Raya Open House Version 1…

IMG_6761

first check point ke wedding.

no! patut ke Prince Court first but aku banyak calls sangat nak attend sambil bersiap, penyudahnya batalkan PC and terus ke wedding sahaja. Ada Sawanila ada Amy bukan Search tapi Sweetdarling. Wedding Norfa adik pada Sumijelly.

IMG_6764

Sebelum tuh fetch the kids from their classes and bertukar siap sumer dari dalam keter jer. Memandangkan hari tu memang whole day untuk open house semata, so aku dah macam jadi traveller ngan budak2 ni, aku dah susun jadual elok2, tup2 ada ler pulak 2,3 open house datang last min. Mana yang sempat ler kita pegi jawabnyaaaaaaaaaa.

After Sumi’s, lari pecut ke rumah brother sirman, takde gambau coz takde mood baru bangun tidur, bongkang je lam keter.

Pastuh kitaorg gather ngan 4,5 bijik keter and pecut pulak ke emm Shah Alam’s area gak, for majlis merisik.

IMG_6768

Rumahnya yang dirisik untuk adik bongsu Sirman, betul2 pulak ujung tu ada kerusi yang diepa tak alihkan, hah MIL suh aku dok situ dendiam. Aku memang tak leh dok bawah dah nih, kompem menyakit le badan. Aku pi mana2 pun aku takkand ok bawah, kena ler berdiri or depa carikkan kerusi gak. So  majlis ni sib baik merisik je lah kan, settle jugak, lari kita ke rumah kawan Sirman.

IMG_6780

Cantik betul umah baru kawan si Sirman nihhhhhhhhhhhh!

IMG_6785

Not the end of the day, pecut ke Cheras semula, dah malam ok masa ni untuk my adik angkat’s open house. Reporter Berita Harian, korang kenal ler kot….kita awal2 kenal coz dia ler reporter pertama yang buat cerita pasal kes gila merah aku sebelum followed by other medias.

IMG_6786

Malam tuuuuuuuuuuu

terus kaki aku berurut.

malam tadi pun….letihnya kitorg anak beranak sampai diorg pun tak kuasa nak mengurutkan kaki.

Comment: 12

Suara Kami…

IMG01132-20110914-2310

untuk yang berminat mendapatkan ticket percuma menonton konsert SuaraKami, dibawakan oleh Astro (ni one of my biggest clients gak nih) tu pasal asal Astro je muka aku mesti menebeng. Eh raya open house mano???

so anw, konsert bertempat di Stadium Merdeka on 17th September pada jam 8malam nanti. Antara artist yang dicanangkan will be Yuna, Hujan, Faizal Tahir, Pop Shuvit, Lan Typewriter, Psycho Unit, Soul Krazy, Ruffneckz, Stacy dan gitaris-gitaris lagenda seperti Man Kidal, Kid Search, Joe Wings dan Hillary Ang.

Redmummy.com sekali lagi melanting2kan tickets percuma untuk readers di RM, of coslah dari Astro. khas untuk korang boleh roger2 and Contact Red. Lambat jangan nangis coz tickets ini juga akan dicanangkan di RM’s FanPage and jugak di twitter.

Thanks Astro for the Suara Kami.

Comment: 24

Raya open house Version 2

IMG_6794

IMG_6791

IMG_6797

IMG_6790

Raya open house, taun nih bantai attend pi open house jer since aku tak nak buat open house. Dapat bibik lembab, memang tak leh jadi le nak menolong di dapur. So memandangkan aku tetiap malam mental block dek perangai hamlau kat umah tu, tunggu masa je nak sack her out, itu lagi satu sebab kenapa kami tak nak dok kat umah. coz tak nak tengok muka dia, anak2 lagi ler siap pesan kita Red Family jer jalan yek mummy, dont bring bibik!

ok ni lelompat punya citer open house, ada lagi satu whole day open house tak out yet.

kita pakai all in red, kebetulan kauuuuuu! boleh bila abang n gegirl dah pakai, pastuh bila Sirman sarung, eh eh baru aku perasan semua in red. Dari 6 invites yang datang on last Sunday, kita dapat pergi 3 rumah jer. Bukan je sebab traffic yang teruk  merata…but badan aku dah takleh nak dok lelama lam keter. Pi berjalan boleh, but bila dok dalam kereta tu yang rasa hai pinggang….podih.

