Belated birthday dinner…

IMG_7709

80 kali snaps, Zeeshan tak nak gak amik gambar. yang lelain dah sonok je tengok camera. Ini  jelah yang the best untuk tak nak gegar semua muka walaupun aku rasa muka aku je yang perfect sket hahahhaha….

IMG_7717

 

untuk ni, dia pandang bawah ok, dia tetap gak tak nak amik gambar, bapaknya kelentong eii apa tu, terus dia dongak and zapp aku snap. kahkahkah!

 

IMG_7727

tapi bila mak kau selfie, ko jeling plak! grrrrr

anyway, aku nak tunjuk le lipstick ni, aku beli online. 7 hinggit je kau. Tapi quality dia sama ngan sephora matte tu!! the colour ni aku tak suka, masa order tengok gambar macam kaler lain bila dah dapat pakai, gila cam pinkish oren. Dah nak lantingkan kat orang tapi hairstylist aku cakap, eh lawa ler kaler ni kak red.

terus aku ok…pakailah balik simpan hahahhaaa

tapi aku tak suka ler beli ngan online tuh, PR lambattttttttttttttttttt!!! Dari aku nak repeat order bertambah2, terus aku cancel. She had to repost one of the items yang patutnya aku dapat coz first posted tu, boleh pecah dalamnya. dia tak letak bubble wrap. Jadi sebab dia lambat nak revert, aku pun malaslah dah nak beli dari dia anymore. Sometimes she took 3 days to reply. Oh meng.

I found one kedai kecantikan cewahhh kat BSP some more. Same product, cheaper price lagik.

For me, kalau PR kamu bagus, i dont mind lah sangat repeat lagi order, tapi kerna hemm…so tak yah lah. Nak recommend kat korang pun tak de mood. Poi jer lah kedai yang kat BSP tu, sebelah Gadget World.

 

IMG_7729

btw, we went to Midvalley last weekend. Seperti dijanjikan untuk belated birthday dinner abang. His birthday falls on Fri, jadi abang pun balik lambat dari sekolahnya, so kita buat hari Sabtu je lah.

Ko ngapa kakak….

IMG_7741

First few shops pi carik baju RD. kita nak buat photoshoot. Aku ada beli online baju RD tapi some of his baju pakai M size, some pulak L size. Yang sampai padanya, tak muat sket. So untunglah lagi abang, dapat lagi baju baruuuuu

IMG_7747

Jadi tunggu bapaknya menerai baju kat dalam Metrojaya Midvalley ni, let s posing2 ler. Zeeshan tu sian, he s been trying to sleep, tak gak dapat2 tidur. Abis tu….dia yang lawan matanya

IMG_7771

mak kau tokey cards, waktu bapaknya ngah nak bayau, aku dok mencari card Metrojaya. Aku rasa aku ada semua members cards for all kedais/butiks/malls. Tapi hem…Metro punya dah expired ahaks…

Adik dalam tu masih belum tidur. abang abang….so tall, dark and hensem. Poyo la ko bang

IMG_7773

panorama theme by Kakak

IMG_7784

i love this baju, aku aritu pi Wangsa Walk, mencari jubah merah untuk anak aku kat situ. Dapat le jugak. So ada kedai baju bawah tu, ala2 gini, aku borong beli 4 pcs, lelain design ler. I ll pakai nanti and try to show show here

IMG_7792

dah settled baju korang semua, meh dok sini dendiam ye….mak pulak nak shopping

IMG_7793

aku keluar dari Nichii, dah macam ni 4 beranak!

IMG_7801

kita makan kat sini, makan dessert dulu, beli dari bun shop. Sedap gila kek nih….pisau pisau steaks diasing jauhkan dari Zeeshan hahahaaa

IMG_7811

sini sedap seii…depa tak pernah makan kat sini. Tapi sebab aku pernah makan kat sin dulu sorang2 (waktu project mencarik and mengambil gambar bersama my own gambar/poster for P&G Product yan gaku jadi model iklannya. So memang sedap sangat steak sini.

Portion dia ada 2 options, so kami semua amik yang minimal ler jadi tak boleh share2. Except Zeeshan makan fries jer. share tu means biasanya aku mmg takde portion at all, but aku akan makan sesudu 2 dari setiap plates, but cos tu lah portion sini tak besar dan aku sangat laparrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr jadi one plate for me too (which is jarang ler sangat pun).

