Dec 27 2008 Saturday, 9:17 pm
Potluck – Very successful event!!!
saya sangatlah suka dengan banner merah menyala ini, satu kejutan besar buat saya…adiah dari Ayu The Sun . saya tidak akan buang ke simpan banner nih, dah berajat nak pakukan kat balkoni umah ku, sirmannnn….tolong digantung yer.
meh kita citer event kita kay…setelah korang dok layan nengok gambo jer, aternye hangpa ingat gambo sket, aku pecahkan to few versions yer.inilah tempat yang komiti pilih, aku sampai dalam 330pm, itupun kira lambat coz komiti dah sampai lagi awal. waktu kami sampai di parking, Choz ngah bawak trolley, harussssss kudera tarik trolley tuh, coz barang2 aku masyallah, bonet memang dah santak, seat belakang pun separuh penuh.
this is the gazebo yang mainly kita letak barang2 dulu kat sini…pastu kita bentang tikar kat padang taman ijau nun, betul2 opposite, payung sume stand by lam bakul kalo ujan kompem sume lari mencicit masuk gazebo. but alhamdulillah, doa kami nampaknya dimakbul allah.
gitulah kan, masa ni tetamu belum sampai penuh lagik, sume dok kenalan to each other…
majlis kami didahului dengan doa selamat oleh photographer Diana K kami, Bojeng
aternya dia suh dia, dia suh dia, last2 si Bojeng gak yang lead the doa…
pastu my short note…patut ada Q n A tapi sume orang x kuasa nak dengo aku bercakap hahahahahhaha! makan lagi penting la weiii
sblm kita makan, kita buat ice breaking dulu….yang ni Rose komiti gak yang lead yer..
sumpah aku tak tau camne nak main menda nih.
haiyoo Aan ko menari zapin hapo dengan air tuh?
dan ini antara kek2 yang sempat kupegang, tapi sedih x sempat nak merasa (kekdahnya aku hanya makan nasi minyak jer, benda lain aku x sempat nak makan 🙁 ) ini kek tajaan Ayusolo and Eliyashazeli (blog ko idup tak)
makanan2 ni sume atas meja lipat, rendah meja tuh, so nampak makanan membuak2, memang banyak gila makanan, lebih byk food dari meja kooooo! sesungguhnya membazir rezeki itu kawan syaitan, so balik tuh ramai yang ada bekas bawak balik makanan yang ado.
ini adalah acara Red Bites! sesama reramai katup mata n kena gigit makan itu epal sampai abih. pemenangnya ialah…wah wpun orangnya tiada di msia, dia anto wakil hokey! dan wakilnya yang menang!! hoyehhhhh….eh namanya yang menang ialah enchekkekaseh 🙂
Surprise yang utamanya, orang jauh ni anto bf nya, x cukup ngan tuh, dideranya Ayusolo untuk menyiapkan goodie bags for kiddos, malangnya tidak ada dalam gambo aku, maklumlah bebudak ramai kan, x sempat camera sirman nak snap udah licin. tp ada lam berry aku, so nanti aku upload in the next2 entry yer. siap dia anto satay kajang gak weiiiiiiiiii! terima kasih ye Farah 🙂
pastu memakan, main game lagik, makan, main game…
tetiba dah kat 2 jam…masa utk bagi adiah, kanak2 beratur punyalah ramai nak ngamik adiah, aku rasa semua budak2 balik bawak adiah, x de tangan kosong…yang paling best bebudakkan..haruslah depa excited. ada jugak sponsor adiah ni dari Syam Bangkit, Yatie Hakim, AmiraChaos, Nor Reader, Kak Atty, Kak Latifah spore (ye dia datang all the way dr spore yer), dan jugak dari Mrs Taj…eh ramai2 lah lagik, aduh komiti tolong add in…
ada jugak lucky draw, orang tua lak x semua dapat, tp dengonya most bujang dapat ek? hehehehehe…sian komiti eden, sorang jer yang naik nama, lagi 4 nama x dak ong plak. haiyooo…ater nanti lah akak bawak adiah korang dari tpt lain kay.
