Komando style!

img06461

punyalah meriah padahal masa ni dah 10 lebih malam. balik tesco aku lari pi makan kat BP, pastu suh adik aku bawak anak2 aku….pastu tengok rambut abang dah panjang. ikut sirman mmg nak biarkan panjang je selagi cuti sek kan…so pastu makan makan, sampai aku x de mende nak dimakan. eh banyak hal lah malam tadi.

went to mom’s house bagai buat tu buat nih, sudahnya tu yang 10 lebih baru pi mamak. aku x suka lah mamak ni, dahlah orang ramai, sirman tu x penah nak dengo cakap aku bila aku suggest mamak kat deret2 hajris tu. kan kat sejam nunggu turn kat sini.udahlah aku x packing lagik alohai bapak korang ni tau.

img06463

aku telah menyalahgunakan kuasa yang sirman berikan utk jenis  rambut abang huuhuuuu…..abang suh buat rambut apa2 tp jangan ala mawi. dia x nak ala2 botak. tp aku rimas. rambut botak senang, lambat panjangnya hehehehhe. told the mamak ‘u buat rambut paling hensemmmmmmmmmm for my son’ tp aku kenyit mata kat mamak tu cakap pepelan ‘rambut mawi’

heheheheheheheh

gambo atas tuh, dari kejauhan bapaknya tengok tenung rambut anak nya, hangin je dia bila tengok mamak cantas rambut abang.

img06465

abang kan tak suka rambut botak, you niii!

alamak, laki aku dah marah. laju lah pulak dia datang dedekat…

aku snap gambo ni, lari pi dok jejauh….

tp sib baik sirman yang amik kes rambut abang nih, dia suruh rombak balik kasi cantas buat cam ala2 hapa tah.

siap je aku puji gegila

fuiyoooooooooooooo! hensem weiiiiiiiiiii! macam rambut CJ7 tuh!

ye ke mommy? bukan macam mawi?

eiiii apehal lak mawi, hensem niiiiiiiiiiiiiiiii, dah macam anak cina dah ni bang, mementang nak raya cina kan. serious hensem, ramai awek kejar ni kang bang

puji melambung2 padahal hehehehehe

rambut ko dah kena taram :P

bapak eh x jadi nak marah mak nyer…

yey!

Comment: 11

Selendang merah…

smlm kami terpaksa ke tesco, niat satu, carik keropok yang lom goreng tu nak bawak bekalan coz ada orang mintak. tp nan ado. bukan musim. ater biasanya pun orang2 klantan n ganu yang bawakkan utk aku. ni bila nak bawak utk orang, depa ckp kat tesco lah, kat mana laik chow kit lah pasar pudu. oi sume jejauh weih!

since tesco is near by je aku pi lah jugak ngan sirman, ktiorg batalkan Mum’s Place coz aku kan kepingan lagi nak makan asam pedas ikan jenahak nya, lgpun to makan2 proper for me and sirman’s anniv still x jalan gak. aku kesuntukan masa lah.

satu tesco pusing carik, sudahnya balik tangan kosong. drpd tangan kosong, aku nampak satu kedai nih jual tudung2 dubai lah ekin lah. u know what, tudung2 yang aku jual kat blog nih for linda lagi murah lah dari tudung2 kat tesco nih. ada yang double than the price, ada yang lebih 10 hinggit.

aku saje nak tengok harganya je…tup2 cam berkenan ngan selendang murah ni. terus rembat. tak taulah bila nak pakai, janji aku suka selendang ni. boleh disauk bila perlu.

img064551

gini gayanya ya bapak2 ibu2

pastukan sirman pi gatai2 cuba try itu OGawa ke hapa yang machine ko diri atas tu dia nya gegar2 perkhhh. katanya leh kurus bagai. machine tu je kat 3 ribu, sirman leh tanya nak ke tak nak?

ehwahhh…kalaupun sirman nak belikan, aku bagi 2 sebab napa aku x nak:

1. machine gini, kat gym aku pun yang running walking tu pun aku malas nak naik. kalo ada kat umah, kompem anak2 yang buat main. kena disiplin 20 min pagi naik, 20min ptg/mlm naik menda tuh. 20min pagi tuhhhhhhhh, weiii, aku leh tidur 20min tu tau. masa itu omeh!