 

IMG_7821

hah kat sini kita makan – NY Steak Shack, tak yah q coz memang aku dah reserved awal2 bila datang MV. Next visit dapat dessert free coz kami jawab survey depa.  Terus balik ler pastuh, singgah jap market kat rumah beli makanan bebudak ni lagik. Abang kakak tu kuat makan, sekolah cuti haze, depa yang berulang makan aku rasa macam setiap 10min depa mengunyah ler….Perut badan ngah naikkan.

Tapi one thing he belajar makan kat sini ialah, never ever order chicken bila kat steak house. Bapaknya cakap, umpama abang pergi kedai burger tapi order ayam goreng. Atau pergi kedai ayam goreng dan order ikan. Hah macam tu. Orang lain semua mengejarkan ribeye lah, lamb memacam dia dok order ayam. Frust dia kahkahkah….takper bang, kita belajar dari pengalaman. now you know lar.

Hey speaking pasal birthday kan, ada sesapa contact dengan fireman Bomba punya office? Nak plan buat birthday Zeeshan kot kat situ. Kot ler. Nak survey dulu. Sesambil nanti aku check Bomba kat Bandar Tun Razak jugak.

Comment: 5

Abang turns 14!

IMG_7676

Taraaaaa

my son’s birthday la today. He turns 14years old! 23rd October. Memang 4 hari selepas bapaknya birthday, goes to abang pulak.

This lonjong panjang very tall handsome and dark boy – Shameel or famous known as Abang.

IMG_7685

Malam tadi punya posing, buzy mop lantai. 4 hari dok rumah, macam2 kerja rumah dia buat (selipar rumah kakak tu yang dia pakai btw). Thanks Abang. with the help of his sister lah of cos. He dok berharap janganlah sekolah cuti on Friday lagi, coz he wants to be at school, to celebrate his birthday with his friends. His wishes came true, sekolah dibuka semula on Friday today.

Eh mop tu best, aku beli sampai 2, satu untuk atas satu untuk bawah. Senang nak manage, mop perah perah tu dah so old fashion, though aku ada lagi mop tu gak kat rumah, 2 ketui plak tuh. Teriklan plak on his birthday.

Anyway, Allah jagalah anak sulong ku ini, jadi anak soleh, insyallah. Jaga mak abah kau, jaga adik-adik mung, ingat Allah sokmo (eii dok tengok video 3 parts of budak Kelantan 3 orang bantai budak perempuan tu, slang tulis pun dah dialect Kelate heh).

Happy Birthday abang, we loveeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee you.

Anak pertama ni walaupun biasanya sokmo kena marah, tapi dialah pertama hati kami, permulaan kami jadi makpak. Thanks Abang for being such a good boy, habis exam nanti kita pi jenjalan kay.

Comment: 7

Squash routines and Cipela!

IMG_7512

Kita dah few times masuk balik gelanggang squash

bukan aku ler kepalanya aku kena paksa jadi unofficial coach

depa nak sangat main, aku tukang supply racket, bola dan jugak jeritan pekikan hahahaa

IMG_7521

first round dulu je main, lepas tu aku dok tetepi, ajar sket2

boleh le aku main, boleh gak lah ajar lagi orang main squash walaupun aku buat back pun asyik membongok le gak, but compared ngan depa, aku paling senior le geti main nih hahahaa

IMG_7530

jadi buat masa ni, kita memang cuba spend at least twice a week kat dalam court

cuma hari tu jelah aku dok tepi court masa hari aku kena diarrhea tu, padahal dah bawak bag nak turun but cancel, perut tak sedap, pi turun kejap je ngajar2 and naik balik atas

IMG_7544

kang kitorang dah terer, kita book ler 2,3 courts kan, skang sume kedaung, jadi berpada je pakai satu court. belajar dulu hentam bola kat dinding tu, bawah line merah atas tu hoi, bukan tuju ke ceiling!!! sakit tekak aku dok jerit, oiii ke dinding lee

IMG_7547

members of team, makin lama makin grow, tapi yelah ongpompuan ni bukan leh caya, kang maleh maleh nak turunnya. jadi momentum kena kuat, kawan2 kena hasut lebih sikit

