Little girl is having chickenpox…

IMG-20111023-00018

sapo nak mc??? long mc days?? meh meh jumpa Gegirl :0

puteri hakak kena chicken pox sayang oiiii! aloloooooooooooooo. 2 hari sebelum aku nampak poxnya tuh, she balik sekolah demam panas, terus dapat mc 2 hari. tapi dia utilised sehari jer coz she s so eager to go to school, practice for Hari Kanak2 celebration kan…

Then semalaman demam panas tu memang aku berjaga ler coz temperature masa tu mmg high sangat it was 39 degree. Pastuh bila dah kebah ingatkan abis kat situ. 2 nights later tu dia cakap badan dia gatal, ada macam bijik2, aku pun being mak, belek sume satu badan. ooo terus alamakkkkkkkkkkk, ko kena chicken pox ni gegirl oi!

Malam tu jugak bapaknya bawak pergi clinic amik ubat segala, so bermulalah sejarah melumur calamine lotion.

IMG-20111023-00019

aku ingatkan dia ni jangkit dari sekolahnya ker….

ceii rupanya ada satu 2 hari sebelum dia demam panas tuh dia sudah bergurau senda melepak sama anak buah aku, sepupu dia si Zara yang baby tuh, n Zara pulak jangkit dari sorang lagi sepupu, anak kakak aku. Kakak aku hampehs, anak dia ngah c/pox tu dia pi bawak umah mak aku and bertemu ler ngan Zara makanya virus pun berpassing2 among the cousins.

IMG-20111023-00017

So berpantanglah Gegirl, tak sekolah, makan minum pun kurang selera. Hari2 aku mandikan dengan air beras and air dari daun semambu. Rumah aku pun dah ke main bersepah ngan daun semambu gak, mana taknya, supply senang nak amik, tu hah kerja the boys tetiap hari, panjat amik daun semambu kat bawah rumah aku jer. Si bapak panjat, si abang pegangkan tangga.

Sebabkan daun semambu ni tetinggi, aku rasa ado gak Sirman kena panjat atap kedai tu sket untuk capai amik, galah mano ado. lain le dulu masa kekecik, galah lam tangan aku jer.

Gegirl buat masa ni memang ngah quarantinedlah kan, tapi sian dia, wpun orang suruh aku berasingan dari dia, camne nya, itupun banyak Sirman yang dah buatkan. kita tidur asing je mampu and menyapukan calamine lotion or bedak sejuk pulak bapaknya yang buat.

Keje aku just rebus2kan air daun semambu, sediakan air beras, the rest bapaknya yang settlekan coz nak minimisekan dari aku sepatutnya get closer to Gegirl. tapi camner…dah mak anakkan. Takkan nak anto anak aku ke rumah family aku pulak untuk jaga dia. Sian dia.

Makan pun aku buat yang rebus2 jer, air kelapa pulak eii liat betul dia nak minum, abis satu jam Ahad lepas aku mengadap muka dia suh abiskan gak, memang dia tak suka ari kelapa muda tuh.

IMG-20111023-00020

ni pokok semambu yang oi…jenuh aku ajar laki and abang aku pokok semambu nih

If you all nak tau tips dari readers RM pasal chicken pox, boleh baca kat my fanpage nih coz situ dari last week aku dah jerit2 and ramai dah membantu. samo le kat twitter gak. biasa ler, citer lam blog memang sokmo slow hehehehe…

Oh pengalaman chicken pox, aku dah kena, ngan satu batallion kami adik beradik dah kena masa tu aku rasa aku ngah semester break ITM. So satu package ler kitorg sume kena adik beradik, yang tak syoknya masa kena pox tuh, serentak ngan demam and kita odw down back from Melaka, so bayangkanlah rasa sakitnya haiiiiiiiii, memang double triple sungguh. That time aku memang pakai apa yang mak aku dptkan dari klinik kerajaan jer, so kita berkongsi adik beradik pakai ubat. semua pox aku hilang takde parut tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii mother of chicken pox aku tak nak hilang ko. dia satu jer seketul tak nak nyah, dok kat muka pulak tu, tepi hidung. ceiii!

Abang aku lagi degil, dah tau kita semua kena pox, dia pulak turn lambat sket kena tapi the mother dah kuor, dia pergi pulak mandi sungai ikut trip kawan2 dia, siap mandi hujan lagi muahahahah, kesian koooooooo! degil lagi cakap mak abah, abih bertanda2 muka badan dia ngan pox tuh.

So memang aku dah pernah kena chicken pox.

