Pencinta Merah…The Red Lover…The Red Diva…

Friday, July 18, 2008 8:30 pm

Windy…

betapa kuatnya angin kat balkoni umah aku ni, sejukkkkkk~

siang pun, kitorg pun 4 beranak mandi pakai water heater ye…betul, dok atas2 ni memang byk angin :)


RED Random Posts. Korang dah baca?
Friday, July 18, 2008 5:30 pm

White Ben 10…

pengaruh Ben 10 lagi

bapaknya pi anto abang to sek agama, pastu balik semula utk ngamik puteri kecik, dia dah siap2 ngan buku ledger panjang utk mintak buat another 1 of Ben 10’s watch.

sebab bapaknya nak kecepatan, sirman amik abang punya jam lu hiks…

tau dek abang, marah dia. tp pastu balik mlm td sirman buat baru utk dedua…

oh yang semalam dia pakai tu dah lebur, ater buat ngan kertas salotape je kan, so this one yang baru, yes dia pakai bawak ke sekolah…

bahagianya dia dpt jam kertas tu, kalaulah dah besar nanti sket dia tau yang itu hanya tipu helah supaya tidak boleh beli toys, mesti dia murka.

but anw, the power for little kids kan still hold by the parents..kira best lah gakkan bapak ko nak melayan buat jam tangan kertas itu..

sesungguhnya, jimat belanja…. :)


RED Random Posts. Korang dah baca?
Friday, July 18, 2008 3:30 pm

Black Shirt…

first search

second search

third search

fourth search

lepas tu adalah 5,6,7 kali punya carik selongkar sana sini aku x jumpa gak baju yg aku nak pakai…

lastly barulah aku panggil Fifin, asked her mana lak dia letak baju aku yang satu tu. seingatku sebulan lebih dulu aku ada pakai…

ghupanya dia terletak kan baju aku tu kat tpt baju sirman!

tp sudahnya aku x pakai, tuko pikiran in the morning. yang bestnya fifin cakap, nasib baik jumpa kan kak, kalo tidak mesti akak tak dpt tidur malam dok pikir manalah baju tu…

oh ye pangai buruk aku satu ialah, kalau barang ilang tp aku tau barang tu ada, kalo x jumpa gak aku akan carik sampai ketemu. mmg x bley tido malam woo…penah gak dah nak cuba tido tp dok teringat2 lah plak, last2 aku bangun memalam buta mencarik selongkar…


RED Random Posts. Korang dah baca?
Friday, July 18, 2008 2:00 pm

Result - Red Divas Online Contest!

Terima kasih x terhingga to those yang dah participated in this contest, insyallah nanti kita buat lagi everyone can try. Ilyani, Nianish, Lavender, Nur Yaznor, Dzuhailah, Ms Quinnine, Mariah, Mazlan Top, Dookie, Scarlett, Putubambu, Ayu Mohd, Rafiah, Fatah Duta, Gina, Thomas, Soffian, Norhidayah, Ammie Purple, Diana, Yuzila, Fatimah, Ainul, Mimie, Aku Rock, Shuhadah….antara nama2 yang telah terlibat dalam contest ini.

Ada jugak yang anto sampai 8 submissions pun gagal to get the top of Online Contest. Saya sebenarnya tidak mahu melayan sebarang bantahan, keputusan dah muktamad lgpun jika korang semua ingat entry ni sirman buat thorough check up ala2 CSI for all submissions, tp kalau ada yang nak protest, silalah tampil ke depan, contact saya di contact red ye. Saya mmg tidak mahir pasal photoshop ke edit2 gambar, tapi suami saya kan hal2 IT ni kacang tanah je pada dia. He s the one yang made the right decision, dia ada IT and scientific answers, not me.

Sharing the same online numbers, 51. There are 2 winners for Red Divas Online Contest:

1. Lindamr - no blog?

2. Yell - no blog?

Sila contact saya di Contact Red to redeem your mystery gift. Congratulations!!!

Anw, if u remember, pagi semalam blog saya down for more than an hour. Ada technical error between TM and our sponsored server. Approx at 1020am, barulah blog ni up balik, saya terima banyak sms, emails, yms dok jerit kenapa blog x leh bukak, x larat aku nak jawab coz aku pun ngah pusing pala for that issue.

