Kucing ke tu?

Kejadian ni berlaku masa saya tinggal di asrama sekolah. Masa masih cute lagi baru 13 tahun. Anak dara sunti lagi tu. Duduk asrama almaklum la jauh dari keluarga. Cerita seram ni berlaku masa tu takde letrik . So satu blok asrama kita orang gelap gelita. Seram gak ar kita orang. Masa letrik tak de tu saya kat bilik study di tingkat bawah. Terkedu jugak ar kita orang time tu. Ada le dua tiga orang minah yang terjerit jerit cam apa je. Dah tak de letrik nak study apa lagi. Balik bilik tidor je la. Bilik kat tingkat dua. Aduh! Seram giler tu nak jalan gi bilik. Nasib saya dengan 3 orang lagi room mate saya duduk dekat dekat masa study. Kalau tak susah jugak la nak cari dia orang ajak jalan ke bilik sekali.

Dalam gelap tu kita orang jalan ke bilik then bila sampai ke bilik meraba cari lampu suluh lepas tu cari lilin. Lepas activity kita orang kat bilik tu tidor ar apa lagi. Katil saya di tingkat atas. Bawah katil tu si Fatin kawan sekelas saya. Fatin cakap dia nak tidor je. Tapi since tak de letrik bilik tu panas sebab tak de kipas. Tiba tiba tengah layan nak tidor booooommm!!!!! Bunyi macam benda jatuh pas tu bergolek golek pas tu dengar macam benda jatuh ke tanah. Kuat betul. Jatuh betul betul atas bumbung tempat aku tidor to. Oh ye aku punya asrama tu Cuma tiga tingkat. Kot nak kata buah kelapa mana ada pokok kelapa kat tepi ni. Kalau ada pun tak kan le tinggi cam ni.

Tiba tiba suasana macam hening je. Sunyi sepi tak de bunyi langsung. Bulu roma saya meremang gila je. Tadi panas sampai peluh meleleh basah katil tapi tiba tiba rasa sejuk betul.

Saya rasa macam time freeze. Tunggu juga kot kot ada room mate saya nak bersuara. Tapi diaorang pun mulut macam kena glue. Ada juga saya nak bersuara tapi tak keluar suara la pulak . Tido mati semua ni. So suasana macam tu ada la dalam 5 minit. Lama tu ! Tiba tiba terasa macam katil aku kena goncang kuat tu. Saya cuba nak menjerit tapi tak keluar suara. Nak bangun tengok pun tak boleh. Macam lemah je badan. Suasana sejuk tiba tiba jadi panas. Berpeluh peluh saya rasa badan saya ni.

Tiba tiba goncangan katil tu stop then dengar bunyi jeritan yang kuat dari bawah katil saya. Tu fatin punya suara. Dah le letrik tak de . Saya dengar suara Kak Seha ketua dorm kita orang panggil Fatin mengucap. Then room mate saya yang satu lagi Siti suruh saya turun katil. Saya nak turun tapi badan kaki saya lemah longlai. Siti dating ke tepi katil saya dia panggil sambil tepuk bahu saya. Baru saya boleh turun katil. Tak lama lepas tu letrik pun kembali. Dorm kita orang dah penuh dengan orang. Then baru saya tahu ada 3 lagi kawan asrama kita orang kena hiteria. Kecoh jugak la waden asrama.

Pukul 4 pagi baru semua pulih. Sampai pengsan jugak la Fatin room mate saya yang kena hysteria tu. Bila kita orang interview budak budak yang kena hysteria tu sorang pun tak ingat apa apa. Fatin cakap dia ingat dia tido.

Misteri benda jatuh atas bumbung and golek golek sampai sekarang kita orang tak tau. Nak kata kucing ? kucing apa besar sangat tu. Sebab dengar berat giler. Lepas malam tu macam macam jugak la cerita saya dengar. Ada budak bunuh diri dan macam macam. Tapi bila Tanya room mate aku sorang pun tak dengar bunyi benda berat jatuh dari bumbung tu. Even katil saya kena goncang malam tu pun bila saya Tanya room mate sorang pun tak rasa apa apa. Fatin pun yang tidor bawah aku pun tak rasa apa apa. Ah! Si Fatin tu dia kena hysteria pun dia tak tau. Pelik tul.

Sender: Cindyrina

Berminat menghantar Misteri Malam under Guest Writer, sila drop your story di Contact Red. Thanks.

Comment: 16

Fifin the helper yang keparat!

image

ini muka keparat masa kerja ngan aku. very the suci murni. tak pernah aku cakap buruk pasal dia dalam RM, walaupun di luar, ramai orang envy her. ramai orang nakkan dia jadi maid, camne aku leh kutip dia dulu dari cleaner pastu dia tak dpt gaji dari tokey dia, aku anto dia balik buatkan permit dia sebagai pembantu rumah aku, so bertahun dia kerja ngan aku. Gaji yang aku bagi RM900!! ko ada dpt maid nak gaji banyak tuh.

memula mintak RM1k, ko gilla, RM900 pun gila tapi aku bayar jugak coz i know she s good!