the komitis berlipat lengan..gaduh la korang hiksss
makan dan rehat, weather sangat cantik, merestui permainan merah potluck kami
depa amik gambo x dak gambo aku 🙁
ni sapa yang sponsor kek ni diana?
ni lagik satu! aku x tau sapa bagik
sesungguhnya aku x tau dia bawak hapa, dia bawak hapa, coz bila ni event kita, makan actually tolak tepi. cam aku cakaplah aku hanya makan nasi minyak coz itu aku dah ‘kempunan’ lama gila, so bila kak yaya datang nak bawak, haruslahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh mak makan wpun punyalah lambat aku nak perabihkan tau
usai majlis, kami gotong royong kemas kan taman, tp idaklah sepah mana pun coz memasing dah beso panjang memang sesiap buang kat plastik sampah itam.
the GBM yang sangat komited, korang kalo nak buat majlis, bolehlah lantik depa berlima nih, depa sangat bagus, idea pun kencang, and once depa dah janji nak buat sesungguh, betul2 depa curah tenaga masa….
maghrib, kami tinggalkan taman…kosong, dah siap berkemas dek budak2 yang rajin tuh…x yah disuruh2, guests pun sama tolong kemas..
the 5 Gang Bas Merah
ai lap all of you! terima kasih ye adik2 sume, korang sangat besttttttttt!!!
Dari kiri:
Ayu The Sun: http://thesunearthmoon.blogspot.com
Mayang: http://adenium.blogspot.com
Diana-K : http://missdianakay.blogspot.com
Daela : http://daela81.blogspot.com
Rose: http://umimia.blogspot.com
actually gambar ni x cukup, ada lagik yang datang lambat later on, tp sebab Kosmo/Utusan nak kita pose dulu, so tu yang sapa lambat sampai x dok lah lam nih…Terima kasih Puan Reporter, Dija and abang photographer yang sudi datang cover story Potluck with Redmummy.com . bila nak kuor nanti aku roger meydey2 kat korang semua yer…
Terima kasih jutaan pada yang hadhir, camne nak cakap terima kasih tak tau dah lah…terutama pada the 5 GBM, pada awak semua bawak spouse bawak anak2, bawak kawan2, ada yang datang sorang2….pada yang tak dapat hadhir tapi hantar wakil **wink wink, pada yang x hadhir tapi juga hantar makanan and adiah….pada semua yang promote the Potluck sedari awal kita citer nih, pada yang nak datang tp ada kecemasan, ada hal lain, ye saya paham….pada yang nak datang, tp x dapat, insyallah kita buat lagik tahun depan.
Sangat2 saya memohon maaf, sekiranya ada gurauan2 kami, terlebih batas, ada yang tidak selesa dok atas tikar, ada yang x nak dok atas tikar pi dok atas padang hijau tu jer…ada cacat cela majlis, kami dari GBM berlima, juga dari saya sendiri Redmummy, Sirman, Abang and Gegirl minta mahap sangat2.
Saya sememangnya cuba nak hadkan berbual 5 min dengan each guests, supaya saya dapat beramah mesra ngan sumer orang, tp ‘dapur potluck’ nak jugak dijaga hehehehehe, tu yang x dapat nak melayan. saya cuma harap semua orang berpuas hati, kalau ada yang boleh direpair, boleh tinggalkan komen nanti kami improve di masa akan datang, taun depan katanya insyallah.
Anggaran kita majlis ni dalam 70lebih orang yang hadhir, mencapai target, saya kena tunggu Mayang sari update the list, tapi makanan pun melebihi sangat sasaran, membuak2…lain kali pasni potluck, kita akan sediakan plastik bekal bawak balik, supaya sumer orang akan bawak balik makanan yang ada. sikit2 sama2 kita merasa…
lepas ni ada entry lagi on potluck, saya nak dedicatekan mereka2 yang hadhir, yang sempat masuk dalam kamera kusam saya, kalo awak ada gambar ngan saya, ngan anak2 ai ke, ngan sirman ke, bolehlah kirim2 via email red@redmummy.com . entry tuh akan kuor siang Ahad, lambat sket yer…
entry redmummy berkajang-kajang
gambar merah buat penyeri
kalau ada rezeki yang panjang
tahun depan berpotluck lagi 🙂
RM Recent Comments