. Bila dah bawak RB kan, ngan stroller so kat Suria KLCC memang aku dah hapal mana ceruk peruk nak sopping bagai. Memula pi kedai gadget at 3rd floor tuh, carik aku punya iphone screeen protector.

Malam sebelumnya tu si RB mengorek ipon aku. hish jari budak kecik nih, ada je project yang dia buat tau. Pergi le beli satu lagi, RM39. ha ni kang mesti ada yang cakap, kak red aku beli kat low yatt baru 19 inggit kak. hahahah lempang nak? tu low yatt, aku keje kat KLCC dik yeeeee

Pastuh pi sana sini, banyaklah shops kuor masuk kuor masuk.

Carik kasut selipar kakak je sampai 2,3 kedais. Seluar jeans abang je, Uniqlo tu tak lepaslah, pinggang dia halus lagi. Memang tinggi melonjong but tang pinggang masih failed. Dok tarik tali pinggang je kang.

So one last try, patah semula ke GAP kids, situ je lah last kopek jeans yang muat kat dia. Tahun depan memang tak boleh dahlah beli situ, dia punya tinggi dah tak boleh nak mencapai piawaian some shops.

Levi’s tu bapaknya tak nak belikan, not abang punya standard lagi. budak2 je pun.

Ai tak kisah jer….janji adik ko senyap tak buat 10 laps lari satu klcc, mak ok.

IMG_3576

macam baik je ko kan dok dalam tu. ni stage dah berjam2 shopping ye, dia dah bergasak kat most of the shops klcc tuh. dah melenjan kiri kanan penatlah, tu tunggu nak tidur je tuh. Pasal tu lah aku berdiri tuh, dok ayun pram dia, bagi dia melena…..

lagipun turn mak nya lah pulak handle anak

coz kan hehehehe

maknya baru dapat ehem ehem

bergilir2 abang kakak bapaknya took turn jaga RB kuor masuk Habib. hiks…

IMG_3586

suka suka…30 Ramadhan dok ulang alik, jap2 intai, jap2 tengok. emas turun naik sampai aku dah hapal kahkahkah. 30 Ramadhan jugak baru dapat the sets.

aku tak beli setiap tahun, aku beli mostly sekali in 2 yrs time. Kadang2 aku trade in tukar design baru, but kadang2 aku beli je baruuuuuuuuu. Aku suka ler pakai gak, but not for daily basis, aku pakai for raya jer. If wedding pun, if teringat nak pakai, kadang2 kosong je badan.

Harian biasa tak de le maknanya pakai, memang takde, lagipun pastu tak simpan kat rumah **tak yah nak rompak rumah aku sangatlah, aku sorok kat tempat lain kahkahkah****

IMG_3570

Setia kakak menunggu, bila le nak siap receipts nak pi lucky draw nih. Kat KLCC kalau spend above RM500 akan dapat ler luck untuk kita try lucky draw. But not semua, certain shops je participated. So Habib pecah tigakan receipts aku, coz aku beli 3 barang.

So bagi anak2 and RD pi pilih the barang…

eh pilih the number, pilih barang kang memang nak yang memahal je lah kan.

IMG_3618

tetiga pilih box dari mystery treasure ni ler….abang tu nak pilih number pun dok pikir panjang. Ko kan bang!

but paling excited pun bukan anak2, bapaknya yang hoverrrrrrr!!

IMG_3626

end up dapatlah 3 barang yang tak ler mahallllllllllllllllllllll gah sangat pun, but ok so so lah. dari takdo.

IMG_3634

RB jangan dikaco, membuta je lah kan. Strollernya memang banyak bawak untung, senang shopping sangkut je barang.

IMG_3637

cantiknya kasut kaki dress merah ko dik!

IMG_3643

dah tuh, aku nak pi ampang park. Wpun taun lepas  **SAYA BERJANJIIIIIIIIII DENGAN TELAPAK TANGAN SAYA NI** untuk tak jejak soping raya sana, but pergi le jugak coz aku ada  masalah nak pergi beli kat tempat lain. Aku nak tetambah lagi kain baju raya Kakak. Nak add on selai je lagi. So ajak depa sume naik LRT.

Abang kakak suka!