Sebulan lepas buat aku renewedkan permit dia mula buat hal.

si keparat ni masalahnya ada laki kat Lestari Apartment, Bandar Sri Permaisuri Cheras sana tu, so kalau suruh tidur rumah ke balik lambat ker, muncung je mukanya, padahal by right by law ko kena tidur rumah aku dahlah gaji mahal nak mampus!

Aku dah bagi muka selama lebih seminggu, batang hidung tak nampak, so nah, aku publish muka keparat ni dalam blog!

She ran away waktu aku bertiga jer ada di rumah, laki aku masa tu masih lagi kat Afrika, penyudahnya 3 hari aku terpaksa emergency leaves tak kerja coz takde orang nak tengokkan anak2 aku. Laki aku pulak balik dari Afrika, dia pulak sambung jg budak2.

Kalau ko nak berenti ko cakap ler, aku tanya dari hari tu nak renew permit ke tak nak, beria cakap nak renew, pastu nak balik hujung tahun cuti 2 bulan, ok aku agree. so tahun depan baru tak yah renew, dia nak berenti terus. Tapi si keparat ni dah cabut selepas permit renewed.

We have terminated her permit and also lodge a police report coz kunci rumah dan duit belanja sekolah anak + duit belanja dapur dia tak pulangkan.

Reason berenti yang aku tau coz lakinya nak dia layan dia sentiasa, tak boleh balik lelambat. Kepala hotak ko keparat, ko gaji RM900, deal kita ko kena tidur umah aku tu pun aku dah bagi chance ko balik umah ko tetiap hari, kengkadang je ko tidur umah aku, then patut nak masuk Ramadhan wajib tidur umah aku, gamaknya laki dia tak bagi tu yang laki dia suh berenti. Lakinya memang lagi over dari bininya. Dahlah gambar profile lakinya tu tak malu, baju ko, suor ko, jam tangan ko, semua aku yang bagi.

Hoi baju dalam bini ko tu pun aku yang belikan tau tak!!

Dengan muka tak malunya dia pernah add FB aku, pandailah pulak add, oh ni kerja lakinya. aku jadi fren dia 2 hari jer coz aku malu gila bila kawan2 aku tanya btul ke dalam FB fren list ko tuh maid ko? apesal pakaian cam tu letak dalam FB? Jangankan kawan2 aku, aku pun terkejut!!

Sebab kat rumah bukan main lagi tudung lipat bagai, tak pernah bukak, tetiba gambar dalam FB ko punya gambar macam nak panggil jantan sondol ko!

Sebab diorg ni bodoh IT, dapat pulak kat aku laki bini yang memang master in the social network, gambar2 ni semua dari FB dia….

image

lampu merah tu aku punya, perfume belakang dia tu aku punya, rantai yang dia pakai tu aku punya!!

entah2 make up yang ko pakai tu pun aku punya. oh toksah cakaplah dia punya dapat brang make up aku, skin care, kain baju untuk dia, lakinya, anak2nya di Indon tu memang mewah banyak gila sampai ada satu waktu tu dia terpaksa postkan coz dah terlampau banyak dapat!

image

bag Victoria’s Secret belakang tu aku punya! dress merah putih dia pakai ni pun aku punya!!

image

lampu putih tu aku punya!! ni apa punya pangai pi letak gambar macam ni dalam FB sendiri hah? ko beria bertudung bagai kat luar tapi kat FB bagi orang tatap napa, bangang samdol betul! tak pasal2 nama aku naik coz dalam RM ke main kak red puji melambung keparat nih, tapi tengok dalam FB dia masyallah.

Dahlah dia tak privatekan FB dia, public selamba boleh tengok!

fin

hah gambar kangkang!!

ko tengok apa jantan tu komen? gila tak gila!!

jadi sempena hampir 10 hari pelarian dia dari Red Family, nah kupersembahkan wajah yang kalau ko nampak kat Lestari Apartment atau di mana merata Kuala Lumpur nih, silakan jaja and buatlah apa2 yang korang nak buat. Dia tak de permit sekarang, so kalau di kerja or jalan merata maknanya she s illegal! patut ko balik naik tongkang oi! I sense she is still in KL coz ada kawan2 aku pernah nampak dia 2,3 kali lagi dalam 10 hari nih.

Kalau ko berhenti cara sopan, which aku dah tanya nak renew ke tak nak, takper. aku redha. Aku leh carik back up lain. Tapi kurang ajar ko main blah gitu jer, laki ko yang bagitau bininya tak nak kerja, memang nak makan famous je dalam RM ni kan. Biadab punya betina!