Setaun lebih or sebelum Abang setahun pulak, bapaknya sudah kena c/pox. sehari 2 kemudian, abang pulak berjangkit. Dedua kena serentak demam and pox. Ya cam nak gila aku dibuatnya coz dedua merengek, oklah si bapaknya kot merengek leh aku sergah jer ahahhahah ni si abang masa tu baby. Mana ngan rumah depan belakang isi dalam penuh ngan daun semambunya, tu sib baik parents aku tolong2 sket coz aku pun tak leh cuti lelama jaga depa, kena gak pi kerja. Menyapu le kat depa 2, alhamdulillah, dedua pun berkat dijaga takde tinggalkan parut.

La nih, bermulalah episode Gegirl pulak.

Dia kan, malam kena pox tuh, esoknya tak leh ler pergi sekolah kan, kesian kau dia, menangis sedu2 dia….coz she s so looking forward for the Hari Kanak2 celebration, bag pun dah siap bagai. Apakan daya, kang ko sampai sekolah pun, mau tak sampai 5min cikgu sekolah ko tepon suh jemput ko balik.

Mana le ada parents or skul or anybody yang mahukan patient with c/pox disease kan, melainkan ko memang pemalas tak nak pergi kerja, hah meh ler berjangkit2…leh dapat rehat koman2 2 weeks kay.

Doakan Gegirl cepat sembut, as of today memang belum kering yet. Ada yang nampak gambar dia kat twitter napa rambutnya pun berputih bagai, coz kat kulit pala pun ada pox tuh, makanya satu badan bapaknya tenyehkan. Takper, dia ngah quarantined pun, kuor umah pun ada sekejap arituh for abang’s birthday and clinic, dia berselubung dalam shawl 🙂

Sian Gegirl.

Comment: 29

PERCUMA Integrasi CloudFlare

 

Berita baik untuk semua pelanggan akaun Shared Hosting ServerFreak, dengan hanya SATU KLIK sahaja menerusi control panel shared hosting cPanel Serverfreak, servis CloudFlare dapat diaktifkan dan ianya PERCUMA kepada semua pelanggan shared hosting mereka! Akulah salah sorang pelanggan depa 🙂

Serverfreak sentiasa mencari kaedah untuk memastikan akses atau loading ke laman web pelanggannya lebih cepat. So baru-baru ini, Serverfreak telah bekerjasama dengan CloudFlare, salah satu servis CDN (Content Delivery Network) yang menjadikan akses laman web lebih cepat , lebih selamat dan lebih pintar.

 

Tapi apa mende lak CloudFlare ni?

Dengan menggunakan CloudFlare, kandungan laman web ataupun blog korang akan diagihkan kepada proksi server di seluruh dunia, so apabila readers melawat laman web/blog korang, CloudFlare akan mengagihkan data tersebut menggunakan proksi yang paling hampir dengan readers. Secara tak langsung, readers akan mendapati loading atau akses ke laman web korang lebih cepat berbanding biasa.

Selain CloudFlare menjadikan akses atau loading laman web korang lebih cepat, juga pada masa yang sama dapat menjimatkan bandwith dan melindungi blog dari serangan hacker ataupun spammers.

Dan sempena kerjasama Serverfreak & CloudFlare, Serverfreak kini menawarkan 30% diskaun untuk cPanel Shared Hosting untuk pakej Deluxe, Elite, Platinum & Gold.

Tapi jangan lupa masukkan Kod Promosi CF30off masa order tu nanti ya. Oh ya promosi ini hanya sah sehingga 4th November 2011 dan untuk info lanjut boleh email sales@web-hosting.net.my

Comment: 7

Abang is 10 on 23rd!

IMG_3638

What s new on  him sejak masuk umur 10taun nih…huii mulut bukan main lagi skang nih, very the honest betul membagi makpaknya. Ceramah kat bapak dia dah tentu, “ustaz shameel” pun dia jugak. Paling terbaru bila dia suh aku membebel hari weekdays jer, tolonglah mummy hari weekend jangan membebel.

Mummy, tak penat ke mulut mummy asik membebel jer?

Dah tu kalau tak nak mummy membebel, buatlah kerja abang sokmo, ni asyik nak kena bersuruh and keep on reminding jer.

Yelah tapi mulut Mummy tak penat ke? hari2 mummy cakap benda yang sama tau

Eiii ko ni kan….skang mummy yang berleter ke ko yang berleter ni bangggg???

Happy birthday Abang! Doa mak pak pada anak2, semoga baik2 sahaja untuk mu.

