Sorry…

Maaf

Mood kedaung, sedang berurusan dengan pelbagai kerenah manusia duniawi yang tak pernah faham keperluan dan jugak kehendak.

 

Bersambung nanti ye…

Comment: 3

Hi hi hi…

IMG_3826

I know he is famous but aku baru tau yang skang ni dia lagi famous dengan drama pepetang kat tv tu yeah? Aku tau dia ni berlakon dalam Upin Ipin Jeng Jeng Jeng tu yang aku beria le amikkan gambar. Kakak sangat pemalu segan, but bagi gak lah depa bergambar berdua…..

so since aku sangat bzzzzzzzzzzzzz dengan dunia nyata and malam ni pulak sejak pas maghrib aku dok kena diarrhea, jadi Gambit Saifullah sebagai back up entry dulu till my rajin mood datang balik. Hensem Gambit nih, ramai kat IGs suh akak bungkus dia bawak balik, ko ingat kuih keria ke leh main tapau2.

bukan main lagi banyak likes for post ni dalam instagram yeah..

oh by the way, korang dah ready for the free vouchers dari Bangi Golf Resort for Ramadhan nih? akan ada 10-20 pairs of vouchers untuk hangpa semua. Last year ajer dekat 100 orang kerumun nakkan vouchers ni di blog akak,so so, keep on checking my blog for the details and the tnc. Very easy one…

Comment: 13

30min ++ hilangnya Zeeshan…

IMG_1370

Ini kisah kehilangan Zeeshan di Legoland, about 30min minus plus. Kita dah spent lebih setengah hari gak lah kat situ, means dah nak pepetang camtuh.

Kisahnya bermula dengan depa berempat jalan melaju, meninggalkan aku yang kedek2 jalan. so bila sampai kat Kingdom tuh, aku masuk dalam, tengok tak nampak bayang depa berempat pun. Aku pun dok le kat bench, ada jual2 icecream bagai, aku beli seketul and dok makan. Oh lagipun aku memang ada pegang berbagai jenis bag,  mak mak ni memang mostlynya keje gitu kena buat. Pastuh laki aku wassap gambar diorg dalam Kingdom ke camtu lah.

Aku pun wassap ke laki aku gambar aku makan icecream.

Pahtuh…tak sampai 2,3 min, dia terjojol sebelah aku, passing lagi barang bebudak and seround 2 amik icecream aku. Dia masa ni datang sorang jer. Katanya bebudak ngah kat dalam lagik. Pastuh dia pergi balik ke dalam.

Tak lama lagi kemudian tu, about 5min after, laki aku kuor balik, dengan ucapan dan muka cuak – Zeeshan takde!!

But aku takde le melompat bintang ke hapa, coz mak mak feeling ni macam, hemm, aku tak terasa benda heavy kot jadi coz yelah once again the mother’s instinct tu kan.  But aku bangunlah, carik gak, thing is aku tak tau apa susur galur cerita depa nih.

So pastuh, we gathered, or over the phone bincang ngan laki aku. Kita split mencarik. Abang kakak pun sama mencarik gak…ada dalam discussion tu last depa tengok adik depa waktu kuor dari Kingdom.

Kisahnya depa dah abis main ke bagai dalam tuh, so hujan pulak. Jadi Kakak tak perasan adik ada sama, abang tau tapi lupa. So depa berdua ni telah lari memecut, konon sapa paling laju, sampai lupakan adiknya. dan of cos dalam luar tuh, bukan jalan lurus yang boleh nampak, ada kena belok kiri kanan membukit bagai. So kelajuan depa telah meninggalkan adik bongsu depa. Tercicir jauh and adiknya pun dah tak tau nak pergi kanan kiri ke depan bagai.

Itulah bermulanya kehilangan Zeeshan.

So dalam hujan, berenti, hujan, berenti tu, 4 of us pusing mencarik. Takde gak hasilnya. Aku tanya security, kena pi depan gak buat report. if cakap kat depa pun tak boleh buat apa, yelah coz security depan nak initiate the searching. So dah berpuluh minit mencarik, laki aku dah ke depan to report the missing of our little boy.