N then later on, bila blog dah up, dah agak dah ramai berpusu2 berebut2 nak masuk, alhamdulillah. this is the highest numbers yang sempat Sirman captured :) . Sorry Farah, Birthday Girl today! HAPPY BIRTHDAY LILRED FARAHHHHHHHHHHHHHH!!!! u gave me the same one too but suami kena didahulukan :P

sapa lak leh beat the 63?


RED Random Posts. Korang dah baca?
Friday, July 18, 2008 12:00 pm

Digital Photo Viewer…

Sirman bawak balik, dpt dari company dia, hemm….

my wish list yang x pernah kujaja ialah portable dvd player, tapi bila lak dia nak bawak balik. kompeni dia x baca wish list ai kot?

photos lam tu kan boleh tukar2, so sirman letak lah gambo our family, ada alarm clock gak. place it in our sideboard, tp abang buat harta dia letak next to his bed.

saya x minatlah menda ni…


RED Random Posts. Korang dah baca?
Friday, July 18, 2008 10:30 am

MC on Thursday…

The thursday that i got another MC day…. :)

bila saya ada di rumah saja saya boleh tocang 2 kan rambut si puteri…coz again bapaknya x geti and bapaknya x kuasa nak belajar buat itu tocang. bila dia tau maknya MC, option given:

nak ikat rambut camne arini ye?

nak tocang 2 pls….

dan setiap pagi jugak sirman akan ajak makcik kecik berlumba2 pakai kasut, sapa menang dia terer

of cos lah sirman bg dia menang coz makcik kecik kan lembab

adakala gak sirman yang menang, dan bila dia kalah, spt dijangka mukanya akan menyentap

ni muka menang, kang kalo dia kalah, muncung sampai masuk sekolah hokey!

sempat final pose for mom’s readers

pakcik ni nak pose gak utk korang….

I m back to work on Friday, memanglah banyak tanduk2 yang suruh aku sambung mc ke cuti ke on Friday, sementalah satu ari je lagi kan to weekends. Well…keje is kerja lah, lgpun punca rezeki saya pun dari bekerja, dapat 2 ari MC pun dah cukup rehat, kerja melambak nak disettledkan. Dok umah lelama, lagi kembang badan weii!

Mataku sudah kurang gatalnya tp itu bengkak sepet ada lg a bit, so far lens kena tolak tepi till dah fully cantik ini mata ye. terima kasih kerana membebelkan saya semalam :)


RED Random Posts. Korang dah baca?
Friday, July 18, 2008 9:00 am

Vote for Hatta Dolmat….

image427.jpg

image438.jpg

image445.jpg

Photos originally given and provided by Hatta Dolmat.

Hatta is my fren, dia suka panggil aku mak hayam! he s also my neighbour, our mengayam ketupat geng gitu…

Please help Hatta Dolmat to win for Misi Mencari Pereka Popular by voting him at http://bharian.com.my

***let s forget bout his famous cat fight wt Mila and Mila’s Ex PA, Fahmi. Apparently Fahmi used to make up me lah jugak before…. hiks!

Peace, Just Vote :) . Thanks.

Click sini hokey again for voting! kat front page tu ada kuor Misi Mencari Popular…


RED Random Posts. Korang dah baca?
Thursday, July 17, 2008 8:00 pm

Bila orang sakit membosan…

since i was on mc yday, mataku rehat a bit from the pc…light2 je aku blogging. sakit mata silau lg kan…sirman wt his ipod melayan Dr House lah cam biasa…

me n gegirl kaco sirman pun x jalan so the girls menceceh, kita nyanyi2, soksek…ngamik gambo….

by this time abang dah ketiduran…

tetiap malam aku je yang masuk tidur lambat, spent 3 hours now for blogging over wkdays, and more during wkend, kdg2 wkend lagi kurang aku belek blog coz the numbers of entries mmg kurang utk wkend…


RED Random Posts. Korang dah baca?
Thursday, July 17, 2008 5:01 pm

Ben 10…

tau Ben 10? ha abang ialah peminat Ben 10, aku x tau pun menda kartun apa tuh, but aku penah lah beli set toys Ben 10 for him months ago. memandangkan anak2 telah digrounded dari membeli toys buat masa ni, abang got an idea utk buat jam Ben 10 dari paper. :)

so bapaknya lah yang jadi artist kan utk lukis…tp x siap lagi, coz waktu tidur abang dah sampai, esoklah sambung utk mengaler…

gegirl pun nak gak satu, salotape jer utk lekat.

