5 serangkai…berangkai-rangkai cerita

 

IMG_2198

Gegirl poyo tunjuk jam baru. memasing dapat habuan sorang satu sementara bapaknya pulang kejap arituh. Abang dapat jacket, Gegirl dapat jam tangan. RB dapat apa? dapat mengekor abang kakak ko berjalan2….

eh nih the weekend yang RD balik, bukan recently.

IMG_2200

Rambut aku ni asalnya cantik jer beralun pastuh rimas pulak dok kendong2 RB, jadi kusanggul ikat lagi senang. Tak syoklah nursing room AEON, Midvalley. Dedulu 10 tahun dulu cantik jer skang ni dah macam apa jer, mana ngan masa ko nak salinkan diapers anak ko, tong sampah sebelah ko je situ. Bila nak buang, ha ko baik punya bauuuuuuuuuuuuuuu kuor dari dustbin tu.

Dahlah hidung tekak aku ni jenis yang bila ada bau gitu je terus huewekkkkkkkkkkkk!

Pastuh aku dah settled, i need to do an urgent call, aku kena masuk balik nursing room tuh balik coz kat luar bising sangat, boleh ada lipas ke main bercanda atas tempat baring baby for changing diapers tuh. Mak hoiyakkkkkkk!!

IMG_2208

RB tu tengok mood dia, kadang2 memang dok jer dalam tuh tak yah kita angkat, but sejak dah membesau sket nih dia macam cepat je hokhek, ke sebab dia tau bapaknya pun tak lama ada kat KL, asyiklah berdukung jer kan. Tapi kan, kalau RD takde memang aku pemalas betul nak memasang car seat dia kat stroller tuh.  Aku lagi rela pakai moby/bobawrap. Dedulu keter lain pakai car seat tarik senang je, yang kereta skang nih nak menariknya seat belt pasang halahai. Tu yang kalau aku sorang2 je aku lagi rela lah berdukung jer. Unless bapaknya ada ler kan..

IMG_2209

anw ramai pulak kata Gegirl dah start pakai skirt/ dress. Eh dia memang pakailah. dari dulu lagi. cuma ikut occasions lah. Kalau setakat nak pi mall memang takde le dia nak pakai dress coz tau dia nak berlari-larian ngan abangnya. Jatuh tersadung le pulak karang. Yang dress korang nampak kat entry dia pakai masa Madagascar KLCC tuh, aku baru belikan from MotherCare,  dia suka dress lelabuh and can be worn with cardigan. Itu pesennya skang lah.

Kalau birthday party ke apa memang pakai dress. Kalau kenduri kahwin terdekat, dia pakai baju kurung. Aku memang tak suka betul dia pakai jeans kalau pergi kenduri kahwin yang rapat2 ngan aku, for eg pakciknya punya nikah arituh. Sib baik le dia pun paham, ada sepupu dia nih pi pakai tshirt ngan jeans jer, hamik…kono tembak ngan mak ajah!

well ada 365 hari, hari2 dah tentu berseluar so what s wrong for the once or twice a year punya wedding tu pakai baju kurung ke…caftan ke.  Buat tempah, beli memahal tapi pakai masa raya jer, hish rugi liao!

IMG_2213

anw pendekkan citer lah ari Ahad tu kitorg dari lunch kat BSP, terus ke Midvalley, tau sure parking hazab and aku memang takde maknanya dah nak carik parking, memang aku suruh Sirman carik gak valet. dia tu boleh lagi nak pusing2 carik parking dah tentulah nak masuk entrance pun manjang tutup, so baik ler pakai parking, kalau kedekut berkira nak bayar valet takpe aku bayar, aku lagi sakit jiwa nyampah stress kalau buang masa carik parking takdak.

Then kita pi carik barang anak2 jap, pastu makan Pizza, mak datuk punyalah siksa nak makan coz RB meragam sangat hari tuh. Aku memang makan lelompat lah…dia nak tidur pun ye jugak.

Penyudahnya habis je petang tu tak dan nak pi buat 2 urusan lain, terus balikkkkkkkkkkkkkkk ngan kakak pun dok mintak sangat nak mandi pool kan.

IMG_2216

Apesal ko tutup muka Bang?

Taknaklah, nanti mummy letak muka abang kat blog.

So?

Tak nak, abang dah big.

Motip??????????????????????????? dah big tak leh kuor blog? ko anak sapa bang????????

Ko anak Redmummy tau!

Comment: 32

So loud!

 

Comment: 12

Soon si panjang…

IMG_2195

abang yuk amik gambar….

IMG_2196

janganlah ko jinjitkan kaki ko tuh, memang le ko nampak tinggi dari makkkkkkkkk!