Hari yang dia lari tu, aku tengok kain baju 2 minggu tak berlipat, tak beriiron, kasut sekolah sebaldi tak berbasuh, cinabeng betul. Kain baju dia ada bape lai kat umah aku sume aku dah buang, barang2 dia yang apa tah aku dah buang, memang suwey sangat. Ko nak kerja 8-5 woi ko pergi matiklah! Demand melampau2, makin lama kerja makin teruk perangai nak tu nak ni.

Lahanad punya Fifin and lakinya! Hidup ko takkan senang selamanya, padanlah korang lari dari Indon, sibuk nak kerja kat Malaysia tapi buat perangai. Ko laki kalau ko tak nak bini ko kerja jadi maid, ko jangan bagi dia kerja, dok lah korang beromen siang malam, sibuk nakkan bini menjaga ko, bangsat betul.

kadang2 aku tension jer, cuti raya sampai 4,5 hari, setiap Ahad memang wajib cuti, Sabtu kerja sampai petang jer, Hari weekdays pun galid je nak balik cepat. RM900 tu memang tak besar sangat pada engkau tapi pada pembantu rumah lain, semua tu kudrat depa. Dasar tak kenang budi!!

So nah, sapa2 nampak dia laporkan je kat polis coz dia dah jadi illegal, pendatang haram. Sebab dah jadi kes polis, so lagilah patut kena tangkap, dia tak pulangkan kunci rumah aku and duit2 dapur and duit belanja anak2, so hah mencuri le tu kiranya!!

Sebenarnya aku masih lagi tolak ansur tak nak kuorkan entry ni, tapi mengenangkan lakinya maki hamun kami, aku tak leh terima, kami layan dia suami isteri memolek, but bila dia suaminya maki aku sedangkan aku majikan yet bini ko yg keje ngan aku, i have to take this step. Lagipun biar dengan kuor entry nih, orang akan berjaga2 dengan dia so bila nampak dia, korang tau apa nak buat, jangan simply amik dia kerja coz takkan dia nak meraung je dok umah dia tak buat apa2, dah sedap hantar berjuta2 rupiah kat kampung, tetiba takde pulus, parahlah dia kan.

Actually ada banyak lagi cerita tapi setiap update aku terus letak kat twitter, entry ni pun terpaksa on hold kasi Sirman tengok yang just got back from Afrika. Kami rotation cuti jaga anak2 minggu nih. Insyallah masalah akan selesai, but ni warning untuk yg ada maid atau pernah berpengalaman dengan maid2 suwey nih…..dapat majikan yang jenis sempoi pun, gaji banyak pun, masih lagi tamak haloba!

Ini kes maid lari, belum lagi aku citer pasal pancaroba untuk mendapatkan the new maid. Dealing with the maid agency, wah lagi bikin panassssssssssssss!!

Ya Allah, semoga perjalanan hidup kami sekeluarga dilindungi dari malapetaka bahaya.

Comment: 185

Marie Claire’s event…

IMG_6132

IMG_6138

IMG_6140

this was taken b4 ramadhan in one of the events, hosted by Marie Claire magazine, depa pernah featured me in their magazine taun nih. Ada ramai jugak celebrities but since this looks like a private event, so aku pun malas nak jadi ‘blogger amik gambar artist’ but bestnya event nih, mak datuk, ramainya bawak handbags meletup2, feel like to snap all of their photos, but for my condition, nak moving around pusing tertonggeng amik gambar bags pun malas.

itupun tak sampai 5 min makan, waiter mintak i masuk dalam VIP area untuk duduk…

Puan, please have a sit,  you have been standing for so long, kesian Puan mengandung nak makan sambil berdiri, kami ada meja di dalam…

prihatin sungguh lelaki itu….

My maternity dress nih, from Dorothy Perkins maternity selection, as usual Diva Darling tolong belikan. masa aku order tengok macam  merahhhhhhh menyala, dapat2 huk aloh, macam jingga jer. hampehs tol warna mata aku nih gamaknya. and bila dapat, lohai ada tali halusssssssss untuk ikat di pinggang.

Pantang betul aku ada tali2 ikat belakang nih, pagi tu jugak sebelum off to work aku gunting tali belakang tuh. Dulik!  Oh agenda sewaktu cocktail party Marie Claire, malas nak ceghita 🙂

Comment: 22

Stress…

IMG_5958

nak lanting-lantingkan nih….

masalahnya, aku tak kuasa nak postkan. nak jumpa kat klcc pun aku malas, nak ramadhan dah nih. aku ingat nak bagi sket kat those yang ada indirectly involve working with RM.

kalau ada lebih aku kasi korang pulak, tapi tulah syaratnya sama, aku malas nak meet up session nih. Lainlah jumpa kat event, laju je leh bagi by hand.

oh nih dari penaja untuk Wanita Hari Ini, mana mungkin aku boleh habis pakai, product aku dapat dari sponsor memang banyak, i can keep 1-2 jer lah…..lebih baik dijariahkan jer. 8 botol/tubes tuh!

ni renungan bulan ramadhan terutama kat aku, sent by my BFF, entah mana dia cilok tak tau le aku. meh le ngadap jap….