Nampaknya plan kita untuk celebration birthday party Abang dibatalkan di saat akhir kerna condition Gegirl yang masih lagi baru 2,3 hari ber’semambu’. Kita akan ganti ngan back up plan B and C.

Sejarah kelahiran dia, ahahah tak larat nak cite coz dah bertaun repeat cite ni lam RM, so check back lah yek.

Comment: 16

Mister Potato Manchester United

 

48hours sponsored post.

image

Kalau saya RM = Ringgit Malaysia, RD pulak = Red Devils hehehehe 🙂

I’m sure korang semua have heard berita sukan yang gempak baru-baru ni di mana our local Malaysian snack brand which is Mister Potato, produk dari Mamee-Double Decker Bhd, telah menandatangan official contract sebagai the Global Snack Partner of Manchester United. Manchester United tu, bukan alang-alang kecik-kecik anak punya kelab bola sepak! Well, aku bukanlah tau sangat pasal English football ni, tapi kalau nama Manchester United tu sapa yang tak kenal.

The  deal with Manchester United adalah langkah yang bijak untuk melebarkan lagi sayap pasaran mereka khususnya di SE Asia dan ke seluruh dunia umumnya. Di Malaysia kini, Mister Potato juga memang menjadi the leading snack brand selama beberapa tahun. Dan kini dengan  pek barunya iaitu pek edisi Mister Potato Man Utd, semakin lajulah dia punya leading 🙂

Seperti gambar kat atas nun, pek edisi Mister Potato Man Utd dikhiasi oleh pemain-pemain Manchester United yang hebat.

image

Sedap budak berdua ni mengunyah Mister Potato yang rangup sambil buat homework diorang.

So korang the Red Devils fans out there dah pergi serbu carik the new Mister Potato Crisps featuring pemain-pemain Manchester United kesayangan korang tu ke? Dan jangan lupa pulak untuk try salah satu perisa terbaru mereka yang sudah berada di pasaran iaitu the Fiery Hot & Spicy.

image

Tapi bukan sahaja Mister Potato Crisps 160g sahaja yang ada featuring Manchester United players, tetapi juga the Mister Potato Mexican Wave Chips. Barulah kena kan, makan Mister Potato Mexican Wave sambil buat mexican wave masa tengok Manchester United main bola hiks.

Ala Kak Red setakat buat mexican wave kat depan TV buat apa? Nak la jugak layan kat Old Trafford tu…

Ha ni aku nak war-warkanlah kat korang yang korang juga berpeluang untuk pergi ke Old Trafford tengok live Manchester United main. Bukan sahaja layan tengok bola live sahaja tetapi termasuklah:

  • * Tiket VIP tuanrumah
  • * Penginapan disediakan
  • * Tiket penerbangan pergi dan balik
  • * Melawat Stadium Old Trafford
  • * Sesi pertemuan (POSSIBLE chance to meet & greet the players)
  • * Duduk di atas kerusi pemain bola yang anda minati di bilikpersalinan

The Ultimate Man Utd Expericene Contest 2011 menawarkan 2 x hadiah bulanan di atas. Ha confirm korang dah teruja dok.

So macam mana nak join contest ni?

Ok dengan setiap pembelian Mister Potato Crisps 160g, Rice Crisps daripada Mister Potato 130g ataupun Mister Potato Mexican Wave 70g, korang akan memperolehi Kad Kod SMS macam gambar kat bawah ni.

004

And then ikut arahan yang mudah berikut:

Langkah 1 – Jawab satu soalan ringkas dalam Bahasa Malaysia sahaja (seperti yang dinyatakan pada pek) dan hantar penyertaan menerusi SMS dan/atau secara online (FREE) bersama kod SMS tersebut.

Cara hantar SMS untuk Langkah 1:

MPC<jarak>KOD SMS<jarak>NO. K.P.<jarak>NAMA PENUH (seperti K/P)<jarak> JAWAPAN

Contoh: MPC 12345678  860723141121 ALI BIN AHMAD BETUL

Dan hantar ke 36660

Langkah 2 – Tunggu respons dan ikut arahan seterusnya.

Selain SMS korang juga boleh sertai contest ini secara online (FREE):

  1. Layari www.mister-potato.com dan pilih negara anda untuk menyertai.
  2. Daftarkan diri jika korang menyertai buat pertama kali ATAU just log masuk jika korang telah pun berdaftar sebelumnya menggunakan nama user dan kata laluan yang sah.
  3. Masukkan Kod SMS dan jawapan yang betul untuk soalan yang dinyatakan pada pek dalam Bahasa Malaysia sahaja apabila diminta oleh sistem.