Aku pulak kena tunggu kat tempat yang Zeeshan disyaki hilang, abang kakak pun masih lagi dalam process pencarian.  Legoland tak bagi lah dedua makpak dok sama kat bahagian report coz kang anak masih melilau kat Kingdom tu kan. Yet dah luar dari kingdom tu pun kita mencarik.

The moment jer laki aku habis buat report, pun depa tak bagi laki aku ke mana, kena tunggu gak kat office Legoland tuh. coz kang securities depa jumpa pulak Zeeshan kan. But diorang memang pantaslah buat kerja, salute to Legoland.

Tak sampai berapa minit laki aku buat report, matanya masih melilau merata tengok anak, tetiba dia nampak Zeeshan, nunnnnnnnnnnnnnnnnnn dekat EXIT/ENTRANCE of Legoland!!

Berlarian dia mendapatkan anaknya, terus dia facetime aku, syukur Ya Allah. Masa minit2 terakhir sebelum jumpa tu, barulah aku rasa macam sebak sikit, but I still tak rasa ‘anything happen’ yang jadi kat anak aku tu, once again, mother’s instinct kan.

So terus kita berkumpul suma berlima kat tempat icecream depan kingdom. Bermulalah penyiasatan demi siasatan…

seperti yang dijangka, Zeeshan kata abang kakak lari so fast fast, Zeeshan couldnt find abang kakak, so Zeeshan walk lah. Zeeshan saw the hotel, so Zeeshan nak balik hotel.

Dia menyangkakan makpak abang kakaknya ada di hotel. oh kemonman, budak umur 5 taun lebih kan, apalah yang dia tau sangat. Masalahnya dari Kingdom yang dia hilang tu hingga ke Exit (belum sempat pun dia keluar and Legoland staff wont allow him to keluar gak nanti), adalah sangattttttttttttttttttttttttttt jauh.

Sian anak aku. sorang2 jalan…dalam hujan panas hujan panas, landmark dia hanyalah bangunan hotel Legoland yang warnawarni yang dia cam sangat. He knows kat situ dia asalnya datang, tidur situ.

Jadi, someone kena dapat the blame, goes to abang…coz abang tau adiknya ada di belakang tapi dia tinggalkan coz dok leka nak memecut ngan kakak. Hish abang abang. But abang seperti biasa coverina, mami….Zeeshan yang patut dipersalahkan coz dia lembab sangat lari kenapa.

hahaha…korang nih.

but apaknya pun dapat sama tempiaslah, bebel2lah gak aku.

IMG_1432

IMG_1328

Tapi sejak kejadian tuh, dia pun dah tak berani nak berjauhan dari depa semua terutama dari mak nya ni lah coz dia tau maknya sangat jaga protectivekan dia.  He knows pasnih kena sentiasa main, di sekitar mata mak apaknya, kena always hold mami daddy’s hands. Dan abang kakak pun sama gak dapat ceramah…semua have to be extra careful with our little boy yang sangat supermanjaaaaaaaaaaaaaaaa nih.

Itulah yang aku takut sangat, pada anak2 kita, anak2 korang gak. Jagalah anak sesangat. By the way, the reason aku pakaikan laki and abang tshirt striking masa kat Legoland nih supaya senang mata aku nak cam kenal depa waktu jarak jejauh but apparently i need to pakaikan Zeeshan gak kaler2 striking cam abang and bapaknya too, sebatu boleh nampak.

Ini dah kali ketiga Zeeshan hilang yer. Satu di KLCC park, satu di Perak dan ini Legoland. Ketiga2 kejadian berlaku sewaktu aku tiada di tempat kejadian bersama depa. Siap yang 2 previous incidents tu, 3 beranak tu rahsiakan dari aku berjam2 hokey, if depa tak cakap memang aku tak tau langsung pun. Zeeshan memang tak mengabaulah, dia apa nak tau citer sume nih. Apapun, pengajaran sekali lagi…kena sentiasaaaaaaaaaaaaaaaa alert tolonglah suami, abang and kakak.

Comment: 16

Chess Warrior!

Ini cite best. one of my fav things to do sangat.

