The getaway!

IMG_3187

wiiii al konon pergi kerja kan, anak2 bukan tau pun coz depa kan sekolah pagi. kita terpaksa ler pergi treat getaway gini during weekdays coz kalau weekend memang tak bolehlah, anak2 kan kena ada attention. but itinerary yang dalam entry lepas2 laki aku shoot invite calendar tu tak leh pakai lah.

Since kita dah breakfast kat rumah jer, so memang tak ke Chinoz lah. beli anniversary gift pun tak perlu coz kita dah buat a day beforenya, Jimat masa. Kita cuma minum kejap je sebelum movie bermula.

IMG_3177

Tag Heuer and Swiss Army

habis movie, aku berlarian pi pumping. habis tu dah bersusu badan kan. Kita pi tengok The Tower sebelum tuh, leleh2 airmata aku tengok citer tuh. Sedih. tak ramai pun tengok, show at 1120am @TGVCinemas, ada couple Indo tua, sah bukan laki bini, i can smell and sense dok bergulum2 cemolot, dok meraba2 seseluk. aku tengok tepi mata kiri aku ni hah, laki aku selamba dok kejap2 check out. heh malu!

dah pastuh RD pi jemaat ler aku pi pump, habis tuh dia amik aku and aku bersalin pakaian pun dalam kereta coz aku ada kerja. kalau idak memang bolehlah terus check in kan.

IMG_3212

dia tinggalkan aku kat Binjai coz he needs to pergi sekolah kakak, her first class for Pin Yin. Tak sempat kakak nak pi sekolah agama hari tuh.

hujung2 event, laki aku dapat join sekejap lepas amik kakak hantar pulang….event story tu lain hari lain minggu under ads ler kan.

IMG_3311

terus kami ke hotel….

IMG_3313

check in kat our fav hotel, aku rasa lam setahun ada ler sekali 2 mesti aku check in Cititel nih, kat Midvalley. one thing we like about this hotel coz dekat senapas je dengan rumah, lagipun kita kan nak lelari balik rumah, at least 2 kali walaupun ngah tidur hotel. Urusan hotel laki aku yang handled. dah dia yang buat itinerary. Bilik biasa jer, kalau ada batallion 3 orang tu baru kita amik bilik besar, check our stay last year, tu sambut 100 days after my delivery. ahaks…

IMG_3339

pastu membongkang hahahaha! ngantuk, hazab betul kat tempat event tuh, si nara sampai berpeluh2 badan hahahaa. best betul dapat tidur petang walaupun sekejap tapi segar badan. laki aku pun membuta sama ler. Tapi tu ler kalau bilik besar ada dia bagi bathrobe, ini bilik biasa takde dapat. udahlah aku tak bawak baju tidur so pakai jer kemeja laki den sudah!

IMG_3342

curling iron aku ada 2, hari tu yang aku blogkan colour gold, ni pulak colour pink. lagi best pakai pink coz dia punya besar size tuh and heat panasnya lagi mantap dari the gold one. same brand from Vidal Sassoon cuma harga yang pink  ni lagi mahal sket, RM200.

IMG_3349

buat curling lelaju jer…nak cepat. hah pump pun aku bawak sesiap tapi malam tu kan balik rumah so tak yah pump dah coz aku angkut si kecik sama tidur hotel

IMG_3372

weii dah siap!

IMG_3390

tak yah risau pasal buncit pasal dress ni memang membantu. pakai kejap pagi tu for jalan2 ngan laki kan so repeat balik pakai coz nak balik rumah pun kejap tuh

IMG_3404

pokcik baru pas mandi

IMG_3412

 our 12th years anniversary getaway

IMG_3435

after having our dinner kat Delicious, dedua lapar nasi. coz memang tak makan apa pun dari pagi, except masa event kita makan light refreshments! dan menuju ke Mom’s Care, aku dok terbayangkan satu whirlee biru, hari tu nak beli tak cukup kakitangan, coz aku sorang jer that time. Seluar set yang aku pegang tuh, hangpa bayangkanlah habis semua aku borong! about 1-2 weeks ago ler aku beli, RM500 bills ko! masa tu ler, masa ngan RD ni beli menda whirlee tu jer, RM69. takde pulak gambar in hand. korang pi carik lam google.

