CNY Open house…

IMG_5000

kami makan berpindah2, ramai tol orang yang datang, tak tau mana nak duduk…sudahnya dok depan umah amik angin tengok umah2 orang kaya kat kawasan nih. depan umah Cathj tu sikitnya besooooo hai! sedap tol view.

lagik best kan, kalau korang2 nak carik contractor umah, ha contact makcik nih yek, family husband dia buat project tuh aaa! macam sesuai lah kan ngan rumah CV aku tuh, dah 2 bulan tak berusik terbiar je tuh…

btw Cathj is one of my Chinese readers yang sokmo kamu nampak komennya di RM nih. napa aku tak penah jumpa indian reader aku yek?

IMG_5009

gong xi gong xi! lovely CNY open house hosted by Cathj!!! tohceii!

aku x dpt lah angpow tapi anak2 ku dapatlah…balik depa simpan duit angpow terus lam tabung, dah berangan nak mencukupkan tabung utk beli toys katanya kan.

tapi syok aa…umah bebeso buat open house, puas hati tol. kalo umah atas langit buat open house, berlaga cik von lah jwbnya…

Comment: 14

Kit Kat…

IMG21154

aaaaaaaaaaaaa!!!

im so flat, aku ngah bulan2 mengambang and mmg off connection at all to my blog. I will see you soon, when i have the energy back.

Comment: 16

My higher power SPANX!

IMG21196

ye saya mencari kuasa tertinggi….

IMG21197

dan akhirnya kuasa itu saya temui…….

IMG21183

i hope this really helps me!

to order yours, click click to Purple Plum….harga for higher power and any sizes pun RM190 sampai ke pintu umah ko. hemm….ni koleksi aku ke berapa daaaaaaaaaa

i never give up. yang dari apa jenis pun ado yek. tapi tang ni aku nak cuba gak, tak penah ada pun lagik. so far dah pakai 2 hari, sesedap rasa. takde le nampak tersembul2 gitu. sbb pakai korset ke mmg sakit bila duduk.

ingat lagi masa engagement dila gbm, kat lam bilik dia aku bukak korset aku pakai coz tak tahan nak dok bersila oooo. pasni apa lagik yang orang jual, ntah mesti aku sapu baik nya beli.

my diet is still on going yek…

IMG21166

lunch ku belasah keropok lekor, banyak giler. kongsi bertiga…..tapi kol 8 mlm terketar2 menahan lapar…talking bout RedGlow….i love to share the very good news bout them and RM ..apesal RM pun masuk dar..

1. RedGlow’s big project, coming soon soon soonnnnnnnnn.

announcement no 2 and 3 to be continued 🙂

Comment: 16

Penutup Jumaat…

IMG21129

zaman bila punya cite ni da baru nak kuorrrr! kisah anak beranak merah pi kedai buku carik revision books for the kiddos. kedai ni kat sblh Maybank BSP. dokek jer…

setaun sekali je pung aku kalau mai sini.

IMG21128

apa jenis buku ko nak sumer ada. tak kira age yek. aku pun angkut satu buku cite gak. eh aku nya koleksi buku citer, manghaik, kalo bukak sale tuh dah boleh masuk PWTC gamaknya. serious cik yah banyak giler. aku pencinta buku citer novel, sangat sukerrrrrrrrrrrrrrrrr membaca buku citer. dari kecik sampai dah tua ni.

ada blog aku tengok diorg jual 3 bijik buku 20hinggit ke 30 inggit, aku nak jual? sayangggggggggggg!!! wpun aku dah baca berulang kali pun aku tetap sayangggggggg gak nak jual. buku2 cite tu anak2 cucu aku nanti boleh dipanjangkan. banyak gak koleksi bukan buku cite yang aku ada.

tapi ada gak yang banyak ilang, specially masa zaman teenager, ramai nau tangan yang datang umah amik pinjam, mementang aku budak kecik ko cakap nak pulangkan tp kedaung!

IMG21130

for abang dapat buku revision and 2 bijik buku komik yang memang dia minat sesangat. for gegirl sket jer, 3 buku revision n 2 buku cite gak.  semua orang ada buku memasing, bapaknya takdak. sebab bapaknya kena jadi banker. takpelah ni kira nanti lah masuk lam income tax.

camne nak kira i/tax ek, aku tak pernah amik tau hahahahha, sebab semua sirman yang buatkan. tapi best, kalau terlebih bayar dapat refund. last year nya refund pun aku dah dpt….bagus bagus gomen, korang mmg cepat dan tangkas.

IMG21135

ha aku dapat tau ada orang kata aku kat ITM tak gemer. memanglah aku tak gelemer!! skang pun aku gemer sebabkan BLOG! ngeng tol. aku pi itm belajar, nak gelemerkan apa, yang aku nya DLs berderet2 tiap semeters aku dapat ko tak nak citer, yang aku wakil state for pantun msia ko tak nak citer hek, yang aku champion chess for ITM pun ko x nak citer. amboi sapa le mulut jahat yek. yang baik2 ko tak nak canang, yang aku pakai tudung ala2 makcik pi kelas kat itm ko nak heboh sekampung, alo cik kak bedah, cite taun 1993 – 1995 ko kira bape puluh taun dah ko nak kata aku tak gemer, ko gemer ke?

hai, hidup kalau tak mendengki, tak boleh ke kak senah? susah hati ke ko ngan zaman lampau itm aku? ntah2 ko pun idup tersungkuq tak grad masa zaman itm tuh. elo…ppl talk kay! rose oo rose, apa ke nama budak yang sibukkan kain batik mak tu rose? sib baik rose habak mai kat acik, if not acik tak tau acik merah gemer u dikata2.

wui iklan jap ek para ni coz cite lama jer nih pun, tp saja lah nak bagi hangat jemaat hangpa. yang hangat tu kejap jer…bukan lama pun dik.