jimat banjer mak korang :)


RED Random Posts. Korang dah baca?
Thursday, July 17, 2008 3:30 pm

My first MC day…

abang meloncat terjah maknye yang ngah melepek atas katil. x tahan sket lah mata aku tengok pc, jap2 nak lie down….

abang pergilah mandi, busuk2 peluk mummy pulak

takper fin….

fifin mmg didik abang cam anak sendiri, dah biasa gitu kan…anak aku peluh busuk pun, x heran ngan maknye yang horror look wt the ointment mata

sblm dia masuk bilik ayo sempat suh aku amik gambo dia beraction bagai, macam2 gaya ada, tp aku ngan kabur2 mata gitu main snap jer, tu pasal gambo dia beryoga atas tu agak x sharp

oh aritu aku tanya lah abang napa le suka benau tidur atas tummy mummy, bantal punya sedap…

tidur atas perut mummy lg sedap, kepala abang x best tidur atas pillow

hem….bila dia letak tidur pala nya atas perut aku, means badan dia melintang, bila dia melintang abih adik n bapaknya dia langkau :)

see see…saya ok steady jer. pe kehal muka pipi aku ni makin lam makin tembam ni. takutlah nak timbang, ada yang timbang tu kata ‘oi, naik sorang2 lah, jangan naik berdua!’

hiks…

mmg ai dah chubby and sihat, betul! sakit2 mata pun hati tetap senang, lalat tu mmglah make my life suck but i still have a very good family and frens. i have a blog..those lalats jadi lalats sbb teringin nak ada blog kah? tapi ada jugak lalats langau yang ada blog :)

Kalo x malam ni, esok saya keluarkan result for Red Divas Online ye…result dah ada cuma entry x buat lagi….


RED Random Posts. Korang dah baca?
Thursday, July 17, 2008 2:01 pm

Red left eye…

janganle takut korang ni…aku taruk ubatlah kat mata tu, tu pasal ala2 princess horror je gitu…

amik lak dalam bilik gelap

…meh kita ngamik kat background yang merah2

barulah nampak cam queen of Red sket…

psstt…awek merah ni cakap clearly, leave comments kat entry kuntilanak tu pada sapa yang nakkan ticket, then only anto details to Contact Red, very direct kan? penat lah type pepanjang pun nak kena xplain lagi dan lagi. i want ppl to know that i m being fair, no crony given for the tickets, except the top 4 jer.


RED Random Posts. Korang dah baca?
Thursday, July 17, 2008 1:00 pm

Bersama Mak Merah

Continuation from Yinie’s BMM

hi kak..pls thank them for their comments and kata smangat…i appreciated it so much.

as for my mom, actually me n my sis are afraid wen she is left alone without doin nothing…y? coz she tends to cry ..wen she look at my youngest son she’ll cry..he has my father’s look. mana taknye..i tgh sarat ngandung wen things worsen..oh! how i hated him, kak.. for doin so to mom but same time i felt relieved, after all these years mom tersiksa memendam rasa, now she’s free…she has all the penyakit wat they call the package, high blood, kencing manis (insulin cucuk sndiri) n jantung. dat wat worries me..there are times she said she wants to kill herself, yg ni mmg mguji. kak.. now u can imagine how i felt wen i dunno her whereabouts. she’s been saying again n again after my sis completes her studies she’ll take her own life.. how i wish i could turn back time…so dat they can still live happily till now..my father never wants my mom back.its over for him. he said he wants to be free, to live his life happily..is he happy??!!where dat ugly bitch.kak i got her name n ic no.huh (wat evil thing can we do to her…uz joking)

my wish n prayers was dat my father could open his heart for mom again , juz to remarry but never mind if they cant live together but juz to take care of her…

and for this housemate of mine…yesterday i packed my things , letak dpn pintu nak buh dlm kete la..imagine i p back n forth tak sorg pn offer nk tlg. pangai i pn kalo org centu lagi i nk test..saja tak mo minta tlg..nk tgk akal meke…tp akhirnya i angkat sndri buh dlm kete cabut anto gi umah baru..the rest kendian la nk angkat skit2..dgn nasihat spupuku n after reading all d comments i dpt smangat baru, so today dgn slambenye kata i want to take all my things today to my new house..lantak ler pe meke nk kata selfish ker hapa…hey those things are mine..now i nk dok dgn tenang dlm dunia i dgn housemates yg insyaallah sungguh menenangkan..

p/s : mmg relieved giler kak after pindah smua brg td..