IMG_2197

mana ada jinjit nih mak

ha ah ler

belum 11 tahun lagi nih. sok 21 tahun mendongak pala mak ko dibuatnya

Comment: 25

Setiap masa dan di mana saja dengan Astro On-The-Go!

48hours sponsored post.

Aku rasa baru bulan lepas masa we all satu family away for weekend gateway ke Pantai Timur, aku ada cakap kat RD pasal Astro, kalaulah Astro ni boleh mobile kan ke best. Tak de la I miss out my favorites TV series. Memang best kalo Astro ni boleh dibawa ke mana-mana especially bila kita outstation or even pergi holiday, bila lepak-lepak kat dalam hotel boleh gak layan citer-citer menarik kat Astro. Memang kat hotel pun ada Astro tapi tu lah, bukan all channels ada OR not my favorite channel ade 🙁 Yang selalu ada Sports channel sokmo. RD suka la. BUT now it seems like my wish came true! Sekarang kita boleh bawa Astro ke mana saja kita pergi kerana baru-baru ini Astro telah melancarkan satu lagi perkhidmatan inovatif ulung mereka iaitu Astro On-The-Go yang menjanjikan hiburan berterusan pada bila-bila masa dan di mana sahaja kita berada.

Seriously, memang inilah yang aku nak, not only me, even my kids would love this. Bolehlah diorang layan channel kartun diorang kat mana saje. Even tengah stuck kat dalam jem, or on the road, still aku boleh layan any programmes dari Astro On-The-Go ni.

Dengan Astro On-The-Go, kita boleh mengakses dengan serta merta untuk menonton Saluran TV Astro, acara-acara secara langsung, Video Atas Permintaan (VOD) dan TV Ulangan (Catch Up TV). Syok weiii!

Aku dah install dah Astro On-The-Go kat iPad hiks

Dan yang paling bestnya ialah saluran Astro On-The-Go ini boleh dinikmati menerusi smartphones, tablets, laptops, dan juga PC, ini termasuklah iPhone, iPad dan Android devices korang. iPad application untuk Astro On-The-Go sudah boleh didownload secara PERCUMA dari AppStore melalui http://www.astro.com.my/onthego/getitnow. Dengan segera aku download dah hiks 🙂

Astro On-The-Go on iPhone

Dan berikutan kejayaan pelancaran Astro On-The-Go minggu lepas, Astro On-The-Go App kini juga boleh didapati secara PERCUMA untuk iPhone! Memang tepat sekali perlancaran Astro On-The-Go ni, sesuai dengan musim bola EURO 2012, di mana semua 31 matches boleh ditonton on-the-go 🙂

Untuk pengetahuan korang, Astro On-The-Go akan diperkenalkan secara berperingkat dalam tiga fasa. Fasa pertama, semua pelanggan Astro boleh menikmati pra-tonton Astro On-The-Go secara PERCUMA mulai hari ini sehingga 31 Ogos 2012. Pra-tonton percuma ini merangkumi 11 saluran TV yang berunsurkan berita semasa, pembelajaran dan hiburan iaitu saluran CNN, Disney Channel, Disney Junior, One HD, Astro Awani, Astro Xiao Tai Yang, Astro TVIQ, Astro Warna, Astro AEC, Astro Ria Plus, dan Astro Shuang Xing. Saluran-saluran lain akan ditambah mengikut fasa-fasa berikutnya.

And just like I said, semua pelanggan Astro boleh menyaksikan kesemua 31 perlawanan Kejohanan UEFA EURO 2012 SECARA LANGSUNG, Video eksklusif Ulangan UEFA, dan rancangan VOD UEFA menerusi  Astro On-The-Go. Wa suka la korang camni, boleh layan bola kat mana saje! Dan setiap masa pulak tu!

Selain dari TV channels, pra-tonton untuk Rancangan Video Atas Permintaan (Video on Demand) pun ada gak. Ini termasuklah local & internationals movies dari Astro First, Astro Sundance dan lain-lain.

Juga Catch Up TV di mana kita boleh mengakses programme-programme hebat Astro termasuklah drama series, reality shows, sport highlight (e.g. BPL, Champions League and Bundesliga), berita, NadiArena, learning and education, plus local and international programmes. Tak lupa juga untuk LIVE Events, terdapat 4 LIVE events channels dalam Astro On-The-Go ini. Termasuklah EURO korang tu nanti live dari iPad korang.

Ni kalau tak sempat nak layan kat rumah, boleh layan dari Catch Up di Astro On-The-Go di mana saje

Personally aku rasa ini adalah langkah yang bijak dari Astro memandangkan teknologi dan zaman sekarang ini lebih menjurus ke arah On-The-Go 🙂 Masing-masing mempunyai peranti pintar mudah alih dan sentiasa inginkan hiburan si hujung jari mereka!