IMG_7549

sibuk nak posing hah kang ada kepala yang kena bola squash ni kang

IMG_7454

dengo ler coach baju merah ko temberang tu

tapi sayanglah, tournament baru ni aku tak masuk, selain dah ada orang lain yang masuk wakil red team, aku pun tak terpikir nak masuk dek kekangan masa sibuk pikir hal anak2 (malas nak turun gym bila on time je nak balik rumah)

IMG_7457

i still pakai squash racket lama, aku cuma tukar handle nya holder tu jer. 10hinggit. ada lagi satu racket tu aku blum lagi tukar handle holdernya, biasa le umah baru2 pindah tu kan, nak naik attic amik racket, bukan kerajinan, tu pun aku hantar abang kakak pi ngamikkan. But good thing is aku pandai simpan barang le, takde le jahanam. benda 7,8 tahun pun masih lagi elok.

IMG_7464

semuanya serba serbi barang lama, kasut pun kasut lama yang aku dah bagi kakak tapi aku pakai balik hahaha, jimat, tak yah beli baru. Lagipun skang ngah musim2 ngajar kenkawan jadi tak yah nak bertukar baju sangat pun. Ada waktunya, aku tak tukar baju dah pun, dok je tepi court jejerit. nanti sok semua dah terer2 main, tu yang baru kita pukul habis kejar satu court.

 

IMG_7466

aku paling suka tengok abang2 sebelah main squash, ke main laju! berdentum2. Jarang kat court  TTFC tu the ladies main squash, kecuali muka2 mak mak ni je pung. Nemai, it s not just healthy but paling senang keluarkan peluh. Daripada ko letak aku buat cycling ke lelari anak, baik ler aku main squash, kutip bola satu court pun takper, janji dapat pukul kat dinding tu memang nikmat.

IMG_7482

hah, i love my red gym bag! Ramai orang suka bag gym aku tuh, nanti aku letak gambarnya dedekat yek. Beli dah 4,5 tahun tuh, baru dapat pakai. I ada satu lagi tau, kaler biru, pun tak pernah berpakai, hah….jual 200hinggit, mesti bersidaian orang nak.

IMG_7448

pergi main squash, selekeh je dalam court

tapi bila bertukar semula, semua orang dok pandang heels merah ni! my new Zana in Red by Cipela!

IMG_7488

memula ai nak amik kaler lain, coz Zana ni memang ai punya favvy le sangat kan. Tapi bila Cipela letak kaler merah  ni, terus aku tolak the other colours!! Gila kau, the red is so sexy!!

IMG_7492

Beautiful, pretty, sexy, wangi! hah wangi yang tak boleh blah kan.

http://www.cipelashoes.com/ pi hangpa shopping kasut-kasut di sin yek.  Kalau nak kasut sukan kasut squash, tu je belum ada dalam cipela, but eii…cantiknya this red heels!

Ini Zana of Cipela yang ke 5 or 6 pairs. Ada yang akak beli sendiri yek. so you bayangkan, betapa sedap comfynya this Zana, or any shoes from Cipela. Korang pun dah lama tak nampak akak menebeng kat Ferragamo kan, it means that i memang dah lamaaaaaaaaaaaaaaaa sangat stop beli kasut situ coz why should I pay for thousands of ringgits kat SF if i can get few pairs from the price at Cipela kan.

Sexynya ko Zana! specially in red nih!

Comment: 5

Hari Diarrhea….

IMG_7591

korang nampak tak spaghetti bolognese Zeeshan tu, tapi ada beef kan tepi atasnya. Zeeshan tak makan beef tu, dia makan semata spaghetti tu jer. Depa sume yang lain makan steak and burgers. Aku kan menumpang je apa yang depa makan jadi antaranya beef Zeeshan tu pun aku gak yang makan ler.

Malangnya, aku suspect itu punca aku cirit birit, cirit yang esoknya sampai aku pening2 pala, naik bulu roma, sakit2 lemah badan, memuntah. That bad.

Aku suspect situ lah coz takde benda lain dah yang masuk perut aku selain benda tu jer, orang lain anak beranak aku tak de cirit pun, depa tak makan benda tu.

kena about 12pm noon (makam waktu malam sebelumnya), sampai tak jadilah pergi squash. Ingatkan dah recovered, walaupun sepanjang petang tu aku melepek, tahan sejuk badan, tapi bila dah nak dekat2 sampai rumah, dia attack balik. Bertempiarannnnnnn haku masuk rumah tau.