2. nak dicampak ke mana? umah aku ni kecik, nak jalan pun berlaga vontot, iskk buang duit lah. bakmeh duit tu aku buat beli barang2 yg lagik pekdah.

lagipun aku dah nak mula masuk gym balik pas cny, aku tetap percaya ngan makan soup sahaja and squash/badmintton boleh buat kurus, ai did that before, sangat mujarab dan dijamin menjadik.

tapi lam aku nak masuk gym

iskk

ada jugak citer yang tak best weih

aku cakap bila announcement tu dah kuor lah.

Comment: 8

Visit the Money Changer…

img06448

img06452

suka lak aku ngan gambo2 dua atas tu macam gaya paparazzi gitu padahal hiks….aku smlm pi tukar duit utk soping bayo tport, makan etcs….actually best tuko kat MValley, kiranya situ lg kita untung tp nak ke sana yang tak kuasa. so aku pakai lah yg kat KLCC ni jer. jangan sesekali tuko kat bank yah, lugi! money changer ni pun sokmo aku visit, asal nak pi memana tuko kat sini jelah, ok kot, compare ngan bank.

sebab ada sekali aku tuko kat bank, so sirman sudah angin, ater mak merah malas lah nak turun pi jejauh. bebalik akuuuuuuuuu jerr yang kena pi uruskan nih.

aternye tpt keje dia ada satu je mall yang dia pun setaun sekali nak singgah pun idak kuasa, ciss kalo aku le kan, setaun sekali kueratkan ke setiap ari, busuk2 pun once a week lah.

sirman cakap patut aku keje je kat tpt keje dia, baru jimat sket duit. ewah…kalo aku keje kat area dia, kompemmmmmmmmmmm!

ha kompem apa? heheheheheehe

img06441

sedikit buah tangan untuk anak-anak teman di tempat percutian kami sekeluarga…si suami/bapa adalah kawan baik sirman since depa belajar dulu, keje sesama kat spore gitu…dulu lah. dr dulu aku kenal dia sorang anak, pastu anak keduanya sebaya abang, bertambah2 la ni dah 4 anaknya.

memandangkan it was a last minute shopping, aku mmg target nak soping barang depa on friday, sib baiklah manusia kurang sket kalo big sales cam last wk mau aku lari campak barang x sanggup nak beratur panjang hazab.

nak kupanjangkan entry ni kang lagi korang ligat tak tau nak letak komen yang mana…

so aku pendekkan je lah yer. lgpun arini sebenarnya ari kami berterbangan jugak. huhuuuuu

jadi aku shortkan saja entry ni supaya entry lain akan menyusul pendek dan ringkas.

sabtu mar, bukan ramai pun orang baca blog aku kan

half of the usual readers je yang ada bertepek lam blog aku nih

**aku nak wish big congratulations to Chotz for his graduation day today, amik scroll gitu ye dik. tahniah.akak amik scroll on emm…..1996 dik. belum amik scroll lagik akak dah keje tetap berbulan2.

**aku nak wish tahniah gak kat tq to AK coz tak berjaya mendapat Guest Writer! hohohooooooooooooooooooooo!!! bluwekkkkkkkk :P

**aku salahkan lilred farah kerana menggangu aku membuat entry ni, tu pasal aku x leh panjangkan coz asal aku nak update entry ni dia asikkkkkkkkkkk potpetpotpet kat YM grrrrrrrrrrrrrrr! blame her.