IMG_3443

sempat lagik menyopping, try baju berhelai2 tapi dapatnya satu jer. bagus. jimat duit lagi!

IMG_3447

terus kami balik semula hotel, and zass amik kereta pulang ke rumah. Temankan depa tengok final MLM, dah agak pun Jozan mesti menang, kalau depa keep track gini, tahun depan masuk lagi pun boleh menang. Tapi aku macam teekejut kay Boboi kalah….no 4 jer plak tuh. jatuh merundum hoh. kayo tuh Jozan. bahagi 2 sorang dapat RM250k tuh! rezeki anak2, baru je bininya beranak sorang lagi kan….

sampai nak tertidur2 aku menunggu MLM habis, dah ngantuk sangat seii….jadi malas jer nak back to hotel hahahahaa.

laki aku cakap kalau aku malas, hah dia pergi sorang tidur hotel. heh mana boleh. ikut jugak!! so selesai MLM, tidurkan abang kakak, mestilah ada orang kat rumah aku, ada family members aku gak, ada CCTV, ada jugak Miss Eyes.

IMG_3473

balik hotel, ok RB mentidur bila terus masuk kereta. terus bukak mask, yang melambak2 dapat dari event petang tuh and satu kat muka aku, satu set lagi kat kaki RD!

IMG_3493

takde tunggu lama heh, aku dah ngantuk! tidur terus! joined RB yang memang lena tidurnya.

IMG_8005

dress merah ni ngan dress brown light pink aku pakai sama jer design fashionnya, warna je membezakan. ada colour lain gak but cukuplah 2 jer kan.

loving this photo coz walaupun panas berkuap kat sini, atas roof top tuh tapi ada angin ha cantik jer dapat captured.

IMG_3453

dan penutup entry dengan kekalutan maknya nak cepat, salah lagi pakai selipar. Tapi nasib baik bukan masa event atau hotel. ni masa naik ke rumah coz nak cepat sangat dok dapatkan anak-anak. hiks… not the first time pun gini, apa ler aku ni. main redah je, nak cepat sangat kan!

Kita keluar balik malam tu, anak2 dok tanya gak, but bapaknya bilang daddy kena pi kerja bawak mummy and zeeshan yer. hahahaha! tak tau esoknya depa buat siasatan lagi. Itupun siangnya abang dok tepon mak pak nya tanya memacam kenapa pegi kerja tak bawak dedua kereta, kenapa ada satu lagi kereta kat rumah. Kenapa background mom dad sama jer bila abang tepon.

Tak boleh nak cakap yang benar coz kita tak nak anak2 terluka coz kita tidur hotel. We are family, depa tau pergi memana buat apa sahaja kita akan buat bersama2. Lebih tak adil adiknya ikut, hahahaha macam ler adik bongsu korang tu paham kan, yet adik ko kan bfeeding. Sometimes parents need to be alone without korang kids, tu kadang2 aku nak pi oversea berjalan ngan laki aku, anak2 yang holding us back. Kakak tu specially, susah hati dia kalau makpak tak bawak dia heh.

This is not the end, esoknya kita pun ramai2 pergi anniversary dinner, tu best! Nanti bilang yek.

Comment: 6

Tag Heuer and Swiss Army for the 12th!

photo

You nak Tag yer for anniversary?

Ye, tak nak handbags, tak nak kasut, tak nak tambah anak lagi jugak. nak Tag Heuer yek kali ni, ai dah tempah kat KLCC, depa dah reservedkan, nanti u datang tolong bayar jer hehehehe. Thanks yang.

Nak medium ke large size tuh?

Medium jer yang RM5,900 tu. Yang large tu men size.

So yang men size tu for me?

Tak bley. I takde budget kat 7ribu plak for you! You amik jam murah sket pleaseeeeeeee hehehehehe 🙂

photo

Red, try standing in front of the mirror and pilih which one is your fav, nak putih or black surface.

Wahhh, got different meh? i want the black Tag Aquaracer please. I have the white surface of Tissot already.