IMG21137

sambung riadah ke QB…hayun angkut sume buku, diorg ngah excited sesangat kan. tau tak aku baru ni lah geti nak belikan abang dictionary English – BM – Mandarin to abang. very the slow tol mak merah. sbb delayed coz aku dok nak beli abang nya dictionary yang ala2 online tu, tp nak pi MV manjang semedang tak rajin.i used to blog bout it too, lama dah kan. alah pakai dictionary buku tu pun bolehlah bang, wpun mak ko x belajar obersi, tp mak dapat gak DL for 3 semesters.

IMG21139

dan spt biasa jugak, utk revision books ni, setiap helaian jawapan dalam tuh aku koyak cabut asingkan siap sorok dalam tempat socks sirman lagi. kadang2 tuka position kat dalam sarung bantal ai. kadang2 kat balik buku2 kerja blogging aku sorokkan. oh harus sorok yek, sebab abang tu kalo ko letak kertas jawapan tu, ada gak dia tim ya ra wau!

part subject standard aku paham lah nak check, tp part mandarin tu aku fail betullah. wpun aku tengok jawapan nak check apa yang abang jwb dr buku tuh, still aku tak memaham. cacing sungguh yin yang mandarin nih weih…so pasalnya penyudah aku bagi kertas jawapan tu kat abang suh dia cek sendiri.

but subject paling abang suka is maths lah….

yang gegirl nya maths lagi syok konsepnya…sebab bapaknya yang ajar konsep nih:

kalo 10 + 2 berapa gegirl?

10 i keep in my head, 2 is on my fingers, jadi 12 daddy!

ha…..tips tuh weih! mahal tips pak sirman yah….

Comment: 18

Datin Seri di KLCC…

IMG21156

my lunch yang sangat sedapppp! wpun soup tu rasa2 masam tapi dek penangan roti tu hai sodap acik. mak datin makan lasagna, tapi muka mak datin tak leh kuor yek kali nih. sebenornya banyakkkkkkkkkk entries yang aku tak kuorkan gambo2 kawan aku. tak kira depa tu kawan aku ker, clients aku ke, redglow ke, memang saje aku tutup2 censored.

dah banyak kali ni issue ni pun aku cakap, sapa yang aku rasa nak kuorkan muka depa, i ll do so, tp kalo depa nakkan privacy, i will not mention in RM. tak paham2 lg ker.

janganlah cakap depa dah tak secomolot ngan aku plak kalau muka depa jarangggggggg kuor kat sini. pastu GBM girls pun dapat nama gak. hallo?? they are all still my GBM girls yek….tu GBM forum tu ko ingat aku yang jaga kalo tak ayuthesun, rose sume yang handle.

IMG21162

abih lunch break, aku sambung membanting tulang, but mak datin pusing satu klcc lagik. clock out jer, terus aku tangkap dia kat Isetan, sambung lagi ikut mak datin carik barang. she s so particular in getting her new designer handbags. dan saya sebagai patik yang setia ikut mana satu yang dia nak masuk.

ai loveeeeeeeeeeeeeeee to accompany orang yang nak pi beli designer handbags nih. suker!

abih tawaf, datin seri puas hati, kami sambung berdiskusi di Aseana. teh tarik and pisang goreng sebagai dinner, perkh…ketar2 perut kay, not bad gak lapar malamnya. member aku belasah rojak.

so entry ni bukan entry membeli handbags but menemankan si sahabat yang dok pikir apa yang nak dibeli…

IMG21161

she wants a Dior

IMG21160

emm Dior jugak….

IMG21158

Anya Hindmarch

IMG21163

Prada pun nak jugak…Gucci, LV, Miu Miu, Bally, Marc Jacobs, Furla, Cole Haan, Chanel…perkh!

abih gaklah beratur sana sini aku ikut vontot dia…..she s very particular, nak beli satu 2 jer, tapi dia punya menerai. aku pulak jarang menerai, agak2 cun cantik terus suh member kat obersi belikan.but sonok gak try2 ni, ingat dalam gambo site cantik jer, tp bila dah try, ko boleh rasa sedap ke tidak bila menyendong. i envy my fren, she buy handbags macam beli ikan. dia pi ikan tesco, ikan pasar pudu, ikan jusco, semua ikan dia sauk.

anw, lately ni ramai anto email mintak aku promotekan your preloved items in RM, pls contact red yeah. memang ramai kroni2 aku yang privately mintak jualkan, either u sell it in GBM Forum sendiri which is of cos belongs to RM nya park ni gak, but cara lain aku leh forward to my frens yang memang hantu2 designer handbags.

depa ni kekaya, mak je tumpang bau badan diorg. aku kaya paperbags jer…

ha ko takdo?

Comment: 14