Yinie


RED Random Posts. Korang dah baca?
Thursday, July 17, 2008 10:30 am

Red Clinic …

1130am lepas disuruh pulang dr opis, saya terus ke klinik…memang pedih ye sesangat masa ni

pukul rata mmg saya selalu kena ketumbit, kalo u keep track dari last year, can check ou my old blog, agak selang sebulan mmg kena ketumbit. :)

orang sayang matalah, sbb orang sayanglah orang pi clinic..dush dusshhh!

saya ke klinik yang biasa, ai cukuplah x suka ngan TTMC kat klcc tu, aku penah pi sekali ke 2 kot, annoying! sapa yang keje kat situ, ko dah dpt tak jadi staff nurse sana? aritu interview ye, lupalah nama ko dik…

guess what, ada 3,4 orang sebelum turn aku sampai, so aku dok kat sofa ni and mentidoooo secara duduk landing cam tulah pala aku kat sofa. sebabnya mata aku macam letih sesangat, mana leh kena sunlight sgt, tu lah kaedahnya. n so bila lagi seminit 2 je turn aku sampai, baru tersedor. serious best tido tetiba gini. betul!

ubat tahan bengkak, antibiotics (which aku dok rayu x yah bagi, tp doctor cakap jangan degil :( ) and ubat tempek kat mata tu ha ointment. kena jugak letak ice cube, but mak malasssssss!

terus aku balik, doctor bagi MC lah kan, x yah mintak, lgpun Dr Raha pun tau record aku, kalau aku datang tu means aku dah tersangatttttttttttttttttttttt tak tahan sakitnya. even demam selsema leleh pun aku pi keje ye, macam biasalah bila dah nak tersungkuq baring baru geti nak ngadap doctor. tengok 2,3 ari lagi kalau mata u x baik gak, ada ketumbit bisul kat lam eyelid aku tu, aku kena pi ENT, further check up. alah mintak2lah dia baik cam biasa, sbb dah biasa sangat banyak kali kena kan. ok ok aku degil.

around 2ish, aku membongkang! huhuuuu…..gila x pedih masa ni, aku blogging pun x leh jalan gak, mata mmg nak gatalll! sedor2 around 433pm bila sms from Nor my reader masuk. TQ for the wake up call Nor :)

elokpun aku tidur, aku bangun je balik, mulalah gatal semula…lek la korang, janganlah buat aku ngeri lak. Boss aku suh carik eye protector, mende hapa tu ek idakla pulak teman tau, nantilah kalau x jalan gak, aku pi lah pharmacy carik. tp biasa gatal2 ni first 2 days jer…

yg benornya selama seminggu ni bisul tu dedua dok kat mata kiri aku. first 4,5 days mata kiri tp kat belah eyelid kiri, pastu semalam bisul baru tumbuh kat belah kanan lak di eyelid yang sama. Bcoz aku yang degil ni dok pakai lens sehari suntuk dr keje satu ari ke batman show till midnite :) yet mata ku belum recover dah gatal pakai lens kan.

jangan bebel tau, x baik. orang ngah sakit ni…


RED Random Posts. Korang dah baca?
Thursday, July 17, 2008 9:00 am

Kuntilanak…

Ajami, never failed me! while i was mumbling to get tickets for my readers, yes for u all lah sapa lagik, on Wed early morning dengan mata sakitku, driving to office, he sent sms ‘red, i ada kat sbucks, meh sini amik tickets kuntilanak’

rejeki! thanks ajami, so all of you please spare your thank you notes to Tayangan Unggul/Astro Show via Ajami. Without him, i wont be giving 10 free tickets for Kuntilanak Movie!

Ajami has made a review for Kuntinalak, baca ye sebelum korang jerit nakkan tiket. Cerita ala2 cik ponti tau, bukan cite ala2 cik cinta cik sepi, so kang jangan terjerit lak salahkan aku lak.

Ok…now, who are the lucky 10 persons???

i m giving the 10 tickets to:

1. Heartless Devilsh - cikgu kita ni x tau pun aku nak bagi dia, but i remember that she used to tell me once, dia gilakan citer horror hantu, so one tix is for you. unless Heart tak nak, i will give to other reader.