Malam tu kecepek terus.

IMG_7600

Zeeshan tak nak pandang camera jadi kena buat paksaan tolehkan kepalanya. Ini malam birthday laki aku ler, ikut mung le nak makan mana. pas bebudak habis mengaji, baru kita keluar lagipun this week kan dah masuk 3 hari tak sekolah. Esok lusa tak tau le pekabau, kalau haze teruk gak, makin delay ler abang punya exam nak habis. Diorang dah naik fed up pulak dok rumah masuk 3 hari nya, yelah macam kakak ok ler, cuma tak dapat nak mingle2 jumpa kawan, nak pi outdoor pun tak boleh, banyak pantang larang.

Yang aku suspect aku cirit makan dari sini ni, tak yah ler kot aku sebut nama tempat ni, sian pulak kang, Sapa yang recognize tempat ni, diam2 sudahlah yek. Not just that, typhoid outbreak pulak skang nih. Hari tu 2 hari KKM datang KLCC buat siasatan kat food court level 2 and level 4. aku memang ler tak makan situ kan, tapi itulah tempat paling murah dalam KLCC ni untuk dimakan oleh warga Tower 1,2,3 and sekitarnya.

haih…betul2 kita diuji skang nih.   Berdoalah agar sesatu yang datang ini cepat perginya. Insyallah. Masa aku cirit birit tu pun, terserlah kepucatan muka. Tak make up tu takper lagi tapi agaknya obvious sangat sampai ramai le gak tegur tengok memang dah cam orang sakit sangat. Takde mood betul aku aritu.  Malaslah nak pi clinic, aku kan kalau dah terukkkkkkkkkkkkkkk sangat baru carik doctor. pasalnya.

Oh birthday dinner laki aku, ada le dia dapat bunga (yang dalam entry birthday tu), aku le hantarkan, pastu dapat card and dapart shower gel sets dari anak2 from M&S. He s supposed to get one item lagi, from me but tbc dulu lah, macam tak berapa penting je pun benda tu, kalau ada pakai kalau takde pun tak kisah. Tunggu le pekabau birthday boy nak camner.

 

Comment: 3

Cut cut…

IMG_7392

hah pink bag tu kan, is my make up bag yang khas untuk dalam kereta. Jadi datang saloon dengan muka tak berhias at all, rambut kembang macam tu lah, while waiting for Kakak potong rambut, aku bermake up le sikit, tak de heavy mana pun, asal tak macam kak jah udah.

 

IMG_7402

I teman kakak potong rambutnya. Cik kak sorang ni bukan jenis yang suka berhias melawa, jadi walaupun dia bertudung tapi hadoih tak semenggah aku tengok rambutnya yang mengerbang (pada aku ler), kat dalam rumah tu. Dia pun dah mintak potong2 rambut. Cantik kemas je rambutnya bila dah berpotong pendek. Padanlah mak aku dulu suka benar memendekkan rambut aku masa zaman2 umur kakak ni dulu. Now I know. Cos aku pun sama cam mak aku hahaha…yelah kekecik dulu mana nak bergaya sangat, asal ada rambut sudah. Ceh…

IMG_7414

Dan aku pun sama potong rambut gak. Sikit je pun 3 inci. Tu tidur tu, tidur betul yek. Terteleng2 pala aku dok tidur mana ngan Michael dok kerat rambut aku lagik. So sleepyyyyyyyyyyy! Korang tidur bape jam hek? Aku tidur sehari dalam max 4-5 jam jer la kalau weekdays tu, if weekends tu lama sikti la tapi in between banyak bangun2 gak.  Tapi hari nak potong rambut ni memang mengantuknya lahai.

Kalau tak kerana dah delayed ngan rambut kakak tu, memang aku malas betul le sangat nak keluarnya.

IMG_7446

Pendek hok gini jer lah rambut aku pun.

I ada one project coming soon, to reveal kemudian insyallah tahun depan pun projectnya.

Top by Zalora, as usual guna code ni untuk 15% discounts for first time customer : ZBAPZDSU

Alis red shoes ni of cos, by Cipela. I ada kasut2 baru Cipela, so excited to show to all of you. Esok yek esok kita posing posing 🙂

 

Comment: 1