Now, we’ll definitely enjoy and won’t miss our favorite series again with Astro On-The-Go in our hand 🙂

Khidmat pesanan masyarakat Astro is brought by Redmummy.com

Comment: 15

Sapa nak chop chop Jumperoo nih…

Kuala Lumpur-20120609-00333

Kuala Lumpur-20120609-00335

Kuala Lumpur-20120609-00337

Kuala Lumpur-20120609-00339

Bengang betul dia tak dapat capai toys dia tuh. saje aku letak jauh sket nak suh dia push sket badan dia tu ke depan, asyik reversing je dia tau! pastuh tangan kaki macam nak berenang dibuatnya dok menggapai2, ni waktu ngah good mood memang dia nak le meniarap nih but bila marah meraung dia datang fuiyooooooooooo!

aku kan

aku tak citer

dah bape malam dah

sejak RD takde, aku punya pala tingtong sungguh

tak cukup tidur dah tentu

tapi tak tidurrrrrrrrrr tu yang sadis.

Orang akan cakap biasalah anak kecik, baby lagi memanglah meragam jer.

Aku pun dah memang beranak pinak sebelum ni so memang tau le sangat, dulu pun bapaknya takde jugak but tahlah… at one time aku bengang le jugak bila bapak depa berbulan kat obersi tu. Ni yang kat Thailand sebulan, yang selepas2 nih, sebelum2 nih… ha ko tak terasa. At least kalau malam2 tu boleh jugak kita tengok anak sulong, anak dara, si kecil, macam skang kalau nak tidurkan RB tu dalam bilik, makan 1 – 2jam le jugak heh. So abang kakaknya pun bawak le diri memasing… dah paham sangat.

Bila adiknya dah tidur, nak buat keje umah pulak, sambil kejar2 tengok masalah negara abang kakak pulak. and the list goes on and on.

Kuala Lumpur-20120609-00342

Kuala Lumpur-20120609-00345

Kuala Lumpur-20120609-00348

Kuala Lumpur-20120609-00357

Abang kalau part mengekehkan gelak adiknya meamng terer!

Kuala Lumpur-20120609-00360

Apapun, si comel ni wpun dia bikin maknya tak tidur malam, tapi, ko tetaplah cute and kesayangan abang kakak ko!  Kesian ko kan, hari tu bapaknya balik dari Siam pun dia tenung lama je kat bapaknya, macam hemm sapa ko bro? eh bapak aku ke!

Ni pasnih ada jugak yang dia dah kenal makpak tapi dia tak nak pulak kat bapaknya coz lama bebenau sesekali baru balik. Hari tu aku selamba je terlepas cakap kat bapaknya, eh berus gigi u i buang yek? u bukan tinggal sini pun, balik sini macam balik tido hotel je pung.

haaaaaa

tu ler…

Sapa nak beli jumperoo RB tu nanti boleh Contact Red yek. SORRY DAH ADA ORANG RESERVED.  Kalo tak silap aku market price is RM700, tu harga pasaran ler, aku idak le jual harga gitu… but bukan skang lah, sok sok bila dia dah start merangkak aku tak pakai dah kot jumperoo nih. Jumperoo ni sesuai untuk baby yang dah boleh balancekan kepalanya yek, ni bukan walker. ni i tell u baby kan suka melonjak2 bila kita dokong berdirikan dia, so nanti dia dok sibuk le nak lelompatkan badan dia, ini gunanya Jumperoo. Biasanya RB akan duduk situ sambil amik angin petang. Sesapa yang nak boleh chop dulu bolehlah roger2, jangan kang bila dah takde dok bising napa tak roger.

Kuala Lumpur-20120609-00356

Selain drpd itu, hemm..

Nak bawak si kecik ni pi cucuk.

Cucuk 5 bulan, ada ke patut bapaknya suh tunggu cucuk ke 6 bulan buat sekali 5 bulan, and 6 bulan buat masa 7 bulan. Yapadah, just because u r not around, kitaorg pulak kena on hold. Tak ngape le aku poi le angkut depa2 nih..

Kadang2 rasa nak time off amik cuti sehari 2 pi tidur jer…. but malam kena ada le kat rumah, pastu esok pi balik hotel tidur jer lagi sekali. Sebabnya kepenatan dan kekurangan tidur. Kurang tidur yang bukan sket2 alang ni tau, yang aku rasa sampaikan sambil pumping pun aku boleh tersengguk2 tertidur. haaaa…

Laa ni kalau nak enjoy the 20min sleeping beauty, memang aku lari pergi Marie France jer!

Comment: 22