Life can be stressful; sometimes you’ll have to deal with ongoing stress positively. Stress can have a variety of causes such as family problems, job problems, financial difficulties, poor health, mechanical breakdowns, false expectations or even the death of someone close to you. It is important to recognize the causes (some stress is natural) and, if possible, take steps to deal with the root of the problem or ask for help from friends and, in severe cases, professionals.

Treat your body right – You will have more self-confidence and energy, and be less likely to experience the physical side effects of stress:

Eat a healthy breakfast and healthy snacks only. Your choice of food is very important when dealing with stress; stay away from sugary snacks and have unsalted nuts and fruit available.
Drink water it is the best beverage and stay off alcohol which always adds to stress one way or another. Caffeine is also known to raise stress levels, so again it is best to drink water.
Get fit. Exercise a little every day. This releases endorphins that can lower stress levels, also eat chocolate it also releases endorphins, but only in a small to moderate dosage.
Take a good vitamin/mineral mix tablet; some vitamins help you cope with stress.
Get enough sleep, and, if possible, get into regular sleeping habits.

aku tambah….bebulan puasa, lagi kenaaaaaaaaaa sabar!

tapi kalau ko baca twitter aku untuk sejak 5 hari nih, korang tau kan kenapa aku meletup2 kan? tau kan!! sapa tak follow twitter, lain minggu baru tau cerita tu. aku dah draftkan tapi aku tunggu RD balik from Afrika kasi settle sumer kes baru aku publishkan!

Comment: 30

3rd one is a BOY!

Ni masa i went to the 4th check up, this time around, i bawak my daughter, Gegirl (by the time this entry is out, i ve gone for the 6th check up ordy).

I tot nak tunggu bawak depa on my 5th check up coz masa tu i can bring both of them, but since the day of my 4th check up nih, the next morning Gegirl takde sek agama, bolehlah bawak her. But definitely cannot bring abang coz homeworks dia sebeban.

A month b4 this check up, i told my kids, samar2 lah the gender of the baby. Kononnya pada abang i cakap, kita dapat baby girl, pada Gegirl pulak, i cakap kita dapat baby boy. You know apa jadi kat Gegirl? She meraung tercebek2 menangis hiba…she cannot accept the fact that the baby is a boy.

Abang? he s cool wpun dia macam, hemm….nak doa lagi to Allah, to change to a boy.

So i decided to bring Gegirl and pass to my Gynae the job! Biar doctor ler sendiri explain and get the task done, on telling Gegirl’s the gender of the baby.

Then so, dalam bilik doctor, i dah pakat with him, and he said, jarangggggggggggggg patients I pass kerja bagitau gender baby kat anak dia Red oi! ahhahaha i dont care!!

Tak sampai hati aku nak cakap lagi kat Gegirl, kan dia dah meraung2 menangis.

So masa buat scanning tuh, Prof ajar Gegirl on the machine scan tu lah. apa nak ditekan, tengok baby’s head, kaki, jari, mata etcs lah. She s so excited. Selama ni dia asyik tengok baby dalam gambar scan je kan, so kali ni memang she s so happy lah, tersengih2 jer dia tengok adiknya kicking, adiknya terkepit2 kaki.

Best part is to check the gender, either a ‘birdie’ or a ‘flower’.

Of cos, tak susah nak tengok the birdie, aku yang bukan from the medical line pun sekali nampak dah tau apa gender from the scan machine tuh.

IMG_5869

Alhamdulillah….after Prof explain kat Gegirl, the baby brother will be a boy, Gegirl barulah boleh accept. No drama no menangis meraung no merajuk etcs. She is so so happy, some more mbe dapat tengok adiknya live dari scan machine kan. She infact mintak bawak lagi tiap kali pergi check up.

So she went back home, tapi siap pakat tak nak bagitau abang. Sajer buat abang sakit hati.

But mana boleh lama, budak2 kan, few hours later she kongsi the news with her big brother.

Semoga he dilahirkan dalam keadaan selamat dan cukup sifat, memandangkan maknya agak ‘panas’ sikit during pregnancy kali nih kan… 🙁

Our new Red Baby insyallah will be a boy, tapi kalau keluar girl pun i m ok gak. Anw gender baby ni aku dah tau seawal my 3rd month of pregnancy lagi dah….

Comment: 59