This weekend, cuti 3 hari, pun dah berderet invite menanti. Insyallah, Red Family hadhir………

but mungkin jugak tak hadhir coz hemm…mak dah ‘maidless’ 🙁

Comment: 21

RM588 untuk BlackBerry® Torch™ 9860 dari Celcom

48hours sponsored post.

Ingat tak hari tu saya ade cakap Celcom akan melancarkan BlackBerry® Torch™ 9860, so masanya sudah tiba dan FYI Celcom adalah telco yang pertama dan the only telco yang memperkenalkan BlackBerry® Torch™ 9860 smartphone ini. Memang terbaik la Celcom ni ditambah pula with its best packages and most affordable plans, smartphone ni boleh korang miliki 🙂

Pandangan korang akan menjadi lebih luas dengan BlackBerry® Torch™ 9860 ni kerana ianya mempunyai screen besar bersaiz 3.7″ ditambah dengan features menarik di bawah:

o    All-new BlackBerry® 7 OS
o    1.2GHz processor    
o    5MP camera, 720p HD video recording
o    Liquid Graphics™ display
o    8GB internal memory, expandable up to 32GB

Tapi apa yang lebih menarik lagi ialah, korang yang bertuah akan dapat memiliki BlackBerry® Torch™ 9860 ini hanya dengan harga RM88 sahaja. Ha kan aku cakap, Celcom terbaikkkk.

Tapi tawaran hebat ini only available at the launch event! Dan bukan itu sahaja, juga…

o   1st 200 customers can purchase it at only RM688 (RRP: RM1,588) when they subscribe for any CE50/P48 voice + BlackBerry® plan with 12 months contract from RM88 a month.

o   20 of these lucky customers will be selected to get the BlackBerry® Torch™ 9860 smartphone for only RM88!

o   Customers can also get a special BlackBerry® combo at the event:

– BlackBerry® Bold™ 9900 + BlackBerry® PlayBook at only RM2,188!

– Limited to 1st 100 customers and valid with new 12-month subscription to CE50 + Blackberry® Pro (5GB) plan with a monthly commitment of RM168/month or P148 & BIS plan with monthly commitment of RM188/month.

Sebelum tu inilah dia postpaid plans dari Celcom bermula serendah RM588:

Dan ini pula ialah details of the launch event ya:

Date     : 15 September 2011
Time    : 10am onwards
Venue  : Red Carpet Avenue, The Strand, Kota Damansara

Jom kita serbu dan masa launch itu nanti, juga ada performances dari Aizat, Bunkface & many more of favourite local artistes korang 🙂 Tak pun nanti korang lucky enough untuk dapat BlackBerry® Torch™ 9860 ini dengan harga RM88!

On the other hand, jangan lupa pula BlackBerry® Bold™ 9900 dari serendah RM1288 dengan pakej menarik dari Celcom, yang membawa anda the latest BlackBerry® smartphones 🙂

Khidmat pesanan masyarakat Celcom is brought by Redmummy.com

Comment: 8

Minnie Mouse Mascot for Gegirl…

IMG_4823

seharian Gegirl sedih, coz ingat takde apa2, kek pun takde langsung for her. Actually ada aku belikan kek utk dia bawak sek agamanya coz depa sambut hari raya, but then pastuh she said tu bukan untuk birthday kakak. memang dia tak tau ada birthday celebration for her. coz balik kerja malam tu muka dia muncung jer, i said kita pi makan2 jer ler yek, KFC. hiksss

Then bila dia tengok bapaknya bawak balik KFC lagi ler dia macam sedih coz patut janji bawak makan kat luar. kita buat selenga jer…..

Tetiba bila ada door bell bunyik, Gegirl ler pulak yang jenguk dulu, terkejut badak dia bila yang datang ialah the giant Minnie Mouse!!!