IMG_2941

The subject is Chess Warrior cos the tournament is called sama pun. Chess Warrior.  Venuenya ni kat Evolve Concept Mall. my first time datang situ. mall baru nih. ada lagi shops yang belum operate, parking dalam mall pun masih lagi percuma. Ada snookball dalam mall nih  gak. amende tuh? hah pi google, macam main snooker, tapi dia pakai kaki.  Coz snookball ni is at the same floor with our tournament hall, jadi aku ada le pi tengok menebeng depa main snookball tuh.

IMG_2928

muka hakak pun muka pagiiiiiiiiiii la sangat kan. Kali ni dedua masuk but coz game ni sehari jer so takde hallah.  Laki aku problemo sket kalau 2 hari. Kat bawah tournament tu je ada food court, so kat sini le all chess players bersidai. Even parents yang tunggu anak2 lawan atas tu pun, dok melepak sehari kat sini.

 

IMG_2934

belakang memang le nampak kosong. coz game belum start. semua masih lagi di luar dewan. Ada 121 players for Open Category. Numbers of Under 12 and Under 17 idok le pulak akak checking, but depa asingkan mejalah. 4 long meja tu untuk anak2 kita, 3 lagi meja pulak for Open Category (rasanya ada sorang budak umur 14taun main category nih)

IMG_2946

Chess Coach anak2 aku (yang jacket biru tu) pun sama main, sebelah ngan laki aku lawannya. Ni first round. Pairing semua is done by organizer lah ikut chess-result.com nya software tuh.

IMG_2955

First game akak menang, lawan ngan a boy UIA student,  umur 22 taun.  Laki aku pulak kalah first round tuh.

Round 2 laki bini kalah. Aku kalah coz dia dah nak amik queen baru, so aku resigned lah.

IMG_2954

ini antara Under 12 yang sedang bertanding…

IMG_2962

Yang ni laki aku main ngan uncle hebat, he was a Malaysian player before. So kalah gak lah laki aku 🙂

IMG_2972

My kid’s chess coach, overall after event dapat number 7. He s veryyyyyyyyyyy handal bakpiang (i penah lawan sesaja ngan dia, 2 kali, dia bagi akak menang mudah, coz kalau tak, memang aku bungkus kot by him)

IMG_2977

selepas laki aku dapat 2 telur ayam, dia berjaya pecahkan telur ayamnya bila main ngan adik UIA nih…ini dalam Round 3

For me, round 3 menang, dapat checkmate. So i already have 2 points, and husband 1 point

IMG_2980

IMG_2982

IMG_2986

in between ada break kekejap tu aku melilau lah (coz ada game yang husband lambat benau habisnya), eh semua 7 games tu aku habis awal pun, dia memang kalau main pikir lama. so aku meronda sorang2, tengok apa ada kat mall baru nih. toiletnya ni lawa lah.  paip airnya belah tengah tu, ada yang tak nampak lam gambar, rendah sikit for bebudak (refer photo pertama untuk kekuning nih). Cermin pun besar puas nak menebeng. Eh lawa lah. corak2 lantai dinding pun aku berkenan. Imagine kalau depa buat in merah pulak, fuiyooooooooooooo

IMG_3002

aku pergi floor bawah sikit, ada kettle merah ni jugak. Haih, kettle ni aku jarang pakai, ada la satu kat umah itupun adiah dari wedding dulu. But this is red. hish….gelodak jiwa betul tengok memerah nih.

IMG_3014

then kat situ gak, ada satu kedai besarrrrrrrrrrrrrrr, ko bayangkan Harrods, macam concept store kan, hah dalam ni pun ada. Kalau tak silap nama kedainya LOGO. Semua designer brandssssssssssssssss ado. 2 tingkat, men atas, ladies and kids kat bawah. Besar weih dalamnya. Tu ko leh tengok banyaklah Miu Miu, Prada segala bagai.

IMG_3017

ni not even half of the shop. kasut baju handbags, dari memacam jenis designers ado

IMG_3023

kerusi merah di pillar. nice…

IMG_3026

kasut leletop ye….semuanya branded

 

IMG_2960

Round 4, akak menang lagi. This time main ngan young boy gak, budak university dari Terengganu. He orang Perlis and belajar kat Ganu, naik bas baru sampai pagi tournament tu semata2 untuk gain experience dan jugak balik malamnya ke Ganu semula by bus. Terkesima dia tengok mak orang ni checkmatekan dia. I dah biasalah orang pandang rendah ngan ai.