Senang jer kan.

Aku sendiri pun dah submit jawapan via online, senang dan cepat!!!

Tempoh peraduan adalah seperti di bawah ni di mana 2 orang pemenang akan dipilih pada setiap bulan. Sapa lah yang bertuah menang untuk bulan September lepas tu ya?

mp_mu

Mister Potato and Manchester United already United. Now, this is your chance to be United too! Takkan layan mexican wave kat kedai mamak jer kan hiks…

Khidmat pesanan masyarakat Mister Potato Manchester United is brought by Redmummy.com

Comment: 10

The risk we have to take!

ada orang ingat aku ni pergi balik kerja bagai berhantar berjemput, takdenya yang oi. Sendiri le drive kulu kilir jalan merata, hanya pada weekend sahaja kalau RD ada baru dia le drive me around.

Not for this pregnancy jer, since Abang, Gegirl and the adiknya punya turn pun aku mmg bawak keter sendiri pi balik kerja. Cuma masa first few months mengandungkan Gegirl jer Sirman hantar jemputkan coz masa tu mabuk aku melampau2, but bila dah hilang mabuk, hah ko, Sirman suh drive sendiri semula.

Masalahnya kita kerja tak sehaluan dan tak seperjalanan. Daripada aku menunggu dia jemput balik yang lambat wpun lately ni pun aku yang balik lambat than him, but tu lah tersuratnya. Even dalam keadaan menyarat, paling sedih macam dalam gambr nih, stering dah touched the perut le pulakkkkkkkkk!!

IMG_7388

Itupun aku dah habis tarikkan seat ke belakang a bit coz tak nak stering kena perut, no issue on the pedal coz keter aku bukan jenis rendah, cuma bila aku tarik seat penyandar tu ke belakang coz nak ngelak stering to tummy, aku pulak tak nampak dashbaord tu clearly.

Dedua pregnancies dulu, gynae aku sampai bagi 1 month MC awal coz condition aku yang merbahaya sangat to drive dah naik senak perut, coz masa tu dulu pakai keter lain so seat lagi rendah and tak leh nak nampak sangat the dashboard. mana ngan sakitnya senak bila kena stering, ngan back yang boleh pain bila dok terlampau tegak.

Eh aku makan kat food court or memana pun pinggan dah bertampung dah tau, kalau kat umah lagi ler, kaki sume dah terangkat atas another kerusi makan and if possible pinggan tu atas perut lagik. Well, not complaining tapi ppl around me yang complaint dok tengok aku dah macam whale ler penguin ler, jalan pun macam menyeret, dengan most of them pelik how could i drive wt my heavy condition.

actually, bukan sebab kita nak tapi keadaan yang tak  memanjakan kita. Thinking aku suffer, actually ada orang lain lagi suffer, my mom dulu beranakkan 8 orang anak, kadang2 jer naik keter, sokmo naik Vespa jer yang abah aku amik jemput, pikir lagi orang lain yang kena naik public transport, bus and lrt berebut2, and apatah lagi rakyat Malaysia yang tak geti2 nak bangun bagi preggers duduk dalam bas/lrt hoh, tak patut tak patut.

Dedulu masa ngandungkan Gegirl, kitorg bawak Abang pi tengok show kat Stadium Bukit Jalil, so kita naik LRT jer dari rumah, aku lalu masuk je LRT tuh, memang ramai yang bangun nak bagi seat. Laki aku cakap mau taknya depa tak bangun ‘gergasi masuk LRT kan’ ahahhahaha!

So selagi bertahan, selagi tu lah aku akan driving, cuma aku memang bengang je lah driving balik dalam keadaan jam. Coz energy satu hari dah habis kat tempat kerja, then kena face the traffic pulak, ada angin semaun sket ler masa tuh. Pagi2 wpun jam, tapi energy kita baru lagi and fresh tak banyak guna so mood wpun dalam jam, masih lagi cool.

Anw perangai menggila driving laju and nak cepat aku tu mmg tak leh blah ler masa pregnant pun sama jer, tu pasal aku kena penalty by RD, wa kena bayau the polish service nanti coz aku pergi buat drift and sudah ada opss sagat! ahakssss. Nak carik offer polish memurah sket lah kat Milk A Deal, tak pepasal je kan!

image
credit this to Utusan and was sent by Rose GBM to me, patut dia hantar kat RD nih ahhaaaaa

well…hem, bertawakallah sahaja skang nih, selagi driving ai boleh, ai buat ler…wpun dalam keratan tu dah bilang above 7 months tak digalakkan lagi dah driving.

Comment: 31