Comment: 21

Gongxi Party!

img00682

kalo ko kata dok blog aku lagik pening ngan merah2 kan, ni ha lagi majority pun pakai merah. ini adalah kindy makcik kecik itu. depa ada party pagi tadi. smlm dia bilang:

mommy, esok ada party, kena pakai baju cantik

ok pergi pilih nak pakai baju apa

dia pilih baju tshirt kuning adidas (yang ada font merah) ngan suor panjang hape2

eii x cantiklah, x red karer pun baju gegirl nih

alah mommy, ni merah ni red (dia tunjuk red font tshirt tuh)

aisay x lawa lah

so dia kedek2 pi bilik dia carik lagi baju, sendiri pilih hokay!

tp ko yang pilih, nak gak tanya kat mak ko ok idak baju tu…ehehhehehehe

img00683

dia pilih cheongsam merah ahahahhahahaha

bagus la ko budak kecik

pandai pilih baju ikut tema!

img00685

aku adalah menyampah dengan gambar2 yang tak puas nampak muka badan anak aku sendiri. yang ngamik anto dia ialah bapaknya so makanya korang paham2 lah….

img00684

malam tadi aku ngah borak2 ngan sirman, biasalah anak 2 ni suka interrupt makpaknya bercakap. dah sound bape kali pun degil gak diaorg nak dahulukan tekak citer depa…

so gegirl interrupt tuh pasal nak suh aku dengo lagu gongxifachai dia…

punyalah panjanggggggggggg

siap joget2 lagik

nak aku videokan, iskk, panjang lah pulak

tak koser lah kan

aku nak tunggu dia abih nyanyi pun, menahan2 gak gelak.

abih grammar mandarin ko berterabur…

bapak eh, len kali amik gambo solo anak nya eh, pesan kat mulut manjang lupa, pesan kat blog moga2 ingat lah jugok

Comment: 16

Kami mahu berholiday!

img06437

pembulian gegirl to makcik fifin. ngekeh2 dia gelak…ni dah abih ngaji, budak kecik tu kan manja, pertama kalinya dia mintak aunty fifin cang kat bahu, suka betul dia. kadang2 aku buat gak lah, biasanya sirman yang buat. cukup suka tol dia bila dikendong gitu. dedulu masa baby, sedaplah buat sbb nak dengo dianya gelak, la ni, haa kau, nak tampung berat badan tu yang mak nya selalu ngelat

img06440

seperti yang kubilang, aku akan berpergian cuti x lama x sekejap lah. aku mahu berehat, ye ke berehat? tengok dari itineary yang sirman and 2 ‘penyambut’ kami, macam hazabbbbbbbbb jer. full day sehari suntuk tuh.

entries waktu di sana insyallah ada, bergantung pada wifi jugak. no internet connection kat tpt aku tinggal. lagi jugak since kita cuti raya cina, aku tak nak lah pengsan letak entry bebanyak, cam aku cakap awal2 kang korang yang balik cuti jenuh baca lompat2 pulak. udahlah tulisanku suh ko baca, ada gak yang tak paham nanti kang dok melompat je kejenya.

either 1-2 entries per day aku tempek, itupun aku x nak janji2 bangat. wifi ni kang ada yang slow ada yang laju. dpt yang slow, bila nak sudahnya kan.

ni sapa yang tau tpt aku pi tuh dendiam ye…biar aku sendiri yang bukak molot kasi tau olang.

actually aku berajat je nak tempek entries Guest Writer (GW) and BMM, masa cuti nih, ada banyak jugak masih lagi on q, tp aku paham ada yang masih tidak berapa suka entry ‘orang lain’  – korang nak baca entry aku je kan. tp korang kena gak terima, wpun ko tak berapa minat ngan entry cam tuh, the contribution from other readers, tp ada jugak yang suka membaca. so aku kenalah sama rata. lgpun 2 entries je per day aku letak for GW and BMM, ini pun sbb sambutan sangat menggalakkan.

redmummy.com is a platform for them to post their writings, kita tolong-tolonglah sikit yer. mana tahu satu hari kamu juga ada cerita dan masalah nak dikongsi kat GW and BMM, kamu semestinya mahu pembaca lain membatu kamu kan.So kita cuma anggap satu, hari ini kita tolong orang, satu hari bila kita mintak tolong orang, orang akan bantu kita.

Hidup kita kan ibarat roda, kita kenang budi orang. satu hari kita dengar orang tu perlukan bantuan, apalah salahnya kan kita help each other? Soalnya nakkah kamu membantu aku selepas aku membantu kamu?

hikss..

love u guys, happy holiday, happy chinese new year and happy always …

Comment: 38