Laki aku menang gak round 4. apparently masa round 4, dia jumpa opponent yang aku met at round 1. So that UIA student bolehlah buat record, laki bini tu checkmatekan aku. 😛

So far dalam tournament aku tak penah lagi jumpa lawan ngan laki aku, tak nak kot hahahha…

IMG_3010

Round 5 akak kalah mengejut. Kalah illegal moves. Tak pernah2 dalam sejarah ye akak kalah camnih. He was checking me but akak tak perasan, dia pun tak sebut. Aku pulak terus move my queen to check him. Tekan clock. and tetiba pakcik tu cakap ‘illegal moves, awak kalah’. Terkejut mak merah. hahhaha….

yelah dah dia ngah check, mana le aku tau tak perasan betul (ai is main laju mar..tak suka pikir lelama). Oh setiap game is set for 25minutes.

My husband untuk round 5 kalah gak.

IMG_3034

Round 6 akak menang (my opponent pulak buat illegal moves),  round 7 pun akak menang lagi with checkmate. Total menang akak skang is 5 and kalah 2. Total points laki aku pulak, 2  menang, 1 draw and 4 kalah. Haiyoooo suami..apakah? awat corot benau. For someone macam dia yang lagi terer than akak, coz ai selalu kena ‘beat kalah’ ngan dia, aku sangatlah sayur to him, so agak pelik bila dia menjunam betul performance.  But remember, sampai jannah akan disebut, akak pernah menang ngan dia waktu pertama kali kita bertembung main chess. hehehhe…..masa tu la dia tau yang aku boleh main chess gak hahaha…

IMG_3045

with our kid’s Coach – congrats Din number 7 out of 121 players

IMG_3052

antara pemenang2 dari Under 12, tahniah anak2…insyallah Zeeshan will be on this stage as well.

IMG_3061

the winners for under 17 pulak. Pun one day heharap tak terlambat abang kakak untuk be on the stage

IMG_3064

dan tekejutnya hakak pun dapat plaque! The best NonRated Player. Wallahwei!! …. ai was actually aiming for the best female tapi tak dapat, walaupun akak sama points gak ngan best female sorang lagi (ada la calculationnya). but alhamdulillah. for someone yang baru joint 3 external tournaments this year, kira proud sket lah. Coz ai belum lagi ada FIDE and National rated (sedang collecting ke arah itu, Coach Din bila akak nak ada nih?). Jadi tu pasal aku dalam category NonRated walaupun gitu masih berlawan ngan sume rated players too.

But ok gak lah, between 37 rated players, tetiba ada ai yang nonrated, number 15. jadik pulak the best nonrated player. Hiks…

IMG_3071

IMG_3073

IMG_3084

with all winners. Champ goes to Abang Max, the rest as u can see lah. yang bawah tu adalah pemenang OKU. Ini untuk pelbagai jenis category. Most of them ni memang sentiasa jer boleh nampak muka memasing dalam tournaments, sok sok tournaments lain pun, depa akan ada jugak. Begitulah putaran dunia chess, akan ada muka yang sama gak. I am considered as muka baru dalam tournaments.

IMG_3055

abang ni jadi emcee, kelakar bak hang. Pastu 2 anak2nya tu jadi his assistant untuk passing the hadiah2 kepada VIP untuk diserahkan pada winners. Dengan jegil2 mata lagi dia kat anak2nya if depa terbagi salah plaque hahahahah. Bang ko kelakau lah bang walaupun  muka ko ganas ya hamat. Tapi anak2nya dah well trained untuk help him out, memasing dah tau apa yang nak kena buat. Pepusing, chess family macam tu lah.

IMG_3085

someone is happy dapat something, yet someone tu pulak masih dengan kejutan result unexpected 🙂

IMG_3092

tq abang zamri amikkan gambar ni, biasa kita kena suruh orang amikkan,  ni abang zamri ngan baik hati tolong snapkan….

they called us the red couples that play chess. Belum ada lagi kot couples laki bini kertu camnih pi tournament hahahaha….

IMG_3115

selain plaque, dapat jugak adiah RM50…terus aku suh laki aku belikan dinner red family. kasik belanja terus…ater sehari suntuk kami bertangga kat sini, sampai habis lah 2 bakul baju kakak ironkan.