You sudah 2 kali datang check out this jam, bila mau amik?

I tunggu loh kong datang KLCC nanti baru boleh amik ini Tag. Itu hadiah anniversary marrrr

 

photo

Gila kedekut nak beli jam sendiri, bukan tak boleh sedangkan harga bags pun memahal jugak aku bayau but you know lah, since i m not the watches collector, benda gini agak payah sket nak membayo ahaksss! Below 1k tu aku leh pejam mata lagi but memahal camni, for me still mahal ler. yang jenis pakai Omega Rolex mungkin tak kata ini mahal kot ye dok.

Ada size kecil, murah sket but aku tak suka jam kekecik nih walaupun aku ni size pun petite, aku suka bagak2, but not as bagak laki aku punya jamlah. itu kang dah macam jantan pulak tangannya, nampak penumbuk je plak.

photo

18SX

photo

laki aku bukan geti dok diam, so amik gambar hah blurry!

photo

Kemudian satu hari few days before the anniversary day, and our dating day pun gak, RD was around KLCC, so he came and aku pun suh dia bayau terus. leh pakai, awal mendapat! Bertahun berkira sangatlah aku nak beli sendiri, masa kat Germany dah nak membayo but the prices macam mahal still coz in KLCC I boleh dapat discount prices lagik. It s a controlled items but still ada ler tepis2 harga diskaun kan, coz i got kaki too helping me.

photo

Dah diam2 pasnih. Target for Omega pastuh Rolex. After pencen kot baru nak rasa yang lagi 2 bijik tu hahahahaha! Insyallah ada rezeki lebih ye mak meyah. Purse merah kena kuor coz i had to pay for RD’s Swiss Army RM3200. itu je yang den mampu nak bayo for his watch, walaupun dia nak Tag jugak but alah bang, lain tahun la yek, ai ganti lagi tambah lagi with “The Suits” slingbag yang you nak sangat tuh!

photo

 terus tayang kekepit sesama yek bangggggg!

IMG_3177

Golapnya tangan u RD hoi!

The 12th Years Anniversary Gifts – Tag Heuer Aquaracer and Swiss Army.

Alah sajer jer mengada nak beli setkan ni for anniversary, kalau takde pun bukan tak boleh beli and tetukar hadiah but you know lah, nakkan something yang boleh kita memorize gitu. So nanti ko akan ingat, ooooo jam Tag ni aku tak leh jual coz laki aku belikan for our 12th Years of Anniversary.

But tu lah, aku ni jam tangan memang banyak giler gak lah, cuma pakainya satu jerrrrrrr…but kenangkan aku pun ada anak2 kan, so they can share2 with me and with their dad too. Vintage and jadi harta pusaka…

Comment: 11

Memori Redmummy bersama Jacob’s…

48hours sponsored post

IMG_1888

Beberapa minggu lepas, aku, Abang dan Kakak berkesempatan buat video shooting untuk iklan Jacob’s. Excited budak dua orang ni especially si kakak tu sampai tak sabar-sabar tanya, “Bila nak tayang ni mummy?”. Hehehe actually Mummy depa pun excited jugak hiks 🙂

Walaupun a bit tiring, tapi we all had fun and enjoy sepanjang proses shooting tu, tambah-tambah lagi semua yang terlibat masing-masing professional semuanya. So everything went smoothly as per plan. “Tak sabar kakak nak cakap kat kawan sekolah kakak hehehehe” Punyalah seronok si kakak 🙂 Abang macam biasa, big boy buat cool and steady jer.