IMG_4833

Takde guests lain pun coz memang aku tak plan nak jemput sesapa. jiran tetangga yg close ngan Gegirl pun aku tak invite coz kenangkan rumah yang tak beralih perabot, so biarlah kita limitedkan jer. Lagipun tujuan utama nak menghappykan Gegirl. Surprise mini birthday party for Gegirl.

I cuma jemput Rose GBM coz anaknya Mia memang ngamcing with Gegirl and kemudian my sister’s family. Itupun the Minnie Mouse’s gang pun dah 3 orang, so memang dah already padat. Maklum ler rumah kecil…..

IMG_4839

plan asal patutnya Minnie Mouse datang dulu baru guests sampai later, tapi dek traffic yang hebat, so aku suh guests yang memang dah tau pasal project ni to arrive first and Minnie to join later bila dah sampai ler kan…..Tak kisah lambat cepat pun coz Gegirl dah memang gumbiraaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat.

IMG_4841

cake Dora ni aku pernah tanya Gegirl, nak kek apa….ok Dora, nah datang Dora.

Minat Minnie or Panda?

Minnie Mouse dimintaknya

yet dia tak tau aku tanya semua tu coz nak buat birthday party dia nih…

IMG_4814

My Rose GBM….

belakang tu bantal bersepah coz ai kalau duduk kat sofa, bantal kena banyak kat belakang badan nih….

 IMG_4859

wah…suka dia yek….

IMG_4872

the Dora kek nih, bukan sponsored, i bought it at the same organizer of Minnie Mouse gak. for this one is about RM180. makannya sikit jer si kecik tu tapi sebab nakkan Dora punya pasal….boh je ler…

IMG_4876

Happy Bufday Gegirl………

IMG_4908

Organizer pun ada sediakan games, dancing and menyanyi. La ni depa dok bantai nyanyi lagu raya coz Gegirl memang performs lagu tu kat sekolah agamanya. Sekolah cinanya memang jangan arap le ada celebration raya2 ni kan. Budak2nya 5 orang jer, tapi lagi 2 tu sorang baby sorang lagi tu penakut ngan Minnie Mouse Mascot nih.

IMG_4917

Abang dah lari ke mana lah…

IMG_4930

the boys….

IMG_6728

 The founder of Anis Magic Fingers, dok tengah gigih pam baloons

 

IMG_4941

dancing dancing….

IMG_4951

Mak yang from a to z buat booking reservation semuanyalah….kat 2 bulan gak aku mencarik mascot nih, dok carik idea apa nak buat untuk birthday party Gegirl since kita takde plan nak buat big birthday party. Diva Darling yang recommendkan aku untuk pakai service nih…tried gak survey2 tempat lain, but i settled with this je lah.

IMG_4959

cukup time, Minnie bertukar costume, apa lagik Abang and adik2nya ni pun terus pinjam uniform 🙂

IMG_4965

dress merah ni ada sejarahnya gak, aku beli siangnya kat Isetan, harga asal RM200 kooo tapi ada 50% off and yang paling tak disangka waktu membayarkan dress ni ler aku selamba berkakak2 kan the ex Queen of Aisyah! haa…benda ni aku dah story panjang lebar kat twitter kan…

IMG_4866

The Minnie Mouse Mascot was fully sponsored by Anis Magic Fingers. Check out her site if you plan to host any events, mascots lain pun ada jugak, pilih je dari Anis Magic Fingers yek….harga? oh boleh je runding2 dengan founder of Magic Fingers gak.

I m planning to do the 2nd version for Abang, tapi bapaknya tak setuju at all, katanya wpun ada Ben10 or Panda yg suits Abang, still tak sesuai for him yang dah big boy. Cissss!! So nanti kita pikir yek Anis apa kita nak bantai buat for Abang’s birthday party pulak, mini2 one jer…..

Thanks to Anis Magic Fingers for the Minnie Mouse Mascot, tidur Gegirl malam tu ke main senyum simpul kau!!

Comment: 28