IMG_3097

I started the external tournaments sangat lambat, i should have joined the tournaments since 20-30 years ago (i did played tournaments kat sekolah, wakil wilayah gak, champs for ITM for every semesters, also 10 years champ kat opis) but not outside. One of the reasons dedulu coz masa muda belia, tak de transport nak pi join club2 chess ni, internet or communication payah no handphone. Selain dari tu, zaman muda, apa barang kot main chess hahahah..pastuh bila dah kawin pun sibuk ngan family, some more husband selalu terbang, so aku one man show for the kids. But bila Malaysia mula start ada internet, waktu tu zaman pakai Telekom dial up 1511, aku start main Yahoo Chess Games, itu memang record berpuluh ribu main. Bila kita dah minat chess, walaupun tak dapat main on board, kita mainlah online.

Bila dah jadi blogger, 13 years busy bee ngan blogging life. Events travelling blogjobs are like killing my time betul, sangat padat.

Sebab tu lah tahun nih, aku tekad nak start balik masuk tournaments, i remembered masa first tourney aku masuk, ada ramai yang suspicious tengok aku. That time husband pulak tak join. Tournaments kedua pun masih lagi dapat the same pandangan from the other players. Masuk ketiganya tournaments ni alhamdulillah ada dah orang kenal, some more ada yang kenal Redmummy, so up sket lah hahahaha…

But dengan tournaments it actually helps the skills sangat. Dan sebab tu lah jugak aku encouraged tetiga anak aku belajar gak chess. It s good for the brain too. I may not good in Maths or other stuff but i know my brain is good in chess (plus in blog too kot, proven dah kot hiks). I tak boleh nak ajar the kids on chess, husband too coz specially me aku tak belajar chess from the book or ada cikgu yang mengajar. I learnt dulu from the eyes. I tengok my abang and his frens main main Alam Shah dulu (my jejiranlah), bila suh alang aku ajarkan dia ngerus jer…so aku belajar sendiri. Aku tengok and aku manjang je lah kalah of cos. But 5 years later aku terus jadi wakil sekolah. Hanya dengan belajar dari eyes ears and simpan dalam kepala. Practice semedang.

I target at least to join the tournaments sebulan sekali, but kalau ada tournament yang rated with no time increment (either blitz or rapid), insyallah aku akan masuk gak. Mesti heret laki aku sama gak lah, coz we both share the same hobby, chess addict. I cannot play classical, yang berjam2 main tuh, so not me. aku bukan jenis yang boleh pikir 15 min for every moves, koserrrrrrrrrrrrr.

Chess Warrior result nih, my ranking was number 15, out of 121 players, dapat gak The Best NonRated Player. For husband, ranking dia menjunam hahhaah…cant reveal, tak baik, dosa…kena cover ass suami. muahahah….

Comment: 9

8 days with the dentist!

Hangpa pernah jumpa pompuan yang gila phobia dengan dentist, kalau lebih 10 tahun tak nak jumpa tu biasa le kan, lelaki pun ada. Ini kena datang jumpa dentist, 8 hari berturut2! Just for scaling and filing….sampai boss aku pun cakap, aku ada scandal hapa ngan dentist. Too bad the dentist is a lady lah boss, ai is not a lesbiano 🙂

Dulu aku tekad, no way lah for me nak gi lagi jumpa dentist, rasanya tu lah more than 10 yearssssssssssssss ago. Aku ingat lagi drama tragedi tuh, nak scaling yang siksa, dia terpaksa letak something untuk tak nak bagi aku rasa langsung the ‘gerudi’ pun walaupun mulut kebas, masih lagi ada dengar bunyik gerudi (that time mano le ada handphone nak dengo lagu bagai, tak terpikir kot).

So since aku dah tak tahan dengan gusi gigi aku yang very the sensitive benau. nak kunyah pun sakit, kalau minum air sejuk ke lagi le macam melecur dalam mulut tuh. Makanya ai have no choice, buang sumpah dulu and tadah mulut kat dentist yang kemudiannya jadi fren2 ngan aku (haterrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrnya sampai 8 hari berturut2 ko kan jadi patient).