IMG_1912

Bila bercakap pasal Jacob’s ni, terimbas pulak kenangan-kenangan lama zaman aku sebaya-sebaya Kakak dulu. Kita dulu-dulu bukan macam budak-budak sekarang ni yang asik melekat dengan gajet jer. Kita dulu balik sekolah, makan, tukar baju sekolah terus keluar jumpa kawan-kawan. Ade jer benda nak main, main masak-masak la, teng-teng la, batu seremban la dan banyak lagi lah sampai lah dekat senja baru pandai nak balik rumah. Ataupun bila perut dah lapar baru nak balik rumah dok hehehe…

Ade satu hari tu, balik dari sekolah dengan tak makan terus tukar baju keluar pi main batu seremban. Sampailah lewat petang, pastu tiba-tiba Mak Ajah aku terjojol depan mata “Red, eh ko tak reti nak balik ke?” Kat situ jugak aku kena tarik telinga sampai rumah. Adoiiiiii. Tapi kasih ibu sampai ke syurga kan, marah pun tetap sayang anak. Sampai rumah jer dia tanya “Ha tak lapar ke dari tadi tak makan?” “Lapar mak” “Lauk semua adik ko dah habihkan, ni makan biskut ni dulu lapik perut”

Biskut apa lagi kalau bukan Jacob’s Cream Cracker 🙂 Mak Ajah buat pulak air teh O panas. Sedap sungguh rasanya cecah Cream Cracker dengan teh O. Siap masukkan berkeping-keping biskut dalam teh O panas, biarkan rendam lama sket kasik lembik, then amik sudu makan omnomnom 🙂 Korang penah makan biskut macam tu? Teringat sampai sekarang peristiwa tu especially part kena tarik telinga tu, malu wei depan kawan-kawan plak tu! Tapi kalau aku balik on time, memang Mak Ajah dah readykan teh O dengan Jacob’s Cream Cracker tu 🙂 Berebut-rebutla makan dengan adik-badik lain hehehe.

IMG_1940

So sempena Jacob’s 60th anniversary celebration bulan March ni nanti, ya dah 60 tahun Jacob’s di Malaysia ya dan the very first batch of cream crackers was sold in 1953! They have special giveaway untuk kita semua yey! 60 tahun lama tu, memang dipercayai dari zaman emak ayah kita dulu lagi Jacob’s ni. Tambahan pula Jacob’s leads to a better and healthy lifestyle! Memang jadi pilihan kita semuakan…

Jacob's

So ingat lagi dengan bekas tin Jacob’s yang lama ni? Sempena meraikan 60 tahun Jacob’s di Malaysia, these vintage, exclusive and beautiful limited edition Jacob’s biscuit tins are up for grabs!

Apa yang korang kena buat?

Just kongsikan korang punya Jacob’s moments especially masa tengah growing up samada dalam bentuk text ataupun gambar di Jacob’s FB dan korang akan berpeluang memenangi kesemua 5 tins Jacob’s yang klasik macam atas tu.

I’m sure korang ada those moments kan. Jom kita refresh all those sweet memories with this Malaysian trusted brand, Jacob’s 🙂

Khidmat pesanan masyarakat Jacob’s is brought by Redmummy.com

Comment: 10

Hectic Saturday(s)!

 

IMG_2595

ko ingat lam gambar macam zalim jer ler bini kan suh laki jaga anak jer heh. yet bininya sedap makan. takde maknanya. aku akan make sure laki and anak2 aku sumer makan dulu, yet aku menyuapkan si RB. lagipun steak aku sampai ke main lambat, depa dah habis makan pun tak sesampai lagi. RB’s food kan aku sentiasa bawak merata.  Asal jangan lupalah, kalau lupa mau aku gagau patah balik rumah amik. oh tidak tidak!

so bila diorg dah habis makan, RB pun dah kenyang, mana boleh dia nak dok dendiam dalam baby chair, haruslah dia nak menyepahkan kedai makan ni pulak. apa barang dok diam jer, anak aku dah memang ada gaya macam abangnya jenis active. ye sila sila

turunlah ko berjalan exploring.

ada bapak ko, ada abang kakak ko sama leh jaga.

but abang kakak malas nak jaga adiknya masa ni coz depa dok tengok video Big Bang Korean. Gila kay, aku tak kenal pun group nih, anak2 aku ke main mengadap!

IMG_2590

itupun sambil aku makan tak senang hati. coz anak member aku ada 5 boys ok! lelima ligat. siap yang number 4 hok umur 2 tahun selamba katuk2 aku, kelepuk2 RD, and ada jugak dia nak pelangkung RB yang cinonit tuh. Hoi super ganas betul anak member aku tuh. Puting kat mulut ke main tapi gaya main angkat2 kaki lagi!