2. Lilred Farah - kerana dia tengah cuti2 semester yang panjang, anw sukatik akak merah ko lah kan nak bagi sapa tiket ni :) , oh makcik ni pun x tau aku nak bg her.

3. Chique - kerana adalah project dia ngan aku :)

4. Yuzz - oi mana ko kat YM akak tunggu ni, nak x nak?

5. the 6 tickets are open to everyone, sapa mau? but with these conditions:

  • You must be based in KL
  • Collect the tickets from me at KLCC, this Friday, yes only this Friday (prior to this, those yang lucky 6 persons plus the top 4 have to come down to KLCC and we will communicate via email/ym/sms later on the meeting)
  • The show will start officially on Thursday, yes today lah…but korang bolehlah sukatik nak tengok bebila ngan free ticket tu, just bawak pi counter TGV NOT GSC, and redeem the original ticket, at the counter not via phone or online booking! clear?
  • One ticket to give away to each one of my reader, nak bawak suami isteri family ke member lain tarak extra, that one u can buy from the counter ye.
  • No contest to get these tickets, just drop your name via Comments button in this entry, and email me via Contact Red and pls include the details of yourself ye! Sapa copek dia dapek!

Anw, i wont be watching this movie. Kalau aku ikut sama tengok, aku bookkan sekali 10 tickets ni utk kita layan sekali, malangnya akak merah ko ni penakut ya hamat. aku x nak kang aku tengok cite ni, aku terbayang2 segala menda sampai ke malam sampai berhari2. ohooo! saya sudah arif sama perangai saya sendiri ye.

aku nak insert gambo movie Kuntilanak tu pun aku takut ye, apatah lagi nak pergi tengok, coi lah! ingat lagi aku tengok itu Nang Nak, aku rasa macam nak masuk je dlm perut sirman hokey, gila penakut lah gua. Lgpun semua cite2 hantu mmg aku ban tengok, n pengalaman aku ‘nampak dan dengar’ selama ni dah cukup lah, x nak lah tambah2 lagi ngan tengok2 cita gini.


RED Random Posts. Korang dah baca?
Wednesday, July 16, 2008 8:00 pm

Kak Red Purple…

hah amik korang rambut cik kak merah yang nak tengok sesangat :P

i cut a bit je lah, trim sket…i did again my dig perm. x de nye banyak beza…

at first aku nak buat wavy curl abih dr top to bottom, fringe je lurus pastu sirman cakap ha buatlah, awak pi tidur luor…cizz!

so ai buat sket jelah curl bawah2 tu…ni rambut basah x nampak sgt lah kan.

nampak mata kiri ku yang dah x boleh nak bukak tu? aku bulatkan pun tetap gak ko sepet!

gegirl ni aku dukung dr bilik ke luor, dia nak melayan kartun, nak suh dia bangun pi sek senang jer, abangnya pasang lah adi dan ayah ke apa2 yang lam chanel 611 tu kompem dia bangun…

busyuk2 mummyyyyyyyy….aku kuor ngan abang cam biasa..

tp kan, hiks…

aku telah dihalau kemudiannya oleh gang2 opis aku utk ke klinik bila depa pun ngeri tengok mata kiri ku. aku mengalah la kali ni. aku kan kalo dah sakit terukkkkkkkkkkkkkkkkkkkk sgt baru nak mengadap dr raha tu, kalo idak, selagi boleh tahan selagi tu lah aku control macho. ni dah x tahan weii..pantang lagi kalo kena silau matari pagi tu, sbb pakai spek, xleh lah pakai s/glasses. ngan gatal itchinya ngan rasa nak tenyeh sesangat.

silapnya smlm satu hari suntuk till midnite aku pakai lens, kan aku pi preview movie Batman, tu le kaedahnya lagi mencacatkan mata kiri ku…….pakai eyeliner pun sakit hokey!

puas hati dah tengok gambar rambut? ha x puas lagi meh sini mak luku rambut ko lak, ngada ek…


RED Random Posts. Korang dah baca?

RED Top 10 Popular Posts (all times)

redmummy.com proudly hosted & sponsored by ServerFreak - Malaysia Web Hosting
ServerFreak - Malaysia Web Hosting