IMG_2147

 

The black shades tu memang provided by the dentist, kena pakai loh. So i told dentist and her assistant:

1. korang tak boleh rodok mulut akak macam tu jer, kena bagi akak something yang akak tak merasa at all, bius ke ubat kebas mulut ke

2. apa saja benda yang masuk mulut akak, kalau benda 20min akan jadi 1jam 20min if korang tak bagi akak that ubat, coz berpuluh kali le aku akan muntah belahak (macam sounds of muntah but kuor air je pun)

Memula depa tak caya, tapi baru first godok dah memang terjadi seperti yang di atas, terus depa bagi aku ubat kebas mulut tuh. Hah kau….tu belum boleh start lagi scaling tau.

first round is the checking dulu maknek bagai…

IMG_2220

 

So depa buat scaling 3 hari berturut2. Satu hari for depan bawah, esoknya bawah belakang. Lusanya atas depan belakang. Semua kena bius lah, yang bagi kebas mulut tu lah, but the gerudi thingy masih lagi takde instrument yang boleh tak bagi dengo, so memang aku maximum kan earphone yang memang aku bawak khas. Pun begitu, ada le dengo sesayup gak….terbayang2 aku ngilunya. I hate the sounds i hate it soooooooooooo much. Eii….

IMG_2216

Minggu berikutnya, bermula untuk tampal. Ada 15 lubang hokey nak kena tampal. 6 paling critical. Ni hasil lebih 10 tahun takut jumpa dentist. hamik kau.

so first day of tampal, memang kena cucuk jarumlah, 2 batang ko jarum dia cucuk untuk biuskan kebas. Sakit cucuk jarum depa cakap macam gigit semut api jer. nooooooooooooot at all! sakit kau. arghhh…..

tapi sebab aku nak baik nak sihat, tak sanggup dah facing the sakit gigi ngilu. so memang dok mind set ‘beranak lagi sakit beranak lagi sakit dari cucuk gigi nih’. 

IMG_2646

beria ler peace, padahal dok aaa sakit sakit. so for 4 days gak aku berturut2 ulang alik lagi untuk tampal and polish on the last day. Ini bukanlah pengakhiran, akan ada sambungannya lagi sebulan.

Actually dentist offered buat semua ni sekali rap dalam sehari, tapi kena pi spitallah. Kena dok OT, memang tu tak sedor at all. Semua digerudinya. But aku tak nak. Yang ni pun ai took more than 10 years to do, apa tah lagi y ang masuk OT kan.  Mau lagi seram hoh.

So tu pasal berulang alik sampai 8 hari.

The tampal pun, hari pertama buat 6 lubang, hari kedua 4, hari ketiga plak habiskan 5 bijik terus and hari keenam polish and checking back semuanya.

IMG_2768

ini spray bagai coz jap aku pikir, apa yek. but rasanya the final part of ‘inang gerudi’ gak lah.  Ini paling ‘siksa’ coz depa nak pakai spray apa tah yang kaler putih hapa tuh. so semua kena covered lah. Huh….pastu penutupnya habis dia spray bersihkan muka aku coz ada serbuk2 putih tu terkena gak kat muka kat baju.

IMG_2758

Pastuh, immediately aku kena tukak berus gigi. Noon tu gak aku pi beli the extra soft berus gigi, coz of my gigi yang sangatttttttttttttttttttttlah sensitive. Kena jugak beli the letrik Oral B toothbrush tu gak. Itu aku invested lam RM150 kau, pas aku pakai tu kan, memang betullah. dentist cakap sangat perubahan sangat, bersih and molek. But tu lah aku kena main gusi sangat. Ini sebulan lagi nih, pastuh kena tadah balik gusi gigi ni.

There you go, my 8 days pengalaman berulang alik dengan dentist.

Disebabkan itulah, aku terus set appointment for all of my kids (depa pi dentist bila nak cabut gigi jer), also for husband untuk godek gigi memasing gak. Bebudak ok ler kot, depa tak takut sangat scaling, kot? hahahaha….but aku memang sangat phobiaaaaaaaaaaaaa, terpaksa lepaskan phobia tu coz dah tak tahan sakit sangat.

Alhamdulillah ai made it. Supermak brutal tapi penakut ngan dentist hiks….

Comment: 7