RD dok ler asingkan depa semua dari RB yang kang kalau tolak mau tumbang! agak2 lah anak aku baru je setaun 2 weeks masa nih.  tunggu sket dia terer membagi gak yek.

but member aku memang hebat. umur 38 tahun nih, anak 5, lelima lelaki. paling tua anaknya 9 tahun yang bongsu baru jer baper bulan.

Murah rezeki, berderet anak lelaki yek. Camne le tak bergegar rumah ko!

IMG_2614

tak dibaginya orang dukung dia, dok berjalan je action skang ko yek!

IMG_2618

Lagi ko ngekor dia lagi dia laju berjalan

Pegang tangan pun dia tak bagi yek, menarik2 tangan suh lepaskan. Berlagak ko dak kecik!

IMG_2620

ni memang mata merah coz aku kan mak merah! camne ler nak hilangkan red eye ni bila malam ada flash hah, geram tol aku, ada ler editing photos tuh but aku malas nak edit, nak terus jer dia hilang merah bila snappy2.

IMG_2622

remember aku ada cakap kot ada anak2 size gini sampai toddler ko nak senang kena heret sling bag. ada kalanya aku pedulikkan, nak vass jugak so aku pakai jer selamba but at one stage, oh tidak tidak, tak boleh jadik! mari meng’sling’. kejar RB!

IMG_2665

bukan penutup but since i have to split the family stories into 2 entries, kita wrap up di sini sahaja. Brought abang to the mamak, gunting rambutnya. Dia sejak aku hantar ke saloon, dia demand ke saloon sesaja, but oh tidak. laki aku dok cakap anak jantan tolong pi mamak jer, bapak ko pun made in mamak gak rambutnya.

Jimat RM7!

RB mengular buat spot check pulak kat barber nih, hahahaha letih RD and kakak mengejar, sudahnya depa angkut RB dok luar, lagi tak pening pala.

Sabtu penat sei. Sabtu anak2 aku tuition, pastuh badminton class. Sambung pulak ustaz datang mengajar mengaji dan fadhu ain. Dulu mengaji kita buat Ahad, tapi skang laki aku cakap semua kena habiskan on Sabtu so Ahad is our family free and easy time. So tu ler Sabtu, kitorg apa2 hal nak kuor kena pas maghrib, melainkan aku ada blog events barulah aku lari kuor. Ni pun dedengo laki aku nak terbang lagi, aduh…masak eden!

Comment: 8

Our 12th Anniversary Getaway!

18th Jan:
10am – Breakfast at Chinoz, KLCC
10:30am – Shopping anniversary gifts
11:00am – Movie
1:00pm – Friday prayers
2.30-5pm –  Event coverage for RM
2:30 – 3:45 – RD to fetch Kakak, meet RM at the Binjai
6pm – Check in Cititel, MV : Rest, TV, blogging, nap & make love in between 🙂
9pm – Dinner, TBD
10pm – Fetch RB, tidurkan Abang Kakak first
11pm – Back to hotel
12am – Happy 12th Anniversary Darling! Anniversary sex 🙂 & sleep

19th Jan
8am – Fetch Abang & Kakak to tuition
10am – Back to hotel
12noon – Check out

photo

Laki aku buat itinerary atas nih, anto proper invite like a week before the 18th and 19th. sungguh bininya terkejut coz biasa for the past 11 years aku je yang buat benda nih. Sweet of you RD! So we took leave, and keluar rumah macam biasa, macam nak pergi kerja, padahal pi mengular makpaknyer hikss. Anak2 tak tau pung, rahsia wor.

Kang askar semua nak ikut. Tapi untuk malam2 kena ler amik RB, dia kan mana boleh takde maknya, maknya pun mana boleh takde babynya.

photo

We are celebrating our 12th Years Anniversary today on the 19th Jan, alhamdulillah walau ada jatuh bangun dalam hubungan suami isteri, masih lagi bertahan. Love you husband for the 3 beautiful children too – Abang Kakak and little baby boy.

Itinerary dia penuh ngan berjimak sesajor!

 

Comment: 23