Zeeshan terjaga, macam blur2 je eh aku di mana, kenapa bergerak2 nih.

but potong stim lah, baru bape minit je dah sampai Ampang Park. Nyampah abang kakak, depa ingat nak sampai Subang hapa lrt tuh. orang jakun lrt sangat kan.

IMG_3651

untunglah ada anak bujang dah beso leh assist bapaknya

IMG_3653

bila baliknya, dedua abang kakak tak nak duduk, nak eksyen berdiri…

kat Ampang Park, kita beli sekejap jer, pastu patah balik ke KLCC dan aku pun terjebak jugak beli top 2 lai aku kat butik situ. Mahallllllllllll ko but cantik! tak pernah aku jumpa top secantik itu di dunia ini *gedegangnya cakap**.  2 lai tops tu je kat RM700. haaaaaaaaa, kompem sampai anak cucu aku jaga tops lawa tuh. Ala kebaya pun ye, caftan pun ye. but kalau aku pakai, korang punya baju memang orang tak pandanglah.

Eh tumpang lalu yek…. hahahhaaa

IMG_3658

habis je lari balik ke KLCC, carik makan di Pizza. pakai voucher yang dapat dari Astro, loyal customer kataya kan. heheheheh…..rezeki lah. In between RD and RB bergasak main kat luar, sukati le korang, mak korang dah pancit, 7 jam punya shopping ok!!!! tu kalo letak muka kakak lagi lah, muka dah pasrah je…

kakak dapat handbag, 2 pasang kasut, one is flat shoes, one is casual shoes. sandal pun ada dapat, tu aku ada pi beli few days b4 raya gak, pi berdua kat Jusco ngan dia coz aku nak borong the bedsheets. aku kan pencinta Akemi brand. Borong sampai dapat 2 percuma quilts ok! dulu punya borong dapat bantals

Abang dapat 2 pairs of jeans, nak suh dia pakai jeans kekaler cam kpop tu memang dia tak nak le kan. Mat Smart tuh. ngan wallet, aku laki binic arik wallet termurah di KLCC, gilo nak bagi memahal. Ada le brand Polo ke hapa biasa2 je lah, paling chippo, less than RM70 je pun wallet tuh. Bahagia dia dapat.

IMG_3700

hari yang sama jugak rumah aku dihantar kek butterscotch Anis Magic Fingers! Jadi hidangan raya  rumah mak ajahlah kan! RM 90 /kg. delivery available kl/sel/penang/jb. Nak Order 0193889015

Selamat Hari Raya ye Anis, dari Kak Red sekeluarga.

IMG_3671

masa untuk pulang, RB memang dah tak dok dalam stroller dah, penat worrr kejar. kakaknya dok mintak bapaknya dukung, memanja. kejap je dokongnya pun, ko ingat bapaknya kuasa nak dokong lelama….so RB ada sedikit kecewa jealous tengok kakaknya didokong bapaknya.

lalu beliau berpatah semula….untuk memprotest.

heh korang tau skang dia kalau marah je dia baling barang. dia baling botol, dia rampas spek mata aku dia baling. ha. tu tanda hatinya dilukai. kahkahkah.

IMG_3681

Ni dia tak dapat nak cubit kakaknya, so dia jeling je le ngan mata hahahaha….balik malam tu, kita berkemas ler, pakcing kain baju. satu packing untuk balik Kapar, Klang. Satu lagi untuk balik Melaka for the next after raya. Kena pack sesiap, anak2 ramai kan. Maid aku cuti raya ler malam tu anto dia pi umah sedara dia.

Duit raya pun buat malam tu jugak. Eh rendang, aku catered jer, from my usual makcik rendang, 8 tahun dah ngan dia, unless mak ajah ada, hah buat sesama. Mak aku kan petang raya pertama baru balik dari Umrahnya. So mak aku pagi raya dalam flight hehehehee. Midnite tu rendang sume sampai. sedapppppppppppppp. Pagi raya semua hantar rendang memasing kat umah mak ajah. Aku failed buat rendang ler, tak rajin, lenguh tangan, penah buat sekali, kol 4 pagi baru siap. oh takpelah.

Kol 2 pagi baru tidur, rumah pun ala kadar je coz pagi butanya pun pas solat Raya nak pi balik kampung. Kampung le sangat kan…bandar tun razak jer. ok jauh sket, kampung laki aku, Klang. hahahahhaa….

Comment: 5